Friday 5 July 2024

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Sedap

PENYEDIAAN BAHAN

Bahan-bahan A (dikisar dengan sedikit air)

4 biji bawang besar/merah/holland
6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (kalau tak ada 2 sudu kecil kunyit)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 inci belacan (option jika tiada alahan-ikan bilis)
10-15 tangkai cili kering (digunting pendek & direndam dengan air panas)

Bahan-bahan B (ditumis)
1 sudu besar halba campur (Biji halba, jintan manis, jintan putih, biji sawi)
2 batang serai (diketuk/dititik)
1 biji bawang merah (dihiris)

Bahan-bahan C 
1-2 sudu besar pes asam jawa (ikut citarasa)
1 keping asam keping
1 sudu besar garam (ikut citarasa)
1 sudu besar gula (ikut citarasa)

Bahan-bahan D (direbus 3 jam)
500 g daging lembu/kerbau (dipotong kecil & dipendekkan uratnya)
Air secukupnya

Bahan-bahan E
Bendi 
Tomato (potong 4)
Bunga kantan (potong separuh)
Daun kesum (buang batang)
Daun limau purut (Di buang tulang tengah daun dan dironyokkan sikit)

CARA PENYEDIAAN

1. Rebus daging tetel bersama air sehingga empuk selama 3 jam di dalam periuk. (Bahan D). Buang lebihan lemak yang terapung pada permukaan periuk dengan menggunakan sudu. (Jika nak kurangkan kalori)

2. Panaskan kuali yang lain, letak minyak dan tumis (Bahan B) sehingga naik bau harum mewangi dan nampak macam garing. Masukkan (Bahan A) yang telah dikisar halus, masukkan sikit air rebusan dan dibiarkan pecah minyak sebanyak 3-4 kali bagi cili tu masak dan warna kuah bertukar menjadi lebih gelap.

3. Pindahkan hasil tumisan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian, masukkan (Bahan C) dan (Bahan D). Kacau rata sehingga kuah menjadi pekat.

4. Agak-agak rasa dia pun macam kena dengan selera kita. Barulah masukkan (Bahan E). Kacau rata sehingga naik bau harum. 

5. Akhirnya, siap untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Boleh cuba tengok dekat youtube juga jika nak tahu lebih terperinci tentang asam pedas daging tetel. Yang pasti practice make you perfect gituu. Aku ada rujuk banyak video dan salah-satunya macam bawah ni. Cuma aku ada ubah sikit ikut kesesuaian dan bahan yang ada dekat rumah kita. 

https://youtu.be/BUW8oexN_-U?si=HweEdzos0imHxDTu

Jika nak ubah resepi kepada asam pedas ayam pun boleh juga. Cuma ayam tu masuk je dalam kuah yang kita dah siap tumis. Tak perlu nak pindah-pindah kuali semua. Biar kan je ayam tu empuk dalam periuk. Kebiasaannya saya ikut resepi yang ada dalam video Che Nom sebab dia buat ringkas je tapi sedap.

https://youtu.be/oJiqRWfdKdM?si=5AY_10s89CM_JftE

Kalau nak ubah jadi asam pedas ikan pula, kena pastikan ikan tu rebus sekejap je dalam 2 minit (bergantung pada situsai) lepas tu keluarkan ikan dari kuah ke pinggan lain supaya tulang dia tak terpisah daripada badan ikan. Boleh guna ikan pari, ikan kembung, ikan sardin dan lain-lain). 

Kalau nak pekatkan kuah asam pedas ni, keluarkan juga sayur bendi dan tomato supaya warna bendi tak bertukar jadi coklat dan tomato jadi terlalu lembik plus tertanggal kulit dia sebab dah telebih masak. Asingkan kat pinggan lain duli supaya dapat jaga khasiat sayur tu sendiri.

Ikut pada pengalaman aku makan asam pedas ni, lagi sedap bila dapat buat sendiri dan masak sendiri kat rumah. Serius best. Dapat hidang banyak-banyak. Boleh elak daripada guna bahan perasa MSG dan gantikan guna bahan yang lebih sihat. Boleh kawal junlah minyak, garam, dan gula. Kalau kat kedai biasanya aku jumpa yang terlalu masin tahap lautan paling dalam. Kurang kena dengan tekak. (Lain orang lain citarasa kan?) Tapi baru aku perasan yang sebenarnya asam pedas ni dia sedap bila ada rasa masam tu lebih sikit bila ada bau-bau harum daripada halba campur yang ditumis, bunga kantan, daun kesum dan daun limau purut. Kena pastikan juga yang cili kisar kita lengkap ditumis supaya dapat kurangkan risiko sakit perut.

Semoga bermanfaat :)

Tuesday 2 July 2024

Bagi Dan Lupakan

Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui. (261)

Orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia dermakan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih. (262)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan tindakan yang menyakitkan. Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun. (263)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang mendermakan hartanya kerana riyak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu licin yang di atasnya terdapat debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu dalam keadaan licin kembali. Mereka tidak memperoleh apa-apa pun daripada apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir. (264)

[Surah Al-Baqarah: 261 - 264]

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...