Malah apabila kita cuba untuk berpaling pun,
Masih lagi dicurahkan kasih sayangNya,
Dengan sangat banyak,
Wahai hamba-hamba yg taat,
Yang bersama² berada di sini,
Allah menarik mu untuk jatuh cinta,
Entah yang keberapa kali,
Tutup lah mata dan diam sejenak,
Macam mana agaknya jatuh cinta dengan Allah yang menjaga kerajaan langit dan bumi?
Rasanya seperti cinta yang sangat dalam,
Yang membenih dan terus membawa hati ini mengingatNya,
Tak mampu diungkapkan dengan kata²,
Kerana rasa itu berada di dalam hati kita,
Yang tiada siapa yang tahu kecuali Allah.
Sahabat, sebenarnya Allah mencintai kita,
Maka macam mana nak cari rasa perasaan itu,
Kita perlu paksa diri untuk mengikuti jejak langkah orang-orang yang turut sama mengasihiNya,
Tiru mereka,
Dalam diam.
Kita mungkin tak mampu untuk ikut semuanya,
Tapi kita boleh ikut setakat yang kita mampu,
Kalau tak boleh buat semua jangan tinggalkan semua,
Kenapa kena buat semua ni?
Kerana engkau juga adalah hambanya yang soleh solehah,
Yang sentiasa di bawah jagaan tuhan kita yang satu Allah,
Tak kira walau macam mana pun kisah lalu kita,
Tak kira walau macam mana pun latar belakang kita malah hidup kita,
Kita tetap insan yang Allah jaga sampai bila²,
Jadi carilah Dia seberapa bnyk cinta yang kita cari untuk manusia,
Cinta Allah itu lebih indah, lebih tenang,dan lebih mempesona,
Sahabatku,
Aku yakin engkau akan menjumpai apa yang engkau cari selama ini,
Segenap hati mu,
Sebenarnya engkau ingin diisi oleh Dia.
Maka teruskan langkah.
Biar apa pun yang terjadi.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment