Dan Dia-lah yang menjadikan tanaman-tanaman yang menjalar, dan yang tidak menjalar, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang sama (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia berbuah dan berikanlah haknya (zakatnya) pada hari menuai hasilnya, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (141)
Dan di antara haiwan-haiwan ternakan itu ada yang dijadikan pembawa barangan dan ada (pula)untuk disembelih. Makanlah rezeki yang diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata. (142)
Ada lapan haiwan ternakan yang berpasangan (empat pasang); sepasang kibas dan sepasang kambing. Katakanlah, "Adakah yang diharamkan oleh Allah dua yang jantan atau dua yang betina atau yang ada di dalam kandungan kedua-dua betinanya? Terangkanlah kepadaku berdasar pengetahuanmu jika kamu orang-orang yang benar." (143)
Dan daripada sepasang unta dan daripada sepasang lembu. Katakanlah, "Adakah yang diharamkan dua yang jantan atau dua yang betinanya? Adakah kamu mebjadi saksi ketika Allah menetapkan ini bagimu? Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan?" Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (144)
Kataanlah, " Tidakku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah. Tetapi barang siapa terpaksa bukan kerana keinginannya dan kerana darurat maka sesungguhnya, Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." (145)
Dan kepada orang-orang Yahudi, kami haramkan semua (haiwan) yang *berkuku, dan Kami haramkankepada mereka lemak lembu dan kibas, kecuali yang melekat di punggungnya, atau yang ada di dalam isi perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami menghukum mereka kerana penderhakaan. Dan sesungguhnya, Kami Maha Besar. (146)
*Yang dimaksudkan haiwan berkuku ialah haiwan yabg jarinya tidak berpisah abtara satu dengan lain seperti unta, itik, angsa dan lain-lain. Sebagahian mufasir mengertikan haiwan yang berkuku satu sepeti kuda, keldai dan lain²
(Surah Al-An'am: 6:141-146)