Saturday 24 September 2022

Mengharap Hanya Pada Allah

Kalimah (.....mencari jalan...) dalam ayat Surah Al- Isra' ayat yang ke 57, bererti mencari cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadah dan mencintai-Nya. Ada tiga sendi iman, iaitu cinta, rasa takut, rasa takut, dan berharap. Tentang pengharapan ini, Allah SWT telah menjelaskan dalam firman-Nya, Surah al-Kahfi 18: 110 dan Surah al-Baqarah, 2: 218.

Di dalam hadis yang disebutkan daripada Jabir r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman, "Aku berada pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Maka hendaklah dia membuat persangkaan kepada-Ku menurut kehendaknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Raja' (mengharap) merupakan hayunan langkah yang membawa hati kepada yang Maha Pengasih, iaitu Allah. Ada yang berpendapat, raja' bermaksud kepercayaaan tentang kemurahan Allah SWT. Perbezaan raja' (mengharap) dengan berangan-angan ialah berangan-angan disertai dengan kemalasan, perlakunya tidak pernah bersungguh-sungguh dan berusaha. Sebaliknya mengharap itu disertai dengan usaha dan tawakal. Orang yang berangan-angan akan hanya berangan bahawa tanahnya disuburi dengan tanaman dan hasilnya tersedia untuk dipetik. Manakala orang yang mengharap, dia akan mengolah tanah itu untuk bercucuk tanam, lalu berdoa dan berharap agar tanamannya tumbuh. Demikianlah perbezaan antara berangan-angan dan berharap. Oleh sebab itu, para ulama telah sepakat bahawa raja' tidak dianggap sah kecuali disertai dengan usaha.

Raja' itu terbahagi kepada tiga jenis. Dua jenis merupakan perbuatan yang terpuji dan satu jenis lagi merupakan perbuatan yang tercela. Pertama, harapan seseorang agar dapat taat kepada Allah SWT berdasarkan cahaya daripada-Nya, lalu dia mengharap pahala-Nya. Kedua, seseorang yang berbuat dosa lalu bertaubat dan mengharap keampunan, kemurahan dan kasih sayang-Nya. Ketiga, orang yang melakukan kesalahan dan mengharap rahmat Allah SWT tanpa disertai usaha. Ini sesuatu yang menipu dan harapan yang dusta.

Ahmad bin Asim pernah ditanya, "Apakah tanda raja' pada diri seorang hamba?" Dia menjawab, "Jika dikelilingi kebaikan, maka dia mendapat ilham untuk bersyukur, sambil mengharap kesempurnaan nikmat daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat, serta mengharap kesempurnaan keampunan-Nya di akhirat."

[Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Madariju al-Salikina Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in, Juz 2, t.t.: 36-37]

Monday 12 September 2022

Bahagia

 Aku juga berhak untuk bahagia

Jadi diri sendiri dan teruskan kehidupan seperti biasa

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...