Sunday 14 July 2019

Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (ep2)

Assalamualaikum w.b.t

Kepada korang yang sedang baca ni. terima kasih sebab sudi lawat blog aku yang biasye-biasye ni. Lepas berperang dengan dunia assignment, group, study dan cari mood untuk diri sendiri, akhirnya aku cuti juga untuk final semestar pertama degree. Alhamdulillah. (aku siap tampal sticky note kat dinding tu haa cakap yg "HARI KEMERDEKAAN AKU 13/7/2019 (SABTU).. JADI BERSABAR LAH NAK ") Tak nak mengalah sebelum mencuba.. hahaha.

Baiklah memandang ianya dah di sambut semalam dengan air teh tarik melayu dan cool blog chocolate oreo harga RM6.50 dengan jayanya. Yelah mood relax2 chill2 aku dah sampai.. tutup semua note tu elok2. Tetibe* Tu yang dapat aku menaip hari ni. Apa yang dapat aku perhatikan lepas aku menyepi jap dari dunia blog ni, nampak ramai juga yang search pasal pengalaman jadi budak pengurusan ladang ni. Aku pula pergi tulis sikit  je tentang benda-benda yang orang lain dah cerita dulu or memang korang dah tahu dari awal. Aku dapat menghidu bau tak puas hati korang tu.

Dah la nak daftar masuk dah minggu depan, ada MDS lagi, ucapkan selamat tinggal kepada cuti-cuti kalian..... nak dapat sumber inspirasi tak semua orang ada kesempatan nak menulis benda ni kat alam maya. Tak pe aku faham. Tapi apa yang korang nak tahu sebenarnya? Pengalaman ke atau apa yang korang kan belajar kat dalam kos ni? Kalau tanya aku dulu aku nak tahu apa ada kat dalam kos ni. DUA-DUA la kot

Okey junior-junior ku,ini adalah sambungannya...... ep2

Jangka hayat masa aku belajar dalam DPIM dulu tu tak lama pun dalam 2 tahun setengah (5 sem). Kalau masuk masa umur 17 tahun lepas habis SPM tu habis je dip korang dah umur 20 tahun. Kenapa aku cakap tak lama sebab kita akan busy dengan macam-macam benda. Even ada juga yang kata homesick apa semua sebab dah jauh dari parents tapi yela, lama kelamaan pengalaman akan mendewasakan korang. Biasanya budak sem 1 @ Part 1 yang banyak masa free. Balik kelas boleh tidur jap, malam bleh main game..sbb jadual korang lebih tersusun dari senior2 budak PART 2 keatas. Kelas budak2 PART 1 ni biasanya sesi pagi.Sebab mungkin nak mudah kan korang yang baru ni cari kelas yang jauh tu. Kelas lain2 eh tak stik kat satu tempat. Ada yang dekat makmal, ada yang dekat blok lain, dewan seminar dan bilik kuliah. Rasanya tak jauh pon cuma kena jalan sikit la. Macam jogging camtu. tapi apa2 pun....Kitorang yang tua ni diletak pula waktu petang yang sungguh mengantuk tu -.-' haih.

Sedar lahh yang Free2 pon tu tak bermakna korang bleh rehat2 eh.haha. Mu tunggu la nanti bila dah jadi senior.

Masa aku duduk kolej dulu kitorang memang dalam dilema mencari kupon kolej. Sampai satu tahap boleh panggil " KUPON HUNTER". Misi mencari kupon walaupun esok tu ada test or kuiz.  Kupon kolej tu memng kena kumpul banyak-banyak kalau bleh dalam 1 sem tu penuh tertampal kat dalam kad koku tu untuk dapatkan kolej sem seterusnya. Kalau tak cukup tak boleh duduk asrama tu lagi.  Nak cari rumah sewa memang memakan kos yang tinggiiii. T.T. Kat mana nak dapat? haaaa... cari kat event yang dijanjikan kupon. Biasa ada banyak aktiviti under club yang pelajar sendiri handle kan. Time aku dulu aku paling suka kalau ada larian2 yang ala2 merentas desa sbb aku bleh keluar jap dari dunia asrama tu ke dunia luar yang lebih tenang. Ada juga yang mcam marathon sukan, movie, ujibakat cari talent korang, nyanyian, motivasi, tips hidup, ceramah yang dia jemput artis luar atau ustaz yang duk diviralkan sekarang ni. banyak jugalah yang best... nak senaraikan kat sini memang banyak.

See..tak semestinya jadi budak ladang kena duduk ladang je. Kita belajar bukan setakat mengenal indahnya ciptaan tuhan ni dengan kehijauan dunia tapi kita belajar juga tentang erti hidup yang sebenar. Ada pahit manis kat situ bila dikelilingi orang baru.

Untuk COURSE pula, aku akan selitkan idea kat tepi tu supaya korang bleh rancang awal-awal apa perlu dibaca sepanjang kat sana nanti. Lebih-lebih lagi dia ada bersangkut paut dengan sains again and again

SEM 1
AGR 122 -PLANT SCIENCE 
( Mcam subjek biologi dulu, fokus kat struktur tumbuhan proses mitosis n meiosis, yang double fertilization)

AGR 142 -PRINCUPLE OF AGRICULTURE
(Yang ni ada aku ceritakan at DPIM ep1 aku dulu tu. Dia pasal jenis n ada 4 corak tanaman yang dikomersialkan di Malaysia. Pastu kena tahu apa peranan agensi-sgensi ladang kat Malaysia)

CTU 101 FUNDAMENALS OF ISLAM
( Macam subjek agama dulu tapi yang ni banyak citer pasal syumuliah dan apa itu Din, nnti kena hafal separuh Surah Yassin )

ELC 121 INTEGRATED LANGUAGE 
 ( Ada speaking test, essay, ada latihan mendengar, kena dengar dialog dari dalam speaking then jawab soalan dia, dan akhir sekali ada test reading)

FPA 100 FIELDWORK
(Ayuh turun ladang, kalau tempat aku turun rollcall tiap hari jumaat pagi lepas Subuh tu mungkin pukul 6 pagi, ada senaman sikit2. pastu jengok2 la anak2 pokok sayur korang kat sana setiap hari. Dan korang kena settle sendiri kot2 batas korang musnah sbb hujan malam tadi ke atau pun banyak sgt pest kat situ.. semua kena buat sendiri ikut kretiviti korang. Tapi kalau baik hati tolong la member2 korang. Kata unity kan!) Pastu cam biasa sila wajibkan diri bawa buku nota kecik okengg.

HBU 111 NATIONAL KESATRIA 1
(Ni kos untuk aktiviti kokurikulum waktu petang tapi sekali je dalam seminggu. First sekali masuk sini aku nak sangat masuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Nak la nampak cam doktor sikit pakai baju putih melepak gitu. So aku pun letak la benda tu kat senarai teratas dengan konfidennya dalam borang.Tapi last2 tak dapat sbb ramai sgt insan terpilih..haha. Tak pelah. Jadi aku dapat la Persatuan KESAT yakni KESATRIA yang sama mcam Kadet Remaja Sekolah dulu tu. ada kawad-kawad semua, pastu guna bahasa comand. Those yang ada ciri jiwa ketenteraan bleh masuk benda ni. Tapi nak lagi ketat n badan fit  masuk "Komander" la. (yang ni x termasuk dlm subjek tapi bebas bleh pilih ikut pilihan sendiri..kot2 banyak sgt masa lapang kan tapi korang terpaksa lah korbankan Sabtu n Ahad untuk berlatih lari kawad semua). Then ada juga persatuan bomba dengan yg lagi satu tu aku lupa nama dia tapi dia mcam penjawat awam juga tak silap)

MAT 112 BUSINESS MATHEMATICS
Hai math, kita berjumpa lagi nampaknya Ingat tak subjek ADD MATH masa sekolah menengah dulu. ye, dia ada selitkan sikit kat dalam ni tajuk Arimetik. Satu tu je yg sama. Pastu mmg ada formula yang sgt banyak tapi InsyaAllah korang bleh ingat sbb kita buat benda tu ulang2.  Mesti boleh ingat punyer. Jangan skip walau sehelai pun buku latihan math tu. Pastu dia ada masuk juga account yang tajuk pasal income keluarga. Aku mula2 pening gak macam mana nak kira tapi nasib baik kawan aku tolong. ..yelah budak Account kan. Kita pure sains, sejauh mana kah ke pure an kita ituss.

Okey itulah subjek yang aku belajar masa sem 1 dulu.. nnti ada masa aku citer lagi. Betapa banyak nya kenangan yang tersimpan. Harap dapat membantulah sedikit sebanyak kat adik-adik junior aku. Yang dulu aku pun seperti korang, jenis spesis yang tak tahu pape n nak mintak pandangan.Aku pun search kat mana-mana blog pasal ni. N rata2 nya tak citer banyak sgt. bleh dikatakan 0.01% je yang bersuara. Mungkin dah busy kot. Bagi aku ladang ni best tahap tak bleh nak cakap sbb best. Sebab kita tak duk memanjang dalam kelas dengan note dengan air cond dengan slide semua. Tapi kita akan keluar kat dunia luar. Jalan2 dalam ladang yang tak kira la besar atau kecik asalkan bebas untuk berjalan. Korang dapat tengok betapa dekatnya alam yang Allah cipta ni dengan kita yang hanya tak habis2 dengan handphone, laptop n tv.

Jadi jangan pandang rendah dengan kos ni..korang patut bangga. bukan calang2 orang yang bleh terima diri ini jejak dengan tanah yang bercampur dengan segala chicken dung. Hakikat sebenar, tanah yang kita nampak tak bererti tu penuh dengan rahsia yang kita blom tahu lagi. Jadi dengan kos ni kita akan pandang sesuatu kejadian tu dengan ilmu. Bukan hanya luaran je yang orang selalu kata ladang  ini kerja dengan bangladesh la indon la apa lah. Kulit hitam apa semua.

Takpon jawapan yang aku selalu dapat bila makcik makcik bawang or pakcik-pakcik kentang  kat luar sana tu sibuk beria-ria tanya....

Semasa hari raya berjumpa sanak saudara... ikuti kisahnya

"NAK, LAMA TAK NAMPAK. AMBOI DAH BESAR DAH. KO DAPAT SAMBUNG BELAJAR KAT MANA?" -tanya makcik dengan excited

"SAYA KAT U.......KAT NEGERI.... JE MAKCIK..hehe" -jawab dengan malu2 tapi  bangga

"OH BAGUSNYA, KOS APA TU?"- tanya lagi dalam fikiran mesti kos doktor-doktor gitu tak pun engenierr, atau akaun kee..teka n teka lagi.

"SAYA BIASA-BIASA JE, AMIK KOS PERLADANGAN,..." - Jawab dengan jujur tapi nada slow sbb dah tahu apa bakal berlaku.

*Suasana tiba2 jadi krik2...KRIK KRIK KRIK KREEEEIIIIIIKK

Oh makcik tu terdiam seribu bahasa. Plis la makcik cakap lah something.

Jadi itulah yang aku selalu kena bila mana aku bagitau aku ni budak ladang masa mula2 tu..yela, aku memang terasa la bila orang bagi reaksi camtu. mcam hina sngt je jadi peladang. Aku diam jela sebab aku pun masih amatur lagi dengan dunia universiti.Tapi ada juga yang bagi respon lain yang jadikan aku lagi kuat bila dia cakap

"ALHAMDULILAH, BAGUSNYA DAPAT LADANG NI. ADA PELUANG NI, BELAJAR SUNGUH-SUNGGUH. NANTI BOLEH KERJA KAT RISDA, FELDA, TEMPAT-TEMPAT BESAR KAT MALAYSIA NI. ADA TANAH KOSONG NANTI BOLEH USAHAKAN PULA. LAGIPUN LADANG  LA PALING PENTING. APA YANG KITA MAKAN N MINUM NI SEMUA DATANG DARI LADANG"

Dan kata-kata itu la yang aku pegang hingga kini. Tahu-tahu je Allah bagi aku rezeki untuk sambung degree dalam kos yang sama pula. Alhamdulillah. Boleh lah aku korek lagi rahsia-rahsia terbesar ladang ni..sepanjang aku hidup ni aku tertanya-tanya, macam...apa yang berlaku kat makanan kita sebenarya..dorang buat apa kat benda tu smpai boleh eksport atau import kat negara lain....populasi dunia bertambah dari hari ke hari tapi kenapa dia boleh letak harga mahal-mahal weyhh...pokai duit...ataupun aku nak juga tanam-tanam mana tahu aku berjaya jadi jutawan juga kee..hehe. Hebatkan!

Jadi apa yang dah kita ada ni, adalah hadiah yang terbaik. InsyaAllah kita sama-sama pon bleh buat.

"Kalau kita tak disibuk kan dengan penatnya mengejar ilmu  jadi kesibukan apa lagi yang kita nak?"

Now, korang yang baca ni lah yang boleh ubah pemikiran dunia....jadikan ia lebih baik seperti agama kita sendiri nak kan. EVERYTHING is based on Him.




P/s: Esok2 kalau ada orang tanya lagi ko amik kos apa jawab macam ni... "SAYA AMIK KOS DIPLOMA PLANTING INDUSTRY AND MANAGEMANT' atau "SAYA DARI  FAKULTI PLANTATION AND AGROTECNOLOGY MOKCIKK" haaaa.. baru gempakkan biar bagi kau kau punyer english..haha. Sekian~

14 comments:

  1. Sy suka blog ni.. dari selepas dapat tawaran DPIM terus cari apa yg nak belajar pasal course dan terjumpa blog ni but part je.. tunggu ii hari ni jumpa lagi dh bersambung part 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak pada yang membaca ni. Maaf jika ada kekurangan dari sudut penyampaian. Kalau ada apa2 idea nak saya sharekan, boleh listkan dibawah ni :) InsyaAllah, mana yang mampu kita jawab ya.

      Delete
  2. boleh share pengalaman waktu juga kah

    ReplyDelete
  3. boleh share pengalaman waktu degree juga kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2. Pengalaman waktu degree saya biasa-biasa je tapi boleh rujuk bawah ni:-

      https://fiqieblog.blogspot.com/2020/01/bachelor-of-science-hons-in-plantation.html

      Delete
  4. Assalamualaikum, if time spm saya ambik bidang acc , rasa ii boleh ke saya masuk bidang ni .. saya pon tk tau any basic pasal perladangan ni ..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam effa, terima kasih kerana bertanya. Sebenarnya tak mengapa kalau kita tak ada basic perladangan ataupun sains tulen sebab nanti kita akan diajar satu persatu sepanjang menuntut di universiti nanti sehingga mahir. Ramai juga yang terpilih dapat kos ladang ni, bukanlah kerana minat ataupun memang berasal dari keluarga yang bercucuk tanam, tidak ya. Memang 'kosong'(pertama kali dengar dan menceburinya),tetapi mereka melihat lebih kepada rezeki dan peluang yang dah ada depan mata untuk mencuba perkara yang baru. Saya pernah tulis tentang ni dalam satu ruangan komen yang lepas (bahagian bawah sekali), mungkin dapat bantu awak serba sedikit tentang bagaimana kita nak mudah belajar dalam kos yang berkaitan dengan sains yang ada kena mengena dengan tumbuhan. Saya sertakan linknya di bawah:-

    https://fiqieblog.blogspot.com/2019/03/pengalaman-diploma-pengurusan-ladang.html?showComment=1599488558805#c1430539852066575579

    Kalau effa adalah pelajar perakaunan (account) semasa belajar di sekolah dulu, mungkin ini adalah satu peluang yang besar buat effa kerana dalam tempoh pengajian kos DPIM, ada subjek akaun yang mungkin akan memudahkan effa untuk berjaya memahami pembelajaran dengan lebih baik. Tak silap saya semester 3 dan 5 nanti akan ada akaun tapi ini bergantung kepada pihak institusi dalam mereka mengaturkan silibus buat para pelajar.

    Sebenarnya dalam satu kos ni macam-macam kita boleh belajar sebab ia bukan hanya tertumpu kepada perladangan sahaja, ada juga pengiraan, kemahiran, kesenian, praktikal, komunikasi dan sebagainya khas untuk mencungkil bakat dan personaliti para pelajar yang selama ini dia miliki. Dengan erti kata lain, tujuan adanya pelbagai subjek dalam satu kos sebenarnya membuatkan pelajar itu menjumpai kemahiran dirinya yang sebenar dan mungkin dia mampu buat lebih daripada itu dan dapat bantu kawan-kawan yang lain supaya lebih berjaya.

    ReplyDelete
  6. hi nak tanya, memandangkan sekarang tengah pandemik covid 19, tetapi haritu memang sdh dikatakan jika sebarang course yg mempunyai aktviti fizikal berkemungkinan course itu akan diarahkan trun ke kolej. agak2 DPIM ni adalah salah satu nya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, terima kasih kerana bertanya. Bagus soalan ni, tapi maaf sebab saya pun tak berapa pasti sebab masih belum dapat apa-apa berita tentang kebenaran turun ke kolej. Kalau ikut sekarang ni kami mahasiswa masih dalam pembelajaran secara talian (ODL). Semua aktiviti fizikal ditangguhnya pada semester hadapan sebab kes COVID-19 ni masih tinggi lagi. Setakat ini hanya pelajar tahun akhir yang buat Final Year Project (FYP) sahaja yang dibenarkan duduk di dalam kawasan kampus sebab mereka perlu guna fasiliti dekat sana. SOP masih diutamakan dan dikawal ketat. Mungkin kalau berjaya lah kita semua habis ambil vaksin dos 2 ni. InsyaAllah pelajar DPIM akan dapat balik kolej secara berperingkat, belajar secara face to face, turun ladang dan beraktiviti. Sama-sama kita doakan kemudahan, ketabahan, dan kesediaan buat semua pelajar jika terdapat perubahan arahan yang terbaru daripada pihak institusi pengajian masing-masing.

      Delete
    2. Info tambahan: Pelajar yang baru daftar masuk akan dibenarkan untuk duduk di dalam kolej. Contohnya Semester 1 (diploma) dan Semester 1 atau 2 (degree).. Tapi walau macam mana pun mana-mana pelajar yang tak ada kemudahan internet dan sebagainya, dialu-alukan untuk balik ke kolej. Nanti pihak institusi akan keluarkan surat untuk soal silidik sikit, dan surat kebenaran rentas negeri/daerah bagi memudahkan perjalanan pelajar pulang ke kampus. Akan ada tempoh kuarantin di asrama untuk tengok tahap kesihatan para pelajar. Jadi kena jaga diri baik-baik. Selepas masuk tu, dah tak boleh keluar kemana-mana kena stay dekat dalam kampus sampailah pihak universiti benarkan kita keluar ke tempat lain atau balik ke rumah semula bila dah cuti semester.

      Delete
  7. hai assalamualaikum... nak tanya kalau kat sekolah menengah tak ambil sains tulen and perakaunan still boleh tak apply kos ni??? sbb saya ambil geografi masa SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Ya boleh, masih boleh apply lagi kos perladangan ini walau apa pun bidang yang awak ambil semasa SPM. Tak silap saya syarat untuk masuk mesti credit subjek sains dan matematik. Kalau geografi pun okay je..yg penting awak try tengok syarat2 tu dulu. Mungkin dah ada updation yang terbaru kali ni. Biasanya ramai je kawan-kawan saya yang bukan daripada sains tulen tapi dapat masuk diploma ladang (DPIM). Mula-mula tu je macam kena banyak belajar, slow2, tapi lepas tu alhamdulillah dah boleh faham tentang selok-belok sains tumbuhan ni semua. Sebab kebiasaannya pelajar diploma memang akan belajar dari bawah dulu (paling asas) dan mudah. Tapi kalau ada yang kita tak tahu, boleh cuba tanyakan pada kawan-kawan yang faham, lecturer ataupun tengok gambaran sebenar dekat dalam encik google ni. Cakap pasal geografikan...dalam pertanian dan ladang penting juga untuk tahu topography sesuatu tempat. Sama ada tanaman tu dekat dengan kawasan perairan ataupun berteres (berbukit). Kalau itu keadaan lokasi dia, akan ada cabaran dia macam banyak bahan kimia daripada racun (herbicide & pesticide) yang kita letak pada tanaman tu mengalir pergi ke bawah bila hujan lebat dan seterusnya masuk kedalam kawan sungai, boleh menyebabkan pencemaran air berlaku dan pokok kehilangan banyak baja juga sbb meresap kebawah laju sangat. Dalam kos ni pun akan diajar tentang jenis2 tanah (Soil) mungkin awak akan suka bab ni dan lebih mahir bahagian yang lain2 juga sebab boleh kaitkan dengan bidang masa kita SPM dulu. InsyaAllah.

      Delete
  8. Assalamualaikum saya nak tnya , saya memang tak de amik bidang perakaunan kerana kurang mahir matematik , jadi awk rasa boleh ke saya bawa bidang ni , lagi satu kalau sains saya okey tpi matematika saya kurang okey boleh ke saya masuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya. InsyaAllah, saya rasa awak boleh masuk kedalam bidang ini. Bagi saya okay sahaja untuk awak ambil tapi awak kena selalu buat latihan yang pensyarah sediakan setiap hari. Supaya terbiasa dengan bentuk soalan dia, penggunaan kalkulator dan formula yang kena ingat dan mungkin awak boleh try keluarkan formula tu dekat sehelai kertas yang lain dulu sambil buat contengan kecil(memo).

      Setiap semester diploma ni memang kita akan ada subjek pengiraan sebagai contoh:- Sem 1 (Business Mathematics), Sem 2 (Basic Chemistry), Sem 3 (Financial Account), Sem 4 (Statistic) , dan Sem 5 (Estate Budgeting Account). Fokus betul2. Memang kena sediakan siap2 banyak kertas kajang atau buku conteng supaya tak terlepas walau satu bab pun. Boleh letakkan highlight dan sticky notes sebagai peringatan bagi mana2 chapter yang kita dah mahir atau kurang mahir. Ulang2 buat sampai rasa konfiden.

      Bagus, awak dah ada basic sains. Saya pun dulu bukan pelajar akaun, hanya pelajar sains tulen yang ambil bio, kimia, fizik semua tu. Banyak juga yang kurang faham. Tapi saya banyak tengok contoh2 jawapan yang kawan2 saya selalu dapat highest mark sebagai inspirasi untuk perbaiki diri dan buat banyak pembetulan guna pen merah dan komen2 untuk diri sendiri.

      Selain daripada usaha kita buat latih tubi berkali2. Antara perkara yang pelajar kena faham adalah, apa sahaja bahan yang pensyarah bagi dan suruh buat. Kita kena siapkan dengan segera. Ikut arahan dia. Sebab ni kunci kepada kejayaan yang tersembunyi. Doa ibu bapa & pensyarah terhadap anak didik dia akan bantu kita untuk mudah belajar dan jawab exam nanti.

      Awak boleh cuba dulu, manalah tahukan bila ada niat nak belajar ni lama kelamaan awak akan mahir dalam math dan juga subjek2 yang baru dalam masa yang sama tanpa mengenepikan subjek sains dan perkara2 yang awak minat. Moga impian awak tercapai demi kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

      Delete

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...