Sunday, 9 October 2022

Hutang

 Tak pernah terdetik dekat fikiran aku yang..

Nak buat apa-apa mesti kena berhutang,

It is a big NO,

Walaupun masa itu memang aku dalam keadaan yang susah,

Sampai diri sendiri pun kena buat catuan kehidupan,

Tak akan sesekali aku buat pinjaman atau minta orang lain untuk bagi aku meminjam dengan cara hutang ni,

Rezeki yang Allah bagi sudah cukup bagi aku,

Aku risau kalau aku berhutang nanti aku tak sempat nak bayar balik,

Macam mana kalau masa itu aku terlupa dan benda buatkan seseorang itu sakit hati dengan aku?,

Macam kalau tiba-tiba ajal aku dah sampai sebelum sempat aku membayar semua hutang-piutang itu?,

Adakah Allah redha dengan diri aku,

Yang pernah berhutang waktu ketika hidup didunia dahulu,

Setiap pinjaman itu, 

Perlu dipulangkan dengan segera kepada pemiliknya,

Nilai 10 sen sekalipun ataupun benda yang lain,

Masih perlu dikembalikan dengan apa cara sekalipun,

Usahakanlah menjaga diri daripada sifat suka berhutang,

Bersyukur dan manfaatkan apa sahaja kemudahan yang Allah dah berikan buat kita.

InsyaAllah hidup tenang tanpa terikat dengan hal-hal dunia.


Sekian.

Friday, 7 October 2022

Abu Lahab

 إن أبا لهب الذي مات كافرا 

 لما فرح بمولد رسول الله

Tika mana si Abu Lahab yang matinya kafir itu gembira dengan kelahiran Rasulullah 


وجاءت جاريته ثويبة 

تحمل له نبأ

Dan tika mana hamba sahaya nya, thuwaibah  datang membawa khabar

 

ميلاد ابن أخي 

محمد بن عبد الله 

Khabar kelahiran anak saudaranya


فرح

Terserlah kegembirannya Abu Lahab


ومن سروره أعتق الجارية

Dibebaskan hamba itu dek kerana terlalu gembira


والتقا العباس بعد أن مات

Selepas kematiannya , bertemu Abu Lahab dan Al Abbas di alam seterusnya


أين انت

Bertanya Al Abbas : Hei Abu Lahab, di kamu menetap sekarang?


في النار لأنه نزل فيه تبت يد أبي لهب وتب

Abu Lahab berkata : Aku di neraka kerana Allah telah menitahkah bahawa celakalah tangan Abu Lahab


إلا أنه أردف يقول

يخفف عني عذاب في كل يوم اثنين

Abu Lahab kemudian menambah: kecuali pada setiap hari isnin, seksa ku di ringankan


بفضل فرحي محمد بن عبد الله

Berkat aku gembira dek kelahiran Muhammad anaknya Abdullah 


حتى قال أحد العارفين

Maka berkatalah seorang Arif billah 

إذا كان هاذا كافرا جاء ذمه وتبت يداه في الجحيم 

مخلدا 

أتى أنه في يوم الإثنين دائما 

يخفف عنه للسرور بأحمد

Sedangkan orang yang kafir , dikeji dan dihina serta diazab di neraka selamanya itu . Orang semacam ini pun di ringankan azabnya kerana gembira pada hari lahirnya Ahmad (Nabi Muhammad)


فما الظن بالعبد الذي عاش عمره

بأحمد مسرورا ومات موحدا


Maka apakah pula ganjaran pada mereka yang hidupnya sentiasa gembira dan cinta pada Ahmad itu sehingga mati di dalam keimanan?

.

.

.

Terjemahan ucapan daripada Sheikh Ahmad Umar Hashim Hafizohullah, mantan Rektor University Al Azhar.

Thursday, 6 October 2022

Tuesday, 4 October 2022

Pahala

Sesungguhnya, mereka yang beriman dan beramal soleh, Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang melakukan amalan baik itu. (30). 


Mereka itulah yang memperoleh Syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi perhiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah; (31)


[Surah Al-Kahf,18: 30-31]

InsyaAllah

 Dan jangan sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu esok pagi", (23) kecuali (dengan mengatakan), "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenaran) daripada ini." (24) 


[Surah Al-Kahf, 18: 23-24]

Saturday, 24 September 2022

Mengharap Hanya Pada Allah

Kalimah (.....mencari jalan...) dalam ayat Surah Al- Isra' ayat yang ke 57, bererti mencari cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadah dan mencintai-Nya. Ada tiga sendi iman, iaitu cinta, rasa takut, rasa takut, dan berharap. Tentang pengharapan ini, Allah SWT telah menjelaskan dalam firman-Nya, Surah al-Kahfi 18: 110 dan Surah al-Baqarah, 2: 218.

Di dalam hadis yang disebutkan daripada Jabir r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman, "Aku berada pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Maka hendaklah dia membuat persangkaan kepada-Ku menurut kehendaknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Raja' (mengharap) merupakan hayunan langkah yang membawa hati kepada yang Maha Pengasih, iaitu Allah. Ada yang berpendapat, raja' bermaksud kepercayaaan tentang kemurahan Allah SWT. Perbezaan raja' (mengharap) dengan berangan-angan ialah berangan-angan disertai dengan kemalasan, perlakunya tidak pernah bersungguh-sungguh dan berusaha. Sebaliknya mengharap itu disertai dengan usaha dan tawakal. Orang yang berangan-angan akan hanya berangan bahawa tanahnya disuburi dengan tanaman dan hasilnya tersedia untuk dipetik. Manakala orang yang mengharap, dia akan mengolah tanah itu untuk bercucuk tanam, lalu berdoa dan berharap agar tanamannya tumbuh. Demikianlah perbezaan antara berangan-angan dan berharap. Oleh sebab itu, para ulama telah sepakat bahawa raja' tidak dianggap sah kecuali disertai dengan usaha.

Raja' itu terbahagi kepada tiga jenis. Dua jenis merupakan perbuatan yang terpuji dan satu jenis lagi merupakan perbuatan yang tercela. Pertama, harapan seseorang agar dapat taat kepada Allah SWT berdasarkan cahaya daripada-Nya, lalu dia mengharap pahala-Nya. Kedua, seseorang yang berbuat dosa lalu bertaubat dan mengharap keampunan, kemurahan dan kasih sayang-Nya. Ketiga, orang yang melakukan kesalahan dan mengharap rahmat Allah SWT tanpa disertai usaha. Ini sesuatu yang menipu dan harapan yang dusta.

Ahmad bin Asim pernah ditanya, "Apakah tanda raja' pada diri seorang hamba?" Dia menjawab, "Jika dikelilingi kebaikan, maka dia mendapat ilham untuk bersyukur, sambil mengharap kesempurnaan nikmat daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat, serta mengharap kesempurnaan keampunan-Nya di akhirat."

[Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Madariju al-Salikina Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in, Juz 2, t.t.: 36-37]

Monday, 12 September 2022

Bahagia

 Aku juga berhak untuk bahagia

Jadi diri sendiri dan teruskan kehidupan seperti biasa

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...