Melihat pada kotak empat segi leper yang mengeluarkan cahaya & bunyi,
Tanpa menghiraukan lagi siapa yang berada disisinya,
Sunyi sepi bagai jasad yang hilang rohnya,
Pandangan sering bertaut tetapi seakan cuba melarikan lirikan anak mata itu,
Tiada lagi keakraban seperti dulu,
Benarkah teknologi itu mampu membantu kehidupan manusia?
Mungkin dari sudut kerja ya!
Tetapi dari sudut emosi dan hubungan ia hanyalah 'menjarakkan' yang dekat,
Yang jauh itu pula yang cuba didekati bersungguh-sungguh,
Lihat sahaja diri ini,
Kamu mungkin sudah tiada ibu mahupun ayah ataupun adik beradik,
Berbeza sekali dengan diriku yang punya segalanya,
Namun hati masing-masing seakan-akan jauh dari berinteraksi sebagai norma manusia,
Tak usah kamu cemburu dengan kehidupan ini,
Kerna aku melalui saat ini dan tidak menyangka saat ini akan tiba,
Dimana aku cuba menyelamat kan mereka daripada keseronokan 'kotak cahaya' ini,
Kesibukan yang tidak bertepi atau bertitik noktah,
Masih saja ada ruang yang masuk menyelinap kedalam rumah ku,
Sehingga mengubah kehidupan kami menjadi si bisu,
Tiada lagi gelak tawa seperti dulu,
Terabai dan bersedia untuk dilupakan,
Tiada siapa yang terselamat daripada ketagihan 'kotak bermata satu',
Seakan-akan ROBOT yang tidak bernyawa.
Inilah zaman ku, zaman yang perlu kita semua hadapi.
Dan aku rindu saat kami boleh menjadi 'pendengar yang baik' dalam sebuah negara kecil yang kami bina bersama.
2021
No comments:
Post a Comment