Wednesday 2 June 2021

Nak patah balik?

Nak patah balik?
Apa yang menyebabkan kamu rasa begitu?
Kalau jawapannya dibawah ni,
"Aku tak pandai" , "Aku dah give up", "Aku bukan budak bijak macam kau",
Lebih baik kau lupakan niat kau,
Buat sahaja kerja yang diberikan,
Amanah yang kau genggam,
Adalah amanah bagi peluang yang lebih besar,
Disebalik Allah Si Pemberi Amanah tersebut,
Lepas dah jauh berjalan,
Lepas semua benda hilang dari pandangan,
Lepas pengorbanan demi pengorbanan dilakukan,
Bawa bayangan ini,
Bawalah jasad ini kehadapan,
Meskipun otak ini beku dan diri yg kaku daripada terus bergerak,
Igauan ini akan berakhir,
Akan ada tarikh luputnya,
Ia akan tamat,
Jadi buatlah yang terbaik,
Bersunguh-sungguhlah wahai diri yang sedang membaca ini,
Belajar dan jatuh, 
Belajar dan jatuh sekali lagi,
Bangun untuk belajar dan jatuh hingga ke berapa kali,
Namun tetap BANGUNNN berdiri,
Mengejar ilmu dan ingin menjadi seseorang yang tahu akan perkara tersebut, 
mengutip butiran-butiran permata daripada ilmu itu,
Meskipun ia cumalah fardu kifayah,
Tetapi ianya akan menjadi sebuah harta yang termahal meskipun engkau tiada nama atau gelaran didunia ini,
Jika hartamu hilang sekalipun, 
Ilmu itu tetap dapat membantu kamu menjadi seorang pemula kehidupan yang bijak,
Tidak kiranya kamu daripada bidang apa sekalipun,
Pelajar, pekerja, anak, ibu bapa, jiran, kaya miskin,
Kita semua adalah idola bagi mereka yang memerlukan,
Kita perlukan ilmu yang baik untuk membantu memberikan ummah kita berjaya dengan baik,
Meskipun diri mu hanya menegur dan menunjukkan akhlak yang baik,
Sekali lagi engkau belajar bukan lah untuk mendapat gelaran,
Namun kamu sedar diri mu adalah insan yang memerlukan ilmu pengetahuan.
Cubalah,
Mencubalah,
Mencuba untuk diri kita sendiri bukan untuk orang lain?
Bertahanlah, ketahuilah kamu menuntut ilmu kerana apa?
Kerana Allah.
Dia mahukan sesuatu yg baik pada kita.

"Orang yang sedang belajar itu sebenarnya mereka adalah insan yang sedar bahawa dirinya adalah makhluk yang tidak sempurna"

Jadi tidak mengapa jika kamu tidak pandai.
Manusia ini pada asalnya tidak mengetahui apa² dan mereka merendah diri dalam mencari kebaikan yang banyak sebelum dibawa pulang ke negeri akhirat.

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...