Assalamualaikum w.b.t
Hai plantersss sekalian, degree semester 3 ni aku ada
belajar subjek Soil. Ini lah subjek yang sama-sama muncul dalam mimpi diploma
aku dulu dan soalan dia terbukti masuk masa aku waktu degree sem 2 lepas..
walhal benda ni time SPM pun ada keluar. (dulu
laaa…yang selalu aku elak2 tu kini dah tak boleh lari lagi. Setelah
dicobain itu dan ini…Alhamdulillah aku dah faham sikit. Jadi, hari ni aku nak
ajar korang cam mana cara nak ingat Nitrogen Cycle yang panjanggg tu supaya
nanti masa exam korang boleh jawab laju ala2 jet pejuang dan imagine kan cerita
aku ni macam tengok cerita drama korea kat tv tu..hehe. (sekarang semua dah
pandai download kat fon je.. nak exam ni jgn asyik layan korea je memanjang.
Arasoo!). Okey, ayuh mulakan.
WARNING: Subtitle di bawah adalah dalam mode
“Manglish”(melayu plus English). Jika anda adalah student campuran omputeh.
Sila baca saje jangan banyak soal.
Nitrogen adalah macronutrient terpenting bagi tumbuhan. Nitrogen
cycle berlaku dalam 2 tempat iaitu:-
- atmosphere kita (langit @udara)
- dalam tanah .
1) Pertama sekali, kita kena tahu dari mana datangnya N source
tu?
-
Lightning
-
Fertilizer
-
Nodules of legume
-
Plant or Animal residue (eg. Cow-dung), NH3
2) Apa lima (6) formula
N tu??? (nak tak nak kena HAFAL)
-
Nitrogen oxide, NO2
-
Nitrogen gas, N2
-
Ammonia, NH3
-
Ammonium, NH4
-
Nitrate, NO3-
-
Nitrite, NO2-
3) Kita akan start dekat atmospehere
iaitu bahagian atas tanah tu. Bayangkan gas yang kita sedut hari2 ni selain
Oxygen, Carbon dioxide rupa-rupanya kat udara kita ada 78% Nitrogen. Formula
untuk Nitogen di udara adalah N2 (gas). Bila awan mendung, kilat (lightning)
akan mengikat gas N2 kat langit tadi
dan bercantum dengan gas oxygen, O2 untuk menghasilkan
Nitrogen oxide, NO2. Bila hujan turut dia akan larut dan membentuk
ion nitirate, NO3- terus masuk ke dalam tanah. (ion tu maksudnya
water ataupun molekul yang boleh diserap oleh akar pokok sebagai sumber makanan
teringkas).
4) Benda ni sama juga dengan fertilizer…sama2 akan tukar dari bentuk solid (butir-butir baja) ke
liquid punya ion nitrogen, nitrate, NO3-. Tapi untuk nodule legume..yang duduk enak-enaknya
kat akar pokok kecik2 tu.. dia akan tukar jadi ammonium, NH4+( blom boleh serap
dan perlukan microorganism untuk proses Nitrification).
5)Tutup kejap citer yang tak boleh tu, yang mana pokok boleh
serap dalam tanah tu, NO3- nutrient ni akan digunakan untuk
synthesis protein ke dalam tisu tumbuhan. Seterusnya, haiwan akan makan dia sebagai
sumber makanan contohnya macam rumput, so dalam badan haiwan pun akan ada N
nutrient tu juga. Lama-kelamaan, mungkin berlakunya kemarau atau pun dah
bertahun hidup akhirnya pokok, haiwan dan cow dung yang ditinggalkan mati di
sebuah ladang itu.
6) Animal dan plant
residue akan mereput dan automatic jadi bangkai yang menghasilkan Ammonia,
NH3 atas tanah, bila hujan dia akan bertukar jadi ion ke dalam
tanah. Maknanuya dari NH3 kepada ion ammonium, NH4+.
(sebenarnya kalau manusia meninggal dunia pun akan hasilkan gas yang sama macam
tu). Hal ini akan disambung oleh
microorganism untuk proses decomposition sebab bahan reput tadi adalah
bahan organic compound (x boleh diserap). Kita kena tukar dia jadi inorganic dulu kat dalam tanah baru
pokok boleh serap. Maka, kita perlukan microorganism pengurai atau pun omputeh
panggil Nitrogen fixation from bacteria
dalam tanah.
Nitrogen fixation
from bacteria tu ada dua (2) ni
sahaja, Nitrosomanas sp. dan Nitobacter
sp. Apa yang diaorang akan buat adalah.
- Nitrosomonas sp. akan breakdown Ammonioum, NH4 kepada Nitrite, NO2-
- Nitrobacter sp. akan breakdown kan Nitrite, No3- tadi kepada Nitrate NO3-
Barulah plant boleh
serap NO3- menggunakan akar dengan mudah….
7) Lebihan NO3 akan diuraikan oleh fungi anaerob (x
guna oxygen) iaitu Bacillus sp. kepada Nitrogen gases ,N2 dan Oxygen
gases, O2. N2 akan dilepaskan ke atmosphere manakala O2
akan digunakan oleh bacteria pengikat tadi ( ingatkan.. si Nitrosomonas
dan Nitrobacter adalah aerob bacteria yang guna oxygen untuk meneruskan
kehidupan dia). Yang mana lepas ke udara tu akan ulang balik Nitrogen cycle ni
sampai lah hari kiamat.
8) Belum habis disitu lagi… yang atas ni untuk paper pelajar
diploma je. Kalau pelajar yang bijakk bak kata pensyarah degree aku ( tetibe…hehe). Dia akan citer
macam mana proses leaching boleh berlaku. Cuba perhatikan charge Nitrate, NO3-
tu betul2. Dia cas negative ke positive? Kalau dah (-) maksudnya Negative lakan
kan!
9) Tanah memang sejak
azali lagi dah memang cas negative, jadi bila cas negative bertemu dengan cas
negative ion NO3- (macam magnet kutub sama) dia akan menolak keluar atau
menghalau pegi dan tak kembali ke water T.T. Maka hilanglah nutrient N tu
secara leaching terus ke dalam ground water..uhuhuhu. Sebab lagi banyak hujan
lagi hilang (banjir). Yang no. 10 dengan 11 ni kalau korang tak faham tak pe.
Nanti aku citer camner dia berlaku melalui lukisan.
Gambar Nitrogen Cycle. Kena lukis baru ingat! yang mana tak lengkap tu maaf la ye. boleh tambah sikit2 macam kat atas huraian tu.
Good Luck untuk siapa yang tengah nak Final Exam!
Sekian.
No comments:
Post a Comment