Wednesday 24 March 2021

Tips Buat Presentation Dalam Google Meet

Assalamualaikum w.b.t kepada yang sedang membaca sekarang ni, mesti kena buat presentation secara virtual kan. yaaaa... jangan risau sebab ini pengalaman yang bagus dan korang akan jadi lebih professional nanti, Baiklah bawah ni adalah antara yang akiu dapat belajar.

Jika menggunakan  Google Meet untuk sharescreen.

1. Tekan Present now

2. Ada 3 pilihan

Ø “Your Entire Screen” -Nampak keseluruhan device yang digunakan. Tidak perlu berhenti untuk beraih ke bahan yang lain. Namun audience boleh melihat disebalik takbir dan kemunculan pop up yang tiada kaitan.

Ø “A Window”- Fokus kepada Google dan file tanpa melihat tools device yang lain, Perlu berhenti untuk present dan file  akan ada dalam pilihan jika ianya dibuka awal. Audience tidak nampak disebalik takbir.

Ø “A Tab” - Khas untuk Google SAHAJA ataupun untuk satu jenis file. Bagus untuk membuka video dan bunyi audio yang baik didalam Youtube dan Google drive. Audience tidak nampak disebalik takbir.

*Audience tidak nampak disebalik tadbir itu membolehkan kita membuat persediaan awal jika diminta untuk mengubah paparan.


3. Jika ada masalah audio pergi ke: Simbol 3 titik > Setting > Tukarkan default-microphone (Related (R ) Audio) kepada Stereo Mix (Relatek (R ) Audio) > Buka microphone.

Maklumat penuh boleh merujuk di: https://www.youtube.com/watch?v=DMuHZoqW9vY

 

4. Untuk teknik paparan penuh (fullscreen) dan pembahagian antara dua paparan (split). Kita perlu mendownload apps “Dualess”

Cara penggunaan boleh merujuk di : https://www.youtube.com/watch?v=9X9AxR9oTSQ


5. Kalau nak mainkan video secara berulang didalam YouTube boleh tekan Right klik > Pilih LOOP. siap!

BOLEH KLIK BAWAH NI TIPS MUDAH GUNA GOOGLEMEET

SINI

Sekian. Harap dapat membantu :)

6 comments:

  1. Bang nak tnye kalau habis dpim, smbung degre bapentahun eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abdullah Zarif kerana bertanya,

      InsyaAllah, bagi pelajar kos Diploma of Planting Industry and Management (DPIM) 'Penerapan' tempoh masa pengajian untuk peringkat degree iaitu "Bachelor of Science (Hons) in Plantation Technology and Management" adalah selama 2 tahun setengah (bersamaan dengan 5 semester) sahaja. Penerapan degree adalah pelajar dibawah fakulti yang sama dan berminat untuk melakukan permohonan sambung belajar selepas adanya keputusan MUET. Contohnya, Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi (FPA). Kelebihan pelajar penerapan degree di bawah aliran yg sama adalah mereka dapat skip (dipendekkan) 1 semester dan mendapat kredit bagi beberapa subjek (tak perlu ambil lagi waktu degree) kerana pernah diambil sewaktu diploma dahulu.

      Jika mereka bukan daripada pelajar DPIM, tetapi berminat untuk menyambung pengajian dalam Degree ladang ini maka jumlah pengajian adalah selama 3 tahun (bersamaan 6 semester). Kebiasaan pelajar tersebut daripada matrik, berpindah kepada kos yang lain dan sebagainya.

      Buat maklumat semua, kos degree dibawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) terbahagi kepada beberapa aliran yang diperincikan iaitu:

      1) Perladangan (DPIM-5 semester & Non-DPIM 6 semester)
      2) Agronomi (7 semester)
      3) Agri-business (7 semester)
      4) Bioteknologi (7 semester)
      5) Horticulture (7 semester)

      Kemungkinan besar di masa hadapan akan ada kos yang baru bagi fakulti FPA ini bergantung kepada keperluan dan permintaan negara dalam memperkasakan pendidikan & teknologi iaitu berkenaan dengan 'Precision Agriculure' atau 'Agriculture, Biotechnology, Engeenering and Technology (ABET) iaitu kos baru bagi teknologi modern dalam perladangan yang terkini untuk membangunkan industri 4.0. Contohnya, penggunaan Drone, Traktor dan Wireless Sensor yang berkait rapat dengan Internet of Things(IoT).

      Kos yang lain juga memiliki kelebihan-kelebihan yang tersendiri walaupun tempoh pengajiannya agak lama bagi memberikan ruang & waktu untuk para pelajar lebih faham akan kos tersebut. Malahan semakin ramai mahasiswa yang berjaya mengadaptasikan ilmu yang diperolehi sewaktu belajar di universiti. Buat yang berminat untuk menceburinya dan nak tahu lebih lanjut boleh bertanya kepada para pensyarah masing-masing, kawan-kawan yang berpengalaman dan rebutkan peluang besar ini untuk menuntut ilmu.

      Delete
  2. assalamualaikum bro, contoh saya ni dripd kos DPIM,kalau nak sambung degree kena terus sambung ke boleh rilek2 dulu? maksud saya mcm after 1 atau 2 tahun baru sambung. Boleh tak macamtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanyakan soalan. Sebenarnya boleh je nak sambung terus ke peringkat Sarjana Muda (degree). Sekiranya awak pelajar UiTM dan dah ambil MUET boleh mohon pengambilan 'penerapan uitm' dan cara ni lebih laju juga sebab dah alang-alang kita memang "anak buah DPIM" siap ada peluang macam nikan dan berkelayakan. Tak salah untuk sambung lagi. Keputusan untuk sambung belajar ni bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri dari sudut keinginan untuk belajar lagi. Sebab saya haritu memang terus sambung sebab dah susah payah ambil MUET masa semester akhir diploma haritu dan nak jimat usia belajar ni. Kalau tangguh-tangguh nanti mungkin dah tak ada dah peluang besar macam ni. Jika nak tunda (postpone) dulu sambung degree ni saya tak berapa pasti boleh ke tak. Biasanya nak tunda selepas dapat surat tawaran hanya boleh dilakukan dalam 1 tahun sahaja. Untuk tunda 2 tahun pula, mungkin awak boleh tanya kepada bahagian fakulti fpa, pengambilan pelajar UiTM Shah Alam dalam portal websites mereka ataupun bertanyakan kepada para pensyarah. InsyaAllah dorang akan ada jawapan yang lebih tepat dan terkini. Saya sertakan link mereka dibawah:

      1) Websites Rasmi Uitm
      https://www.uitm.edu.my/index.php/en/

      2) Website Rasmi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
      https://fpa.uitm.edu.my/index.php/en/

      Delete
    2. baik terima kasih ya👍

      Delete

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...