Assalamualaikum w.b.t
Sebelum-sebelum ini aku tak terfikir pun nak guna "Studio Camera Ring Light" untuk buat rakaman video. Walhal ramai rupanya kawan aku yang beli benda tu masa waktu PKP haritu untuk mudahkan dorang merakam video presentation. Memang cahaya dia cantik dan terletak elok je smartphone kita tu kat tengah-tengah ring cahaya tripod tu. Ada juga yang panjang sikit dia punya stand dia tu ikut ketinggian kita. Tapi entah kenapa baru tahu pasal kewujudan dia bila dah akhir-akhir semester.. Bagi aku harga dia memang mampu milik tapi bila aku pertimbangkan baik buruknya benda ni, rasa TANPA dia pun.
"OKEY JE VIDEO AKU SELAMA NI"
Studio Camera Ring Light. Boleh try cari di shopee.
Aku bukan nak promote barang ye. Tapi kalau ada orang nak hadiah kan aku satu benda ni boleh je sangat-sangat. Jangan segan silu. Aku terima dengan hati terbuka..hehe
Okey serius, cuba bayangkan sebenarnya kita boleh buat rakaman yang hebat tanpa benda ni pun sebenarnya tu sebab tajuk aku pun cara nak "Setting Kamera Paling Jimat".Tak keluar duit walau satu sen pun. Jadi masa aku buat video presentation tu benda yang paling penting kita nak cari adalah macam benda kat bawah ni.
CARA SETTING KAMERA PALING JIMAT
1. Pencahayaan Tempat
Disebabkan aku tak ada halaman yang cantik bak rumput-rumput menghijau untuk outdoor tu. Membiarkan angin-angin sepoi bahasa itu menerpa kearah kulit kita masa tengah shooting. Ala-ala iklan rambut versi amatur. Jadi aku decide buat je rakaman dekat dalam bilik sendiri. Cara dia aku buat dekat area yang dekat dengan tingkap bilik. Ikat langsir siap-siap denga kemas. (kalau ada langsir). Pastikan semua cahaya tu masuk. Mula buat rakaman dalam pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari sebab memang lighting dia cantik sangat. Pemandangan waktu pagi memang indah dan menenangkan. Waktu pagi otak kita memang fresh nak mengaturkan ayat dan strategi. Lighting mesti duduk kat depan kita baru lah nampak jelas muka kita.
2. Lense Kamera Handphone
Aku tak adalah guna kamera yang mahal macam nak buat cerita movie tu. Ataupun ala-ala youtuber yang memang handal bab kamera ni. Kami ni student je! Tak semua benda kita mampu miliki. Aku proceed je guna apa yang ada dulu, contohnya kamera handphone Samsung. Tukarkan kamera dia jadi 'back kamera' (yang macam selalu kita buat selfie tu). Buat yang kamera screen tu supaya nampak angle kita okey ke tak okey. Dan nak pastikan yang kita on video kamera tu dulu sebelum mula. Tapi kalau korang ada kawan atau adik beradik yang nak tolong rakam kan pun boleh juga. Tak perlu tukar kamera tu. Boleh terus rakam. Lagi sharp dia punya video nanti.
3. Ketinggian Handphone
Pastikan tinggi kamera tu buatkan diri kita nampak dari paras 'kepala sampai ke pusat' dalam video tu. Maksudnya kena berdiri ye masa bercakap-cakap tu. Bukan seenak-enaknya duduk kat atas kerusi. Nanti badan tu memang betul menghadap ke kamera tanpa senget kemana-mana. Dalam screen tu memang kita berdiri kat centre tengah-tengah tu. (Kalau pembaca berita tv kat tepikan tapi yang ni memang kita berdiri kat tengah) Badan tu macam mendepa dan memberikan sepenuh perhatian ke arah audience. Bahu kita pun sama macam tu, nanti bila cakap boleh lah buat isyarat tangan tangan semua.
4. Letak Handphone atas rak atau pada buku
Aku tak ada tripod nak bagi handphone ni berdiri tegak atau melintang. Aku settingkan terus melintang sebab nak nampak macam kita tengah tengok tv yang luas kiri kanan. (kan semua memang melintang).Kalau present yang berdiri ni, cara dia aku keluarkan semua buku dalam rak mini aku. Lepas tu aku tarik rak tu ketengah supaya lighting tadi masuk dalam video. Aku susun rak tu keatas secara menegak. Letak kamera handphone kat dalam ruang rak kosong tu. Check samada sama tak macam no. 3 tadi. Tak perlu guna earphone. Kalau untuk present yang duduk tu. Aku letak handphone atas meja je. Ambil buku tebal macam kamus, ataupun rujukan semua banyak-banyak susun kat tengah dan letak kamera ikut ketinggian yang sesuai. Masa ni boleh guna earphone.
5. Background dinding
Aku tolak semua benda ke tepi contohnya katil aku supaya tak masuk dalam kamera. Serius nampak lebih proper bila tak ada gambar katil, bantal ataupun teddy bear kat belakang kita. Nanti video tu akan nampak lebih rasmi dan serius dalam perbincangan. Kalau korang nak buat pemandangan menara KLCC pun boleh, laut ke, mana-mana pun boleh ikut kreativiti sendiri dan yang paliing penting korang ingat skrip dan faham apa yang nak disampaikan.
6. Dress Code yang paling kita suka
Aku cari baju yang memang aku rasa nak pakai masa hari tu. Warna yang memang menyerlah dan menarik perhatian ramai supaya semua tertumpu pada aku yang sedangkan menyampaikan info ni. Asyik pakai hitam je sekali-sekala kena bawa warna yang ceria. Bukan ke kita yang nak bentangkan tu? Yang penting ikut SAHSIAH RUPA DIRI. Baju longgar, tutup aurat. Siswa pakai tie dan berkolar dengan smartnya. Yang siswi pakai baju kurung labih, dan tudung dengan ayunya.
Okey rasanya itu sahaja tips macam mana nak setting kamera paling jimat untuk kita yang menjadi pemula dan berlatih buat video masa PKP ni. Lepas dah siap-siap rakam tu kena transfer dalam laptop pula untuk kita edit pula.(guna bluetooth pun kena banyak-banyak bersabar). Hah.. yang edit ni boleh guna app 'Wondershare Filmora' sebab yang ni boleh edit secara offline dan mudah faham macam mana nak guna. Macam mana pun yang pembentangan ni ikut pada lecturer juga, kadang tu ada yang nak secara LIVE presentnya jadi tak perlu lah rakam dan save video pun. Guna je platform macam Whatsapp video, Google meet dan Zoom. Mudah je kan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment