(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Tuesday, 28 December 2021
Nikmat
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Perkara pertama yang akan ditanya kepada hamba kelak pada hari kiamat daripada pelbagai nikmat ialah bukankah Kami telah menyihatkan tubuh badanmu dan memberimu minum berupa air yang begitu segar."
Wednesday, 15 December 2021
Wednesday, 17 November 2021
Not Dejavu
Kalau boleh, aku tak mahu mereka merasai macam apa yang aku rasakan sebelum ni,
Apa yg dilihat tentang ku, adalah seperti seseorang yang sangat melindungi akan sesuatu,
Menyelamatkan dirinya daripada tipu daya dunia, yang akan turut hilang satu persatu,
Biarlah aku yang fahami andai engkau masih ragu²,
Kelak kamu akan tahu apakah ia.
Wednesday, 20 October 2021
Keampunan
Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (kesalahan-kesalahanmu)
(Surah Al-Syura 42: 30)
Tuesday, 19 October 2021
Kepentingan Khusyuk
Para ulama sepakat bahawa khusyuk itu berada di dalam hati dan hasilnya terserlah pada anggota tubuh. Dengan kata lain, anggota tubuhlah yabg menampakkan khusyuk itu. Nabi Muhammad SAW melihat seseorang yang bermain-main dengan janggutnya ketika solat, kemudian baginda bersabda,
"Sekiranya hati orang ini khusyuk, tentu anggota tubuhnya juga khusyuk."
Huzaifah bin Al-Yaman berkata, "Jauhilah oleh kamu khusyuk kemunafikan." Ada yang bertanya, "Apa ertinya khusyuk kemunafikan itu?" Dia menjawab, "Jika engkau melihat tubuh khusyuk, tapi hati tidak khusyuk." Umar bin Al-Khattab pernah melihat seseorang yang menundukkan lehernya ketika solat. Maka berkata kepada orang itu, "Wahai pemilik leher, tegakkanlah lehermu kerana khusyuk itu tidak terletak di leher, tapi di dalam hati."
Aisyah r.a pernah melihat sekumpulan pemuda yang berjalan denfan malas. Dia bertanya kepada orang yang tahu tentang mereka, " Siapa mereka itu? "Orang itu menjawab, "Mereka adalah para ahli ibadah." Aisyah berkata, "Umar bin Al-Khattab adalah orang yang jika berjalan langkahnya cepat jika berbicara suaranya lantang, jika memukul pukulannya padu, jika memberi makanan, makanannya mengenyangkan, dan dialah ahli ibadah yang sebenarnya."
Huzaifah berkata, "Yang pertama sekalu hilang daripda agama kamu adalah khusyuk dan yang terakhir sekali hilang adalah solat. Berapa banyak orang yang mendirikan solat namun tidak ada kebaikan di dalamnya. Begitu cepat mereka masuk masjid untuk berjemaah, namun engkau tidak melihat seorang pun diantara mereja yang khusyuk "
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Madariju As-Salikin Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'inu, Juz 1 t.t.: 558-559)
Monday, 18 October 2021
Berubah
"Bercakap seperti perempuan, bertindak seperti lelaki."
Tugas kita untuk naikkan dorang.. berikan education, jangan pre-judge dengan orang lain. Setiap orang yang kita jumpa ada keberkatan.
Puji je apa² dulu, sebelum menyerang.
Sunday, 17 October 2021
Al-Basir (Yang Maha Melihat)
Allah SWT mempunyai nama Al-Basir ertinya Allah bersifat Maha Melihat. Melihat merupakan satu sifat Zat-Nya yang berkaitan dengan kekuasaan-Nya, yang wajib bagi Allah tanpa ada perbandingan. Dialah yang Maha Melihat alam ghaib mahupun alam nyata. Dia melihat segala sesuatu walau bagaimana pu ianya tersembunyi, Maha Memperlihatkan sesuatu, tidak kira kecil atau besar. Allah SWT Maha Mengetahui terhadap makhluk-Nya. Tidak ada satu pun pekerjaan hamba-Nya yang terlepas dari pandangan-Nya. Sesuatu yang rahsia, bagi Allah adalah sangat terang begitu juga yang ghaib, baginya adalah nyata.
Dia yang Maha Melihat terhadap orang yang beriman dengan kemurahan rahmat-Nya mengurniakan nikmat dan syurga-Nya kepada mereka. Kemudian menambahkan kemuliaan mereka dengan pertemuan dengan-Nya. Tidak meleihat kepada orang kafir adalah keputusan yang merupakan hukuman-Nya kerana mereka kekal di dalam seksa-Nya serta terhalang untuk melihat-Nya. Seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini diharapkan dapat meningkat diri kepada peringkat ihsan, serta sentiasa dipengaruhi oleh kesempurnaan pengawasan. Sebagaimana diceritakan oleh Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang erti ehsan.
"Adalah kamu menyembah Alah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya maka yakinlah Allah melihatmu."
(Sahih Bukhari, 50)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perumpamaan Dunia
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...
-
Assalamualaikum w.b.t, Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti ...
-
Assalamualaikum w.b.t Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat! Klik "saya TERI...
-
Assalamualaikum w.b.t Dulu aku pernah cerita pasal Seronok ke praktikal ladang sem 4 , yang mana time tu aku cuba remind balik pengalama...