Assalamualikum w.b.t,
Semester 5 ni betul-betul membuka mata aku sebagai budak degree. Walaupun sekarang ni tengah cuti aku tak rasa macam cuti pun. Ya, aku ada EET tak lama lagi. Ujian yang menjadi penanda aras untuk mengetahui kita ni dapat speaking english dengan baik ataupun tidak. Kali ni dibuat secara online sebab masih lagi dalam tempoh PKP. Mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan dan ada barakahnya bila sabar dengan ujian demi ujian. Untuk junior-junior aku yang nak tahu EET tu apa? Korang pernah ambil MUET kan? Haa.. dia macam muet tapi lain sikit. Aku tak boleh nak citer panjang sebab belum tempoh lagi yang EET ni jadi menurut keterangan pensyarah, ada 2 je WRITING dan SPEAKING. Yang lain-lain tu tak ada. Jadi nanti kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur aku share ke SINI caner nak jawab dua2 ujian ni. Doakan ya kami tenang, sabar dan mudah menjawabnnya. (amin)
Bismillahirahmannirahim..
Jadinya, sambil-sambil aku menunggu ketibaan harinya itu. Aku nak citer sikit pasal semester 5 aku. Bukan apa, ni untuk pesanan diri sendiri juga dan aku harap orang lain dapat buat lebih baik daripada aku. Jangan ulangi kesilapan yang sama dan ambillah iktibar (pengajaran). Bila aku fikir-fikirkan bukan aku sorang yang melaluinya. Semua kawan-kawan aku laluinya benda yang sama namun ujian dan cabaran masing-masing sangat berbeza. Jujur lah aku cakap aku hampir 'berputus asa'. T.T dan perasaan ni membuatkan aku macam berfikir yang bukan-bukan. Lagi-lagi bila ada assignment yang aku tak mampu buat yang terbaik. Aku dapat bayangkan kan budak-budak yang tengah SPM sekarang ni. Macam mana lah mereka tabah melalui semua ini...
"Ya Allah kau kuatkan lah semangat mereka ya Allah bagilah kejayaan kepada mereka di dunia dan akhirat. Dengan rahmatmu moga apa yang kami usahakan ini menjadi satu ibadah yang memberatkan ganjaran pahala kami nanti"
Kisah aku pun sebagai pelajar degree di universiti, kebanyakan memang bila dah start minggu yang ke-2 dan ke-3, terus je ditimbuni dengan list to do yang memang kedebukkkk banyaknya. (for real)..hahaha. Aku mula-mula ingatkan boleh siapkan sebelum dateline. Last-last memang sampai ke sudah tak siap juga sebab banyak pembetulan kena buat. Itu belum cerita lagi projek tahun akhir (FYP) yang memang buat pertama kalinya aku try buat dalam seumur hidup aku. Memang kena rujuk banyak journal dekat dalam internet ni.
Dalam keadaan yang macam mana nak elak sekalipun tetap kena buat juga semua kerja-kerja tu. Rasa malas pun tetap kena buat juga, rasa nak berhenti pun tetap kena buat juga. (Tak mampu nak diteruskan dengan kata-kata sebab sometime aku pun down juga) Aku rasa aku belajar banyak perkara sem 5 ni. Bila aku cuba muhasabah kan diri balikkan. Daripada aku cuba lari daripada masalah dan jauh daripada rezeki sambung belajar ni, lebih baik aku tengok apa yang perlu aku perbaiki balik. Baru-baru ni aku terjumpa satu file pdf ni dan aku terjumpa jawapan yang aku cari selama ni. Boleh klik link bawah ni.
KLIK SINI :)
Tips Straight A Student (university)
Dalam file ni dalam bahasa English, penulis sudah mengkaji beberapa orang pelajar cemerlang straigth A di universiti berdasarkan kepada kisah benar mereka. Kebanyakan ada persamaan dari segi rutin harian mereka. Walaupun mereka semua daripada universiti luar negara tapi selagi kita bergelar mahasiswa atau pelajar sekolah sekali pun tetap boleh follow tips yang diceritakan tu. Rupanya banyak juga yang kita terlepas pandang. Kalau yang baca ni budak cemerlang dan memang selalu dekan dan 4 flat korang boleh lah share sikit kat ruang comment bawah tu untuk manfaat kita semua. (silakan2) yang tak pernah 4 flat pun boleh komen juga. Jangan malu2. Mungkin satu hari nanti korang pun akan menjadi sumber inspirasi bagi pelajar-pelajar universiti di Malaysia pada masa akan datang. InsyaAllah.
Jadi aku dah habis baca e-book yang di scan kan tu cuma dia macam tak complete lagi sebab patutnya ada point2 yang seteruskan kalau tengok pada table of content dia macam ada banyak lagi tips dia. But it is okay lah..hahaha.. dengan ilmu yang cuma secubit secebis dan sikit ni aku dah keluarkan dan ringkaskan nota yang aku faham berdasarkan kepada ayat-ayat penulis tersebut. Jom kita try sama-sama untuk semester depan pula ! (pantang menyerah..Ya Kita Boleh Lakukan!!!) Orang kata kalau plan A tak menjadi, kita ubah plan B pula.
Tips Bakal Pelajar Cemerlang
1) Time Management System
- A calendar
- A list
2) Declare War on Procrastination
- Keep a work progress journal
- Feed the Machine
- have a a water with your or near the water machine
- Make an event out of the worst tasks
- Build a routine
- Choose hard days
3) Choose When, Where and How Long (by asking question to yourself)
- When the best day to study?
- Where should you study?
- How long should you study?
p/s: Yang no. 1 tu ada table sebenarnya, boleh rujuk dekat dalam link pdf atas tu.. table dia lebih terperinci dan senang faham. Sebenarnya ada banyak lagi tips dekat google dan Youtube memang banyak orang cerita pasal rahsia kejayaan mereka. Siap ada buat to do list warna warni. Dan dalam banyak-banyak perkongsian tu membuatkan aku sedar yang dorang sangat ber DISIPLIN dengan masa yang tuhan bagi 24 jam ni.
Kita? InsyaALLAH akan menyusul. (doakan semua berjaya)
Jom tiru orang berjaya (yang baik2 je kita ikut)
Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment