Tuesday 22 August 2023

Kesan Positif Sedekah

Sesungguhnya sedekah itu memiliki kesan yang menakjubkan dalam menolak kesulitan meskipun dilakukan oleh orang derhaka atau orang yang zalim, bahkan orang kafir sekalipun, kerana dengan sedekah itu Allah SWT akan menolak pelbagai kesulitan. Imam At-Tirmizi, dalam Kitab Jami'-nya, meriwayatkan hadis Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu menghindarkan daripada murka Allah dan menghindarkan seseorang mati dalam keadaan yang buruk (su'ul khatimah). "Sebagaimana dapat menghindarkan daripada kemurkaan Allah SWT, sedekah itu juga dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api, sebagaimana diriwayatkan At-Tirmizi daripada Muaz bin Jabal r.a dia berkata , "Saya pernah bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Suatu pagi aku berada dekat dengan baginda dan kami sedang bermusafir, baginda bersabda, 'Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai dan sedekah pula akan memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api dan solat seorang lelaki pada pertengahan malam adalah syi'ar orang-orang soleh, kemudian baginda membaca ayat dalam Surah al-Sajdah, 32:16.

"Perut mereka jauh daripada tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhan-nya dengan rasa takut dan penuh berharap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka"

Banyak hadis yang menjelaskan keutamaan bersedekah, antara lain Nabi Muhammad SAW membuat perumpamaan hal itu dengan orang yang dihadirkan untuk dibunuh, maka dia menuntut pembebasan dirinya daripada mereka dengan hartanya cukup kepada bukti bahawa sedekah dapat membebaskan seseorang hamba daripada azab itu. Kerana itu, Nabi Muhammad SAW bersabda sebagaimana diterangkan dalam hadis sahih ketika khutubah kepada kaum wanita pada hari raya. "Wahai para wanita bersedekahlah walaupun dengan perhiasan kamu, kerana sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka Jahanam terdiri daripada para wanita." Seakan-akan Nabi Muhammad SAW menyeru dan mengajak mereka kepada sesuatu yang dapat membebaskan mereka daripada api neraka.

Orang yang suka bersedekah, setiap kali dia bersedekah hatinya lapang, maka dia seperti baju besi yang melebar. Setiap kali dia bersedekah dia berlapang dada dan bergembira, dan sekiranya dalam sedekah itu terdapat faedah selain faedah ini semata-mata, tentu sahaja seorang hamba akan sering bersedekah dan bersegera melakukannya. 

(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Wabilu As-Saybu wa Rafi'ul Kalimi At-Tayyibi, t.t.:69-79)

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...