Saturday 29 July 2023

Pengalaman Menjadi Cashier

Assalamualaikum w.b.t, lama rasanya tak berkongsi ilmu kat sini. Maybe ada yang sedang mencari cara menjadi cashier ataupun cara mengendali wang pembayaran dekat mana-mana kedai. Macam aku sebelum ni memang tak ada pengalaman langsung nak pegang mesin duit ni. Baru-baru ni baru dapat kerja sebagai backup staff untuk jaga amanah dan tolong pelanggan beli barang keperluan mereka. 

Setakat ni, alhamdulillah dah 3 kali jadi cashier belum ada yang kena 'short' duit samada terlebih atau terkurang duit dalam drawer tu. Bayangkan laha kalau dah cemas sangat ramai sangat pelanggan nak bayar tapi dalam masa yang sama kau cuba untuk kira baik² duit baki pelanggan itu ikut jumlah yang sama tanpa masalah. 

Aku rujuk juga dekat mana² website pasal jadi cashier ni kebanyakanya memang dah profesional dan ada kisah yang pahit manis tentang dunia cashier ni. Sejujurnya aku pun seram juga nak buat. Tapi sebab dah orang atasan bagi kepercayaan untuk kita buat. Maka insyaAllah semuanya akan okay.

Bagi aku seronok juga jadi cashier ni sebabnya kita kadang boleh tengok betapa happynya pelanggan tu dapat barang yang dia nak beli. Ada macam² perasaan bila berada dihadapan kaunter tu. Contohnya rasa sakit kaki sebab kena berdiri dalam masa kurang 12 jam, kena tahan diri supaya jangan termenung sebab hang tengah pegang duit orang tu. Kadang sakit kepala bila ramai sangat orang dekat depan kita.

For me aku berjaya atasi semua tu, alhamdulillah. Pujuk diri supaya bertenang dalam apa juga keadaan. Contohnya kurangkan pandang customer kalau kita rasa gugup dengan keramaian. Pandang sekadarnya sebagai tanda hormat je & buat slow² untuk permulaan sebabkan kita masih baru. Kira je duit slow² masa open & close kaunter tu. Tak perlu bandingkan dengan orang yang dah pro dalam tu. Sbb lama kelamaan kita pun akan mengikuti jejak langkah dia juga. 


Bawah ni benda yang wajib tahu sebagai seorang cashier. Fahami dan hadamkan sebaik mungkin.


7 STEP CAHSIER

1. Greeting - 

" Hi, selamat datang" :)

2. Asking -

"Encik/Akak nak bayar secara wang tunai (cash) ataupun kad kredit (wave)"?

3. Promotion -

"Kami ada menawarkan barang-barang promosi untuk bulan ni. Kalau akak/ encik bebelanja minimum RM 40 boleh sertai sekali pertandingan "beli & menang kereta/emas".

Tawarkan juga kot² dia nak beli bateru jenis double AA (bateri besar) atau pun triple AAA (bateri kecil)

4. Scan, Check Item & Barcoat (SKU Number)

Kalau customer beli 10 barang yang rupa bentuk sama pun kena periksa kondisi serta barcoad barang yang ingin discankan tu. Supaya tak tersilap.

5. Packing -

 Masukkan barang ke dalam plastik, ikat atau doublekan plastik kalau takut terkoyak dan hadapkan 'logo' (jika ada) ke arah pelanggan. Saiz plastik ikut saiz barang yang dibeli.

6. Check Total Price & Balance - 

Tekan 'Subtotal' dekat drawer mesin cashier tu. "Total semua sekali RM 40".( Kira duit kertas tu secara berhati-hati & tenang) "Encik/Akak bagi saya RM50. Tekan jumlah duit customer jika berbeza atau tekan je terus 'Enter' kalau sama jumlah. Box duit akan terkeluar. Ambil baki ikut dekat skrin komputer RM 10 dan kira baik² berulang- ulang kali depan belakang. "Saya pulangkan baki RM 10".

Kalau dia bagi kad kredit ataupun touch and go. Pilih option dekat dalam skrin tu klik EDC (wave/touch dekat mesin tu) ataupun e-Wallet (sacn barcode dalam touch & go) 

Untuk kad kredit (EDC)

Nanti resit pertama akan keluar. Tarik dengan cermat letak tepi. Tulis hujung no. Cust guna pen pada resit tu. Tekan button hijau pada mesin duit untuk 'copy resit' kemudian bagi cust benda tu & juga resti official kedai bersama baki duit.

Untuk Touch & Go (E-wallet)

Bagi je terus resit official kedai pada customer.

7. Thank You - 

" Terima kasih, sila datang lagi." :)


Kadamg customer nak kita periksa barang/pasang barang² tu. Layan kan sajalah sebab customerkan always right. 

P/s: Jangan lupa senyum dan sebarkan aura positif. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...