Dulu aku pernah cerita pasal Seronok ke praktikal ladang sem 4, yang mana time tu aku cuba remind balik pengalaman pahit manis masa DIPLOMA sebagai budak ladang. (Eh, korang dah baca ke yang ni?? Jadi, ni nak praktikal ke atau saje-saje nak stalk blog aku..hehe) Mesti yang terjumpa hasil penulisan ini sebab nak buat persedian kebabooom masa hari pertama jadi budak intern kan. Hebat la generasi selepas aku ni. (Kagumnyaa tengok semangat korang semua) InsyaaAllah, pasti ada kebaikan kat mana pun tempat praktikal yang korang dapat. Ini lah masanya untuk kita tunjukkan skill kita yang sebenar. Percayalah ada ke tak wujudnya elaun/gaji itu, satu hari nanti kita akan rasa betapa sweetnya pengalaman semasa zaman belajar a.k.a masa kita muda dan bertenaga tapi banyak rungutan sebab main-main. (okey aku tahu bukan korang yang ni).
Cuba teka aku kali ini dapat praktikal kat mana?
LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) @ MALAYSIAN RUBBER BOARD (MRB)
Yup itu dia, sebelah kiri ni dalam Bahasa Melayu manakala sebelah kanan tu dalam Bahasa Inggeris. Yang biasa kita dengar LGM..LGM..LGM kan? Masa belajar dulu pun selalu dengar pasal sektor agensi kerajaan yang popular iaitu Lembaga Getah Malaysia. Dulu aku tak berapa faham sangat masa belajar dalam kelas sebab terlampau banyak sangat agensi perladangan yang hebat-hebat dekat Malaysia ni. Contohnya macam industri daripada KENAF, MPOB, FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain.Tapi lepas dah buat praktikal kat LGM barulah aku faham siapakah mereka itu. Sebab itulah aku SETUJU je bila ada kawan aku ajak sekali buat Latihan Industri (LI) dengan dia. Dan motif aku ke sana sebab aku nak menjiwai lagi pasal sektor komoditi GETAH kita yang memang besar, dan mempunyai penyelidikan-penyelidikan baru tentang getah yang boleh kita jadikan rujukan untuk buat Final Year Project (FYP) baik daripada segi masalah, penyelesaian bagi masalah ataupun ada idea lain lagi yang boleh kita meyuarakan dimasa akan datang.
ADA BEZA KE PRAKTIKAL MASA AKU DIPLOMA DAN DEGREE?
Ye. Ada.
Dulu masa aku praktikal dekat RISDA Plantation, boss dan supervisor dah bagi tunjuk ajar dan info dalam tatacara pengurusan ladang dengan sangat terperinci. Contoh dari first pembukaan sebuah ladang, nursery, berapa pokok boleh tanam, baja, tanam polibag, sampailah ke tahap kita dah boleh masuk kilang getah skrap (macam-macam kilang getah, baja dapat pergi). Itu belum lagi masuk part kos-kos yang kita perlu bayar untuk kita buka satu ladang getah, nak bayar gaji perkerja lagi. Ni bukan macam buka estate ladang yang besar tu tau, ni ladang smallholder iaitu orang-orang kampung kita yang kecik-kecik molek. Serius yang ni seronok sebab aku pun baru tahu semua ni dulu. Memang pendedahan yang lebih baik daripada apa yang aku belajar dalam kelas. Nota yang kita dapat itu betul (secara common) tapi dalam dunia ladang yang sebenar-sebenarnya, bergantung pada agensi masing-masing sebab setiap daripada mereka ada strategi yang tersendiri untuk memajukan tanaman komodi kita di Malaysia. Jadi kalau nampak lain-lain itu, kita kena akui kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.
Bagi aku kalau diploma sesuai ambil RISDA atau mana-mana sektor swasta sebab dia banyak buat kerja-kerja ladang. Kalau jenis nak free kebebasan dan tak kenal erti penat lelah boleh tanya terus masa call HQ untuk buat LI. Tanya dorang ada tak ciri-ciri macam yang form aktiviti yang diberikan oleh pensyarah. Tanya satu-satu sampai korang puas hati. Lagi satu biasa student akan tanya ada elaun ke tak. (Biar penat lelah kita terbayar ye idok) Swasta ada elaun tapi bergantung pada agensi itu sendiri. Ada ke tak sediakan penginapan untuk student? Kena bayar ke kalau duduk dekat sana? Tempat makan dekat ke tak? Ada ke student buat praktikal dekat sana? Apa lagi penyelidikan yang dia buat?..tanya dan tanya. Yang penting agensi yang kita pilih itu adalah berlandaskan pada crops jenis OIL PALM, RUBBER, COCOA & PADDY. (sebab tu silibus kita belajar pasal ni) Tapi kalau student dapat crop lain macam jagung, chili, pepper, nenas dan tebu ke? (kena tanya pensyarah boleh ke tidak ye sebab kita budak ladang kena cari pengalaman pasal tanaman terbesar kita) Yakin lah kita boleh buat sesuatu dan bantu negara kita!
Untuk LGM pulaa..beza dia...
Eh bila nak start cerita pasal praktikal aku dekat LGM ni?
Panjang pula pesanan aku buat junior-junior dan generasi-generasi baru yang aku sangat hargai tahap keberanian korang dalam nak berLI. Mari kita mulakan dengan bismismillah
Jadi masa hari pertama aku nak buat pendaftaran praktikalkan. Dah parking dah kereta kat dalam kawasan pejabat tu. Nampak dah 2 orang pekerja lelaki tengah borak-borak. Aku tak kenal siapa mereka. Dan kehadiran aku menarik perhatian mereka. Sekali lagi aku diserang penyakit panic nak memunculkan diri sebab awal pagi sangat aku sampai kat pejabat. Sebelum pukul 8 pagi. Bayang kan boss pun tak sampai lagi rasanya. (Semangat betul nak LI). Dan lepas parent aku keluar dan jelaskan tentang tujuan kami kesana, pintu tempat duduk aku dibuka. Paksa aku keluar dan memunculkan diri. Ingat nak duduk je dalam ni sementara tunggu kawan aku tu sampai juga. Last-last, hmm.. nak tak nak, aku terpaksa keluar juga beranikan diri bersemuka dengan pekerja tadi. Sambil menghadiahkan senyuman manis di pagi hari dorang minta aku tunggu kejap dalam bilik meeting. Aku pun masuk ikut pintu utama dan ditunjukkan kat mana bilik tu. Memang kecil rupanya pejabat ni. Tapi sebelum aku masuk ada sorang akak tu ingatkan aku "Dik jangan lupa punchcard". Aku pun check ada ke nama aku kat sini? Sekali , yupp ada!. Terharu kejap aku memang tak salah tempat dan yang paling penting nama aku tak salah eja.
Aku kan tak tahulah nak kata bersedia ke tak nak buat LI sebab LI yang ni pun memang buat masa aku cuti Sem 3 aku (1 bulan setengah). Di sebabkan ini LI TERAKHIR AKU. Aku kena buat betul-betul!!!!!(sambil bercakap sambil mengalirkan titisan air mata) T^T. Biarlah aku berkorban, meskipun dah tak ada Cutisss-Cutisss Malaysia.
Disebabkan rasa macam lama betul nak start pukul 8 pagi tu, aku pun nak survey lah surau LGM ni kat bahagian mana? Sekali pekerja tadi pun tunjuk kat sebelah tempat parking kereta Hellux tu. Tanpa banyak soal aku pun duduk rehat kejap dalam tu. Nak positivekan minda aku. Nak dapatkan kekuatan hati nurani ini tentang hakikat hari ini. Sunyi. Tiba-tiba....
Aku dengar bunyi bising dari luar.
Dan tombol pintu surau tu dipulas dan bunyi ketukan bertalu-tahu.
Aku pun buka la pintu sekali nampak seorang akak nak masuk surau ni. Malu juga aku dah lah baru datang..haha. Rasanya dia pekerja LGM juga.Aku pula pergi tanya sebab nak hilangkan rasa gemuruh yang tersorok dalam hati dan nak mesra sikit di pagi hari.
"Assalamualaikum kak, saya (sambil perkenalkan nama & tujuan ) akak ni pekerja kat sini ke?" tanya aku memulakan bicara.
"Ya Dik, Akak pekerja LGM bahagian kewangan. Boleh panggil akak (perkenalkan diri)", jawab akak tadi.
"Oh....Saya ingatkan akak pegawai ladang juga...bla..bla..(ayat aku tak panjang sangat masa borak tu sebab akak tu macam nak solat Dhuha), tanya aku.
"Eh, tak lah akak pakai kain ni takkan nak masuk ladang pula..haha", kata akak kewangan itu. Kemudian dia segera menunaikan solat sunat seusai membentangkan sejadah dan siap-siap pakai telekung.
Lepas habis checklist aku punya surat dokumen penting nak tunjuk kat pegawai LGM nanti, aku pun pandang jam. Dah boleh masuk kerja dah ni. Lepas siap-siap lipat sejadah semua, akak tu pun nak keluar sama. Dah buka pintu. Bila dia toleh dan nampak aku masih terjegat lagi kat situ kan tiba-tiba akak tu macam borak something dengan seorang lagi pekerja wanita dari luar.
"Weyh, aku dah ada kawan baru!", menggunakan nada gembira sambil buka pintu besar-besar dan tunjukkan kearah aku. Habis semua pekerja kat luar tu nampak aku. Aduhai. Mood happy dipagi hari.
Rasa macam terharu pula bila dia cakap camtu. Ye, jujur saya pun suka berkawan dengan akak. Terima kasih sebab menerima kedatangan saya. Senyumm panjang lepas dengar ni. :)
Bila aku masuk je bilik meeting tadi dengan bawa beg sandang aku, sekali lagi aku terkejut. Tak sempat pintu tu tertutup, aku dah nampak kelibat mereka di dalam bilik itu, disekeliling meja bulat panjang pejabat. ADA..
Kawan aku...
CLASSMATE AKU BUAT LATIHAN PRAKTIKAL SAMA KAT SINI?!!!!
Bukan sorang yee, tapi 4 lagi member kat dalam satu tempat LI aku. Maksudnya jumlah semua sekali termasuk aku adalah 6 orang dalam LGM. Jumlah berapa lelaki & perempuan itu dirahsiakan. Tapi doa aku yang dulu tu dah termakbul. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat buat LI ramai-ramai..yepppii. Dan perasaan aku, mungkin ada suatu yang menarik akan berlaku. Kita kena positifkan diri.
Maka cerita kami pun bermula..
WEEK 1
Hari pertama ni macam biasa, breafing pasal aktiviti minggu-minggu yang akan datang. Dan pagi tu sampai ke petang setiap daripada seorang staff LGM dan pegawai ladang masuk kedalam bilik meeting untuk bagi pencerahan tetang apa benda kena buat. Minggu ni memang majikan ladang (boss) belum masuk lagi sebab ada urusan luar. Jadi time ni memang kena buka telinga besar-besar dan catat semua perkara yang penting tu dalam nota kecik. Tak nak telepas walau satu ayat pun sebab kita ni insan yang mudah lupa. Alpa. Bukan otak Einstein. Nota dengan budak ladang memang tak boleh dipisahkan!. (Ingat ye anak-anak, bawa nota kemana saja) Yang paling kelakarnya, aku ingatkan tempat duduk aku tu, tempat yang paling belakang. Rupa-rupanya itulah yang paling depan sekali..haha. Best juga sebab lagi jelas dengar apa yang pegawai tu nak cakap. Satu je aku perasan staff ni suka bila kita banyak bertanyakan soalan dan bagi respon jawpan tiap kali dia ajukan soalan. Jadi korang nanti kena jadi lebih proaktif daripada aku ye..otak kena lincah selincah lintah. Bagi semua idea yang korang rasa bernas dan sesuai. Pemikiran kita sebagai mahasiswa kadang tu tak terfikir dek akal tapi memang logik kalau nak dibayangkan. Cuba jawab ikut apa korang tahu yang mana tak tahu tu cakap je "Maaf, saya tak tahu encik/puan". Yang penting cuba dulu..okey. (Senaraikan je dulu kat kertas)
Salah sorang staff situ kata " Korang boleh jalan-jalan tengok pejabat waktu free". Masa ni yang sesuai untuk kita buat office tour ramai-ramai. Memang kita-kita je kena manage apa nak buat sebab dah besarkan (sambil buat mata sepet pandang sipi.hehe). Staff sini macam tengah sibuk je. Kitorang pun ambil insentif pergi tengok dan baca sikit papan kenyataan kat tepi2 dinding, ambil gambar sana sini, dan kumpulkan seberapa banyak catelog LGM ni kalau boleh untuk buat bahan tulis logbook nanti. Tak notes pasal Carta Organisasi LGM (gambar, nama pegawai & pangkat), Sejarah LGM, Peta LGM, Moto, Visi dan macam-macam lagi . Ada sorang akak tu punya lah baik hati tolong print outkan misi dan visi LGM. Dia siap print banyak2 untuk kami ni. Aku tak habis-habis dengan rasa terharunya. :)
Bila dah empuk-empuk duduk kat kerusi pejabat tu sampai pusing-pusing ke kanan dan ke kiri, ada part tu memang tak ada kerja nak buat. Mungkin sebab bilangan kami yang ramai, dah tak ada sesi buli 'lipat kertas' ke atau pun tolong 'photostepkan' kerja-kerja dorang. Sekali sekala tu adalah. Staff lain dah ingatkan yang kita duduk sini walaupun WIFI free siap dengan password semua. Jangan selesa sangat. Sebab apa sahaja korang search dalam tu. Tetap disimpan dan DIREKOD!. Tu nasib baik YOUTUBE pun tak boleh buka. Ada dulu sorang student asyik main game je sampai staff minta tolong pun buat tak tahu. So dari situ dah dapat warning kita datang sini kena jaga ATTITUDE. Jaga maruah universiti kita, yang paling penting maruah diri kita. Ada mata yang memerhati tindak tanduk kita disana.
Bila minggu ni berakhir kitorang masih lagi tak keluar ladang. Cuma apa yang aku dapat belajar, aku baru tahu yang kita kalau nak jual getah scrap atau getah cair dekat kilang getah atau pada LGM sendiri kena ada kad PAT-G. Kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G). Kalau tak ada kena denda hampir beribu juga. Apa kepentingan kad ni bagi orang yang jual samaada orang kampung (smallholder) ataupun, penoreh (rubber tapper)??? Jawapan dia, supaya kita lebih mudah mengenalpasti siapakah tuan empunya tanah. Senang citer PAT-G ni macam kad pengenalan kita (IC) tapi yang ni khas untuk IC ladang Getah. Yelah, tanah orang kampung bukan 1, 2 je kat Malaysia ni. Ramaiiiii, dan banyakkkk. Jadi PAT-G ni dapat menyusun satu persatu pemilik sah getah tu. Dengan cara ini, penyelewangan dan penipuan getah yang di curi dapat dikurangkan daripada berlaku. Sebab dalam kad tu ada gambar kita, nama kita, alamat rumah, keluasan tanah, status, nombor pemegang PAT-G, microcip, dan macam-macam lagi data dalam tu. Hanya sekeping kad tu je dah ada data maklumat pasal kita. Tunjukkan kad dan jual.
Okey sebelum pergi ke minggu seterusnya kitorang diberikan satu senarai panjang nama-nama penduduk kampung untuk kita telefon. Sebab katanya minggu depan nak buat bancian (census) pasal penyakit pokok getah. Disebabkan bilangan pun 6 orang, kita dibahagikan kepada 3 kumpulan. Jadi ada 2 orang dalam tiap2 kumpulan.Tiap kumpulan diletakkan ditempat-tempat yang berlainan. Masa nak call tu.. memang guna telefon pejabat supaya nampak rasmi sikit dan jimat topup. Kena berlatih dulu nak cakap apa sebelum telefon. Dah lah telefon tu satu je..bayangnkan kena ikut turn nak guna. Aku buat last sekali sebab nak prepare betul2.Tengok jam dah masuk pukul 3 petang maksudnya dah lepas waktu solat zuhur. Aku pun cakap dalam hati "boleh kot call". Masa call tu, macam2 ragam aku jumpa. Ada yang tak angkat fon. Mungkin sebab busy, yelah dorang mesti kerjakan. Kadang tu berkali-kali juga dail tapi tak dapat juga. Last2 bila aku hampir2 nak give up. Ada someone call balik.
"Kring, kring,.. "
Rasa curious nak tahu siapa tu. Dah lah satu pejabat dengar bunyi deringan tu. Kuat -.-
"Hello, Assalamualaikum. Saya (nama panggilan) pegawai daripada Pejabat LGM Cawangan (nama tempat)... Boleh saya bantu?" aku memulakan bicara dengan menggunakan nada mesra ala2 operater.
"Ye puan saya yang call tadi. Sebab ada perkara penting... bla bla bla (terangkan pasa penyakit pokok/ isu terbaru) ..Baru2 ni ada penyakit baru untuk pokok getah dah melanda kat tempat ni. Jadi kami nak buat bancian kat tempat puan, sebab nak check samada sejauh mana penyakit tu boleh menular. Bukan ke cegah tu lebih baik daripada merawati.", aku pun sambung lagi cerita dan terangkan pasal penyakit getah yang baru tu.
"Oh puan tak duduk kat daerah sini? Kiranya nanti puan nak gantikan dengan akak puan?" tanya aku sebab aku macam pelik habis tu siapa pula yang jaga ladang dia kalau dah duduk jauh macam tu?Rupanya puan tu bukan penduduk tetap dan dia minta gantikan dengan kakak dia masa hari lawatan nanti. Jadi aku pun kata boleh je sebab supervisor aku kata 'boleh gantikan orang' tapi dengan syarat mesti bawa kat PAT-G tu bersama sebagai bukti. Pastu dia pun cakap nanti kejap dia sampaikan pesanan ni pada saudara dia tu.
"Baiklah, untuk settingkan masa dan hari bancian ni puan free ke kalau kita buat hari Rabu pukul 9 pagi? Di (nama tempat)", aku ulangkan balik pertanyaan sebab nak confirmkan. Nak temu janji ni kena banyak kali ingatkan. lepas dia setuju dia cakap suruh telefon lagi sekali sebab takut lupa..hehe
Aku pun matikan talian. Dalam hati alhamdulillah ada juga sorang yang angkat telefon ku..berbunga keriangan hati ini. Aku pun balik semula dalam bilik meeting yang ada tempat duduk aku. Baru je duduk tiba-tiba ada staff lelaki buka pintu cakap. Siapa yang ada call puan (nama puan) ? Sebab dia call balik tadi
Aku pun macam, aikkk macam pernah dengar je nama tu?
Terus cakap "Eh saya yang call", terus aku pun pergi balik kat telefon pejabat tu. Tapi kali ni dalam bilik staff tadi.. (dimana semua orang dapat mendengarnya,baru perasan rupanya satu pejabat boleh angkat call yang sama). Yang call ni pun akak kepada puan tadi. Aku pun cerita balik apa yang aku cakap tadi... pastu habis.
Lepas tutup terus aku perasan staff tadi senyum-senyum. Aku pun senyum balik sambil dalam hati cakap habislah semua orang dah dengar suara aku merepek macam2 dalam tu. -.-
Akhirnya setelah berperang dengan alasan, kitorang dapat pergi turun ladang. Ladang dia jauhhhhhh nun disana sebab pejabat LGM ni kat tengah bandar. Satu lagi kejutan buat diri sebab aku rupanya dah pernah pergi ladang LGM ni masa aku semester 2 dulu. Kiranya ni kali yang ke-2 aku menziarahi ladang getah depaaa ni, Seriuslah semua pokok dah besar-besar belaka. (Kejutan demi kejutan datang pada aku). Memang dah siap pakai seluar jean, kasut sukan dengan baju ladang. Yang spoilnya orang lain bawa topi tapi aku langsung tak bawak apa-apa. Hanya bertemankan telefon, note book, duit dan botol air dalam beg sandang. Cuaca pun hampir nak ke tengah hari buat pruning dan circle weeding memang haus dia tuhan je yang tahu. Lepas tu supervisor ajar kitorang macam mana nak kenal pasti pokok klon guna daun getah tu je. Antara jenis pokok yang aku belajar ialah Klon RRIM 928, PB 350 dan RRIM 3001.
Jenis- jenis clone yang ada boleh rujuk & download SINI:-
RRIM 928 - Leave large, tapered or oval, not shiny
PB 350- Leave round, smooth, shiny
RRIM 928 - Leave same like RRIM 928 but little shiny, tapered.
Baru tahu yang daun pokok ni lain-lain rupanya ingatkan sama je semua, Lepas tu.belajar kenal pasti penyakit daun yang memang secara LIVE nya dapat tengok depan2. Seronokkkk.. akhirnya aku dapat tengok depan2 penyakit dia yang tersirat dan tersurat. (Kini bukan sekadar nota yang aku baca dalam kelas). Rupanya penyakit daun macam Fusicoccum Leaf Blight, Bird's Eye Spot, Oidium Secondary Leaf Fall, Corynespora Secondary Leaf Fall. Ini semua penyakit common disease yang memang dah biasa sangat hampir semua ladang ada penyakit ni. Maksudnya kat mana-mana ladang getah ada penyakit ni, dah biasa di serang dan tak jadi masalah sangat pon. Tapi yang penyakit baru tu yang bahaya sebab dia boleh kurangkan jumlah susu getah (latex) dan mengakibatkan luruhan daun yang extreem. Apa penyakitnyaa..? Korang kena datang LGM dulu baru tahu..hehe. Hint dia, bukan penyakit akar pokok getah lagi ye.
Lepastu kita balik office LGM guna kereta Hellux yang besar tu siap ada lambang logo LGM lagi.
WEEK 2
Pergi melawat LGM Cawangan Negeri lain sebab ada meeting pasal bancian yang bakal kita lakukan. Jadi kat sini aku ramai-ramai dengar pegawai LGM dari pelbagai negeri bagi pendapat dan pandangan tentang apa yang berlaku tentang penurunan harga getah yang kita alami kini. Macam2 aspek yang perlu dititikberatkan contohnya smallholder, negeri dan dunia. Masa pergi ni memang kena duduk dalam bilik meeting lagi, dengar, tulis dan catat apa isi penting dia. Daripada gaya penyampaian para pegawai LGM, nampak sangat berkarisma dan well prepared dengan slideshow dia, gaya cakap & interaksi dan juga perbincangan dari step pertama hingga akhir yang sangat terperinci. Profesional tinggi macam semua benda ada dekat dalam kepala mereka. Aku rasa macam wow. Dunia kerja yang sebenar macam ni rupanya?
KERJA KERAJAAN PEGAWAI LADANG MACAM NI RUPANYAA!, jerit aku dalam hati. Kagum.
Lepas habis makan-makan free tengahhari tu sama-sama dengan kawan aku. Nasi ayam dengan air sirap limau yang sedap. Ramai yang pegawai yang dah bersurai dan pulang ke tempat masing-masing. Sebab kitorang pergi ni pagi sampai petang memang kena jama' qasar lah solat Zuhur dan Asar dia sebab tempat ni jauh dari negeri asal. Dah ala-ala musafirkan. Then semua balik.
Hari seterusnya baru pergi buat bancian dari ladang ke ladang getah milik orang kampung.Dah siap juga pakai baju ladang seperti selalu. Apa yang bestnya part ni adalah ladang dia memang jauh-jauh dan berasingan. Jadi sepanjang hari ni memang berjalan je keje..haha. Nampak macam pergi bersiar-siar kan tapi dalam kepala ligat berfikir dan susun ayat nak tanya soalan dekat orang kampung nanti. Dekat tangan kitorang ada kertas Questionnaire pasal maklumat tanah dekat area situ dan beberapa flayers tentang simptom penyakit daun getah. Jadi satu kertas ada beberapa soalan penting khas untuk seorang pemilik kebun. Questionnaire ni macam orang pergi buat banci daripada rumah ke rumah la. Tanya berapa orang anak, semua tapi ni versi ladang ladang ke ladang ye.Kena tanya dia punya management ladang tu macam mana. Sambil tanya tu kita akan kutip sampel biji getah dan daun pokok untuk buat rujukan nanti. Jadi time ni memang kena prepare beberapa beg plastik lutsina dan labelkan untuk kita simpan dan bawa ke LGM nnti. (Dah macam ala-ala ekspektor dahkan)
Maka tibalah saat giliran aku pula bertanya kat orang kampung. Masa tu datang memang petang dan betul2 buat mesyuarat tingkap kat depan rumah makcik & pakcik ni. Sambil kita mengatakan apa tujuan sebenar kita datang sebab sebelum ni kan dah call semua cakap nak buat banci. So kita kena terangkan sekali lagi. Tiba-tiba makcik tu ajak masuk rumah dia...haha
Aku ingatkan sekejap je. Takpelah sebab nak jaga hati makcik yang dah berumur tu. Aku pun buka kasut dan masuk rumah dia. Ingat nak berdiri je tapi dia suruh duduk pula. Kata makcik tu suami dia kalau kita cakap tak berapa nak jelas dengarnya dan tak berapa ingat semua benda jadi aku kalau nak tanya kena tanya kat makcik tu ikut apa yang dia ingat. Aku pun isi maklumat diri ikut pada kad PAT-G yang dia bagi dalam form Questionnaire tu. Bila tiap kali aku tanya soalankan mesti kena ulang-ulang banyak kali sebab makcik tu suka cerita banyak benda. Aku rasa macam cucu kesayangan pula bila dia borak mesra macam tu. Makcik tu cerita dia ada penyakit ni, pakcik tu ada penyakit tu. Aku as orang baru kat sini, tumpang telinga jelah sebab biasanya orang kalau banyak cerita ni mesti sebab dia dah lama pendam perasaan tu. Biarlah. Akhirnya habis juga sesi temuramah. Lama juga rasanya. Aku pun cakap terima kasih sebab banyak kongsi pengalamann. Bila tengok kawan-kawan aku dan pegawai ladang dah balik lepas round-round ladang dia. Dalam hati aku cakap camni.
"Korang memang tahu makcik ni memang 'ramah' kan?" sambil buat senyuman panjang penuh makna.
Tu sebab semua larikan diri. Haha.
Bila dah habis salam salaman sebelum Covid-19 melanda negara. Aku tengok makcik dengan pakcik tu happy bila dapat borak-borak dengan aku. Aku pun happy juga bila ada orang suka kita. Jadi apa yang aku belajar saat tu. Bukan setakat kerja je. Kita ada bonding atau ikatan silaturahim yang baik dengan pekebun kecil negara kita. Dorang manusia juga. Punya perasaan maa... Jadi berbalik pada ladang. Aku faham kenapa ada yang tak mampu usahakan ladang mereka dengan baik. Ada ladang pokok dia dah tua dan tertinggal macam tu je. Dah stop toreh, tanah langsung tak diusahakan dengan tanaman lain. Semua sebab faktor umur. Orang yang rajin turun ladang ni semua. Dulu waktu muda mereka rajin & kuat. Kini kudrat itu berkurangan sedikit demi sedikit kerana sudah terlalu tua. Bila ditanya tentang waris seterusnya. Anak-anak tak minat nak teruskan empayer ni. Di mana kah generasi muda masa kini? Yang sudi membantu sektor perladang tanaman komoditi negara? Siapa yang bertanggungjawab itu?
"KITA LAH BUDAK LADANG"
"HARAPAN KITA UNTUK MEMBANTU IBU BAPA , NENEK ATUK KITA"
"KITA BANTU DIRI SENDIRI JUGA UNTUK DAPATKAN PEKERJAAN SELEPAS HABIS MENUNTUT ILMU, KITA LAH OWNER DAN PENGUSAHA TANAH TU"
"KITA BANTU RAMAI ORANG TERMASUKLAH DALAM MENGEMBALIKAN SISTEM EKONOMI NEGARA"
"KITA DAPAT PENGALAMAN DAN KITA AJARKAN PADA ORANG LAIN"
Apa yang kita belajar sepanjang dekat universiti & praktikal semua ni tak sia-sia. Ilmu tu terus menerus mengalir sampai bila-bila.Satu hari nanti industri perladangan ni mesti akan naik dan dipandang masyarakat. Sebab kita ni start daripada raw material. Kita lah yang usahakan daripada semetah-mentah biji kecil tu hinggalah dia jadi besar gedabak dengan Izin-Nya.
Aku teringat kata-kata cikgu masa aku ambil kelas memandu dulu. Ada sorang pelajar cina ni dia cakap kenapa dia tolong mak ayah dia bercucuk tanam lepas habis belajar. Bukan sekadar hobi malah bercita-cita nak jadi pekebun yang termasyur. Walhal bila kita jadi seorang pekebun pakaian kita tak seperti orang kerja pejabat. Dengan Tie & kemeja semua. Hakikatnya Kita pakai topi jerami, baju pun dah lusuh dan sanggup menadah kearah cahaya matahari yang perit namun menyihatkan. Ayat dia penuh dengan inspirasi.
"KITA BERJASA PADA TANAH, TANAH ITU AKAN BERJASA PADA KITA"
Kalau bukan pokok getah pun boleh je nak tanam benda lain. Ada sorang pekebun tu dia tanam pokok cili guna kaedah fertigasi (fertigation) dalam polibag, tanam pokok durian belanda, pisang, betik, terung, bela ayam belanda, bela itik, kambing, lembu dan macam-macam lagi. Nampak macam tak pentingkan. Akhirnya kita juga yang makan semua ni sebab keperluan dan juga kita dapat pendapatan yang baik.
Seronok sebenarnya bila kita ada passion nak buat aktiviti tanam menanam ni. Mungkin tak ada ladang lagi. Boleh try semai dulu dalam pasu. Biar ada stok pokok baka terbaik yang kita pilih setelah sekian lama. Kita tak akan tahu dimana terletaknya rezeki seseorang itu sehinggalah dia berjaya mengecapi impian dia.
Hari seterusnya aku buat bancian ukur lilit pokok getah dekat tanah orang asli. haaaaa.. Maka cabaran baru pun bermula. Tanah orang asli ni tak rata rupanya. -.- Tanah dia memang berbukit, bergunung ganang. Curam. Aku rasa orang yang biasa hiking mungkin suka tempat-tempat macam ni. Kaki tu kena langkah besar-besar macam ada longkang gergasi kat depan tu. Kau bayangkan nak turun daripada laluan ladang dia tu rasa macam nak tergelincir kebawah ikut serpihan batu-batu yang ada. Tanah kat situ warna merah menandakan ianya agak berasid, pH rendah. Rasanya memang kena pilih kasut ladang yang betul-betul grab tanah tu. Biar mencengkam kuat. Brek. Aku cuma mampu pakai kasut sukan je..meh. Tu yang macam main ski je rasa..haha
Tengah bergayut memaut batang-batang pokok yang ada sebab nak imbangkan badan masa turun naik ladang getah curam tu. Tiba-tiba hujan turun lebat, selebat-lebatnya. Tak sempat langsung nak patah balik semula kat kereta Hellux tu. Memang basah kuyup haritu.Supervisor aku punya lah baik hati buatkan tempat berteduh untuk kita orang guna daun-daun pokok yang ada kat situ..haha. Macam seorang ayah dah rasanya. Tak pernah dalam sejarah ada yang sudi membantu kami sebagai pelajar praktikal. Sebab time tu aku berdua ke dengan kawan aku. Kawan aku pun senyap aku pun ikut jelah dia. Dalam 10 minit macam tu kot. Kitaorang pun bergerak sambung balik buat bancian ukur lilit pokok getah. Tapi supervisor aku yang tolong bacakan sebab tak nak risiko kan diri dengan keadaan waktu. Dah lama tak main dengan air hujan nih.
Lepas tu kitorang terus balik ke pejabat LGM dalam keadaan basah. Ada yang pegawai hantar balik rumah sebab kitorang tak bawa baju spare untuk gantikan baju yang asal ni. Ni jadi peringatan juga untuk aku supaya bawa baju & seluar lebih sikit sebab kita tak tahu apa yang terjadi. Tu yang ada pepatah sebut "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Jadi aku pun balik lah rumah terus bersihkan diri sebab tak nak demam. Esok dah lah ada kerja lagi kena buat. Tetiba aku baru teringat, aku punya beg tertinggal dekat pejabat. Dah lah ada logbook sekali dalam tu. Habislah. Nanti jadi dua kali ganda kerja. Aku pun buat keputusan pergi balik pejabat LGM untuk ambil barang. Masa tu jam hampir pukul 5 petang (orang dah nak balik kerja ikut office hour). Lepas ambil tu ada terserempak dengan sorang staff LGM. Aku ingatkan dia datang dekat dengan tempat Punch Card tu sebab nak tolong Punch card kan kitaorang punya punch card. Sebab kawan-kawan aku semua dah balik rumah masing-masing. Jadi aku pun senyum dan terus berlalu pergi tanpa buat punch out kad tu..katanya dia boleh buatkan.
Keesokan harinyaa...
Aku tengok punch card aku tak ada yang punch langsung. Aku try check kawan-kawan aku punya kad.
KOSONGGG?!, jerit aku dalam hati sebab terkejut dan tak percaya.
Hmmm..(aku termenung kejap pandang mesin tu). Menyesalnya kenapa lah aku percaya sangat dengan dia tu. Lagipun dah sipi-sipi dah semalam tu lepas ambil beg tu, patutnya aku buat lah punch out.Aku tak buat pon Malahan, aku tak buat untuk kawan-kawan aku sebab staff tu dah warning juga "Kalau boss tahu, apa yang kita buat ni, kompem kena marah" Sebenarnyakan dia selalu perhatikan apa yang aku buat sepanjang aku LI kat situ. Seram juga tapi nak buat cam manakan. Kita datang tempat orang kenalah lah ikut peraturan kat situ. Lagipun tak baik tipu menipu. Punch cardkan untuk orang lain itu satu kesalahan yang besar. Di manakah letaknya kejujuran mu, sedang ALLAH Maha Melihat akan setiap perbuatan kita itu?
Baik.
"Bagus staff LGM ni, JUJUR dan AMANAH", aku senyum sebab itu perbuatan yang terpuji. Sedikit sebanyak aku meletakkan kepercayaan dan pandangan yang tinggi pada para pegawai tanah air kita di Malaysia. Alhamdulillah.
Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal kejadian ni sebab bagi aku memang sepatutnya tu tanggungjawab aku. Bukan dia. Lepas tu dah alang-alang aku dengan kawan-kawan aku senasib tak punch out. Biarlah UNITY kan. Secara berjemaah lah kita bersama menghadap ujian ini. Bila sorang salah semua kena rasa hukumannya. Tapi tak ada hukuman pun cuma tak bestlah kita hari-hari datang tapi tak lawa plus tak cantik pula rekod kehadiran kita tu. Nanti junior-junior aku esok jangan lupa punch card ye dan photostep sekali sebelum habis LI untuk letak dalam report kita. NI PENTING!
WEEK 3
Minggu yang ketiga, apa yang menariknya bila dah tiap-tiap minggu duduk office dan ladang sekali sekala adalah sebab jumlah kami yang 6 orang ramainya ni. (Aku dah tak rasa macam kesorangan, ada juga kawan nak diborak dan hadapi kerenah masing -,-') Jadi bila tiap kali tiba waktu rehat dalam pukul 1 sampai 2 petang kita memang akan pergi makan sama-sama. Time ni memang kawan aku yang jadi driver tak bergaji bawa kita pergi makan lunch kat EON, MC'DONALD, Kedai warung tepi jalan, Seven Eleven, beli Ayam Gunting kat sekolah dan macam-macam tempat lagi. Dah office LGM ni pun memang tengah2 bandar. Maka kereta yang jadi mangsa adalah kereta kawan aku sebab kitorang jadi penumpang yang tak bersalah kat belakang (tercalon sebab pandai parking dan sabar dengan trafic jem)..hehe. Benda ni berlaku tiap kali waktu rehat kalau supervisor tak bawa kitorang pergi makan kat luar dan belanja makan (benda yang jadi isu berat selalunya adalah nak 'keluarkan duit belanja untuk kami makan' BER ENAM..mahu beratus nak minta claim kat boss..kan?), jadi kami tak mau gaduh-gaduh, susahkan siapa-siapa dan serabutkan masalah tu sebab kitorang cool je dan terima seadainya. Kalau nak belanja, belanja lah, kalau tak nak pun tak mengapa. Tapi memang best bila waktu rehat nih.. dapat jalan-jalan daripada asyik duduk selama separuh hari menghadap office tu lama-lama. Tapi masa makan dengan kawan-kawan ni kena bayar sendiri lah ye. Harap ada yang baik hati boleh lah belanja kawan-kawan sekali. Macam kawan aku dia selalu belanja makan aiskrim, dengan keropok..(saje nak bagi contoh). By the way, aku sebenarnyakan dah lama tak makan MCD tu, dan bila dorang bawa aku ke sana.. aku terkejut sebab sekarang kena order guna machine je. Maka tahulah berapa lama aku menghadap mesin touch screen tu nak minta pesanan. Orang lain dah ambil tempat duduk dah. Harga pun memang telan air liur. Mahelllnya!. Aku rasa kedai warung yang jual nasi lauk tu kira lagi murah, sedap, kenyang dan menjimatkan duit student. Tapi kali ke-2 aku pergi aku dah boleh laju sikit order tu.
Ada satu lagi benda yang paling best berlaku dekat LGM bila time hari JUMAAT. Majlis Makan Besar. Dapat makan ramai-ramai dengan semua staff dan boss. Kitorang semua kena bawa makanan daripada rumah, (boleh masak sendiri ataupun beli je kat mana-mana) lepas tu hidangkan dekat atas satu meja kat tepi pejabat. Memang besttttt yang ni. Rasa macam satu keluarga. Ada lauk sambal petai, rendang daging, roti jala dengan kuah kari, nasi impit dengan serunding kelapa, sandwiches, air gas dengan ice cream vanila, kek marble, bubur kacang hitam, nasi goreng, mee goreng, kek batik dan macam-macam lagi. (asyik cerita pasal makanan jekan..haha). Memang time ni tak perlu risau nak rehat kat mana? Sebab tak keluar pergi mana-mana pun. Makanan semua dah tersedia terhidang depan mata. Memang boleh makan berulang-ulang kali. Nak habiskan terus pun boleh. Tapi staff lelaki semua pergi solat Jumaat la time zuhur tu kat masjid berhampiran situ. Sebab hari jumaat ni waktu rehat dia panjang sikit berbanding hari-hari lain.Yang staff perempuan boleh rehat dan solayt dekat surau yang LGM sediakan.
Selain tu bila ada waktu lapang lagi, kitaorang akan 'tapau' atau bawa bekal sikit makanan dari LGM ke rumah sewa kawan aku dekat2 dengan area bandar tu. Dekat je sebenarnya tak sejauh rumah aku ni hah. Kali ni kawan aku bawa guna kereta Myvi dia. Memang seronok, alhamdulillah ada juga orang sudi tumpangkan dan ada tempat berteduh dari hujan panas. Rumah sewa dia macam homestay SERIUS!, kalau tengok dah macam hotel dah design rumah tu. Ada kelengkapan macam kat rumah, bilik tidur, dapur, alatan memasak, dua ruang toilet, ruang tamu, tv astro, peti ais, karper berbulu, cermin dan air cond okey..ala-ala rumah orang kaya..dalam hati cakap betul ke ni rumah sewa? (sambil muka tak percaya dan macam nak promote rumah sewa dah gayanya) Tapi memang tenang, setenang-tenangnya rumah tu. Pencahayaan dia pun cantik je bila masuk melalui corong-corong tingkap dia. Sampai tertidur menunggu waktu start kerja lepas waktu zuhur hari Jumaat tu sebab nak rehat. Mengantuk. Entah lah duduk office lama-lama pun penat. Mungkin sebab tak banyak bergerak kot. Sambil tu yang mana nak siapkan logbook ladang, makan ke, tengok cerita ke silakan manfaatkan waktu-waktu begini. Janan lupa tunaikan solat zuhur nanti. Nanti bila balik office dah boleh bersemangat balik sebab dah charge energy siap-siap tadi.
WEEK 4
Minggu yang ke empat dah tak boleh main-main sebab majikan dah bagi tugasan Case Study yang agak mencabar juga. Rupanya apa yang kami lalui sebelum-sebelum ini merupakan bahan yang kita kan guna untuk tulis dalam Case Study LGM ni pula. Jadi kerja kita pun bertambah macam formula kat bawah ini
LOGBOOK (minta t.tangan supervisor & boss) + CASE STUDY (dapatkan approve dengan boss)+ PRESENTATION (depan boss) = HABIS INTERN
Tu sebab aku cakap jangan tangguh-tangguh kerja yang ada. Lagi-lagi logbook kita tu, aku pun paksa diri untuk tulis logbook tu tiap-tiap hari sebab memang balik pukul 5 petang tu penat dan tak sempat nak tulis semua perkara. Rujuk dan ingat balik guna gambar yang kita tangkap sebagai bukti, buku nota kecil yang kita catat dan sumber-sumber rujukan daripada buku LGM, internet dan pamplet je dapat bergantung untuk lengkapkan jalan cerita dunia LI ni. Tu tak temasuk lagi nak tanya staff dan boss macam mana nak buat? Hah,memang kena kuatkan semangat nak bertanya tu di samping memerlukan keberanian yang tinggi. Sebab kita pun still belajar lagi benda baru. Bukan semua benda kita tahu. Bertanyalah pada yang pakar. Kalau dah ramai2 ni boss tak datang kat kita. Tapi kita yang kena datang kat tempat dia. Maksudnya meja dia.
"BIAR KITA YANG MENUNGGU GURU, BUKAN GURU YANG MENUNGGU KITA"
Bila dah tanya tu sebenarnya aku pun tak pernah buat Case Study tu untuk seumur hidup aku. Aku buat je dulu lepas siap baru tunjuk kat boss . Sebab Case Study tu macam satu KAJIAN KECIL yang kita buat kat dalam satu kelopok kawasan. Tajuk dia pun kita kena cipta sendiri berdasarkan pada content yang kita nak buat. Hah gitu dong! Aku rasa bertuah sikit sebab aku buat partner dengan kawan aku yang memang pandai bab kira mengira ni. Alhamdulillah. Jadi bila something tu tak menjadi dia selalu tunjukkan cara yang betul kat aku. Aku harap satu hari dia lebih berjaya daripada aku. Memang nampak ada ciri-ciri pegawai dah tu. Jadi kitorang ada 3 group yang tajuk dia berlainan. Macam aku aku dapat tajuk yang dirahsiakan..hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut kena LI dulu dekat LGM.. Benda pertama yang terbit dalam minda aku adalah "Macam mana nak buat Case Study nih". Katanya bila dah degree kita memang takkan terlepas daripada dunia kajian. Tekad & hadapi semua ini!
Jadi boss aku bagi aku 5 benda yang mudah:-
-Cover page
1) Introduction
2) Problem Statement
3) Research Methodology
4) Result & Finding
5) Conclusion
-Reference
[REMINDER] Yang dalam bentuk 'numbering' tu semua WAJIB ada dalam slide presentation. Aku haritu yang part 'Research & Methodology' tu terlupa nak letak. Terus boss tegur dan mungkin mempengaruhi pemarkahan..huhu. Tapi bagus juga bila kita salah orang betulkan. Boleh ingat sampai bila-bila. Dan ada lagi teguran penting daripada majikan sendiri, bila buat slide pastikan semuanya JUSTIFY ye! Jangan sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Pening nanti kepala. Yang "Reference" tu untuk rujukan sendiri-sendiri sahaja. Tak nak letak pun tak pe.
Bawah ni paling penting!!!
WEEK 5
TIP memikat majikan dalam presentation yang terakhir adalah DRESS CODE ikut SAHSIAH RUPA DIRI yang sopan dan kemas dengan:-
- Tie dan baju berkolar untuk siswa dan baju kurung bagi siswi.
- Kasut pula bertutup. (berkilat-kilat)
- Kalau korang ada baca batch koperat dari universiti itu pun sangat-sangat dibenarkan.
- Jangan pandang slide masa bercakap (confident je speaking..walaupun grammar ke laut)
Sebenarnya majikan sentiasa memerhatikan kita punya pemakaian ni. Kadang tu nampak je dorang diam tapi dalam hati siapalah yang tahu. Dan kadang tu dorang akan test kita samada kita ni patuh dan ikut arahan atau tak.
Etika pemakaian tadi tu bukan hanya untuk present semata tapi bila ada MEETING dekat mana-mana tempat sekalipun memang pakai macam tu. Pernah ke kita tengok orang pakai baju ladang masuk bilik meeting? Seluar jean penuh lumpur? Kasut sukan busuk? Jumpa dengan CEO syarikat pula tu? (mestilah tak..sebab semuanya orang-orang koperat). Dan kalau boss kata esok pakai baju ladang sebab turun ladang barulah pakai. Tapi kalau dia kata esok ada meeting ke apa..haaa. Pakai lah kemas-kemas, segak-segak, cantik-cantik, cun semuaa.. nilah masanya nak rasa macam kita duduk dekat alam pekerjaan yang sebenar.
Kalau boss senyap je, acaner tu? Ehem... Kitalah kena BIJAK memahami suasana dan arahan mereka. Paling selamat korang bawak je baju spare simpan dekat dalam beg ke, meja atau loker untuk kita pastikan event-event dia. (Bukan hari-hari ye..ikut pada situasi atau bincang je nanti dengan majikan kita untuk kepastian)
Macam aku cakap tadi baju Koperat ladang (berkolar) memang PILIHAN TERBAIK! Nampak COOL!
Dan mestilah kita nak banggakan universitikan. Dari jauh kita datang, Takkan tak nak pula?. :)
Syukur sangat masa present ni hanya boss sahaja yang jadi juri. Sebab masa tu semua pegawai agak sibuk menguruskan beberapa jenis tugasan yang tak dapat dielakkan. Dan yang jadi pendengar sepanjang perbentangan dalam bilik meeting tu adalah majikan dan sahabat LI tadi. Rasa gembira sangat bila dah lepas present dan dah habis LI.
Lepas dah habis tu boss minta salinan soft copy report Case Study untuk kita SUBMIT ke email dia. Katanya nak masukkan rearch kita tu dalam majalah LGM musim hadapan nanti. Wow!
Dan yang pasti report tu juga nanti kena hantar pada HQ LGM bila diminta lepas kita habis dalam 2,3 bulan lepas LI camtu untuk rujukan pihak ke-3. Jadi jangan Delete pula report kita tu lepas habis. Dan waktu ni memang tak menang tangan nak minta cop dan tanda tangan majikan, supervisor semua. Habis sticker note kawan kita guna nak jadi penanda bagi tiap muka surat yang diperlukan dalam logbook. Bila fikir balik...bukan tak nak hantar awal-awal. Sebenarnya dah siap awal tapi semua pakat nak hantar last minute. Aku rasa ni kesilapan paling besar dalam LI.
Adik-adik tolong sangat hantar awal buku Logbook untuk setiap minggu. Ni nak elakkan korang daripada pening kepala bila dah keliru nak minta disemak bahagian mana. Tanya majikan dia nak tanda waktu bila? Kalau tak jadi camni, Ramai sangat supevisor punya cop kena minta. Pergi jumpa sorang-sorang. Lepas tu jangan lupa tinggalkan 2-3 muka surat dalam logbook untuk HARI YANG TERAKHIR + COP majikan. Sebab apa kena buat macam ni?. Sebab hari last pun dikira LI juga dan kita tak munking nak ulang balik pergi tempat Praktikal kalau dah duduk jauh-jauh ni semata-mata nak minta cop. Mereka pun sibuk dengan kerja nanti.
Hari yang terakhir memang makan besar-besaran juga, NASI ARAB lazat dengan macam-macam desert yang disediakan pihak LGM. Kemaskan semua barang-barang yang kita, Dan kitorang pun tak lepas peluang nak ambil gambar semua pelosok tempat praktikal ni lepas dah diserahkan sijil praktikal LGM yang memang sangat membanggakan. Semua supervisor, staff, dan majikan Lembaga Getah Malaysia memang betul-betul sporting dan banyak memberikan buah mutiara kata daripada ilmu yang diberikan.
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, kita boleh bagi HADIAH buat mereka. Yang banyak berkorban dalam memartabatkan bangsa. Minta restu dan doa semoga dihalalkan semua nasihat dan detik-detik ini dan juga doakan agar kita semua dapat menjadi insan yang memahami, memanfaatkan ilmu dan memberikan kebaikan kepada yang lain.
Alhamdulillah, syukur kehadarat illahi, Allah mengizinkan kini tamat dengan jayanya. Terima kasih LGM kerana memberikan kami peluang keemasan untuk belajar lebih lagi tentang Getah (Rubber) dan mendapatkan pengalaman hebat dalam salah sebuah industri perladangan yang tersohor di Malaysia.
Okey rasanya ini sahaja perkongsian aku tentang Pengalaman Aku Latihan Pratikal (LI) masa degree. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis kisah aku yang masih lagi belajar tentang erti kehidupan. Mana yang baik kita ambil pedoman, manakala yang buruk itu jangan diikut ye dan tegur-tegurlah supaya kita sama-sama memperbaiki diri. InsyaALLAH.
Yang bakal buat Praktikal Semester ni, Teruskan momentum semangat anda!
Good Luck

Asalamualaikum bang. Boleh saya tahu tak syarikat2 yang sesuai untuk li diploma
ReplyDeleteWaalaikumsalam w.b.t, terima kasih kerana bertanya. Maaf saya pun tak pasti syarikat mana yang sesuai untuk Latihan Industri (LI) setakat ni. Tapi mungkin awak boleh cuba tanya syarikat perladangan bawah ni sebab ni antara yang dicadangkan juga daripada advisor di universiti saya kepada para pelajar.
Delete1) SIMEDARBY (LADANG & PENYELIDIKAN)
2) TRADEWIND (LADANG & PENYELIDIKAN)
3) BOUSTEAD ESTATE (LADANG & PENYELIDIKAN)
4) FGV (LADANG & PENYELIDIKAN)
5) IOI CORPORATION (LADANG & PENYELIDIKAN)
6) SAWIT KINABALU GROUP (LADANG )
7) RISDA PLANTATION SDN.BHD. (LADANG)
8) FELCRA BERHAD (LADANG)
9) EPA MANGEMENT (LADANG)
10) LEMBAGA KOKO MALAYSIA (LADANG & PENYELIDIKAN)
11) TH PLANTATION (LADANG)
12) LGM (LADANG)
13) FTPSB (PENYELIDIKAN)
14) FELDA PLANTATION (LADANG)
15) MARDI (PENYELIDIKAN PADI)
16) RRIM (PENYELIDIKAN GETAH)
17) MPOB (PENYELIDIKAN KELAPA SAWIT)
Sambil-sambil awak call atau pergi ke tempat tu, boleh tanya mereka apa aktiviti utama dan sampingan yang selalu mereka buat, elauns, penginapan, pelajar yang pernah apply ke sini, ada buat case study ke? (rujuk kepada skop yang diminta oleh universiti) Macam saya, pernah LI dekat Risda Plantation (yang lebih fokus kepada pengurusan ladang) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) (lebih fokus kepada penyelidikan dan ladang). Bagi saya waktu diploma sesuai ambil bahagian yang ada banyak aktiviti ladang sebab lebih kurang macam silibus yang kita perna belajar dalam kelas dan insyaAllah boleh cepat faham. Selain itu, kalau awak minat penyelidikan biasanya akan ada Case Study (thesis) yang bagi saya sesuai untuk pelajar degree. Case study tu macam yang saya cerita dalam entri ni iaitu kena buat report dan juga dapat peluang untuk melawat ketempat yang kita sedang kaji tu samada dalam makmal/ ladang.
Assalamualaikum,kalau amik diploma kejuruteraan pertanian,boleh ke intern dekat tempat mcm ni?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya. Diploma kejuruteraan pertanian ni kos yang baru ya untu sesi kali ni? Maaf setakat ini saya tak berapa pasti kalau pelajar daripada kos "Agriculture Engineering" (Kejuruteraan Pertanian) boleh ke tidak buat intern di Lembaga Getah Malaysia (LGM). Mungkin awak boleh tanya pada para pensyarah dulu atau pihak industri untuk dapatkan kepastian dan kebenaran mereka. Sebab tempat intern yang saya cerita ni kami daripada kos perladangan dan agroteknologi.
DeleteAssalamualaikum..boleh jelaskan tak laluan utk jadi pegawai pertanian, maksud saya sblm seseorang tu jadi pegawai pertanian dia perlu bekerja dlm bahagian apa?...pada pendapat bang, better bekerja dlm ladang cth ladang kelapa sawit atau dlm bahagian pejabat?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Kalau laluan nak jadi pegawai pertanian boleh je terus isi kerja kosong dari syarikat tersebut sekiranya dia masih buka lagi untuk tempoh yang ditetapkan. Contohnya lepasan graduan ataupun SPM. Tengok kriteria dan jawatan apa yang masih ada. Dan kalau boleh tanyakan dulu pada kerani masa call pejabat dia, selidik dulu latar belakang syarikat yang kita nak pergi dan boleh bertanya pada panel temuduga juga. Pada pendapat saya, saya lebih suka kerja dekat ladang berbanding pejabat sebab kalau kat dekat luar (site) ni banyak bergerak ke sana ke sini. Kita jadi aktif untuk buat kerja macam banci pokok, meracun, membaja semua. Udara pun segar-burgar bila dapat tengok pokok-pokok. Penatnya pada fizikal. Kalau asyik duduk kat pejabat je lagi banyak tugasan macam kertas kerja semua. Penatnya pada fizikal dan mental sebab banyak duduk dan berfikir. Tapi sekiranya tiada pilihan, saya lebih suka mencuba kedua-duanya sekali supaya lebih seimbang dan dapat pengalaman di situ. Macam mana pun kita tetap kena titikberatkan faktor keselamatan diri dan pilih yang mana lebih baik. Yang macam Lembaga Getah Malaysia (LGM) ni, pegawainya kena buat dua-dua sekali. Macam buat pemeriksaan ladang, jumpa dengan orang-orang kampung dan kemudian kena buat laporan tentang keadaan tempat tu. Dorang bekerjasama dengan RISDA dan Nusery. Kalau kita jadi pegawai ni, dia tak sama macam pekerja biasa.. Pekerja biasa ni contohnya yang kena buat aktiviti ladang dari tanam sampai kena tuai. (yang ni biasanya akan upah kontraktor untuk uruskan). Pegawai ini adalah seoarang penyelidik. Bergantung juga pada tempat yang kita nak pergi tu... mungkin tempat lain skop kerja dia pun lain. InsyaAllah, mudah-mudahan tempat kerja yang kita dapat ni menjadi tempat yang berkat untuk beribadah dan seronok untuk menjalankan amanah yang diberikan.
DeleteAsslmualaikum.. Sya nk bertya klau bleh sya tau lgm daerah mna ye?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya. Minta maaf sebab saya tidak boleh dedahkan maklumat berkenaan lokasi LGM daerah mana (yg ditulis dalam entri) atas faktor keselamatan, privasi dan nama baik agensi ini. Sebarang persoalan boleh terus emailkan kepada saya. Di sini : bfiqie@gmail.com
DeleteAssalammuakaikum, maaf bertanya... mcm mana ye kita nak apply utk LI dan apa yg perlu ditanya semasa call company tu
ReplyDeleteWaalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya. Cara nak apply LI adalah bergantung kepada pihak industri sendiri. Samaada mereka minta kita hantar CV resume dan borang/surat kebenaran daripada universiti secara email (softcopy) ataupun secara pos surat bersetem. (hardcopy)
DeleteUntuk skop pertanyaan kepada pihak industri sebelum kita buat pilihan untuk bersetuju buat LI adalah:-
1) Tanyakan adakah tempat tu dibuka ke untuk terima pelajar praktikal?
2) Apa aktiviti/ jobskop yang mereka lakukan untuk staff dan juga pelajar praktikal?
3) Ada disediakan elaun ke?
4) Ada disediakan tempat tinggal dan kemudahan yang lain macam tempat makan, station minyak, kedai2 dan sebagainya.
5) Ada disediakan kenderaan atau kita yang kena bawa sendiri motor/kereta?
6) Lokasi ladang dan pejabat jauh ke dekat?
7) Sebelum ni ada juga ke pelajar buat praktikal dekat sini?
8) Penghantaran resume/CV tu nak hantar ke industri guna email atau secara pos.
9) Waktu bekerja, akan ada rollcall ke ataupun tidak?
10) Kita akan bekerja dengan foreign worker ke?
.
.
.
dan lain2.
Nak call tu ikut waktu pejabat ya.
Boleh rujuk dekat dalam kriteria yang pihak universiti dah senaraikan dekat borang dia. Jadi boleh dapat idea dekat situ. Sebelum tu tulis dulu soalan yang kita nak ajukan pada sekeping kertas supaya mudah nak berkomunikasi. Boleh tambah soalan2 lain yang kita rasa perlu.
Apa2 pun awak try je tanya dulu, nanti lama2 akan terbiasa untuk buat pilihan tempat LI terbaik yang kita inginkan. Beritahu juga tempoh LI kita tu berapa lama secara terperinci. Tempat LI ni kita nak dekat dengan rumah ke ataupun nak negeri yang jauh2.
Kalau nak maklumat yang lebih mendalam boleh cuba tanyakan pada senior-senior yang berpengalaman sebab kadang ada cerita tersurat dan tersirat dalam tu yang hanya para pelajar yang dah lalui je tahu. Anggaplah ni usaha istikharah kita dalam memilih tempat LI yang baik. Tapi saya nasihatkan jangan percaya 100% apa yang diperkatakan sbb kadang lain masa lain caranya. Begitu juga lain tempat memang sah2 lain ceritanya. Macam mana pun berbalik pada kita yang bersedia dengan segala komitmen dan tanggungjawab yang bakal diberikan oleh majikan nanti.
Selain tu, kalau kita dah apply tempat LI sampai 2,3,4,5,6 tempat...contoh kita paling suka tempat no. 1 tu. Tiba2 dapat email/ call dari industri yang kata kita diterima untuk membuat LI di situ. Tempat lain2 pun kata benda yang sama. (Murah rezeki semua diterima). Kita kena tulis surat penolakan tawaran LI pada tempat no. 2,3,4,5 dan 6 secara formal. Sebagai pemberitahuan buat syarikat2 yang lain. Itu sebab saya cadangkan.. pilih industri yang sesuai dengan kita dan berminat untuk belajar dekat situ. Jangan apply semua last2 kita yang pening nak pilih mana satu.
Semoga dipermudahkan atas segala urusan pelajar yang bakal menjalankan latihan industri di luar kampus. InsyaAllah.
Hai nak tanya kalau LI mostly dekat luar negeri KL/selangor ke?
ReplyDeleteHaii, terima kasih kerana bertanya. Latihan Industri (LI) ni nak buat dekat dalam dan luar KL/ Selangor pun boleh. Asalkan dekat dalam Malaysia
Deleteterima kasih atas pengalaman yang awak share
ReplyDeleteSama-sama adidah :)
DeleteHai! Nak tanya lepas apply tu lama tak process nak tunggu LGM respon ? Btw awak dulu intern dekat LGM KL ke ?
ReplyDeleteHai Nasywa, terima kasih kerana bertanya. Proses respond daripada pihak LGM sekejap je. Mungkin akan dapat panggilan secara atas talian selepas hantar resume dan surat menyurat dekat dalam email rasmi LGM mengikut cawangan masing-masing. Cepat atau lambat biasanya bergantung juga dengan tarikh akhir kita nak buat praktikal tu, keperluan majikan tu sendiri samaada available ataupun tak untuk terima student dan kesesuaian aktiviti ikut kriteria yang pihak universiti perlukan. Apa-apa pun kena sentiasa alert dengan tindakbalas mana-mana industry yang kita nak apply tu. Kalau tak dapat, boleh cuba fokus dekat tempat lain pula. Tempat mana yang saya intern tu biarlah rahsia🤭
Delete