Pengalaman masa aku sem 4 dulu, praktikal aku sekejap je dalam 1 bulan setengah. Itu pun aku rasa lama sebab aku buat praktikal sorang-sorang (Angkara nak dekat sangat dengan rumah la katakan..yang lain semua negeri jauh2). Lepas aku fikir-fikir lagi, rasanya elok lah kalau praktikal tu pergi ramai-ramai dalam 2-4 orang kawan kita supaya apa-apa berlaku sekurang-kurangnya kita bersama.(Aku syorkan dan tekan kan benda ni tolong jangan pergi sorang-sorang lagi2 pelajar siswi) Kawasan-kawasan ladang kat Malaysia ni kebanyakan bukannya sebelah pejabat ni je dia betul-betul jauh terpelosok kat dalam hutan sana. Kena naik kenderaan atau motor. Pastu nak lagi dramatis ladang dia bercerai berai dan berterabur dekat dalam satu negeri tu. Aku pon terkejut juga masa mula-mula pergi tu tapi apa nak buat..kenalah redah juga. Aku punyer praktikal masa tu dekat agensi RISDA PLANTATION. Tapi siapa yang pilih SIME DARBY dia punyer ladang dekat2 je.
Masa hari pertama aku datang, aku tiba2 diserang panic tak nak buat LI rasa nak patah balik rumah. Tapi last2 aku masuk juga mengadap boss-boss risda sbb aku punyer markah final exam bergantung teruksss dengan ini punyer praktikal. Aku sedaya upaya hadamkan apa yang boss aku cakap masa dia bagi briefing dalam pejabat dia. Ayat dorang semua memang sangat berskill dan sangat matang berbanding diri aku yang masih amatur. Maklumlah, ini cuti sem terpaksa dikorbankan demi LI yang satu ni. Tak de cutisss, tak de tido lamesss2, tak de......tu...tak de ..ni.Tapi bukan masalah cuti je tapi masalah diri aku yang kena belajar jadi dewasa sikit. (kena kurangkan sikap gedik dan kebudak-budakan).
Hari pertama aku tak terus direct turun ladang tapi diaorang ajak aku buat tour dalam pejabat. Misi mengenali semua pekerja Risda. Walaupun tak semua nama aku ingat dalam masa sehari tapi aku just ingat nama 2-3 orang je yang setia bimbing aku sepanjang hari tu. Oh ye, aku lupa nak cakap yang aku ada 2 boss masa tu satu majikan bahagian kewangan dan satu lagi majikan bahagian ladang. Apa-apa pun nasib baik aku dah belajar pasal HUMAN RESOURSES masa sem 4 tu...haha. Kalau ada arahan dari insan bernama boss ni memang kena patuh deh.
Benda pertama aku kena buat, adalah siapkan punch card mereka untuk bulan seterusnya. Seorang pekerja tu ajar aku cara2nya dan bagi aku contoh sample. Aku nasib baik ada tersedianya meja admin kat depan pintu masuk tu. Jadi aku pun buat lah kat situ. Jujur lah cakap, aku tak reti nak guna cop mohor dia tu cantik-cantik. Bila aku buat je aku rasa macam "OH TIDAKK!!"(Sambil pandang kiri kanan kot2 ada orang nampak ke careless san aku) ..tak sekemas yang asal. Bayangkan dakwat biru cop tu, macam tertarik-tarik buruk atas bawah... -.-''. buruk. Tapi entah kenapa pekerja tadi tu dia asyik cakap
"Tak pe cantik dah awak buat, slow2 buat. Mula2 memang macam tu nanti bila dah mahir lagilah nampak ok", sambil bagi senyuman bermotivasi.
Aku rasa positif betul bila ada orang bagi semangat buat kerja. Padahal aku cuma budak praktikal yang biasa2 yang muncul secara tiba-tiba kat tengah orang lain sibuk buat kerja. Aku pun siapkan benda tu sampai habis. Dalam puluhan pekerja yang namanya kena tulis juga dekat situ... hah yang tu aku ada tersilap tulis sikit and tersalah tulis nombor yang sepatutnya aku guna pembaris acuan nombor tu. Bersungguh-sungguh nak siapkan!
Ada seperkara lagi yang membuatkan aku sedar, kita rupanya tak boleh suka-suka hati je masuk bilik boss,ketuk banyak kali sbb nak tanya soalan, keluar masuk macam bilik sendiri sebab dalam tu banyak sangat dokument penting yang memang private dan rahsia. dan lagi satu boss pon manusia juga. Dorang banyak benda nak kena fikir lagi-lagi pasal syarikat.
Hari berikutnya aku seminggu duduk dalam pejabat dan tak keluar pergi mana-mana. Memang banyak juga kerja yang aku buat tapi yang tak berapa penting la. Macam siapkan file dan susun dokumant pekerja yang naik pangkat berdasarkan barcode dorang. Kalau tanya aku samaada bosan ke tak. Aku bosan, mungkin faktor cemburu tengok kawan-kawan aku punya status wahtsapp yang lain dapat turun ladang. Petik pokok cili, tanam anak pokok gaharu, tanam terung, tanam padi, dan pergi jalan-jalan dengan boss sendiri. Sedangkan aku masih disini. Masa nilah tahap kesabaran aku teruji. Aku tertanya kenapa aku ditakdirkan ke sini dan ditempatkan ke sini. Yang paling penting..
"APA AKU NAK TULIS KAT BUKU REPORT LADANG AKU??"
Aku cuba kuatkan semangat. Tak pe sikit lagi LI ni nak habis..
Tapi staff RISDA semua layan aku dengan baik.Yang mana semuanya staff lelaki dan hanya 4-5 orang staff perempuan. Dorang asyik cerita kat aku dengan macam-macam cerita sampai aku tak jelak langsung mendengarnya. Aku baru tahu yang staff situ kebanyakannya sangat muda dan merupakan bekas pelajar course ladang juga. Bukan setakat tu je, dengan boss2 sekali budak ladang tapi dah dianegerahkan rezeki hingga ke tahap tu. Subahannallah. Jadi hati aku macam terubat juga lah bila dorang faham dengan nasib budak praktikal macam aku ni. Dan aku nak ucapkan terima kasih sebab rasa terharu bila ada yang belanja aku makan KFC dan lepak2 kat kedai goreng pisang, sarapan pagi dan makan tengah hari.
Aku dapat ilmu gak orang pejabat ni suka guna ayat camni bila waktu pagi-pagi. Cara nak tanya hang dah sarapan ke belum..
"Dah minum ke belum??", sambil melihat respon aku dan bila aku balas dah, mereka pun berlalu pergi dan menghilangkan jejak langkah menerusi pintu keluar pejabat. Aku hanya memerhati menggunakan ekoran mata ku akan pemergian mereka. (macam novel tak)
Minum kat situ maksudnya makan ataupun breakfast la kata orang putih..
Dalam banyak2 makanan yang aku suka dan rasanya paling sedap dan tersedap sekali yang aku tak boleh lupa lah kan. Ialah........NASI AYAM LEGEND!!!!. Pertama kali aku rasa nasi ayam yang sangat kuat rasa dia. Seriously, kalau tanya pasal makanan, aku tak tipu sedap. Semua sedap termasuklah nasi dia yang warna kuning tu, sos merah pekat masam manis pedas, kicap hitam pekat, kuah sup ayam, dan ayam goreng berempah. Memang licin, tak tinggalkan satu sisa pun dalam bekas plastik polistren tu. Ni adalah jasa ihsan dari pekerja yang tolong belikan tuk aku nasi ayam tu.. susah2 je belanja aku. Terima kasih banyak2, sampai terkenang-kenang hingga ke hari ni. (dah lama duduk sini pun baru tahu akan kedai tu..tapi sedih juga kedai tu dah tutup dan aku tak tahu dia pindah kemana atau mungkin owner tu dah kaya-raya)
Maka tibalah hari dimana ada meeting dengan penduduk kampung yang lain, selalunya kalau aku tak join kan lepas dorang habis meeting. Akan ada sesi makan-makan. Bawa diri je dengan perut kosong. Memang best dapat makan free dalam pejabat, tak payah lah nak keluarkan duit dan cari tempat makan kat luar tu (aku nyer LI tak de orang melayu jual makanan, kalau ada pun nun jauh disana). Ada nasi goreng, mee goreng, air teh susu, air sirap. air oren, kueh muih. Ambil je mana-mana yang berkenan di hati.
Pengalaman aku masa sertai sekali meeting tu for the first time ever, aku kena jadi setiausaha. Setiausaha ni tugas dia kena buat 'MINUTE MESYUARAT'. Aku kena tulis dan catat semuanya yang berlaku dekat dalam mesyuarat tu. Contohnya apa yang dorang bincangkan, apa keputusan mereka, persoalan-persoalan, corak idea baru, apa yang nak ditangguhkan, siapa yang tengah bercakap, siapa individu yang hadir dan tak hadir, siapa yang bangkang, kenapa tak berjaya, kenapa hasil dia jadi macam tu dan banyak lagi kena dengar betul2. Aku catat sikit-sikit je mana yang penting dan disebabkan laju sangat cakap, aku tulis nama diarang berdasarkan kedudukan meja dorang. (nanti dah habis mesyuarat baru aku check balik). Duduk pun dalam bulatan meja pejabat yang besar dan air cond yang sangat sejuk (mungkin untuk menyejukkan hati masing2), aku memerhati reaksi setiap seorang daripada mereka. Sangat cool!
Dan mana aku tak sempat tulis tu, aku rakam je. Yang paling penting "MASA" tu kena catat. contoh bila start pengenalan, dan bila waktu berehat dan tamat meeting. Gitu je nampak mudahkan. Pastu aku ingat kan ianya akan berakhir disitu. Tetiba aku kena buat report dia pula. Nasib baik ketua kampung tu tolong aku (sebab dia duduk sebelah aku) dia bagi aku sample macam mana nak buat minute mesyuarat. Terima kasih encik. Alhamdulillah , dalam bahasa melayu.
Cabaran aku yang aku rasa mencabar ada dalam 2 ke 3 camtu dimana aku pernah kena marah teruks dengan sorang pak cik tu sebab aku terlupa nak persilakan dia duduk kat kerusi sementara tunggu aku panggil staff yang berkaitan keluar.. (dalam ramai2.. mungkin salah aku juga). Aku memang kena kaw-kaw punya tengkeng dan amarah yang sangat kuat intonasi dia sampai aku boleh agak yang semua dalam pejabat tu boleh dengar dan tekejut dengan suara dia yang full voltan. Habis malu aku rasanya sebab dorang semua keluar tengok apa yang dah terjadi. Syukur ada sorang, dua staff yang cuba selamatkan keadaan. Dorang cuba tenangkan pakcik tu dan cakap aku cuma budak praktikal je kat sini. Tapi pak cik tu tetap kata aku budak kurang ajar sebab tak hormat dia.
Hati siapa yang tak tergores bila dia kata macam tu. Tak berani nak pandang muka pak cik tu apatah lagi buka mulut. Tapi aku paksakan diri juga cakap. "saya minta maaf pak cik" sambil aku tundukkan wajah je time tu even suara aku tersekat-sekat. Sekali lagi, itu salah aku.
Sejak dari haritu, aku mulai sedar yang aku kena perbaiki tahap komunikasi dan aku kena bercakap dengan baik dan layan mereka dengan baik. Seakan-akan aku ni juga tetamu yang masuk dan disambut oleh seorang pemuda yang berhati lembut dengan pakej high class punyer service. Maka bermula lah sesi aku menjadi lebih peramah tamah dan mesra dengan orang kampung sampaikan makcik tu tarik kerusi sebelah semata-mata nak duduk depan meja aku nak sambung bercerita pasal kehidupan dia dan related kan dengan kehidupan aku. Aku rasa gembira dengan kerenah mereka yakni orang-orang kampung yang datang sebab dorang selalu sokong aku yang cuma praktikal je kat sini..hehe. Tapi aku still takut kena marah lagi macam haritu..trauma.
Entah kenapa aku punyer meja tu memang mengadap pintu masuk utama pun so memang la jadi penyambut tetamu terus plus admin kat situ...Best dapat kerusi empuk, meja kaca besar, dan paling penting office baruu tuhh weyhh.
Eh apa lagi cabaran aku eh..
Aku tak selalu masuk ladang macam orang lain. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku dapat masuk ladang. Mungkin kurang dari 10 kali. Sebab aku tak de kenderaan wajib ada macam staff lain iaitu MOTOR. Aku tak reti bawa pun apatahlagi nak memilik motor tu. Kadang- kadang ada staff situ busy dengan kerja dia dan memang minggu muka serius buat kerja tu jatuh pada bulan aku praktikal time tu..(terimalah takdir ini). Kalau turun pun kan, kita as pratical student kadang-kadang tak dapat sangat buat kerja ladang sebab untuk bahagian managemant ladang biasanya pekerja yang buatkan. Contoh nye, workers bangladesh dan indonesia yang tengah busy menyiapkan tugas harian. Kita pula just boleh tengok dari tepi dan amik gambar untuk report. Tak boleh nak duk menyebuk dan melambatkan proses dorang siapkan kerja. Dalam otak tu memang kena siap sedia dengan seribu satu soalan nak ditanya kat staff ladang. Mcam berapa keluasan ladang, nama ladang, berapa jarak pokok, baja apa dia guna, racun jenis apa, kenapa kena penyakit macam ni, apa serangan dia, bila boleh harvest pokok kelapa sawit, berapa hari nak toreh getah dan...macam-macam kena tanya dan yang paling penting kena kenal siapa nama staff yang bawa kita tu.
Setiap benda bakal ada pengiraan dan pengiraan itu lah yang memeningkan. Aku amik masa yang lama nak siapkan dan skip kat dalam buku report yang besar tu. (aku tampal kertas pembetulan sebab salah buat) Tapi kalau kita berjaya buatkan. Kita akan rasa bangga. Jadi aku harap siapa junior aku yang tak faham ke atau tak boleh buat, tolong sangat-sangat jangan stop mencuba. Korang tanya kawan-kawan yang tahu dan minta senior punyer contoh report. InsyaAllah ada yang baik hati.
Masa presentation tu paling aku takut. Sebab aku tak bersedia lagi nak cerita kat depan lectural. Dalam Whatsapp pun dah duk bising pasal pensyarah yang bakal judge dan handle kitorang markah LI dah sampai dan semua status tulis "ALHAMDULILLAH" sebab dah habis present. (habis kitorang yang blom lepas lagi ni dah rasa cuak) Aku pun minta pandangan boss aku dan dia bagi aku panjang lebar punyer penjelasan. Aku ikut apa yang dia suruh macam..
- Buku report bertulis tu kena siapkan awal2 dan dapatkan tandatangan dan cop setiap staff yang incharge. Ok dah! (kalau tak siap try cari kat officedan tanya staff kalau diorang ada buku rujukan kat situ atau kita boleh tanya staff mana yang tak tahu)
- Pastu dalam slide presentation tu pilih satu je tajuk untuk bentang kat depan pensyarah sebab aku sorang je. Kalau dua orang student buatlah dua tajuk dalam satu slide. Contoh tajuk besar dia Planting. Kalau dua tajuk jadilah Planting dan Harvesting. Boleh letak pengiraan, gambar dan kurangkan ayat kalau boleh. Nanti masa present je bleh bebel banyak2.
- Jujur.....dlm slide tu..kalau tu je yang kita belajar masa LI. Maka ceritakan tu SAHAJA. Jangan tokok tambah atau copy paste benda lain semata-mata nak nampakkan benda tu best dan berperisa. Tak baik menipu dan dapat markah biarlah markah yang halal. Percayalah korang takkan Gagal untuk LI ni..they just want to hear you experiences only. Believe yourself.
Macam mana pun, dalam aku punyer takut tahap pucat time last day practical ladang. Sebab time tulah kena present dan aku punyer slide tak 100% siap lagi. Boleh pula boss aku ajak aku jalan2 pergi masuk ladang. Aku tak fikir apa terus ikut je tinggalkan semua kerja tu kat office dan keluar cari ketenangan diri. Akhirnya rasa takut aku tu hilang sikit sebab happy pula bila berjalan naik kereta hullax besar tu. Memang maju ke depan!
Dah la aku pakai pakaian yang tak sesuai langsung. Baju sponsor untuk presentation tapi pi masuk ladang pula. Nasib pakai kasut sukan..hahaha
Dan berakhir lah sudah aku punyer sesi lari kan diri kejap sebab lectural aku dah call kata dia tak jumpa mana tempat praktikal aku. Sebab tempat tu tempat baru dan tak masuk dalam GPS atau Google Map lagi. Bila aku balik office terus dorang pun sampai juga kat sana... Buka laptop, pasang dekat slide mesyuarat yang sejuk dan besar tu. Aku bentangkan mana yang mampu je sambil 2 orang pensyarah aku komen yang dia nak aku ringkas semua benda sebab time tu meamng dah lebih dari pukul 5 petang. Orang semua nak balik kerja.
Pengajaran untuk aku juga supaya kita kena kenal siapa lectural yang datang dan gunakan panggilan 'miss' atau' madam'. Jangan ikut aku angkara dah lama sangat asyik ber 'encik' 'puan' dalam tu selama sebulan lebih. aku terpanggil puan dekat madam2 aku tu. Huhu. Maafkan saya madam. Dan terima kasih sebab sudi datang dan tunggu saya dari jauh, saya benar-benar hargai pengorbanan madam terhadap masa yang diperuntukkan ke sini. Sekali lagi terima kasih banyak2 sebab sudi menjadi juri bagi pemarkahan saya yang akhirnya terlah tamat. (rasa gembira.)
Kenapa aku gembira bila dah habis ni...
Aku gembira sebab aku tak payah present kat kolej lagi macam orang lain Sebab siapa yang blom present, lectural tak sempat datang kat tempat dia. dorang semua nnti akan dikumpulkan kat universiti dan present ramai-ramai kat depan semua orang. In English okey. Syukurlah aku dah lepas.
Jadi inilah kenangan aku waktu praktikal semeter 4 dengan RISDA PLANTATION. Terima kasih sebab terima aku sebagai pelajar praktikal di situ walaupun sekejap je. Aku still simpan lagi hadiah yang mereka bagi dalam memori aku. Contohnya macam coklat forero resheee & NIPS hari jadi aku dan jamuan kecik2 gitu, aku sebenarnya dah makan habis..haha. Dan aku masih simpan hadiah dari boss aku yang baranya dirahsiakan di sini. Dan yang ada logo2 risda kat botol air dan notebook. Benda tu memang betul-betul membanggakan.
Terima kasih terhadap semua staff yang membantukan aku bermula dari bahagian akak cleaner, admin, kewangan dan ladang. Aku punya ucapan sebenarnya panjang lagi kalau nak dengar kena sediakan popcorn. Ada banyak benda aku belajar dari dorang ni....
akak cleaner
Bersih betul akak tu jaga pejabat, sampai tak ada satu habuk pun dalam tu. Menyapu, mengelap, mengemop, membasuh. Tapi sayang aku terlupa nak tanya nama akak tu apa sebab aku asyik panggil dia 'akak' je. Terima kasih kak! sebab cerita pasal itu dan ini yang bagi aku memang tak dapat beli kat mana2.. pasal pusat hemodialis dan semuanya (sebab akak tu pun kerja situ juga). Ada pesakit yang jujur mengatakan yang antara sebab dorang kena sakit buah pinggang walhal usia sebaya aku je. muda2 gitu. sebab dia guna produk nak cepat kurus. yg ala2 shake2 tu. pastu yang nak cepat putih, nak cepat kenyang mcam makanan instant noodle, benda2 keropok, gula, dan paling seram yang guna jamu sebarangan pun boleh kena tanpa belas kasihan. Aku cuma mampu menumpang telinga smbil dalam hati minta dijauhkan.
Okey rasanya itu lah kot untuk entri aku kali ni moga korang yang nak praktikal ni teruskan bersemangat. sebab bukan setakat kita datang situ sia-sia je. Bukan. tapi kita datang sana untuk cari apa lagi yang kita tak tahu pasal kehidupan kat dunia ni. Tunjukkan yang kita budak ladang ni boleh buat. Tak kira lah pelajar perempuan atau lelaki. Korang tanya je apa yang tak tahu kat majikan tu. Biar lah dorang dorang anggap kita tak tahu dah memang kita datang dari 'zero' pon. InsyaALLAH saya doakan apabila kita keluar nanti kita lah 'hero' tu yang boleh ajarkan ilmu tu kat orang lain pula.
Ilmu yang bermanfaat adalah apabila kita memahaminya, mengamalkannya dan menyebarkannya (ajar) kepada orang lain. Moga kamulah salah seorang yang dimaksudkan tu.
GOOD LUCK!
Sekian.
Thanks admin sebab bagi pengalaman, insyaallah saya amek pengalaman admin sebagai pendorong diri saya waktu amek diploma pengurusan ladang nanti 😁😁👍👍.
ReplyDeleteSama-sama, Alhamdulillah terima kasih sebab sudi melawat blog saya. Semoga ianya bermanfaat dalam membantu awak untuk mencapai impian yang diinginkan dan dalam masa yang sama dapat melalui latihan praktikal dengan baik. InsyaAllah.
Deleteterima kasih sudi tulis blog ni.. sgt2 menginspirasi dan memotivasi saya sampai tak sedar rupanya dah lebih kurang 1 jam saya luangkan masa baca blog ni... saya mmg nak apply kos ni lepas SPM...Doakan saya agar saya dpt jadi mcm admin.
ReplyDeleteSama-sama, InsyaAllah saya doakan yang membaca ini juga lebih berjaya daripada saya. Mudah-mudahan melalui apa jua keputusan, ujian dan jalan yang kita dapat. Allah mendorong kita semua untuk menjadi penyumbang kepada anak bangsa kita. Bagus tu kalau awak nak apply kos ladang. Jom sama-sama timba ilmu, praktikkan dan kongsikan buat yang lain. Manalah tahu usaha kecil ini juga dapat bantu perbaiki diri dan seterusnya dapat memajukan industri ladang Malaysia.
DeleteDiploma ni main dengan pokok je ke? Ada tak main dengan ternakan haiwan ke apa?
ReplyDeleteYa, setakat ni kita akan banyak belajar dan praktikal mengenai pokok sahaja. Untuk haiwan ternakan itu saya tak pasti pula. Untuk maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada pihak institusi pengajian yang dipilih.
Deletebest sangat dengar cerita dan pengalaman awk
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih adidah, sudi singgah ke blog saya. Semoga bermanfaat.
Delete