Assalamualaikum w.b.t
Ya Allah moga entri kali ni dapat dijadikan iktibar untuk kita semua. Dan terima kasih memudahkan kami semua sehingga ke generasi seterusnya untuk membacanya. Mudah kan lah mereka juga ya Allah untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini.
Hai pembaca yang sudi membaca ceritaku ini, kali ni aku nak cerita pasal kamu..ye kamu...yesss kamuu (eh dah lah tak kenal nak cerita pasal kita pula)
Alright pernah tak seseorang layan kita dengan kasar atau orang selalu keluarkan, hamburkan kata-kata yang biadap kat kita?
Mungkin kerana dia marah ataupun kita yang salah sangka dengan dia.
Secara depan ke? belakang ke? kiri kanan?
Baiklah jika korang menghadapi semua ni korang tak terkecuali sebab aku pun menghadapi benda camni juga jadi apa yang boleh aku katakan adalah
Jika mereka tak tahu makna BERLEMAH LEMBUT, maka kamu lah kena jadi orang pertama yang melakukan sedemikian. Sebab apa, dengan hanya akhlak yang baik itulah dipandang tinggi oleh manusia apatah lagi ALLAH S.W.T. Jangan lah engkau sedih jika seseorang perlakukan kita macam tu sebab sebaik-baik orang yang mengatakan diri dia beriman adalah yang menunujukkan contoh yang baik dan mungkin secara kita tak sedar kita sebenarnya mendidik hati kita dan diri kita supaya bersabar dan tunduk daripada membalas dengan perkara yang sama. Tak de maknanya menang kalah kalau dah ganas camtu. Tak usah kita melawan dengan sesuatu yang tak "worth it" untuk diri kita. Jadi selagi mana kita tahu yang dia sendiri keliru dan mungkin tak nak cakap dengan bahasa yang baik-baik jadi kita tunjukkan contoh yang baik depan dia.
Jadi simpan rasa sakit hati itu ketepi dan hiraukan apa yang orang bagi kat kita. Tenangkan diri dan buat biasa-biasa je. InsyaALLAH lama kelamaan kamu akan relax tiap kali berhadapan dengan situasi begini sebab semakin Allah bagi kita waktu hidup kita ni akan berjumpa lebih ramai lagi orang yang makin pelik perangai dia. Jadi tunjukkan lah contoh yang baik jika dia ikut contoh tersebut kamu pun dapat kebaikan yang sama..bukan setakat ilmu je boleh dikongsi malahan perlaku dan sikap pun boleh jadi sedekah yang paling baik. Moga kita semua lah yang menjadi pemula untuk segala kebaikan ini. InsyaALLAH amin.
No comments:
Post a Comment