Thursday, 21 July 2022

Matured

Jika seseorang bertanyakan pada aku kenapa perlu sambung belajar hingga ke akhir hayat,
Jawapannya adalah gambaran pemikiran dan cara pandangan kita akan bertambah luas untuk melalui liku-liku kehidupan,
Wang yang disalurkan dalam sistem pembelajaran digantikan dengan pengalaman yang cukup mahal,
Aku, kamu, dan kita memang memiliki sudut mentaliti yang berlainan,
Dan sebab itu sesi perkongsian itu penting,
Kongsikan kebaikan daripada apa yg kita pernah belajar,
Mudahkan segala pekerjaan kita melalui ilmu yang asa.

#living
#matured

Jaga

Semakin meningkat usia,
Baru aku perasan yang ada satu lagi benda yang aku kena jaga,
Selain jaga iman dan jaga hati sendiri,
Aku kena jaga masa,
Kerana masa yang ada ini takkan pernah kembali.

Tuesday, 19 July 2022

Hargai

Jangan rasa diri kita ni tak berharga atau tak bernilai,
Sebab kita ni sebenarnya bernilai dan berharga,
Cuma memang fitrah manusia itu jenis tak reti menilai dan menghargai sesuatu.
Itu sebab kita kena bangkit dan fikir yang positif akan diri.

Itu je. 
Bersangka baiklah terhadap diri.

Saturday, 16 July 2022

Penat?

Tidak.

Aku sedang memperjuangkan benda yang betul, aku yakin Allah tak akan sia-siakan usaha aku. 

Nanti Allah akan balas juga kalau bukan dekat dunia. Mesti dekat akhirat.

InsyaAllah

Thursday, 14 July 2022

Baru

Apabila diri mulai belajar untuk menerima perubahan baru,
Rupa-rupanya 'melarikan diri' itu bukanlah satu jawapan,
Hakikatnya kita harus hadapinya,
Habiskan apa yang pernah kita mulakan.

Kadang termenung jauh mengingatinya kembali,
Waktu zaman kecik² dulu,
Waktu belajar dulu,
Waktu cari kerja, jodoh dan segala rezeki yang ada,
Akhirnya diri cuba untuk akur memahaminya perlahan-lahan
Maksud 'buat kerana Allah' itu adalah...
"Semua ini datang dari Allah, aku cuma usahakan saja.. dan biarlah pengakhiranya Dia tentukan"

Rasa susah, rasa senang bagaikan kawan baik yang tak mahu berenggang.

Sesuatu yang kita sedaya upaya jaga kerana kita tahu mahalnya sebuah 'keberkahan' dari-Nya.

Berkatnya menjaga amanah Allah 🌹

Wednesday, 13 July 2022

Jangan Iri Hati

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan ada bahagian yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

(Surah Al-Nisa' 4 : 32)

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...