Sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar arwah dipermudahkan segala urusan disana,
Moga keluarga tabah menerima berita ini,
Tanpa disangka rupanya Allah memberi peringatan buat diri kita jua,
Bahawa aku juga makin dekat menghampiri AJAL ku,
Bukan saja didengari tapi MERASAI sama,
Kematian itu,
Sakit itu pasti,
Kerana waktu itu,
Roh kita sedang dipisahkan daripada badan,
Segala urat kita terputus dari hujung jari kaki hinggalah ke bahagian ubun² dikepala kita,
Roh yang sebenarnya hanyalah menumpang setia,
Setelah sekian lama ia bersemadi disitu,
Menjalani kehidupan sebagai hambanya,
Yang tak akan telepas kerana sentiasa diuji ,
Tiba masa untuk bertemu sang Pencipta-Nya,
Bagi hati yang mengharapkan Allah,
Dia merasakan detik ini begitu indah untuk kembali ke sisi Tuhannya,
Kita yang mendengar juga merelakan apa yang Allah ambil daripada kita,
Semua ini adalah mengikut ketetapan Allah,
Seperti mana kita datang pasti kita akan kembali,
Usia ini sebenarnya semakin memendek,
Umur 20 bahkan 50 sekalipun,
Allah sedang memberikan kita peluang untuk menambahkan ketaatan kita terhadapNya,
Sabar dalam apa sahaja yang diberi,
Seperti hujan, jangan disangka itu simbolik kepada kesedihan,
Tetapi dengan turunnya hujan itulah,
Allah memberikan rahmat dan kebaikan kepada makhluk-makhluknya,
Mengampuni dosa, memperkenankan doa,memberikan rezeki sumber air, menyuburkan tanaman bahkan hujan itu mengusir musuh ketat kita iaitu syaitan dengan tembakan petir yang kuat berdentum memecahkan kesunyian,
Dunia ini mungkin gelap dengan kehadiran hujan itu,
Tapi akhirnya akan menghadiahkan satu ketenangan setelah ia menyinari sinar yang lebih terang untuk kita merasai kedamaian,
Begitu juga pada diri kita,
Allah menjaga kita dengan sangat baik,
Bersangka baiklah pada Allah kerana dia yang memberikan kita 'dugaan',
Dugaan itu tanda kita sentiasa dibawah pemerhatian Dia,
Bagi hati yang sedang merasai kesedihan,
Akibat daripada kesusahan yang meremoknya hingga berkecai,
hati itu rupanya tidak berhenti berdoa,
Dan Allah mengabulkan doa bagi hati-hati yang sedang bersedih,
Kerana hati yang sebegitu lebih dekat dengan Penciptanya.
Malah sangat dekat.
ALLAH uji kerana Allah sayang.
Takdir ini buat diri ku dalam perjalanan musafir yang begitu banyak perhentian. Ada yang menemani, membantu bekalan ku, ada yang pergi, memberikan ku khazanah ilmu, semoga terus mencintai Allah ya Qalbun Salim (Pencipta Hati) hingga kita dipertemukan di sana. Negari akhirat yang kekal abadi.
Doa ku dan doa kita semua.
No comments:
Post a Comment