Wednesday 30 November 2022

Besar

Makin lama kita membesar,

Kita akan mula peduli dengan perasaan dan emosi sendiri,

Kita akan mula bergerak sendiri,

Dan tidak akan berpatah balik untuk menuju ke garisan dunia hakiki,

Makin banyak hal yang sepatutnya kita diamkan,

Tetapi dunia mahu mendengar ia berbunyi,

Kita mula meletakkan pendirian agar segalanya sempurna,

Dua jawapan yang akhirnya satu yang telah ditetapkan oleh Rabbku,

Aku akan buat yang terbaik disepanjang hidup,

Agar nanti aku tidak menyesal,

Yang aku ingin mengikuti perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.


Cinta❤





Tuesday 29 November 2022

Selawat 1000 Kali Cara Beginner

 Selawat 1000 Kali Cara Beginner


1. Guna tasbih digital. Beli dekat shopee.


2. Mula dengan selawat yang pendek. Eg. Selawat Jibril


 ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّ)

Ataupun yang selalu kita baca dalam solat

( اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ)


3. Pilih antara 2 kaedah. A atau B


a) Selawat sekali duduk 

 -1000 kali = 20 - 30 minit


b) Selawat kali sikit 

- Maghrib > Isyak = 200 kali

- Isyak > Subuh = 200 kali

- Subuh > Zuhur = 200 kali

- Zuhur > Asar = 200 kali

- Asar > Maghrib = 200 kali


Jumlah = 1000 kali selawat :)


Sesuai untuk yang busy lagi kebiziannn di waktu siang gitchu. Boleh start dari malam ni dan bawa keesokan hari .


4. Selawat selama 40 hari secara istiqamah dan jangan skip.


Buat je, walaupun mula-mula rasa terpaksa & tak ikhlas. Lama-lama insyaAllah akan ada perubahan dan Allah SWT permudahkan.


Tak cukup motivasi untuk selawat? Boleh join group ni. Percuma je👇

https://t.me/joinchat/ngW4etQvaIc2NjU9


#selawat 

#LifeIsShortSoMakeItSweet 


https://youtu.be/HmjrRoOEV0Y

Friday 25 November 2022

Cantik

Setiap wanita itu,
Sudah Allah ciptakan cantik sejak azali lagi,
Ia sesuai dengan dirinya samaada sebagai nikmat mahupun ujian,
Kamu tak perlu ubah walau sikit pun,
Cantik itu 'hidup' selagi mana kita tetap bersyukur,
Maka jangan membandingkan definisi cantik itu hanya pada alat make upnya,
Ataupun rupa parasnya,
Tak perlu ikut dengan trend itu trend ini,
Kamu akan lemas dan penat,
Dengan perlumbaan dunia ni,
Tetaplah cantik itu pada akhlak yang terpuji,
Menjadi kemas agar kamu selesa memulakan hari,
Dan usaha memperbaikinya hari demi hari,
Sedarilah kamu tidak perlu terus menerus mengatakan kamu 'tidak cantik',
Tutuplah auratmu dengan sempurna,
Kerana menjadi sang bidadari dunia,
Tidak menagih pandangan bukan mahramnya,
Bukan secara percuma,
Bijak memilih perkara yang bermanfaat buat akhiratnya juga.

Fikirlah apa pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Kamu akan faham mengapa hidup ini bukan cuma 'cantik' yang ingin dikejar-kejarkan seumur hidup. Yakinlah apa yang Allah sudah berikan itu, adalah satu anugerah ciptaan-Nya yang terbaik.

Jadilah diri kamu. Tak perlu jadi orang lain.

https://youtu.be/4iuhbUO_1-o


Sunday 20 November 2022

Healing

Im not healing, im just living.

For me,

Healing (sembuh) ni memerlukan masa,

Kamu perlu gembirakan diri,

Supaya luka tadi itu sembuh.

Jadi apa benda yang membuatkan kamu gembira?

Lakukannya.

Sesuatu yang baik untuk dirimu. 



Thursday 17 November 2022

PERINGATAN ALLAH DALAM AL-QURAN TENTANG PEMIMPIN

PERINGATAN ALLAH DALAM AL-QURAN TENTANG PEMIMPIN


1). *Al-Quran melarang memilih kafir sebagai pemimpin* 

(Alu Imran : 28).

(Al-Nisaa : 144).

(Al-Maidah : 51 & 57).


2). *Al-Quran melarang memilih kafir sebagai pemimpin walaupun kerabat sendiri*.

(At-Taubah : 23).

(Al-Mujadilah : 22).


3). *Al-Quran melarang memilih kafir sebagai teman setia dan sekutu*.

(Alu Imran : 118).

(At-Taubah : 16).


4). *Al-Quran melarang tolong menolong dengan kafir yang merugikan ummat Islam*.

(Al-Qasas : 86).

(Al-Mumtahanah : 13).


5). *Al-Quran melarang mentaati orang kafir untuk menguasi muslim*.

(Alu Imran : 149 - 150).


6). *Al-Quran melarang beri peluang kepada orang kafir untuk menguasi muslim*.

(Al-Nisaa : 141).


7). *Al-Quran menghukum munafiq kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Nisaa : 138 - 139).


8). *Al-Quran menghukum zalim kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Maidah : 51).


9). *Al-Quran menghukum fasiq kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Maidah : 80 - 81).


10). *Al-Quran menghukum sesat keatas muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Mumtahanah : 1).


11). *Al-Quran mengancam dengan azab yang dahsyat keatas muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Mumtahanah : 14 - 15).


12). *Al-Quran mengajarkan doa agar muslim tidak menjadi sasaran fitnah kafir*.

(Al-Mumtahanah : 4 - 5).

Tuesday 15 November 2022

Kenapa aku suka menulis?

Kenapa aku suka menulis?

Kadang membaca.

Dengan pandangan sepi tidak bertajuk.

Tidak mahu diganggu oleh apa pun.

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan.

Sebab aku mahu BEBAS.

Ya, aku bebass.

Kemana sahaja.

Bebas melahirkan buah fikiran.

Bebas tentang persaanku sendiri tanpa sebarang kerisauan.

Bebas daripada penjara jiwa yang mencengkam ku erat dibelakang.

Kau mungkin lihat fizikal ku digari.

Tetapi tidak..selagi ku punya akal dan otak berdimensi.

Fizikal dan mental ku seperti diawangan tanpa terikat dengan apa-apa ikatan.

Menulis disetiap liang liuk tarian pena,

Membaca diantara mimpi-mimpi yang ku ingin menjadikan ia realiti.

Walaupun aku mencintai dunia yang sunyi.

Aku gembira apabila apa yang ku lontarkan bisa menjadi manfaat buat yang lain.

Yang mahu ikut, silakan.

Yang mana lari dariku, aku tidak memerlukan alasan itu lagi.

Apa yang tulis dan kongsi ini.

Demikian adalah secebis atau setitis memori yang bakal pudar.

Aku bahagia bebas melaluinya.

Hanya diri ini.

Seorang diri.

Tidak dikenali itu sahabat sejati.

Aku mahu terus begini.

Mengekspresikan segalanya yang ku rasa.

Tanpa dikenali.

Tak perlu mendalami ku.

Kerana kau suka kan begini.


Jujur dariku.

Monday 14 November 2022

Selawat #1

Dulu kan saya pelik bila dengar macam mana someone tu boleh selawat sampai beribu ribu kali sehari. Tak penat ke? Tak bosan ke? Saya nak baca 10x sehari pun berat.


Bukan apa, saya ada seorang kawan sekerja, perempuan, cantik, bekerjaya, suami dan anak anak yang baik. Senang cerita, life dia macam sempurna sangat. Ape je kita sebagai perempuan ni nak, semua dia ada.

Saya pun macam biasa start korek cerita. Apa amalan dia sampai dia boleh capai semua ni dalam usia yang agak muda. Yela, belum 30 dah stabil dari semua segi. Kita ni pulak masih terkial kial lagi.

Kawan saya cakap, aku pegang satu je dalam hidup aku babe. Apa apa je yang aku nak aku akan selawat.

Dulu masa sekolah aku nak sangat belajar dekat Harvard University, tapi kalau ikut logik macam susah sebab keluarga tak mampu. Zaman tu dulu nak dapat biasiswa bukan senang. Aku cerita dekat ayah aku pasal impian aku tu. Ayah aku cakap, selawat banyak banyak sambil mintak dekat Allah.

Sejak tu, aku memang terus selawat setiap masa. Baca selawat jibril je. Mula mula aku tak kira berapa sehari aku selawat. Sampailah satu masa aku letak target, sehari kena baca 10,000 kali.

Makaiii... 😱 Buntang bijik mata saya masa dengar tu. Hahahaha

Dia sambung lagi. Masa mula mula memang susah, lama lama bila tak selawat, aku rasa kosong.

Dengan izin Allah, aku berjaya dapat tawaran ke Harvard. Biasiswa pun alhamdulillah dapat. Masa belajar dekat sana, aku selalu score. Cuti semester buat kerja part time. Asbab berjimat cermat dekat sana, alhamdulillah, aku dapat ringankan beban mak ayah dekat kampung dan dapat buat rumah baru sikit untuk mereka.

Bagi saya logik sebab currency mereka besar dan bila tukar ke RM memang mewah la.

Selain dari tu, apa je terdetik dekat hati beliau, memang akan dapat. Kerja pun tak perlu cari sebab tak tahu dari mana, ada company call untuk interview dan terus diterima bekerja.

Kawan saya ni naik pangkat laju sangat. Belum 30 dah jadi Regional xxxx dekat one of the largest shipping company based dekat Malaysia.

Selain daritu, apa je dia jual mesti laku keras. Tolong mak dia jual nasi lemak sambil sambil balik cuti pun, dan dan tu la jualan haritu habis. Selalu mesti ada baki sikit sikit.

Kagum jugak saya. Rasa rugi pulak sebab dari dulu tak tahu tips ni kan.

Bagi saya, there is no such thing like "Buat amalan jangan mengharapkan balasan, tapi buatlah dengan ikhlas".

Sebab, bagi saya, kalau bukan dekat Allah tempat saya nak meminta, habis dekat siapa lagi. Kalau dengan amalan selawat atau amalan sunat lain buat Allah pandang, redha dan makbulkan doa doa saya, why not? Selagi benda tu benda yang baik, teruskan.

Allah pandang effort kita.

Ibarat kita bekerja dikedai orang. Kita bekerja bersungguh sungguh, ikhlas, jujur, selalu buat overtime. Majikan nampak usaha kita. Jadi kita dinaikkan pangkat dan gaji. Dan kita rasa usaha kita selama ni berbaloi dan semakin rajin untuk bekerja.

Macam tu lah jugak kita sebagai hamba. Nak sesuatu, kena "kerja kuat" sikit untuk tarik perhatian Allah. Bila Allah dah sayang dan nampak kita, apa je kita nak Dia pasti bagi.

Belum terlambat lagi untuk kita bermula. Selagi hayat masih dikandung badan, teruskan buat ibadah pada Allah dan jangan putus asa dengan rahmat dan kasih sayangNya ♥️

fb: Nurul Shahfika

Wednesday 9 November 2022

Sombong

At- Tirmizi berkata, Muhammad bin Al-Mutsanna bin Abdullah bin Abdurrahman telah menceritakan kepada kami, kedua-duanya berkata, Yahya bin Hammad telah menceritakan kepada kami, dia berkata, Syu'bah telah menceritakan kepada kami daripada Aban bin Taglib daripada Fudlail bin Amr daripada Ibrahim daripada 'Alqamah daripada Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW, baginda bersabda, 

'Tidak akan masuk Syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar biji sawi, dan tidak akan masuk Neraka (tidak kekal di dalamnya) orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan meskipun sebesar biji sawi."

Abdullah berkata, kemudian seseorang lelaki berkata kepada baginda, "Sesungguhnya aku berasa bangga jika pakaianku bagus dan kasutku bagus." 

Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah menyukai keindahan. Yang dimaksudkan kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia."

(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5, No. Hadis 1999, 1382 H/1962 M: 360)

Monday 7 November 2022

Labah-labah

Adakah manusia berfikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? (2)

Sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta (3)

Atau orang-orang yang melakukan kejahatan itu menganggap bahawa mereka akan bebas daripada (azab) kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu! (4)

Barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Allah, sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (5)

Dan barang siapa berjihad, sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada seluruh alam. (6)

[Surah Al-'Ankabut, 29: 2-6]



Friday 4 November 2022

Tetap

Daripada Khabab bin Al-Aras, ia berkata, "Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang berbantalkan kain selimut di bawah naungan Kaabah, 'Tidakkah baginda memohon pertolongan buat kami? Tidakkah baginda berdoa memohon kepada Allah untuk kami?' Baginda bersabda, 'Ada seorang lelaki daripada umat sebelum kalian, lantas digalikan lubang untuknya dan dia diletakkan di dalamnya, lalu diambil gergaji, kemudian diletakkan gergaji itu di kepalanya lalu dibelahkan kepalanya menjadi dua bahagian namun hal itu tidak menghalangnya daripada tetap pada agamanya. Tulang dan urat di bawah dagingnya disisir dengan sikat besi namun hal itu tidak menghalangnya daripada tetap pada beragamanya. Demi Allah, sesungguhnya urusan (Islam) ini akan sempurna sehingga ada seorang yang menunggang kuda bergerak dari Sana'a menuju Hadralmaut, tidak ada yang ditakutinya melainkan Allah atau (tidak ada) keraguan kepada serigala keatas kambingnya."

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari Juz 4, No. Hadis, 3612, 1400 H:201)


Istidraj

Uqbah bin Amir r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "Jika kalian melihat Allah memberikan dunia kepada seorang hamba pelaku maksiat dengan sesuatu yang disukai, maka sesungguhnya itu hanyalah istidraj." Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat,

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, kami pun membuka semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami seksa mereka dengan tiba-tiba. Maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa. (Surah Al-An'am, 6:44)

(Hadis Riwayat Ahmad, Musnas Imama Ahmad Ibnu Hanbal, Jilid 28, No. Hadis,17311: 547, Sahih Al-Jami' no. 561)

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...