Sunday, 28 June 2020

status aku?

Bila buka mulut pasal 'status', mesti orang ingat kita dah berpunya kan.. haihh. Maaflah bukan itu yg aku nak cerita. Aku nak cakap pasal Status Whatsapp. Aku rasa aku tak suka status whatsapp tu, kadangkan dia buat kita tahu pasal kehidupan orang lain. Yang sudah semestinya kita tak ada. Ye, kita secara tak langsung tengok dia bahagia makan itu ini,keluar sana sini, jumpa kawan lain², siapa family dia , apa emosi dia, semuanya ada dekat dalam tu. Walaupun dah halang diri dan mute pun masih lagi jari ni rajin untuk check satu²...masalah betul ni. Kadang tu tertanya apa dan kenapa kita nak cerita semua benda dalam media sosial? Adakah itu cuma nak meraih perhatian ataupun sebenarnya hal itu ditujukan pada seseorang? 

Tepuk dada tanya iman

Saturday, 27 June 2020

work on it

Terlalu mengharapkan respon yang segera, walhal tak semuanya mampu memberikan kerjasama.

Hari esok

Hari esok, adalah hari yg kita tak tahu apa yg bakal berlaku,
It is untold story of the day,
Are im still can breath?
Today, i might have alot of works as a student,
My duty is to finish answer all of the task,
Try to make it better,
Even though you hate it,
But it is still my work,
The due date is still coming to me,
Aku harap aku berjaya siapkan esok.. sekurang²nya lebih dari 50%,

Walaupun macam² perasaan yang ada. Jom lah siapkan.

Hari esok samar²,
Tapi apa yg aku buat hari ni untuk hari esok?
Usah fikir tentang manusia,
Usah rasa bimbang dengan persepsi,
Be yourself , learn in you way 

Thursday, 25 June 2020

Ketika hati enggan jujur

Jujur lah walaupun dalam exam,
Lagi2² exam online atau kita biasa panggil odl,
Kita dah dapat kelonggaran open book,
Jadi yakin lah dengan jawapan kita tu,
Walaupun rasa macam nak meniru,
Kena halang diri dan paksa supaya dia tak jadi buat camtu,
Mestikum kita nmpk notice whatsapp dalam group kelas tu masuk menimbun, 
Langsung tak berhenti berbunyi tanda ramai yg berbincang walaupun guru dah larang,
Ingatlah larangan itu amanah,
Jujur itu susah,
Tapi jika kita berjaya melaluinya dan memilih untuk jujur,
Itu adalah tanda kemenangan untuk kita,
Semoga diakhir nnti,
Meskipun kita bukan lah insan yang dipuji² diatas pentas kerana pandai dan cemerlang,
Tapi kita lah insan yang paling hebat,
Kerana dunia akan menipu kita dengan cara yg kita tak perasan,
Tapi kita bijak dalam memonopolikan semua ni dengan memilih jalan yg betul,
Jujurlah wahai yang membaca ini,
Peracayalah satu kali kamu jujur,
Itu akan membuah hasilnya,
Semoga urusan kamu semia dipermudahkan.

Membuktikan jujur dengan kata² itu sukar,
Tapi dengan hanya perbuatan jujur itu akan kelihatan lebih terserlah. InsyaAllah!

Wednesday, 24 June 2020

Kenapa nak berhenti belajar?

Langkah mu bakal terhenti apabila mengingati ayat ini.... ingatlah berulang kali ayat ini.

Berkata Mu'az bin Jabal tentang sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

"Pelajarilah ilmu! Maka mempelajarinya kerana Allah itu TAQWA. Menuntutnya itu IBADAH. Mengulang-ulanginya itu TASBIH. Membahasnya itu JIHAD. Mengajarkan orang yang tidak tahu itu SEDEKAH. Memberikannya kepada ahlinya itu mendekatkan diri kepada Tuhan. Ilmu itu TEMAN waktu sendirian dan kawan waktu kesepian, penunjuk jalan kepada AGAMA, pemberi NASIHAT bersabar waktu suka dan duka, seorang MENTERI ditengah² teman sejawat, seorang KELUARGA ditengah² orang asing dan SINAR jalan ke syurga. Dengan ilmu diangkat oleh Allah beberapa kaum, lalu dijadikan-Nya mereka pemimpin,penghulu dan penunjuk jalan pada kebajikan. Diambil orang menjadi ikutan dan penunjuk jalan kepada kebajikan. Jejak mereka diikut, perbuatan mereka diperhatikan. Malaikat suka kepada tingkahlaku mereka. Seluruh yang basah dan yang kering meminta ampun akan dosa mereka,hatta ikan dan binatang laut, binatang buas dan binatang jinak di darat, langit dan bintang²nya."

(Diriwayatkan oleh Abu Syaikh Ibnu Habiban dan Ibnu Abdil Barr)

Tuesday, 23 June 2020

Share File Secara Public Guna Google Drive (Boleh edit dan download dari jauh)

Assalamualaikum w.b.t semua.

Memandangkan teknologi sekarang makin canggih dan smart. Masih belum terlambat untuk aku ingatkan diri aku kat sini. Aku baru tahu yang kita boleh kongsi file dalam google drive. Cuma perlu tekan link dan tengok dari jauh. 

Macam mana boleh tergerak hati nak buat cam ni adalah bila ada kawan buat benda yang sama untuk dokumen dia yang sebelum ni. Bukan satu, dua, tiga ye.. banyakkk! Pelik juga cam mana kita ramai-ramai boleh buka benda tu. Kan dalam email tu privasi?

Lectural aku pun sama.. kitorang boleh edit ramai2 nama dalam file tu. Musykilkan? Dan kebetulan file yang aku hantar guna email memang menguji kesabaran aku. Asyik keluar perkataan "Size file overload" menandakan file kita tu tak dihantar pun pada penerima tu. Sedih sebenarnya tapi apakah daya. Banyak sangat benda penting dalam tu yang tak boleh kalau tak hantar Last-last aku rasa cara share google drive ni lebih mudah. Lagi-lagi siapa yang yang tengah kerja dan belajar tu...banyak benda nak kena save. Tak cukup dengan pendrive yang ada boleh lah start guna Google drive ye. InsyaAllah terjaga rapi sebagai backup ke-3 lepas laptop, pendrive yang kita selalu guna tu.

 Okey jom belajar sama-sama cara dia.

Pertama sekali boleh rujuk pada tuan empunya blog yang asal FAIZ-TUTORIAL sebab bagi aku, idea untuk selesaikan pertanyaan aku selama ini. Alhamdulillah. Siap ada gambar cuma yg tu dulu2 punya google drive design. Jadi aku nak bagi nafas baru untuk blog dia. . 

1. Pergi web akaun  https://drive.google.com

2. Masukkan email dan password kita

3. Pergi dekat atas sekali ada tulis My Drive. Klik! dan akan keluar senarai panjang2. Pilih New Folder.

4. Tuliskan nama tajuk dokumen yang kita nakkan. Contohnya:- Untitled Folder


5. Kalau guna mouse klik kanan pada tajuk atas tadi dan akan keluar list panjang2. Pilih UPLOAD. Upload dokumen-dokumen yang kita nak. Upload ni maksudnya kita boleh masukkan apa2 yang kita nak save dalam tu. Macam slide presentation ke, ataupun Microsoft word dan lain-lain.

6. Lepastu tekan lagi sekali mouse kanan pilih SHARE

7. Akan keluar "Share with  people and group" lepastu edit dekat "ADD PEOPLE AND GROUP" masukkan email mereka. Dan viewer tu kita boleh settingkan.

viewer- tengok tengok je
editor- boleh edit edit, download dan boleh tengok file kita tu

8. Perasan tak bawah tu ada tulis "Get Link"


Ye link yang nilah kita boleh sharekan pada orang ramai. Lagi-lagi bila dia tulis "Anyone". Tekan je pada COPY LINK. Copy link kita tu paste pada email ataupun WhatsApp or Telegram.

Siap! Harap membantu kepada siapa yang nak cuba tu.

Sekian

p/s: Maaf jika ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian informasi. Bagi yang lebih tahu tentang toturial ni boleh lah ajukan pendapat anda ya. Terima kasih.

Monday, 8 June 2020

apa yg kita nampak kat sini, biarlah kita nampak kat sana juga

Tidak ada ertinya semua kesenangan dan kenikmatan hidup jika diperolehi dengan jalan kemaksiatan kerana ia tidak mendapat keberkatan hidup apatah lagi untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Biar apapun jadi ingatlah, ada Allah yang memerhati. 

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...