Thursday 2 March 2023

Layakkan Diri

Kenapa mesti takut, 
Kalau kita boleh layakkan diri ke hadapan?
Dalam hal yang Allah SWT suka,
Akan ku turuti dengan sebaiknya,
Dalam hal yang Rasulullah SAW cinta,
Akan jua ku contohi dan teladani dengan sebaiknya,
Aku punya fitrah hati dan perasaan,
Tak perlu malu dalam melakukan perkara yang baik,
Meskipun kebaikan itu sukar untuk dilakukan,
Mungkin terlalu banyak yang perlu dikorbankan,
Harta, masa dan kehidupan,
Semuanya akan dibalas di akhirat nanti,
Renungi dan hadapi,
Sebenar-benar perkara yang perlu ku takuti adalah andai Allah marah terhadap perbuatan ku yang Dia larang,
Melakukan perbuatan maksiat itu cukup mudah, 
Terasa lazat untuk disantapi,
Tetapi ia menghancurkan jiwa dan menggelapkan imanku,
Ia mematikan dan menghalang cahaya ketika daku menuju-Nya,
Aku mahu kembali,
Kembali kedalam fitrah manusiawi,
Punya harga dan maruah dalam beragama,
Aku mahu melakukan apa yang sahaja yang Dia izinkan,
Kerana Syurga itu bukan percuma,
Melakukan dengan ikhlas,
Demi Allah.

Hidup dan matiku kerana Allah.

Jangan takut kerana sesuatu kebaikan itu mengandungi pahala dan hikmah-Nya.

Senyum dan berbahagialah!

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...