Assalamualaikum w.b.t
Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat!
Klik "saya TERIMA tawaran iniiiiii"
Korang sangat bertuah sebab kos ni memang menceritakan tentang tumbuhan komersial kita dengan lebih mendalam contohnya kelapa sawit dan getah. Termasuk juga jenis-jenis penyakit yang boleh menyerang pokok tu bermula dari peringkat pemilihan biji benih, tanam beberapa bulan dalam polibag, pindah ataupun transplant pokok tu ke tanah, keluarkan hasil ataupun harvesting, dan akhirnya jangka hayat akhir pokok itu berkhidmat kepada pengeluaran produk negara kita.
Nanti korang kena ingat juga nama scientific dia, Elaeis guineensis (oil palm) dan Hevea brasiliensis (rubber). Bila masuk exam,biasanya soalan akan tanyer pasal "What is the scientific name for Oil palm?" Choose the correct answer . Ada 2 cara nak dapat markah penuh. Pertama, pastikan huruf pertama dia TULISAN BESAR dan perkataan kedua tulisan kecil serta senget sikit. Contohnya macam kat atas tu. Yang kedua, kita boleh juga tulis jawapan dia jadi Elaeis guineensis yang mana perkataan pertamaTULISAN BESAR dan perkataan kedua tulisan kecil tapi ada garis bawah dia yang putus antara dua perkataan. Faham?
Selain itu korang akan belajar juga tanaman lain, pokok koko, padi, nenas, dan lada hitam yang kita selalu nampak kat dapur yang dah siap packing dalam kotak, yang dah siap masak jadi nasi berlauk, yang dah siap tin jadi jeruk dan juga desert macam kek secret resepi. Kali ni korang berpeluang sendiri untuk tahu step terawal sebelum dia jadi makanan paling menyelerakan abad ni.
Aku akan cerita sikit macam mana boleh habis kos ini selama 5 sem (2 tahun setengah) yang penuh dengan suka duka kat sana. Yang mana aku cakap tadi bukan lah terus sem 1 tu belajar semua sekali.. tidak jangan risau. Kita akan belajar step by step bagi setiap sem. Macam first ni belajar pengenalan dulu pasal agensi pertanian mcam MPOB, FELDA, FELCRA, MARDI dan banyak lagi. Korang boleh cari silibus kos ni kat google. Lepas tu, ada subjek yang akan kita tahu pasal corak yang macam mana kita nak tanam pokok-pokok tu, selang seli dengan pokok lain ke. Ataupun apa tujuan dan kesan dia kalau kita tukar pattern tanaman. Baik ke tidak? Masa time aku kena tanam kat dalam satu box untuk buat presentation kat depan lectural. Ni kerja berkumpulan, so memang hari-hari kena siram bawang dan halia.Tapi part paling best bila semua budak DPIM memang WAJIB turun ladang buat batas sendiri. Seronok walaupun penat...segalanya terbayar bila kita satu kelas berjaya jualkan sayur tu kat makcik-makcik medan, kat orang kampung dan keluarga sendiri. Rasa kaya kejap plus dapat merasa betapa sedapnya sayur organik ni. Makan mentah-mentah pon boleh. Setiap kelas tanam sayur yang berlainan, kacang panjang, bendi, jagung, kacang buncis, terung dan sayur kailan. Korang akan ada sehari kokurikulum juga time petang macam masa sekolah dulu tapi ni versi ada 4 pilihan. Ada bomba, bulan sabit merah, kesatria dan JPAM. Ramai yang dapat kesatria boleh la tunjuk skill kawad kat padang kawad. Tenaga pengajar akan uji korang punya stamina untuk kawad, dan ada juga ujian jasmani sekali macam larian dalam minit yang ditetapkan. Tapi biasanya semua pelajar pass je tak kira lah korang lari pastu stop pastu sambung balik sebab semput. Korang cuba je buat yang terbaik ok.
Itu la serba sedikit masa sem 1 punyer kehidupan, nak sambung cerita lagi memang panjang. Apa yang boleh aku katakan korang kena sendiri explore kedalam kos ini. Rasai apa itu kehidupan dunia kolej selepas bergelar mahasiswa, sebab setiap orang lain-lain pengalaman dia. Tak perlu pun nak kena ada muka ganas ataupun kesan-kesan parut luka bila masuk sini. Yang biasa-biasa pun boleh buat. Yang penting korang "unity" bak kata KG. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Kuatkan hati, rajin tolong menolong dan terima arahan sebaiknya tak kira perempuan ataupun lelaki. Bila masuk ladang korang sama-sama rasa susah, sama-sama rasa senang. Tabur kapur untuk stabilkan pH tanah, pegang cangkul, bersihkan rumput atau segala unwanted material, buat longkang aliran air hujan (lining), gembur tanah, membaja, siram batas, mulching, memagar dan melawat hari-hari anak-anak sayur tu. Tips nak pastikan batch korang adalah yang paling terbaik adalah tak lupa bawa buku nota kecik masuk ladang. Catat semuanya yang pensyarah cakap dan ilmu yang disampaikan. Sebab semua itu penting, lepas itu korang kena tulis kat dalam satu buku note biasa pasal aktiviti yang korang dah buat haritu. Jadi memang kena save setiap satu moment kat sana secara manual dekat ingatan dan bukan handphone. Dengan kudrat sarung tangan glove yang asyik kotor kena tanah.. kita para peladang muda tak akan mengalah.
Antara barang yang perlu ada bila bergelar pelajar DPIM
-topi gerami
-glove (2-5 helai kalau boleh)
-kasut bot hitam
-kasut sukan
-seluar jean gelap longgar
-baju muslimah atau t-shirt hitam (untuk harian turun)
-buku note kecik
-pen
-stokin hitam panjang
Keringat peluh yang keluar itu petanda korang semakin sihat dan tak perlu pun pakai make up ke sana. Semua faham yang kecantikan semula jadi itu tak akan hilang walaupun asyik di bawah matahari. Kalau gelap pon sekejap je, nanti cuti sem putih balik.
Good Luck
p/s: Aku dulu tak tahu pun apa itu pengurusan ladang, aku ingatkan kita kena jadi peladang untuk ukur-ukur tanah je pastu jual-jual tanah kat orang. Rupa-rupanya tak, dia lebih daripada tu. Reality dia lebih best daripada Expectation.
# Bawah ini pengalaman masa aku DIPLOMA dalam Kod Program AT110
DIPLOMA EDITION
Sambungan "Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) boleh terus klik di bawah:-
# Seterusnya, bawah ini untuk pengalaman masa aku DEGREE dalam Code Program AT220
DEGREE EDITION
# Bawah ini pengalaman masa aku DIPLOMA dalam Kod Program AT110
DIPLOMA EDITION
Sambungan "Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) boleh terus klik di bawah:-
# Seterusnya, bawah ini untuk pengalaman masa aku DEGREE dalam Code Program AT220
DEGREE EDITION
Untuk yang bertanya macam mana nak BERJAYA isi UPU. Boleh search link bawah ni.
Ini Trick Isi UPU Supaya Tak Terciduk
https://youtu.be/EI6zOg7n8rc