Tuesday 27 August 2019

Aku tak dapat kolej sebab DAH DEGREE

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar korang yang tengah baca ni, sihat? Aku alhamdulillah sihat hari ni, lepas dah 1 bulan setengah aku seenak-enaknya bercuti Semester di rumah. Yelah bila dah balik ke 'kubu' aku yang ada empukan-empukan bahagia dan selamat dengan segala benda yang jadi kegemaran. Serius aku tak rasa nak keluar rumah langsung..haha. Tapi keluar juga lah menikmati keindahan dunia ni.. mana boleh mereputkan diri je keje..amboi3.

Jadi memandangkan aku ada 4 lagi hari berbaki sebelum balik ke kolej, aku rasa puas hati betul berehat dari segala kerja. Tajuk yang kolej tu.. aku actually tak dapat kolej lagi dan sedang dalam proses rayuan. InsyaALLAH, dapat ke atau tak dapat ke. Aku percaya ALLAH ada rancangan yang lain dan itu keputusan yang terbaik untuk aku. Tak pelah bagi budak-budakyang tinggal jauh dan diploma duduk situ sebab dorang still lagi perlukan masa untuk survive kat  universiti. (Dulukan hang dah lama duduk kolej masa dip..udah2 lah keluar kamu mencari erti kehidupan sebenar)

Sebagai seorang senior ni memang aku tersedar beberapa banyak perkara dalam hal ni...maka wujudlah beberapa persoalan dalam diri aku.

1)  Macam mana rasanya hidup sorang-sorang kat luar eh? Tanpa roomate.
2) Aku tak reti drive kereta dan apatah lagi parking?
3) Bangun awal pagi dan stop janji melayu?
4) Mahalnya sewa rumah sampai kering duit poket?
5) Jatuh miskin lepas di halau dari tempat 'orang-orang terpilih' macam dekan-dekan yang lain?
6) Belajar tuk hargai rasa senang dan sabar dengan rasa susah?
7)  Dulu hidup aku huru hara sebab tak ada calender planner?
8) Minta group assignement buat meeting awal sikit jangan malam2?
9) Tak berebut basuh baju tapi kena guna mesin basuh jenama LAMA?
10) Pagar diri lebih penting dari pagar rumah?

Cukup 10 benda yang aku rasa mcam tak lama lagi akan terjawab.... sebenarnya aku agak teruja nak lalui semua benda ni walaupun kadang-kandang aku akui aku rasa macam kureng yakin sikit tapi kalau tak mula dari sekarang bila lagi nak merasa ye dok?

By the way, sesiapa yang kena duduk luar dari kolej dan dapat rumah sewa secara personal ke atau ramai-ramai ke. Korang jangan putus asa, sebab mana-mana tempat yang kita pergi pun mesti akan kena macam ni sama ada kita yang terpaksa atau dipaksa. Siapa tahu dekat luar kita lebih dekat dengan tuhan. Nak tunggu duduk kolej yang serba serbi kaya dan mudah dengan katil empuk, loker besar, meja belajar selasa, bilik air hotel, cermin gergasi, rak kasut macam almari, ada aircoway sejuk menyegarkan, wifi free yg malu2 macam hamster, tv astro tapi bateri tak ada, mesin basuh tak bersih dan tangga gunung kinabalu...itu semua pengalaman yang terindah. Untuk diri kita yang dulu.

Sekarang?

Yang sekarang pastinya lebih baik. Sebab aku pun akan sama-sama merasai macam mana dunia luar tu tapi versi pelajar universiti. Walaupun tak semewah yang dulu tapi cukup lah ada tempat untuk berteduh dari panas dan hujan. Berjihad dalam laluan yang sukar untuk mereka yang biasa hidup senang. Memang satu benda yang baru. 

Pastikan kita guna detik ni dengan perkara yang lebih baik dan lebih bermanfaat.

yang penting stop mengeluh... alrite

Sekian.

p/s: aku baru tahu macam mana nak jadikan link dalam belog ni. KLIK SAYA


No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...