Sunday 13 September 2020

5 Broadleaf Weed Collection

Asslamualaikum w.b.t,

Assignment cari weed untuk kita buat specimen herbarium ni memang menyeronokkan, sebab kita boleh perhatikan kecantikan pokok-pokok bunga dan rumput yang memang tak pernah perasan pun sebelum-sebelum ni. Kalau dulu kita suka keringkan kelopak bunga ros warna merah, putih dan pink. Kali ni kita buat lebih besar lagi. Kita boleh nampak hasil usaha kita berbaloi bila daun-daun tu semua kering lepas kita dah lapik atau tindihkan dia dengan benda berat. Masa diploma dulu aku kena cari pokok bunga untuk tampal kat kertas. Bukan cari weed. Ada beza ye weed dengan bunga. Tapi  weed pun berbunga juga..hehe. Memang kena keluar dari kolej cari dekat taman perumahan, padang, dan lokasi yang memang ada pokok bunga. Lepas dah cari lebih daripada 10 jenis bunga kena basuh sikit dengan air supaya tak ada kotoran melekat dekat pokok kita. Contohnya macam tanah ataupun habuk.  Lapkan dengan tisu atau kain betul-betul. Lapikkan dengan surat khabar lama untuk alas dia bagi cepat kering. Tindihkan dengan benda yang memang betul-betul berat macam buku ker.Yang paling penting kena pastikan kita dapat 3 benda ni iaitu bunga daun dan akar sebab ni elemen yang terpenting dan wajib ada. Boleh dapat lebih banyak markah kalau kita berjaya buat betul-betul.

Teamwork aku pernah bagi tips macam mana nak keringkan herbarium tu kalau katakan kita dah tak ada tempat atau ruang nak letak. Jawapan dia tindihkan dekat bawah tilam yang dah berlapik dengan surat khabar atau kertas. Aku dah try memang menjadi tapi daun dia kalau lupa nak check dari hari ke hari dia akan jadi terukssss.. berkedut-kedut. (kita bukan tahu apa jadi kat bawah tu -.-). Maka, penyelesaiannya aku periksa selang 3 hari macam tu sebab nak kekalkan kecantikan dia. Lepas tu yang kedua, kalau ada orang cakap keringkan herbarium guna iron gosok baju tu..jangan ikut sebab tu kerja last minute. Tapikan aku dah try juga tau..haha. Saje nak tengok keberkesananya. Seriously, dia punya daun jadi terbakar teruk walaupun dia kering dan warna dia nampak lain macam sikit dengan yang cara normal kita selalu buat. Aku tak sure nak guna yang tu ke tak, sebab cara dia memang laju, macam instant gitu tapi tak kering betul! Last-last aku pilih method yang lama iaitu keringkan cara biasa. Sebab dia lebih tahan lama, dan lebih kering walaupun kita terpaksa tunggu berminggu-minggu untuk dapatkan hasil yang terbaik. TAK PE KITA SABAR YEE.

Masih segar dalam ingatan aku time kena cari weed pula masa sem 3. Masa aku dulu tukan, haha. Ada part yang kelakar. Di sebabkan terjumpa weed yang memang pelik dekat ladang dan memang jenis macam semak-samun punya pokok. Menjalar. Tapi ada bunga warna pink putih kecil yang sangat lawa membuatkan kitorang rasa macam hishhhh.. rugi ni kalau tak ambil! Aku dengan kawan aku pergi bawa satu semak tu balik kolej. Dalam sepanjang perjalanan tu semua orang pandang kami ni pelik sebab dah lah petang time tu balik dengan keadaan penuh dengan tanah cari weeds. Tangan kanan kiri pegang rumput. (cuba bayangkan macam mana rupa kitorang..ahaha) Seronok! Aku perasan bila semua yang tengok tu pandang tak berkelip. Dah ala-ala artis rasa. Hanya budak ladang je yang faham keadaan ni kan. Tapikan sebenarnya tak perlu pun bawa semua tu. Gunalah gunting ambil benda yang penting je.

Lepas dapat je weed kita nak, terus basuh, lapkan kering dengan tisu atau tuala dan limpitkan dengan benda berat sebelum dia layu dan daun dia mula jadi liuk-piukk (ada ke bahasa ni). Kena pantas ye.  Hari tu juga kena siapkan kerja ni. Jangan tunggu esok. Bahagikan kerja ni contoh sorang buat dua (2) weed untuk hari ni. Nanti esok cari lagi yang lain supaya tak terkejar-kejar.

Kalau nak buat herberium cara aku korang kena pastikan bawa barang ni masa turun cari weed:

1) GLOVE
-pakai sarung tangan sebab weed ni tajam banyak duri, elakkan ambil risiko jaga keselamatan diri baik-baik

2) PLASTIC SAMPAH YANG BESAR
-Bawa banyak sikit. Nanti boleh simpan bila dah jumpa. Senang nak angkut masa berjalan

3) GUNTING
-Kadang weed ni ada batang yang keras dan lembut. Mana yang degil tu korang gunting je.

4) MINI TOOL
-Nak jaga kecantikan akar dia yang mudah sangat terputus. Akar taproot tu susah nak tarik. Akar fibrous tu lagi lah cepat sangat putus. Jadi guna mini tool ni cangkul perlahan-lahan atau boleh je guna tangan tarik slows-slow. Nak pinjam cangkul yang besar tu pun boleh.

5) BOTOL YANG BERISI AIR
-Untuk kekalkan kesegaran pokok yang ada akar, bunga dan daun. Lepas je kita cabut dari tanah atau petik. Pokok memang mudah layu. Jadi bila kita rendam kejap akar dia dalam botol tu. Bagi dia segar sikit sebelum kita keringkan. Jauh lagi perjalanan nak cari weedsssss. Tapi kalau tak ada botol ni...boleh try jangan pisahkan akar dengan tanah yang melekat tu. Biar je dia kat situ. Supaya pokok tu tak terkejut.

6) EXTRA INFO
-Masa cari weed.. tengok dulu cuaca hujan ke tidak.
-Kalau hujan banyak lumpur melekat dekat akar dia, dan kadang tu susah nak tarik pokok tu.
-Kalau panas pula, mudah tarik tapi kita la yang berpanas..haha
-Mana-mana pun boleh yang penting rajin :)
-Kreteria yang lain untuk specimen weed ni adalah...adakah ia muat untuk ditampalkan keatas kertas???? Kena fikir-fikirkan. Tak besar sangat tak kecik sangat. Cantik ke, buruk ke? Kena pilih pokok yang lawa yang daun dia tak ada penyakit atau lubang. Cuba usahakan cari yang korang rasa perfect.

Antara halangan nak siapkan herbarium atau weed collection ni adalah macam kat bawah ni:-

1) Sifat suka menangguh kerja.
-Bila buat lambat, memang  rasa tak keruan bila kawan lain dah siap. Tahu esok nak hantar. Kita masih lagi mencari-cari sampai ke sudah herbarium ni. Dah lah susah nak jumpa! Lepas tu tak pasti ni spesis apa? Apa nama Scientific name dia? Lupa nak catat tarikh dan tempat dia?
-Buat awal, dapat keringkan betul-betul dan elakkan herbarium kita daripada berkulat teruk. Serius teruk rupa dia. Hari pertama kerja dah ada progress. Dan terus buat.

2) Tak ada yang nak jadi ketua kumpulan
- Tak mustahil semua orang akan buat tak tahu dan memang group whatsapp pun sunyi sepi sebab semua tak kisah pasal kerja
-Kena lantik sorang ketua dalam group kita supaya dia boleh 'push' kita untuk lebih semangat buat kerja dan juga adakan beberapa meeting untuk bincang pasal kerja ni.

3) Tak bahagikan tugas
- Mesti ada yang kena 'dera' dalam tiap-tiap kumpulan walaupun kita tak nampak dalam hati manusia tu ada apa. Dah dia sorang je yang sedar dan rasa bertanggungjawab, dia lah yang cari, dia yang keringkan, dia yang tampal dalam kertas, dia yang masukkan dalam fail, dia yang cari nama pokok dan catat semua benda. Habis tu ahli member kita yang lain? Buat apa??
- Kena bincang dan senarikan nama ahli untuk pembahagian tugasan. Boleh je buat dalam Whatsapp tak perlu jumpa depan-depan. Nanti bila hari nak cari tu boleh cari sama-sama ATAUPUN kalau kita terjumpa kat mana-mana. Contohnya balik Kampung ke, bagitau rakan-rakan yang lain supaya tak tercari pokok yang sama. Serius, elakkan dapat pokok yang sama, biarlah berlainan itu lebih baik. 
- Bahagi tugas biarlah adil. Dan semua mesti ada kerja masing-masing.

"Lebih banyak species lebih baik, tapi biarlah berlainan jenis"

Semuanya bergantung juga pada arahan, contohnya kalau dia minta kita tampal rumput tu guna gam. Jadi kena ikut tanpal guna gam. Tapi kalau dia minta guna selotape. Kita tampal guna selotape. Kalau tak cakap apa-apa. Pada pendapat aku, lebih kemas tanpal guna gam yang warna putih susu tu. Beruskan pada tangkai daun pokok yang dah kering dan leper. Lepas tu tampal atas kertas keras. Ni dapat elakkan daripada cepat rosak. Yang paling penting sekali labelkan pokok yang kita tampal tadi. Mana bahagian daun, bunga, batang, dan akar taproot ataupun fibrous dan letak petunjuk macam dekat bawah ni.


Specimen number
 1
Common name
Common purslane
Scientific name
Portulaca oleracea
Family
Portulacaceae
Life cycle
Annual
Name collector

Location of collection

Collection date
14 th October 2019


Specimen number
 2
Common name
Horseweed
Scientific name
Conyza Canadensis
Family
Life cycle
Annual or biennial
Name collector

Location of collection
Collection date
14 th October 2019


Specimen number
 3
Common name
Low amaranth  
Scientific name
Amaranthus deflexus
Family
 Amaranthaceae
Life cycle
Annual, biennial, or short-lived perennial
Name collector

Location of collection
Collection date
27 th September 2019

Specimen number
 4
Common name
Persian silk tree
Scientific name
Albizia julibrissin
Family
Fabaceae
Life cycle
Perennial
Name collector

Location of collection

Collection date
8 th November 2019

Specimen number
 5
Common name
Billygoat weed
Scientific name
Ageratum conyzoides
Family
Life cycle
Annual
Name collector

Location of collection

Collection date
27 th September 2019

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...