Assalamualaikum semua pembaca-pembaca sekalian,
Alhamdulillah hari ni aku menulis dalam keadaan penuh semangat. Terasa bersyukur dengan nikmat hidup ni bila dah melalui macam-macam benda. Ada soalan yang masuk di dalam ruangan komen tapi sebab aku taip panjang sangat tak boleh nak send. Jadi aku decide untuk post dalam entri sahaja.
"SUSAH KE MASUK DEGREE LADANG?"
Terima kasih pada yang bertanya, sebenarnya ada yang susah dan ada yang senang. Bila dah degree ni kita tak fokus pada aktiviti ladang. Dia berbeza sikit. Sebab kita akan lebih fokus kepada kaedah penyelidikan untuk membaik pulih sektor perladangan pula. Contohnya kajian tanah, kawalan haiwan/ serangga perosak, penyakit dan weed, cari punca2 isu yang menyebabkan berlaku semua masalah pertumbuhan pokok tu. Dan ada banyak lagi. Kiranya kita akan diajar cara berfikir/ berkebolehan untuk faham macam ala-ala bakal manager/supervisor. Bukan lagi jadi pekerja yang besye2 yang asyik diarah buat itu dan ini.
Macam masa awal-awal aku diserap masuk sem 2 dulu sebagai 'pelajar penerapan', agak senang sebab kita cuma recall semula subjek2 masa diploma. Dulu sebelum PKP ni aku belajar secara face to face, banyak aktiviti luar, itu ada part yang paling kita minat bila dapat keluar cari serangga untuk subjek entomology, weed control, field visit. Disebabkan semua assignment dibuat secara berkumpulan jadi kami enjoy sepanjang belajar degree ni. (belum cerita buat perbincangan group sampai tak cukup tidur..haha) secara keseluruhan memang seronok sebab susah payah tu menjadikan kami kuat. Mungkin setiap orang ada pandangannya dan cerita yang berbeza-beza. Sem 3 pula, pun sama juga. Kami ada buat satu inovasi pada makanan supaya boleh dijual ke tempat lain tanpa menggunakan kos yang tinggi. Time tu memang boleh tengok semua buat presentation dan dapat rasa 'makanan unik plus pelik' ciptaan kami sama2. Paling best bila dapat belajar asas bahasa mandarin walhal inilah pertama kali kena kenal intonasi bacaan dia. Boleh lah faham bila tengok cerita cina kat TV sebab hafal sikit2. Kitorang rasa macam belajar masa sekolah tadika dulu..serius..sebab kena baca ramai2 dan belajar cara tulisan pinyin (tulisan cina) tu. (memang best sungguh) dan lepas tu kena buat skrip untuk berlakon drama. Sem 4 pula, kami kena belajar dekat rumah sebab PKP, memang tak biasa lagi masa tu belajar secara online..haha. Selalu kena letak jam loceng dekat handphone supaya tak lupa waktu kelas dan exam pagi/petang. Tapi yang seronoknya bila belajar online ni boleh pakai baju biasa dekat depan laptop/handphone tak perlu susah2 macam dulu nak sediakan pakaian, beg, buku semua. Bagi aku mudahlah disitu. Cuma seeloknya yang sopan dan penuh adab lebih-lebih lagi kalau ada buat presentation kena pakai smart sikit. Kalau waktu exam pun boleh buka buku/ cari bahan dekat dalam google bergantung pada arahan lecturer masing2. Masa ni dah mulalah belajar menjinakkan diri dengan journal penulisan orang lain. Bahasa mandrin pula dah jadi level 2. Ada subjek pengiraan. Sem 5 pula, dah mula fokus dengan sangat mendalam tentang journal yang dimaksudkan tu untuk buat proposal Final Year Project (FYP).. maklumlah FYP ni memakan masa 2 sem untuk siapkannya. Ada inovasi kreatif dalam teknologi yang mermerlukan idea dan pandangan ramai sebagai feedback. Bahasa mandarin jadi level 3 yg terakhir. Dan ada juga kena cari isu2 semasa tentang ladang (ni penting sebab nanti esok kalau kerja dalam bidang pertanian ni jadi senang untuk jawab kalau ada boss/majikan yang tanya). Contohnya: "Apakah perkara yang mempengaruhi produktiviti kelapa sawit?" Jawapan dia memang lain dari yg lain. Sem 6 pula memang secara total kena siapkan terus sampai habis FYP kita tu. Kena hantar Final FYP dan virtual LIVE presentation. Ada subjek pengiraan untuk machinery dan kami masih ODL lagi waktu ni.
Bagi aku yang rasa mencabar or susah adalah "pengurusan diri sendiri dalam memberi berkomitmen" sebab ada je yang berlaku contohnya dari segi dalaman ada subjek yg aku tak begitu faham tapi buat sahaja dan tanya kawan-kawan yang lain. Dari segi luaran laptop tiba-tiba rosak sebab banyak sangat kerja assignemnt dalam tu, dengan beratus-ratus journal yg di download. Tak cukup masa nak hantar sebab masih tercari2 jawapannya yang betul. Kena cari sikit rujukan dari luar. Tapi yang mana aku tak dapat nak handle tu aku cuba siapkan juga dan bincang dengan pensyarah untuk dapatkan pencerahan. Bila belajar secara ODL ni perlukan internet yang kuat supaya kita tak "LOST" ditengah-tengah belajar tu. Jadi kena prepare siap2 duit langannan internet bagi yg gunsa hotspot dan kalau WiFi pun kadang2 slow lagi2 bila hujan. Aku rasa FYP tu susah sikit sebab kita kena belajar cara nak menulis dan keluarkan main idea daripada setiap bacaan kita. Contohnya baca abstract, conclusion, discussion dan result. Citation dan senarai references ni yg terpenting. eg. (Ali, 2021) Tapikan bila dah siap tu..rasa gembira sangat macam satu kejayaan yang tak dapat digambarkan. Ada juga kawan-kawan aku yang thesis dia tu boleh diterbitkan dan jadi rujukan buat orang lain pula.
Saranan aku kalau korang nak sambung degree, pastikan korang memang betul2 minat dengan kos ni, cari circle yg memang membantu awak untuk belajar, ada backup kewangan, jaga mental health baik2, kawal stress, buat hobi yang korang suka dan dapatkan rehat/tidur yg cukup, dan tetapkan mindset minda kita belajar ni bukan sebab kita 'dah pandai' tapi sebab untuk nak cari apa lagi ilmu kita belum pernah pelajari lagi dan relatekan dengan kehidupan kita. Letakkan matlamat belajar sebaik mungkin. Kesungguhan yang membuahkan hasil di akhirnya nanti.
Sekian.
hi, kalau diploma bukan di uitm, tempoh belajar berapa tahun?
ReplyDeleteHi, terima kasih kerana bertanya, tetapi maaf setakat ini saya tidak pasti tentang tu. Mungkin awak perlu bertanya kepada pihak fakulti jika ingin sambung degree dalam UiTM atau universiti lain yang menyediakan bidang yang sama. Untuk UiTM, tempoh pengajian degree ladang adalah 3 tahun= 6 semester (non-penerapan) manakala 2 tahun setengah = 5 semester(penerapan).
Deletehi ingin bertanya kalau dari DPIM ingin menjadi cikgu boleh ke?? Mean dri DPIM sambung degree perguruan
ReplyDeleteMaaf, saya tak pasti tentang ini. Mungkin awak boleh tanya pada yang lebih berpengalaman.
Deletehi , saye nk tnye ape beza degree penerapan dgn non penerapan tu
ReplyDeleteHi niserr, terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Delete1) Degree Penerapan
Pelajar yang melanjutkan degree penerapan ni dia akan dapat kelebihan untuk skip 1 semester awal dan ada beberapa subjek kursus yang tak perlu di ambil lagi sebab dah ambil semasa diploma dulu. Jadi tempoh pengajian dia lebih singkat. Contohnya 2 tahun setengah.
2) Non penerapan
Pelajar yang melanjutkan degree tapi tidak melalui diploma. Mungkin dia dari matrikulasi atau tingkatan 6. Jadi dia boleh terus masuk degree tapi tempoh semester pengajian akan kembali kepada yang asal. Contohnya 3 tahun dan wajib ambil semua subjek kursus sehingga tamat pengajian.
*bergantung kepada tempat institusi awam dan swasta yang dipilih.