Thursday 7 March 2019

Pengalaman Diploma pengurusan ladang (DPIM)

Assalamualaikum w.b.t

Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat!

Klik "saya TERIMA tawaran iniiiiii"

Korang sangat bertuah sebab kos ni memang menceritakan tentang tumbuhan komersial kita dengan lebih mendalam contohnya kelapa sawit dan getah. Termasuk juga jenis-jenis penyakit yang boleh menyerang pokok tu bermula dari peringkat pemilihan biji benih, tanam beberapa bulan dalam polibag, pindah ataupun transplant pokok tu ke tanah, keluarkan hasil ataupun harvesting, dan akhirnya jangka hayat akhir pokok itu berkhidmat kepada pengeluaran produk negara kita.

Nanti korang kena ingat juga nama scientific dia, Elaeis guineensis (oil palm) dan Hevea brasiliensis (rubber). Bila masuk exam,biasanya soalan akan tanyer pasal "What is the scientific name for Oil palm?" Choose the correct answer . Ada 2 cara nak dapat markah penuh. Pertama, pastikan huruf pertama dia TULISAN BESAR dan perkataan kedua tulisan kecil  serta senget sikit. Contohnya macam kat atas tu. Yang kedua, kita boleh juga tulis jawapan dia jadi Elaeis guineensis  yang mana  perkataan pertamaTULISAN BESAR dan perkataan kedua tulisan kecil tapi ada garis bawah dia yang putus antara dua perkataan. Faham?

Selain itu korang akan belajar juga tanaman lain, pokok koko, padi, nenas, dan lada hitam yang kita selalu nampak kat dapur yang dah siap packing dalam kotak, yang dah siap masak jadi nasi berlauk, yang dah siap tin jadi jeruk dan juga desert macam kek secret resepi. Kali ni korang berpeluang sendiri untuk tahu step terawal sebelum dia jadi makanan paling menyelerakan abad ni. 

Aku akan cerita sikit macam mana boleh habis kos ini selama 5 sem (2 tahun setengah) yang penuh dengan suka duka kat sana. Yang mana aku cakap tadi bukan lah terus sem 1 tu belajar semua sekali.. tidak jangan risau. Kita akan belajar step by step bagi setiap sem. Macam first ni belajar pengenalan dulu pasal agensi pertanian mcam MPOB, FELDA, FELCRA, MARDI dan banyak lagi. Korang boleh cari silibus kos ni kat google. Lepas tu, ada subjek yang akan kita tahu pasal corak yang macam mana kita nak tanam pokok-pokok tu, selang seli dengan pokok lain ke. Ataupun apa tujuan dan kesan dia kalau kita tukar pattern tanaman. Baik ke tidak? Masa time aku kena tanam kat dalam satu box untuk buat presentation kat depan lectural. Ni kerja berkumpulan, so memang hari-hari kena siram bawang dan halia.Tapi part paling best bila semua budak DPIM memang WAJIB turun ladang buat batas sendiri. Seronok walaupun penat...segalanya terbayar bila kita satu kelas berjaya jualkan sayur tu kat makcik-makcik medan, kat orang kampung dan keluarga sendiri. Rasa kaya kejap plus dapat merasa betapa sedapnya sayur organik ni. Makan mentah-mentah pon boleh. Setiap kelas tanam sayur yang berlainan, kacang panjang, bendi, jagung, kacang buncis, terung dan sayur kailan. Korang akan ada sehari kokurikulum juga time petang macam masa sekolah dulu tapi ni versi ada 4 pilihan. Ada bomba, bulan sabit merah, kesatria dan JPAM. Ramai yang dapat kesatria boleh la tunjuk skill kawad kat padang kawad. Tenaga pengajar akan uji korang punya stamina untuk kawad, dan ada juga ujian jasmani sekali macam larian dalam minit yang ditetapkan. Tapi biasanya semua pelajar pass je tak kira lah korang lari pastu stop pastu sambung balik sebab semput. Korang cuba je buat yang terbaik ok.

Itu la serba sedikit masa sem 1 punyer kehidupan, nak sambung cerita lagi memang panjang. Apa yang boleh aku katakan korang kena sendiri explore kedalam kos ini. Rasai apa itu kehidupan dunia kolej selepas bergelar mahasiswa, sebab setiap orang lain-lain pengalaman dia. Tak perlu pun nak kena ada muka ganas ataupun kesan-kesan parut luka bila masuk sini.  Yang biasa-biasa pun boleh buat. Yang penting korang "unity" bak kata KG. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Kuatkan hati, rajin tolong menolong dan terima arahan sebaiknya tak kira perempuan ataupun lelaki. Bila masuk ladang korang sama-sama rasa susah, sama-sama rasa senang. Tabur kapur untuk stabilkan pH tanah, pegang cangkul, bersihkan rumput atau segala unwanted material, buat longkang aliran air hujan (lining), gembur tanah, membaja, siram batas, mulching, memagar dan melawat hari-hari anak-anak sayur tu. Tips nak pastikan batch korang adalah yang paling terbaik adalah tak lupa bawa buku nota kecik masuk ladang. Catat semuanya yang pensyarah cakap dan ilmu yang disampaikan. Sebab semua itu penting,  lepas itu korang kena tulis kat dalam satu buku note biasa pasal aktiviti yang korang dah buat haritu. Jadi memang kena save setiap satu moment kat sana secara manual dekat ingatan dan bukan handphone. Dengan kudrat sarung tangan glove yang asyik kotor kena tanah.. kita para peladang muda tak akan mengalah. 

Antara barang yang perlu ada bila bergelar pelajar DPIM
-topi gerami
-glove (2-5 helai kalau boleh)
-kasut bot hitam
-kasut sukan
-seluar jean gelap longgar
-baju muslimah atau t-shirt hitam (untuk harian turun)
-buku note kecik
-pen
-stokin hitam panjang

Keringat peluh yang keluar itu petanda korang semakin sihat dan tak perlu pun pakai make up ke sana. Semua faham yang kecantikan semula jadi itu tak akan hilang walaupun asyik di bawah matahari. Kalau gelap pon sekejap je, nanti cuti sem putih balik. 

Good Luck

p/s: Aku dulu tak tahu pun apa itu pengurusan ladang, aku ingatkan kita kena jadi peladang untuk ukur-ukur tanah je pastu jual-jual tanah kat orang. Rupa-rupanya tak, dia lebih daripada tu. Reality dia lebih best daripada Expectation.




# Bawah ini pengalaman masa aku DIPLOMA dalam Kod Program AT110

DIPLOMA EDITION

Sambungan "Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) boleh terus klik di bawah:-

# Seterusnya, bawah ini untuk pengalaman masa aku DEGREE dalam Code Program AT220

DEGREE EDITION 

Untuk yang bertanya macam mana nak BERJAYA isi UPU. Boleh search link bawah ni.

Ini Trick Isi UPU Supaya Tak Terciduk

https://youtu.be/EI6zOg7n8rc

71 comments:

  1. ada ke pelajar perempuan dalam course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sora kerana bertanya, Bismillahirrahmanirrahim...

      Ada, sebenarnya ramai pelajar perempuan yang dapat course ladang masa batch saya dulu. saya pun risau juga dan tak tahu masa mula-mula masuk situ..hahaha. Dorang datang dari sekolah biasa (harian), berasrama, sekolah tinggi, sekolah agama dan alhamdulillah memang berjaya juga habiskan dengan baik. Ada siswi yang dapat jadi 'DEKAN' masa graduate haritu. Sebab apa? Sebab dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kos ni kita turun ladang masa semester 1 je (jaga batas pokok yang kita dah tanam eg. sayur-sayuran, jagung tapi ada juga yang kena jaga bahagian penternakan contohnya burung puyuh) ikut pada universiti yang tawarkan kos kamu, sem 2 dan 3 kita tetap akan turun tapi tak sekerap sem 1. Sebab time tu kita akan belajar bahagian nursery dan cara uruskan ladang. Masa kelas saya dulu bilangan budak perempuan lebih ramai dari lelaki, jadi tak ada masalah kalau yang perempuan nak ambil kos ni. Kira korang memang terbaik, kos ni memang best. Dan ada function juga kalau pelajar lelaki (siswa) tu ada sekali sebab student ladang memang kena amalkan sikap 'unity' (kerjasama) , saling bantu-membantu dan tak ada sorang pun boleh curi tulang kalau dah namanya duduk ladang. Jadi mana-mana aktiviti yang siswi tak boleh buat contohnya, macam tebang batang pokok untuk buat pancang angkat kayu yang berat ke, (untuk pasangkan kat tanaman yang melilit).. mereka dibenarkan untuk tolong. tapi kalau siswi nak buat sendiri pun boleh je. Dan semua ni bergantung pada arahan lecturer juga dan supervisor terpilih (yang akan incharge, pantau dan jaga sepanjang kita kat ladang) misal kata tempat tu berisiko ke, boleh cedera ke dan mungkin mempertaruhkan keselamatan diri kita, lecturer akan bagitau. Yelah dorang faham kita student banyak perkara kena belajar kan lebih2 lagi selok belok ladang. Student perempuan dan lelaki yang tak pernah pegang cangkul,pun akhirnya dah pandai guna benda tu. Belajar dari yang berpengalaman. Dan yang paling penting pelajar perempuan kena pandai jaga diri. Jaga aurat baik2 bila berpakaian ke ladang. Pakai longgar2 dan labuh (baju, seluar & tudung)sebab student akan banyak bergerak dan berjalan kat sana. Dengan berpeluh-peluh lagi jadi tudung tu kena pakai yang gelap dan pastikan tebal (pilih fabric yang tak tembus dek cahaya), jangan jarang-jarang ye nanti nampak masa ada matahari menyinari pagi petang. Dan pengalaman ke ladang memang takkan dapat kat mana-mana tempat lain. Sebab kita belajar dan dalam masa yang sama kita buat lepas dah belajar tu. Semuanya buat bersama-sama okey bukan sorang-sorang. Tak delah asyik duduk kat kelas dan makmal je memanjang.:D

      Delete
    2. Selamat Petang, utk mohon kursus ni kena tunggu you dibuka kan?.. sy baru dpt keputusan spm2020

      Delete
    3. Selamat petang juga, terima kasih kerana bertanya. Tahniah kerana telah menamatkan SPM dengan jayanya pada tahun ini dan memilih kos Diploma Pengurusan Ladang (DPIM). Ya betul, kena tunggu dulu UPU baru boleh daftar.

      Delete
  2. apa skop keje yg boleh dapat lepas ambil course ni?(bagi perempuan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sora boleh rujuk di link bawah ni

      https://fiqieblog.blogspot.com/2020/03/kepada-yang-bertanyapasal-kerja-ye.html

      Delete
  3. Nak tanya kampus utk course ni ade kat mana je?

    ReplyDelete
  4. Uitm Melaka dan Sarawak jeke yg ade?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x silap saya kat Perlis pun ada

      Delete
    2. Ya syada,setakat yang saya tahu untuk kos Diploma Pengurusan Ladang(DPIM), ada dekat beberapa buah negeri macam bawah ni:-

      -UiTM Jasin, Melaka
      -UiTM Samarahanm, Sarawak
      -UiTM Kota Kinabalu, Sabah
      -UiTM Arau, Perlis
      -UiTM Jengka, Pahang

      Kadang2 penetapan pelajar bergantung pada alamat rumah kita juga, misal kata kalau kita berasal dari negeri Terengganu. Mungkin kita akan dapat UiTM Jengka. Ataupun kita berasal dari Sabah, mungkin kita akan dapat UiTM Sabah.Tapi macam saya cakap tak semestinya, rezeki kita tiada siapa yang tahu, ada juga yang dari Selangor tapi dapat sambung belajar di UiTM Jengka. Bila tanya sorang-sorang punya pengalaman semua cakap tempat dorang semua best2. Tak rugi untuk mencuba sebenarnya.

      Delete
    3. Language yg digunakan dalam belajar ini hanya English sahaja ?

      Delete
    4. Ya, untuk jawab peperiksaan dan pembentangan (presentation) pelajar akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan untuk setiap subjek. Kecuali subjek agama, kokurikulum dan sebagainya. Pensyarah juga akan mengajar dalam bahasa inggeris dan ada juga mereka campur2 jadi dwibahasa (BM + BI) untuk memudahkan pemahaman para pelajar sewaktu didalam kelas. Tapi awak boleh je guna ayat simple2 masa menulis atau bercakap tu (guna ayat sendiri) yang penting ada point2 penting dalam dia menunjukkan yang kita faham tentang topik tersebut in english. Untuk berkomunikasi dengan pensyarah dan kawan-kawan boleh je cakap bahasa melayu macam biasa. Practice make perfect.

      Delete
    5. *Tambahan: Assignment pelajar dan nota yang disediakam dalam english

      Delete
  5. Baguskah bidanga perladangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bagus untuk dijadikan tempat pertama untuk kita menuntut ilmu. Walaupun bukan pilihan pertama dalam UPU, tapi selagi ada peluang macam ni. Grab it! Kos ladang ni kalau nak cerita kat sini memang panjang sebab macam2 ada (subjek2 kegemaran, practical kat ladang dan makmal, belajar pasal banyak experiment, presentation guna slide atau video ikut kreativiti masing,buat flora atau herbarium, cari insect, field visit lawatan ke agensi2 perladangan Malaysia) pendek kata bukan hanya bayangan "ladang" je yang menyebabkan kos ni ramai yang minat tapi sebab pengalaman ni kita lalui bersama-sama. Ada yang suka kos ni sebab baju koperat untuk fakulti dia tu lawa dan nampak bergaya. Jadi dia lagi bersemangat nak pakai dan belajar pasal kos tu. Ada juga yang suka sebab dia rasa macam boleh fit, yela bila dah selalu kena roll call masa sem 1 tu, dengan semua latihan jasmani dan mental kita.Banyak bergerak. Dia rasa lagi sihat dan rasa ada kebebasan bila dapat jalan-jalan tengok warna-warna tumbuhan yang menghijau tu. Ada juga yang mula2 tu dia terpaksa ambil kos ni, tapi last2 tiap2 hari dia la insan yang selalu bawa kamera pagi petang ambil gambar anak pokok dia, amik gambar pakai baju lab buat experiment guna microscope. Rasa gembira bila kita berjaya bertahan dalam kos ni dan usahakan sesuatu yang kita tak pernah buat selama ni. Tapikan, nnti lepas masuk dalam 1-2 sem macam tu kita akan faham selok-belok kos ni. Dan time tu mesti rasa bersyukur punya. Dan satu benda yang kena percaya, setiap satu jalan tu mesti ada ujiannya yang tersendiri. Apa yang boleh kita buat adalah sabar dan cuba yang terbaik. Saya cuma boleh sampai mengikut apa yang saya lalui sahaja sebab lain orang tak sama cerita dia.

      Delete
  6. Replies
    1. InsyaAllah dapat, tapi boleh tanya pada lecturer kat universiti masing-masing sebab dorang lebih banyak connection dan lebih tahu detail pasal kos ladang ni berbanding saya. Baru-baru ni, ada seorang lecturer saya yang perempuan, dia cerita dulu result biasa-biasa je masa belajar dekat UPM tapi mungkin sebab rezeki dia, dia lagi senang dapat kerja berbanding kawan-kawan dia dulu. Dan sekarang lecturer saya mengajar pelajar degree subjek Biotech kat universiti dan dalam pada masa yang sama dia jadi penyelidik untuk tanaman komoditi Malaysia. Kagum juga dengar, kalau tengok peribadi lecturer saya dia memang seorang yang positif dan kurang mengeluh hal-hal yang remeh. Contohnya macam ada juga result dia tak okey dia cool je dan tak berhenti nak cuba lagi kat masa akan datang. Rahsia dia kalau nak berjaya dalam belajar dan cari kerja.. "Jadi seorang yang positif & bersyukur" banyakkan baca buku dan cari ayat-ayat yang boleh motivasikan diri dan tak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling. macam kalau pointer kita tak pernah 4 flat. Katanya, kita dah usaha insyaAllah dari berkat usaha tu, kita akan dapat pekerjaan yang baik. Mungkin bukan bidang ladang tempat kerja kita tu, tapi asalkan kita puas hati dengan kerja yang sedia ada, itupun dah kira satu pencapaian yang baik dalam hidup kita ni.

      Saya pernah tulis pasal kerja pada entri yang lepas, boleh rujuk bawah ni

      https://fiqieblog.blogspot.com/2020/03/kepada-yang-bertanyapasal-kerja-ye.html

      Delete
  7. Replies
    1. Ramai, tapi saya tak pasti batch2 selepas saya ni ramai ke tidak siswinya. Sebab setiap kali masuk kemasukan pelajar baru, dia bergantung kepada ketetapan pihak fakulti sendiri. Maksudnya jumlah pelajar dan bilangan siswa dan siswi yang ada, kadang tak sama sbb akan ada pelajar yang tukar kos dan beralih ke bidang yang lain. Tapi yang ada pun kalau rasa macam tak selesa, nak tukar kelas pun boleh. Better tukar kelas je daripada tukar kos. Untuk permulaan ni boleh cuba untuk membiasakan diri dulu dengan suasana baru.

      Delete
    2. Siswa (pelajar lelaki), Siswi (pelajar perempuan)

      Delete
    3. Boleh tukar course eh? Kalau taknak course ni?

      Delete
  8. Hi assalamualaikum. Kat dorm ade lif ke atau naik tangga je untuk pegi bilik masing masing? Terima kasih^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih sebab bertanya. Kalau nak pergi balik ke dorm (asrama) yang ada 4 tingkat macam tempat saya, guna tangga je.Tapi ada juga yang guna lif macam dekat UiTM Bandaraya Melaka sebab asrama dia dalam satu bangunan tinggi lebih dari 4 tingkat. Tapi jangan risau sangat, sebab tangga yang dia sediakan banyak, boleh slow-slow angkat barang kita bawa naik atas. Lepas tu, kalau pelajar tu ada masalah kesihatan, biasanya lepas kita beritahu pihak ahli jawatankuasa kolej, disertai dengan bukti surat doktor tu, diaorang akan letak kita dekat tingkat bawah (aras 1). Sebab nak mudahkan pelajar UiTM dapat rawatan yang mana ada masalah macam baru kemalangan ke, guna kerusi roda, masalah sakit jantung macam tu. Apa-apa pun kadang rezeki masing2 juga dapat aras 1 ni, mungkin sebab bilik tu kosong. Tapi macam mana pun, mana2 tingkat yang kita dapat untuk bilik kita tu tetap ada kelebihan & kekurangan dia. Contohnhya, kalau aras bawah biasanya ada masalah dengan baju lambat kering kalau kita sidai. Tapi kalau atas sangat pula, biasanya penat nak naik kot2 tertinggal barang ke atau bilik kita masuk hujan sebab lupa tutup tingkap dan bumbung bocor. Tapi best duduk atas ni sebab ada privasi sikit. Apa2 pun kita bersabar jelah kat mana pun bilik yang kita dapat. ^_^

      Delete
  9. Haii, saya dapt course ni, masa sekolah menegah dulu saya x ambik suubject biologi,x menjadi masalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii dan tahniah diucapkan kerana berjaya jadi salah seorang dari pelajar kos Perladangan dan Agroteknologi. Gembiranyanya dengar. Alhamdulillah. Sebenarnya tak jadi masalah pun kalau kita tak pernah ambil subject biologi (bukan budak sains tulen). Sebab nanti pensyarah akan ajar balik daripada asas (basic) bio tu sendiri. Tapi saya nasihatkan beli satu buku SPM biologi yang dalam bahasa melayu/ inggeris (mana2 yang awak lagi arif), sebab dalam tu ada banyak gambarajah dan lagi faham. Macam kawan saya dia dulu pelajar akaun masa sekolah menengah.Lebih pandai kira2 daripada fakta katanya..mula2 tu memang susah.. Dia try buat camtu lepas kelas lectural, belajar sendiri guna buku rujukan dan youtube untuk proses2 biologi contohnya macam proses respirasi & fotosintesis, buat latihan semester lepas dan banyak bertanya pada classmate yang pernah belajar subjek biologi ni. Dalam biologi ni ada perkataan yang kita boleh highlightkan (key point) dan bila dah dapat tangkap sekali je, terus boleh kaitkan dengan semua benda. Alhamdulillah akhirnya dia berjaya dengan jayanya. Kalah kitorang yang dah belajar ni..Tapi tak mustahilkan. Ada juga ramai kawan saya yang dulunya budak sastera dan seni. Sekarang semua dah sama2 sambung degree hasil daripada pembelajaran masa diploma dulu. Jadi awak jangan risau pasal bio yang penting teruskan berusaha! Bak kata cikgu bio saya dulu.

      "Kita semua pada asalnya tak tahu apa-apa"

      "Jadi"

      "Biologi ni awak nak faham kena baca, baca, dan baca"

      Cuba dulu baca dari mukasurat pertama dan keluarkan perkataan yang tak biasa dengar.Tulis kat tepi kertas nota tu. Lepas tu cari maksud dia. Lagi baik kalau awak lukis, lagi cepat ingat. Cantik ke, tak cantik ke, asalkan kita faham pun kira dah okey..haha. Nanti lama2 awak akan pandai dalam subjek biologi. InsyaAllah.

      Bawah ni buku yang saya guna sebagai rujukan masa diploma dulu (serius sama macam SPM tapi diploma tak complicated sangat, cuma fokus pada tumbuhan SAHAJA):

      1) WHIZZ THRU Biologi SPM (OXFORD FAJAR)
      2) SPORTLIGHT Galaksi S Biologi SPM (PAN ASIA)
      3) Kunci Emas SPM Biologi Tingkatan 5 (SASBADI SDN. BHD.)

      Saya selalu guna yang NO. 1 tu..best sebab saiz buku tu kecil je, senang nak bawa dan nota padat. Yang No.2 tu lagi banyak informasi dan tebal. Dua-dua ni dalam BM sebab dulu SPM memang biologi Bahasa Melayu (BM). Sekarang dah masuk Universiti memang puas kena translate satu2 jadi Inggeris. Boleh je kalau nak yang Bahasa Inggeris (BI) punya. Yang N0.3 tu memang cikgu guna masa sekolah menengah dulu, buku dia nipis,dan best sebab ada bab tumbuhan dan tulisan dia pun warna warni.Jadi kalau awak nak beli, boleh pilih yang no. 1 & 3. Dekat kedai Popular ada buku ni.

      Delete
  10. Assalam,first sem ni dh guna laptop ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih pada yang bertanya. Ya, setiap sem kita kena guna laptop untuk buat assignment. Contohnya, report dan slide presentation. Tapi hati-hati sebab laptop ni barang berharga kat universiti. Pastikan kita simpan dia baik-baik, kalau boleh letak kat tempat berkunci supaya tak berlaku kecurian.

      Delete
    2. Laptop ap yg sesuai untuk kos ni

      Delete
    3. Untuk alat peranti elektronik seperti laptop. Saya prefer guna laptop Asus sebab memori storage dia besar. Ada bahagian CD tepi dia (versi lama). Mudah kalau ada kerja yg memerlukan penggunaan CD. Semakin besar memori dia semakin baik sbb boleh simpan banyak file. Elakkan simpan video/ download video dari mana² website yg tidak dipercayai sebab kadang banyak virus dan ada memori GB yang tinggi. Kalau klik guna tetikus (mouse) pun cuba elakkan 'double klik' sbb virus boleh masuk dengan mudah. Kena ada apps virus protection untuk scan pendrive dan sebagainya. Setakat ni saya guna laptop Asus memang best lebih² lagi bila selesa guna skrin besar, edit video, taip dan feature dalam dia semua menarik. Asus ni boleh bertahan selama 5-6 tahun je. Lepas tu dia dah start slow dan 'hang' sbb dah lama sangat usia yg kita gunakan tu. Dan masalah paling besar laptop ni adalah bateri dia. Dia mula rosak dan terpaksa cabut sambil pasang charger dalam laptop masa guna. Memang mahal juga kos ganti bateri dia hampir RM 100 keatas. Selain itu, sound speaker bagi laptop ni pun akan mula pecah² dan tak jadi tak berapa clear kalau guna tanpa earphone/headphone lepas dah bertahun² guna. Jadi kesimpulannya, ni pada pandangan saya sahaja sbb saya mmg jaga baik² laptop ni. Cuma dia mmg akan jadi rosak bila dah lama² kita guna. Mungkin kalau awak hadapi masalah yg sama, laptop jadi slow boleh juga tukar dia punya memori dengan cara upgradekan ke SSD (tanya dekat kedai laptop sbb dorang lebih lebih berpengalaman bab² laptop ni.. minta pendapat mereka dari segi perbandingan..harga & kelebihan kepada pengguna.. contohnya kedai Stygix). Ataupun alternatif terakhir kita sebagai pelajar adalah mula sediakan tabung kos untuk gantikan dengan laptop yg baru di masa akan datang. Sbb laptop ni selalu diupgrade kan design yg baru & function yg lebih baik berbanding laptop yg lama.Nanti tanyakan juga pada penjual kalau USB dia tu ada berapa banyak. USB ni tempat kita biasa pasang untuk mouse/ pendrive/printer semua tu. Kadang yg laptop terbaru ni dia 1 -2 lubang je yg disediakan. Kalau kita jenis yg buat kerja 2 in 1 (multitasking) mungkin tak cukup. Dan kalau kamera laptop pula.. sekarang dah ada yg dekat bahagian keyboard (tapi kalau on buka jadi macam sikit pelik bila kamera ada dekat bawah). Boleh juga tanyakan untuk berat laptop itu berapa samaada bawah 2 kg ataupun lebih. Walau macam mana pun awak boleh bincang, check dulu & pertimbangkan ya.

      Delete
  11. Saya f5 ambil sains pertanian jd sesuai ker ambil kos ni ? kos ni blh kerja apa yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pada yang bertanya. InsyaAllah sesuai sebabnya kos ladang ni memang ada kena mengena dengan pertanian. Cumanya dia lebih kepada tanaman komoditi macam kelapa sawit, getah, koko, padi, nenas, lada hitam. Kita diajar untuk menguasai cara-cara mengusahakan ladang-landang untuk kegunaan ekonomi Malaysia. Dekat sini kita boleh kaitkan dengan luar negara punya tanaman juga. Macam dekat Indonesia, USA dan lain2. Ini berbeza dengan bidang horticulture (kos degree) lebih tertumpu kepada buah dan sayur-sayuran. Tapi yang horticulture biasanya waktu degree nanti kita boleh ambil. Kalau awak nak tukar kos lah, sebab dia dalam aliran Perladangan dan Agroteknologi juga. Bagi saya ikut pada minat kita cenderung ke arah mana? Kalau kita memang suka menanam dan suka tumbuh-tumbuhan boleh je teruskan. Lagi satu, biasanya kita akan belajar yang basic-basic dulu macam masa sekolah dulu belajar pasal cell2 tumbuhan semua. Universiti ni dia recall balik dan nak uji kefahaman kita tentang keadaan pokok tu sebenarnya sesuai hidup dekat mana dan cara apa untuk bagi dia sihat dan berkualiti tinggi (Contohnya: cara makmal guna tisu kultur, cara potongan batang/daun/akar-propagation, debunga ataupun guna biji benih-seed), ada juga kita diajar cara memulakan business kecil-kecilan dengan idea2 baru. Boleh tahu rahsia marketing berjaya untuk buka busniss sendiri sebagai pemula. Bagi saya, memang banyak ilmu baru dapat dalam kos ni. Yang terakhir kalau awak nanti dah habis diploma boleh mohon kos yang sama macam ni (research dan buat kajian mendalam) atau agribusiness (banyak main dengan matematik dan akaun) atau agronomi (fokus dengan lebih dalam untuk satu pokok, dan banyak main dengan biologi dan kimia). Memang besar skop kerja tu macam-macam kita boleh jadi. Yang penting niat belajar kerana Allah, tekad, dan teruskan menuntut ilmu.

      Delete
  12. Replies
    1. Terima kasih pada yang bertanya, maaf saya tak pasti pasal pengajian jarak jauh (pjj) tu. Sebab saya ambil sepenuh masa. Tapi buat masa sekarang ni, sebab kita pun masih dalam PKP, memang semua pelajar belajar dekat rumah dan ada segelintir dekat universiti sebab ada kemudahan fasiliti dekat sana. Sepenuh masa ni biasanya tak adalah pack jadual dia sebab kelas pun kadang-kadang ada yang waktu pagi, waktu petang, pagi-petang dan ada juga yang sehari tak ada kelas langsung.

      Delete
  13. Assalammualaikum. Waktu musim covid ni aktiviti ladang terjejas tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam w.b.t, terima pada yang bertanya. Yang ni untuk ladang dekat mana ya? Kalau aktiviti ladang dekat universiti waktu COVID 19 ni saya tak pasti. Tapi kalau sektor ladang/ pertanian negara kita sebenarnya agak terjejas sebab kita dah kekurangan pekerja asing. Terpaksa kurangkan pekerja sebab nak jaga keselaamatan diri dan kurang mampu untuk bayar gaji/elaun mereka sebab hasil jualan produk ladang pun dah menurun. Jadi kalau ada pekerja tempatan nak masuk pun boleh juga. Cuma mungkin sekarang kita kena mahir dan fokus dalam teknologi ladang 4.0. Selain tu waktu COVID ni yang terjejas biasanya macam lambakan buah-buahan & sayur-sayuran yang tak terjual.Sebab permintaan consumers rendah. Ni sekadar info tambahan je. Doakan semoga kita semua boleh tempoh ujian COVID-19 ni dengan baik.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Ada belajar subjek pengurusan ladang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MizzMal kerana bertanya. Ya ada. Di bawah kos diploma pengurusan ladang ni ada macam2 subjek. Contohnya, weed management, pest management, disease management, field operation management, plantation crop, mechanization of estate operation, general field maintenance, soil science, plant propagation dan banyak lagi. Pelajar akan ada surat kebenaran untuk melawat ladang/syarikat di Malaysia untuk buat case study. Kalau awak sambung degree pun akan belajar semula subjek2 ni tapi lebih kepada praktikal, maksudnya akan buat kajian dekat makmal dan mula mengkaji keberkesanan teknologi-teknologi ladang secara terperinci. Masa diploma ni selain kita didedahkan tentang ladang, kita juga akan ada subjek entrepeneurship, boleh belajar dan berlatih jadi usahawan yang berjaya. Masa ni boleh cipta logo syarikat sendiri, produk baru dan packaging yang menarik perhatian. Kita akan bejar subjek account financial, masa ni memang kalau tak ada basic pelajar akaun pun takpe. Sebab memang kita akan belajar dari asas sampai faham cara mengira balance sheet dan income statement profit/loss. Memang seronok bila berjaya seimbangkan akaun ni..haha. Yang penting jangan putus asa dan tengok contoh kawan2 yang berjaya jawab dengan betul. Seterusnya kita akan ada subjek land survey, yg ni memang akan buat praktikal dalam universiti, kita akan ukur keluasan tempat tu. eg. Pokok A ke pokok B. Berapa dia punya jarak dengan menggunakan alatan ladang? Kalau ada halangan antara objek tu apa yang perlu dibuat? Tanah berbukit dan tak rata berapa ketinggian dia sebenar? Berapa darjah sudut bearing dia? Nanti kita akan lukis/ lakar juga keluasan tersebut dekat kertas. Kena lukis guna jangka sudut dan geometric set (protactor). Yang ni subjek yang best sebab dapat buat betul2 secara amali dan mudah untuk ingat masa exam nanti. Kemudian, subjek marketing pula, yang ni kita akan tahu apa itu 4P (price, product, place, promotion) dan apa kegunaan semua ni yang menyebabkan ramai customer akan beli (demand tinggi) dan kenapa harga barang kejap mahal dan murah. Sama macam subjek economy. Ada juga subjek interpersonal communication, yang ni macam physicology sikit (boleh baca sikap orang). Ada subjek english dan juga agama. Yang english tu nanti akan diajar cara keluarkan main point dalam satu artikal dan huraian yang baik. Akan diasahkan bakat terpendam dari segi cara present dan berdialog dengan baik Yang agam pula, kita akan bincangkan tentang asas (akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya), isu2 semasa dan tamadun islam yang terkenal yang banyak beri sumbangan (sejarah) hingga ke hari ini. Ada subjek statistic yang kita akan ambil melalui populasi masyarakat eg. minat membeli produk online berbanding face to face. Lepas tu boleh buat graf ogive, bar chart semua tu untuk kita jadikan kesimpulan. Dan akhir sekali, ada subjek human resources, masa ni kita akan tahu akta-akta pekerja, apa yang do and don't as a pekerja/majikan supaya kita lebih bersedia untuk bekerja lepas habis belajar nanti. Saya cerita ni dia belum ikut susunan setiap semester lagi (secara rawak). Tapi ini adalah antara subjek yang saya boleh kongsikan serba sedikit.

      Delete
    2. Boleh tak nak contact awak? Boleh mintak email?

      Delete
    3. InsyaALLAH boleh, ini email saya bfiqie@gmail.com

      Delete
  16. Boleh tak bagi email awk? Sy nk tny sikit ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH boleh, ini email saya bfiqie@gmail.com

      Delete
  17. Assalamualaikum berapa bayaran per semester untuk Diploma pengurusan ladang di UiTM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam w.b.t, terima kasih kerana bertanya. Maaf saya tak berapa pasti tentang jumlah yuran yang perlu dibayar untuk kemasukan pelajar baru di UiTM. Sebab ia bergantung pada pihak institusi sendiri dan ada perubahan dari tahun ke tahun. Tetapi awak mungkin boleh rujuk dalam entry saya yang lepas. Saya ada cerita tentangnya sedikit. Klik link ni.

      https://fiqieblog.blogspot.com/2021/06/kelayakan-kos-diploma-pengurusan-ladang.html

      Biasanya pihak IPTA akan bantu menampung sedikit kos belajar pada setiap semester untuk meringankan beban para pelajar. Yuran Diploma Pengurusan Ladang di UiTM memang antara kos yang yurannya murah. Terserah kepada pelajar untuk ambil pinjaman PTPTN. Untuk PTPTN nikan..kalau awak selalu dapat lebih daripada pointer 3.5 (dekan) setiap semester berturut-turut. Kita tak perlu bayar dah yurannya. Belajar secara free sebab institusi yang tanggung dan juga sebagai tanda penghargaan buat kita yang cemerlang. Tapi kalau sebaliknya,tak selalu dapat dekan memang kena bayar semula yurannya lepas tamat belajar. Apa pun kita usahakan sebaik mungkin. InsyaAllah.

      Delete
  18. Terbaik, Huraian yang sangat baik. Banyak pengalaman yang dapat dari kursus ni. Saya pn bekas pelajar diploma pengurusan ladang, dan sekarang sambung ijazah dalam pengurusan ladang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana support blog saya :)

      Delete
  19. Assalamualaikum.
    Ada beb persoalan yg ingin ditanya. Harap sudi memberi respon.
    Anak sy lelaki. Kalau tgok d rumah ni dia xde pum menunjukkan minat atau skill bab bertani ni.. Cth mencangkul. Adakah ianya akan memberi kesan ke atasnya? Maksud sy dgn tiada apa2 basic pensyarah akan membantunya dr awal hingga dia dpt kemahiran tu.

    2.Nk tya jg belajar disini fully English ke?

    Tksh
    Ibu dalam delima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam puan, terima kasih kerana sudi berkunjungi ke dalam blog ini dan bertanyakan soalan. InsyaAllah saya dengan rendah hati cuba untuk menjawab persoalan puan mengikut kepada kadar kemampuan saya.

      1. Secara realitinya, kami yang mula-mula masuk pun tak pernah pegang cangkul pun(Tapi ada juga yang pernah). Bila dah masuk universiti ni baru dapat merasa pengalaman keemasan macam ni sebab ramai yang datang daripada bandar dan tak pernah bercucuk tanam pun. Tahu-tahu je dapat kos ni. Bagi saya, kalau first time beraktiviti ladang biasanya akan ada effect macam sakit badan sikit sebab aktif bergerak. Tapi lama kelamaan bila dah dapat biasa dengan rentaknya dari hari ke hari kita dah terbiasa dan boleh terima kedaaannya. Lepas je kita dah tengok tekniknya yang betul, nanti kita sendiri yang akan belajar skill2 tersebut. Biasanya pihak institusi tak paksa kalau benda itu macam terlalu membebankan atau merbahaya. Dan ada pengawalan yang ketat dari segi keselamatan mereka. Itu kesan secara fizikalnya sekiranya pelajar dibenarkan untuk mengadakan aktiviti ladang secara noramal ataupun dalam keadaan isu Covid-19 ni. Manakala kesan daripada segi mental. Ya... kadang-kadang kita yang bakal lalui perjalanan sebagai mahasiswa di universiti ni yang perlu kuat dan percaya kita boleh buat. Cuma ikut pada kadar kemampuan kita. Perkara baru tentang diploma ladang ni sebenarnya menyeronokkan puan. Sebab sepanjang saya belajar dalam ni macam2 aktiviti ada. Tidak hanya tertumpu dalam ladang sahaja. Contohnya ada aktiviti kokurikulum dan kelab yang pelbagai. Tapi kena mindset kan dulu tujuan sebenar untuk sambung belajar adalah untuk meraih ilmu itu sendiri. Dan kalau belum berminat dengan kos ni? Mungkin boleh cuba terlebih dahulu. Sebab biasanya kalau kita dah masuk baru tahu kelebihan dan kekurangannya. Dan sekiranya ada peluang dalam kos yang lain, boleh sahaja tukar. Tapi kalau dia berpontensi untuk sambung pengajian yang lebih tinggi macam degree dan master, jadi apa salahnya teruskan sahaja. Untuk bahagian pemahaman dalam pembelajaran pula, peringkat diploma ini tenaga pengajar akan tunjukkan step by step secara teori tapi untuk dapat kan lebih lagi, boleh gunakan insentif yang lain untuk lebih faham akan subjek tersebut melalui rujukan dan pemerhatian.

      2. Penggunaan bahasa dalam pembelajaran, peperiksaan dan presentation adalah 'fully english' kecuali subjek agama, kokurikulum dan seangkatan dengannya. Biasanya pensyarah memang akan ajar dalam bahasa english tapi biasanya akan campur-campur sikit dengan bahasa melayu untuk bantu pelajar mudah faham. Untuk pertuturan harian dengan kawan-kawan boleh je cakap bahasa melayu macam biasa.

      Apa-apa pun puan boleh bincangkan hal ini terlebih dahulu kepada dia. Mungkin anak puan ada minat yang lain. Contohnya teknologi? Dalam kos ni pun akan ada juga bahagian teknologi ladang macam pembuatan aplikasi, kreativiti rekaan dan keusahawanan. Saya percaya puan menginginkan yang terbaik buat anak puan. Dan saya doakan agar impiannya tercapai satu hari nanti walau apa pun bidang yang diceburinya. InsyaAllah.

      Delete
  20. Tksh atas perkongsian dan doanya.
    Doa dr sy jg bt penulis blog ini. Moga terus sukses dlm hidup dunia dan akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah, berulang-ulang kali saya baca mesej ni. Terima kasih diatas doa beserta dorongan yang sangat baik ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah Amin.

      Delete
  21. Assalamualaikum,saya adalah salah seorang yg bakal mengambil diploma pengurusan ladang tapi saya masih khawatir tentang laluan kerja...minta izin abang terangkan sebab saya tengah mati kutu nak pilih tawaran yang mana satu..harap maaf kalau terlihat agak kasar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Saya ucapkan tahniah kerana terpilih dalam kos ini. Baiklah untuk keterangan tentang haluan selepas tamat belajar iaitu kerja. Awak boleh cuba rujuk dalam entri saya yang lepas guna link dibawah ini:-

      Part 1
      Tajuk: "Kepada yang bertanya..pasal kerja ya?"
      https://fiqieblog.blogspot.com/2020/03/kepada-yang-bertanyapasal-kerja-ye.html

      Part 2
      Tajuk: "Peluang Pekerjaan Bagi Pelajar Pengurusan Ladang"
      https://fiqieblog.blogspot.com/2021/07/peluang-pekerjaan-bagi-pelajar.html

      Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam memilih bidang pengajian ini.

      Delete
  22. Penggunaan laptop perlu tak untum dpim ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana bertanyakan soalan, ya betul. Setiap pelajar perlu ada laptop. Sebab kalau ada kerja assignment secara individu/group, nanti senang nak siapkan. Contoh tugasan yang pelajar terima adalah kena buat 'typing report' dalam Microsoft words, sediakan 'slide presentation' dalam Powerpoint Presentation, edit 'video presentation' dalam Filmora Wondershare, buat 'poster' dalam Microsoft Publisher ataupun Adobe Photoshop, hantar kerja kepada lecturer masing2, emailkan resume (pengenalan diri pelajar/graduan) kepada agensi syarikat untuk buat praktikal/cari kerja dan sebagainya. Kalau kita guna laptop ni pastikan kapasiti RAM (memori) dia besar untuk simpan banyak file dan maklumat. Selain itu, kalau kita ada pendrive sendiri/pinjam rakan. Pastikan pendrive kita juga tiada sebarang virus apabila disambungkan ke laptop sebab boleh menyebabakan laptop jadi lambat/pop up iklan pelik2. Jangan download aplikasi/movie/video yang mencurigakan sebab boleh mengakibatkan timbulnya masalah yang sama macam tadi. Kalau boleh elakkan simpan banyak video sebab boleh buat storage laptop kita penuh. Elakkan buka volume laptop terlalu kuat sebab boleh pecah bunyinya nanti dan kadang tak dengar apa-apa sebab dah rosak. Biasanya jangka hayat laptop ni tak tahan lama tu sebab kena jaga baik-baik. Dan penting untuk kita ada simpanan wang untuk baikpulih alat peranti ini ataupun tukarkan kepada laptop yang baru bila diperlukan mengikut budget yang kita ada.

      Delete
  23. Assalamualaikum..saya tertarik dengan penulisan tuan ini.Ya memang tidak dinafikan bidang perladangan dan pertanian merupakan suatu bidang yang menarik dan menyeronokkan bagi saya.Soalan saya :
    1) Boleh ke saya yang dari side medical
    ni nak memohon untuk masuk belajar
    jurusan pertanian/perladangan pulak?
    2) Ada had umur ke untuk belajar jurusan
    ni?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, alhamdulillah terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya cuba jawab ikut kadar pengetahuan saya sahaja.

      1) InsyaAllah, jika awak rasa ini pilihan yang terbaik. Awak boleh menukar jurusan daripada Side Medical kepada jurusan Perladangan melalui sistem UPU. Tetapi setahu saya kena masuk peringkat Diploma terlebih dahulu sebagai permulaan kepada topik-topik asas. Guna result SPM. Tapi kalau awak pernah ambil Tingkatan 6 ataupun Matriks, boleh terus masuk peringkat Sarjana Muda (Degree).
      2) Untuk had umur pula, tiada. Tapi awak perlu check semula kepada syarat-syarat kelayakan bagi jurusan ini. Sebab dulu ada juga senior yang berbeza umur dalam 2-3 tahun begitu tetapi bersemangat untuk menuntut ilmu. Mungkin akan ada perubahan disini ikut kepada budi bicara pihak fakulti sendiri.

      Apa-apapun saya doakan awak dapat membuat pilihan yang terbaik. InsyaAllah, semoga dipermudahkan atas segala urusan. Amin.

      Delete
  24. Salam En Fiqie,

    En Fiqie ada kenalan, baru graduate Diploma Pertanian dan sedang mencari kerja?

    https://careers.utar.edu.my/Adm_SL_Plant.php

    Sesiapa berminat boleh mohon. Kami mencari calon lelaki untuk mengisi kekosongan jawatan Senior Laboratory Assistant.

    Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai job scope, boleh hantar pertanyaan pada hazlinda@utar.edu.my.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam puan Hazlinda, baik. Terima kasih syorkan pada kami semua disini. InsyaAllah, mudah-mudahan ada rezeki buat para graduan dalam bidang ini untuk belajar dan sumbangkan tenaga kerja, pengalaman dan ilmunya nanti.

      Delete
  25. Assalamualaikum Maaf nak tnya kalau nak habiskan belajar kos ni ambil masa dalam brpa lama ya dan berbaloikah ambil kos ni dengan peruntukan gaji yg ada dalam skop pengurusan perladangan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya. Tempoh pengajian bagi diploma pengurusan ladang (AT110) adalah selama 2 tahun setengah (5 sem). Untuk peruntukan gaji tu bergantung kepada jenis kerja yang kita pilih, pengalaman dan peringkat tertinggi pengajian kita. Contohnya kalau kita daftar diri waktu SPM mungkin gaji kita tak setinggi waktu kita ada diploma. Shahrul boleh cuba tengok dekat websites agensi yang terpilih di Malaysia ataupun SPA9. Boleh juga buat survey untuk kerja yang lain kalau ada member2 yang share dari situ kita boleh nampak nilai gaji dia juga. Tapi kena hati2 sikit, boleh bertanyakan pada sesiapa yang pernah kerja kat tempat situ untuk tahu kelebihan dan kelemahan kerja tu.

      Bawah ni saya share telegram untuk SPA9 yang boleh kita semua follow secara up-to-date.

      1) Info SPA9
      https://t.me/spa9i

      2) Info Jawatan Kosong & Bantuan Kerajaan
      https://t.me/mohonkerjaya

      Semoga dipermudahkan semua untuk dapat rezeki yang berlimpah ruah, pekerjaan yang baik dan hasil gaji yang berkat selepas tamat belajar. InsyaAllah amin.

      Delete
  26. bang boleh pm saya tak number 0105693397 saya ada benda nak tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang persoalan lanjut boleh emailkan kepada saya bfiqie@gmail.com

      Terima kasih :)

      Delete

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...