Asslamualaikum w.b.t
Hai planterrsss sekalian,
Yang dah degreee, junior-junior ku, dan senior-senior ku yang ku doakan agar kamu lebih baik di sana. Selalu dekan hingga ke hari ini. amin. Azam 2020 nak 4 flat annn!
Baiklah siapa kat sini nak LI (latihan industri), angkat tangan???
Aku, aku, aku, akuuuuuu...sebab aku pun dah nak LI esok. Siapa yang baca blog aku doakan lah aku supaya aku dapat melalui hari-hari ku bersama tanaman komoditi Malaysia ni dengan jayanya. Aku harap semua berjalan dengan lancar. Dapat boss baik, staff baik, rakan seperjuangan yang baik, semua benda yang baikkkk. amin.
Aku pilih Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai port aku untuk timba ilmu dorang sebanyak-banyaknnya. Negeri yang berkaitan biarlah rahsia sebab itu lebih baik untuk kita semua. Dimanakah tempat yang aku maksudkan itu..hanyalah kami2 di sini je yang tahu sebab aku pergi dengan kawan-kawan aku sekali.. ramai2. Tapi aku tak adalah rapat sangat dengan depa semua. Just kenalan saja. So apa-apa yang menarik nanti aku akan cerita kat sini
INSYAALLAH, COMING SOON!
Jadi kalau korang nak tanyakan soalan sila jangan segan silu tinggalkan komen dibawah
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
Dijemput untuk membaca Pengalaman jadi pelajar Degree dalam Program AT220
- Semester 3: Best Ke Praktikal Ladang Masa Degree
- Semeter 3: Misi Mencari Herbarium di Merata Tempat
- Semester 4: Kisah Movie Presentation
- Semester 4 : Setting Kamera Paling Jimat
- Semester 5: List-To-Do yang Paling Panjang
- Semester 5: Pengalaman Menjawab EET (English Exist Test)
- Semester 6: Belajar Cara Guna GoogleMeet 'Present Now'
- Semester 6: Susah Ke Masuk Degree Ladang
A'salam, nk tnya lepas graduate course ni skop pjerjaan apa yg kita boleh mintak..means lepas dh graduate jadi apa?
ReplyDeleteWaalaikumussalam w.b.t, terima kasih pada yang bertanya. Aiman boleh cuba rujuk dalam link bawah ni ya.
Deletehttps://fiqieblog.blogspot.com/2020/03/kepada-yang-bertanyapasal-kerja-ye.html
Untuk skop kerja tu saya tak berapa pasti, tapi mungkin boleh cuba mohon atau tanya majikan dekat tempat latihan praktikal (LI) dulu. Biasanya ada sesi pengambilan pekerja dalam sektor perladangan ikut pada kriteria2 tempat tu sendiri. Majikan suka graduasi yang ada pengalaman dan banyak sumbangkan idea untuk selesaikan masalah2 syarikat dia.
Ada x course pengurusan ladang di peringkat diploma atau degree secara PJJ. Tgh mencari course pertanian utk suka2... hihi
ReplyDeleteTerima kasih pada yang bertanya. Maaf saya tak pasti pasal pengajian jarak jauh (PJJ) untuk kos ni. Buat masa sekarang memang tengah PKP,semua pelajar belajar dekat rumah dan segelintir lagi dekat kolej sebab ada kemudahan fasiliti. Kalau Salman minat bahagian pertanian why not full time dalam kos ni? Sebab waktu belajar ni, kelas dia ada yang pagi dan petang. Biasanya dari pukul 8 pagi tu sampailah sebelum pukul 6 petang. Ada waktu gap2 dia untuk berehat. Yang buat lama tu tempoh kita siapkan assignment. Tapi kalau pengurusan masa kita okay. InysaAllah semuanya berjalan dengan lancar.
DeleteSambung degree dari diploma, dapat credit transfer tak ?
ReplyDeleteTerima kasih pada yang bertanya, ya Andros Dee. Ada pengecualian credit untuk beberapa subjek yang sama dan tempoh pengajian dipendekkan daripada 6 semester kepada 5 semester sahaja (2 tahun setengah). Bila degree terus masuk semester 2. Bergantung kepada jenis universiti yang dipilih.
DeleteTumpang tanya, kelayakan sambung degree lepasan dip untuk UPM berapa ya? 😅
ReplyDeleteTerima kasih pada yang bertanya, maaf saya tak pasti tentang kelayakan sambung degree lepasan diploma untuk UPM sebab kebanyakan yang saya kongsikan ini adalah dari UiTM, tapi mungkin awak boleh cuba tengok dalam laman portal UPM terlebih dahulu.
DeleteSusah tak degree ladang bang?
ReplyDeleteTerima kasih pada yang bertanya, sebenarnya ada yang susah dan ada yang senang. Bila dah degree ni kita tak fokus pada aktiviti ladang. Dia Berbeza sikit. Sebab kita akan fokus kepada kaedah penyelidikan untuk baik pulih sektor perladangan pula. Contohnya kajian tanah, kawalan haiwan/ serangga perosak dan weed, cari punca2 isu yang menyebabkan berlaku semua masalah pertumbuhan pokok tu. Dan ada banyak lagi. Kiranya kita akan diajar cara berfikir/ berkebolehan untuk faham macam ala-ala bakal manager/supervisor. Bukan lagi jadi pekerja yang besye2 yang asyik diarah buat itu dan ini.
DeleteUntuk sambungan ayat yang penuh saya ada tulis dalam entri bawah ni yang tajuk "Susah Ke Degree Ladang Ni?
https://fiqieblog.blogspot.com/2021/08/susah-ke-masuk-degree-ladang.html
boleh tak suggest tempat li. sebab this month saya masuk degree penerapan. prepare awal tempat li hehe. doakan saya
ReplyDeleteTerima kasih kerana bertanya. Maaf saya pun tak pasti syarikat mana yang sesuai untuk Latihan Industri (LI) setakat ni. Tapi mungkin awak boleh cuba tanya syarikat perladangan bawah ni sebab ni antara yang dicadangkan juga daripada advisor di universiti saya kepada para pelajar.
Delete1) SIMEDARBY (LADANG & PENYELIDIKAN)
2) TRADEWIND (LADANG & PENYELIDIKAN)
3) BOUSTEAD ESTATE (LADANG & PENYELIDIKAN)
4) FGV (LADANG & PENYELIDIKAN)
5) IOI CORPORATION (LADANG & PENYELIDIKAN)
6) SAWIT KINABALU GROUP (LADANG )
7) RISDA PLANTATION SDN.BHD. (LADANG)
8) FELCRA BERHAD (LADANG)
9) EPA MANGEMENT (LADANG)
10) LEMBAGA KOKO MALAYSIA (LADANG & PENYELIDIKAN)
11) TH PLANTATION (LADANG)
12) LGM (LADANG)
13) FTPSB (PENYELIDIKAN)
14) FELDA PLANTATION (LADANG)
15) MARDI (PENYELIDIKAN PADI)
16) RRIM (PENYELIDIKAN GETAH)
17) MPOB (PENYELIDIKAN KELAPA SAWIT)
Sambil-sambil awak call atau pergi ke tempat tu, boleh tanya mereka apa aktiviti utama dan sampingan yang selalu mereka buat, elauns, penginapan, pelajar yang pernah apply ke sini, ada buat case study ke? (rujuk kepada skop yang diminta oleh universiti) Macam saya, pernah LI dekat Risda Plantation (yang lebih fokus kepada pengurusan ladang) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) (lebih fokus kepada penyelidikan dan ladang). Bagi saya waktu diploma sesuai ambil bahagian yang ada banyak aktiviti ladang sebab lebih kurang macam silibus yang kita perna belajar dalam kelas dan insyaAllah boleh cepat faham. Selain itu, kalau awak minat penyelidikan biasanya akan ada Case Study (thesis) yang bagi saya sesuai untuk pelajar degree. Case study tu macam yang saya cerita dalam entri ni iaitu kena buat report dan juga dapat peluang untuk melawat ketempat yang kita sedang kaji tu samada dalam makmal/ ladang.
Boleh rujuk dalam entri saya yang lepas bertajuk "Best ke Praktikal Ladang Sem 3 (DEGREE EDITION)
Link: https://fiqieblog.blogspot.com/2020/09/best-ke-praktikal-ladang-sem-3-degree.html
hi assalamualaikum.. sy bakal sambung degree at220.. nak tanya , boleh tak nak tahu senarai subjek yg boleh pc ?
ReplyDeleteHi waalaikumsalam, maaf 'subjek PC' tu apa benda ya?
DeleteUntuk pelajar yang sambung degree "Bachelor of Science (hons.) in Plantation and Technology and Management" melalui penerapan. Setakat ni subjek yang boleh di creditkan (subjek yang tak perlu ambil lagi waktu degree sebab dah ambil waktu diploma) adalah subjek kokurikulum dan Fieldwork. Dan jangka masa pembelajaran adalah selama 2 tahun setengah (Bermula dari sem 2 hingga sem 6). Sem 1 ni khas untuk pelajar yang belum pernah masuk diploma pengurusan ladang lagi. Jadi memang berbaloi bila dapat skip 1 sem dan creditkan subjek.
Walaubagaimanapun, perkara ni tertakluk kepada pihak institusi dan pengajian yang berlainan. Mungkin berbeza daripada yang diutarakan ini pada setiap tahun. Untuk maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada institusi yang berkaitan.