Bahagia apa yang ingin dicapai andai hati sendiri masih lagi sukar untuk bersyukur. Apa yang ada dihadapan seakan-akan tidak terasa oleh deria walhal tuhan masih lagi tidak menghilangkan apa yang kita runguti itu. Jika manusia lain yang lupa untuk mengucap terima kasih kepada kita. Apa yang kita rasa? Rasa kecewa kerana pemberian kita langsung tak dihargai. Kita lupa, dalam ramainya manusia seperti itu disekeliling kita, rupanya adalah refleksi diri kita sendiri. Diri kita? Bersungguh terhadap manusia, memuji-muji dia atas kebaikan. Sangat manis ketika berkata-kata terhadap makhluk dia cipta. NAMUN sayangnya kita lupa untuk berbuat seperti itu kepada Ya Rabb. ALLAH. Adakah apa yg dia bagi itu tidak cukup? ATAU masih lagi melihat yg lain yang bukan milik kita apatah lagi untuk kita.Ya Allah, cukupkan lah apa yg ada ini.Allah rupanya dah bagi kita lebih banyak dari mereka. Pemberian dia.. yg kita terlepas pandang. Adalah hampir kesemuanya. Lupa yg nikmat hidup ini.. bukan lah pada duit semata. Tapi pada kehidupan yg belum dijemput oleh kematian. Sungguh waktu mati nnti kita dah tak akan kisah dan peduli langsung pasal kerja yang bnyk.. langsung tak. Percayalah waktu tu kita dah tak perlu apa-apa macam apa yang kita nak sekarang ni. Jadi nikmat apa lagi masih kita lupa untuk bersyukur? Bukan setakat pada pembaca tapi pada penulis sendiri..sentiasa alpa dengan apa yang kurang. Rasa tak cukup dengan hidup yg ada. Tapi sebenranya dah cukup. Cuma kita yang tak perasan sbb masih lagi tertipu dengan perasaan sombong yang ada dalam setiap manusia. hidup ini bukan cuma untuk dinikmati hingga lupa siapa diri diri Dia. selalu menipu walhal Dia tahu.
Itulah apa yang aku rasa tiap kali aku mmg nak lepaskan semua ni pergi. Aku harap ada secebis ketabahan dalan diri ini yang masih hidup. Yang mana aku kena usahakan agar ia bercambah dengan banyak. Moga kamu juga begitu... jangan berhenti sampai sini!
Sbb... Allah masih bagi kita kesempatan ini... walau banyaknya rungutan yang kita bagi kat dia. Pernah ke Dia jemu Memberi?
Tak pernah.
Sekian. ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment