Sesuatu yang pernah.......
Hasil nukilan dari sahabat ku dan pesanan untuk kamu yang mencari jawapannya.
Ketika Langit seolah berbicara kepadaku menarik perhatian ku untuk menulis tentangnya hari ini setelah sekian lama aku memikirkanya. Ingin sahaja aku mengulangi masa supaya aku boleh menghalang diriku daripada mengulangi kesilapan yang sama. Dan memberi amaran keras terhadap diri itu bahawa itu adalah salah. Pernah ku berjanji untuk tidak menulisnya lagi untuk seumur hidupku. Tentang fitrah itu. Benarkah aku menggunakannya dengan betul? Di usia yang begitu muda dan memiliki kudrat remaja, kau akan diuji dengan soal hati dari pelbagai arah. Kau merasainya walaupun kau menindakkan kewujudannya. Dimana jika engkau memilih kehendak diri dan nafsu, hati itu akan menangis menahan derita. Tetapi jika bersabar dan menyimpan rahsia itu kau akan ketahui bahawa hidup ini bukan cuma CINTA.
Perhatikan sekeliling kamu, di sekolah, universiti, rumah, kejiranan, tempat kerja yang memaksa kita untuk menelan persekitaran yang membawa pengaruh besar dalam hidup ini. Berapa ramai kawan-kawan yang dulunya satu kepala pernah bercouple? Atau pun kita sendiri pernah diajak untuk melakukannya? Kerana ramainya orang yang buat perkara itu, kita pun terikut-ikut dengan trend kini dan zaman yang memang tak ada batasnya untuk kita terus menjadi hamba kepada manusia.
Rasa sedih bila ingatkan kembali betapa diri terperangkap dalam PENJARA PALSU. Hati ku membuak-buak ingin keluar. Penjara itu membuatkan diri mula mencintai akan dosa. Dosa dengan menjadikannya tuhan di dunia ini. Jujurlah pada diri masing-masing, dalam kita menyukai akan sesuatu pastinya kita sangka apa yang kita buat tu betul. Padahal kau hanya menuruti hawa nafsu dan tiada siapa yang berani katakan "TIDAK" kepada tindakan yang sia-sia itu. Walhal kau dan mereka tahu akan hukumnya yang tepat namun tiada siapa yang menerangkan nya dengan lebih dalam. Kenapa ianya tak boleh? Tepuk dada tanyalah iman.
Kau mewujudkan satu perasaan yang datang kerana tidak menundukkan langsung pandangan. Berani menatap sesuatu yang bukan milik kita, mengejar ia untuk selama-lamanya walhal kau lupa bila mana usia ini bakal berakhir, dia juga akan melupakanmu. Malah itu semua adalah pengorbanan yang kosong. Kau tahu akan sedar hakikat itu setelah diri disakiti dan dikecewakan oleh cinta manusia. Dan betul, dia akan mula mencari Allah semula selepas itu. Dan sekurang-kurangnya kamu mencari IA semula. Aku bersyukur.. Alhamdulillah.
Keluar lah dari jalan couple dan anti-single itu wahai sahabatku, dan masuk semula kejalan yang Allah dah rancang dan dihitung satu persatu dengan sangat terperinci. Cuba katakan pada diri itu supaya sedaya upaya untuk menyingkirkan rasa itu walaupun ia sakit lagi menyakitkan. Kerana jika kau teruskan juga kau akan lalai daripada Cinta yang sebenar iaitu ALLAH.
Aku menyatakan ini berdasarkan apa yang aku lalui, bukanlah kerana aku membenci dengan kisah lampau yang menyedihkan. Tapi aku ingin menyelamatkan seberapa ramai manusia yang samaada aku kenal ataupun yang aku tidak kenali seperti yang sedang membacakan ayat-ayat ku ini. Aku bersyukur ia berlaku keatas diriku yang telah memasuki kedalam gaung hitam yang dalam. Sekurang-kurangkan aku boleh menceritakan hal ini kepada yang lain. Melihat kedalamnya, penuh dengan kebahagiaan sementara yang diperolok-olokkan oleh saudara kita yang turut terkadas di tempat yang sama. Ternyata semuanya cuma Mitos!
Mitos apabila mengenangkan yang kita kena bercinta dulu sebelum bernikah baru boleh faham perasaan masing-masing.
IANYA SALAH LAGI SALAH MENYALAHKAN!!!
Padahal hanya menghabiskan air liur atau bateri fon dengan menceritakan riwayat hidup dari A-Z sambil bergelak tawa dengan kerenah masing-masing yang kononnya secocok dan menepati ciri-ciri pasangan hidup. Tahu tak, kita tak dengar ada makhluk lain yang join sekali masa tu, duduk betul2 kat tepi sudut bilik kau .Perhati kau dari tadi tau. Gelak tawa syaitan kalau nampak kita buat camtu lagi dan lagi dan sekali lagi. Dia ingat dia dah menang bila tengok kita lalai. Sedarlah yang kita akan bosan lepas tu dah semua benda diberitahu kat si dia. Dan lepas dah bosan mulalah cerita pasal orang lain pula. Last2 korang akan merajuk sesama sendiri sebab dah tak ada idea lagi nak cakap dan mencurigai pula orang lain yang dah sah2 tak bersalah. Maka akhir sekali, mula menyalahkan dan berbalah sebab tak setia la, curangla, main kayu tiga la apa semua...
Kedua, sebab apa perkara itu berlaku keatas diri kita, adalah sebab ini petanda bahawa Allah tak redha dengan cara yang macam tu.....atau biasa kita cakap 'belum masanya lagi untuk perkara ini'. Couple membawa keburukan terhadap diri kita dan itu cara orang barat memilih cinta. Sedangkan cinta ALLAH pun dia dusta, berpaling jauh dari kehidupan islam dan langsung tak nak mengakui bahawa ALLAH tu tuhan dia dan tuhan kita yang satu. Apatah lagi cinta kita?
Maksudnya, jangan ikutkan sangat perasaan dan kawan2 yang dah berpunya... jauhi lah maksiat perasaan yang menyeksakan ini. Sudah-sudahlah kita ni jadi terlalu baik menjaga jodoh orang lain. Umur kita ni bukan nya lama, kita hidup pun dah makin singkat. masa bergerak laju, jangan biarkan hati ini diisi dengan perkara macam ni. Dah tiba masa untuk jadi baik untuk diri sendiri pula. Bukan tak boleh nak bercinta. Boleh, tapi biarlah kita belajar meletakkan cinta ALLAH yang pertama dalam ranking yang teratas.
Sebab hanya cinta ALLAH yang boleh meletakkan kita disini, di ruang memuhabahkan diri yang inginkan keadilan yang berkekalan. Tak perlu cakap banyak, tak perlu bermesej bermati-matian sampai lupa akan kewarasan diri, tak perlu gaduh-gaduh dengan kawan atau berebut antara sama lain sampai sanggup hilang kawan yang semata-mata nak pastikan dia kompem untuk kita,tak perlu booking orang tu awal2, tak perlu risau2 pasal orang lain yang cuma perhiasan ketika senang namun hilang bila susah.
Semua ni membuatkan kita stress dan serabut dengan masalah baru yang sebenarnya macam...apekah hidup ni kena berlumba-lumba mcam ni sekali?
Cukuplah kita hanya ada ALLAH. Percayalah. Allah tahu apa yang kita nak. Bersama siapa yang kita akan berjumpa? Apa yang kita perlukan? Apa yang sebenarnya kita tak tahu tapi Dia lagi tahu?? Dengan meletakkan ALLAH dalam hati kita bersama Cinta itu...kita akan tenang sebab itu lah jawapannya.
Atau DIA dahulunya menjemputkan kita dengan kematian agar kita BOLEH BERCINTA DENGAN ALLAH. Yang cintaNYA lebih indah dari corakan langit yang kita lihat kini. Lebih dekat dari waktu kat dunia dulu. Kau benar-benar beruntung!
Ingat,
Cinta itu jangan disalahgunakan,
Jangan biarkan kita begitu cintakan dunia hingga makhluk2nya sekali,
Mereka tak mampu buat kerja Allah,
Tapi kita akan lupa kerja Allah bila kita buta kerana mereka,
Bila kau dah dapat penyuluh itu semula,
Genggam lah ia seperti kau menggenggam bara api,
Menahan sakit dalam mengukuhkan kebenaran,
Disebalik pengharapan agar tanah di sini menjadi ladang mewah di sana,
Sibukkan diri dengan mencari siapa itu ALLAH,
Dan seterusnya Allah akan bagi kita,
Sesuatu yang kita betul2 perlukan.
Sebab hingga bila tiba saat itu,
Hanya redha Allah yang kita tercari-cari.
Tinggalkan dia...Dan pilih lah AKU (Allah s.wt.) . Tiada penyesalan kecuali hari penyesalan.
Sekian
No comments:
Post a Comment