Yang di maksud dengan 'al-Sami' ' bagi Allah, adalah yang disifatkan dengan pendengaran sebagai sebahagian daripada Zat-Nya. Manakala mendengar adalah sifat bagi pekerjaan-Nya. Mendengar adalah sifat Zat Allah yang hakiki, yang kita wajib beriman secara zahir. Erti secara zahir, adalah berita yang menerangkan tentang sifat Allah, namun tidak seperti zahirnya seperti sifat manusia, kerana kita tidak akan mampu melihat Allah ataupun menggambarkan pendengaran Allah. Kita tidak akan pernah mampu melihat yang setanding dengan Zat dan sifat-Nya. Dialah yang Maha Mendengar terhadap rahsia yang tersembunyi. Kadangkala sifat pekerjaan itu mempunyai makna yang khusus, seperti jawapan terhadap doa, sepertimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. "Jika seseorang berkata "Allah mendengar kepada doa orang yang memujinya," maka katakanlah "Ya Tuhan kami, hanya milik-Mu segala puji-pujian ( Sahih Muslim 415)
Di antara doa yang menggunakan nama ini terdapat pada firman Allah SWT.. "Ya Tuhanku, berikanlah aku keturunan yang baik daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. (Surah Ali-Imran 3:38). Dan di dalam firman yang lain, " Ya Tuhan kami terimalah (amalan) daripada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (Surah al-Baqarah, 2:127)
Seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini, seharusnya meyakini bahawa Allah di atas 'arsy-Nya Maha Mendengar segala sesuatu daripada makhluk-Nya, baik yang kecil mahupun yang besar. Allah Maha Esa dalam pendengaran dan penglihatan-Nya, mempunyai kesempurnaanyang mutlak kecuali kepada apa yang Dia cintai dan redhai, Dia mengawasi dan ditakuti, Dia tidak takut terhadap sesuatu apapun.
(Dr. Mahmud Abdurrazak Ar-Ridwani, Ad-Du'au bi'l Asmai'l Husna, 2005: 34)
No comments:
Post a Comment