Assalamualaikum w.b.t semua.
Memandangkan teknologi sekarang makin canggih dan smart. Masih belum terlambat untuk aku ingatkan diri aku kat sini. Aku baru tahu yang kita boleh kongsi file dalam google drive. Cuma perlu tekan link dan tengok dari jauh.
Macam mana boleh tergerak hati nak buat cam ni adalah bila ada kawan buat benda yang sama untuk dokumen dia yang sebelum ni. Bukan satu, dua, tiga ye.. banyakkk! Pelik juga cam mana kita ramai-ramai boleh buka benda tu. Kan dalam email tu privasi?
Lectural aku pun sama.. kitorang boleh edit ramai2 nama dalam file tu. Musykilkan? Dan kebetulan file yang aku hantar guna email memang menguji kesabaran aku. Asyik keluar perkataan "Size file overload" menandakan file kita tu tak dihantar pun pada penerima tu. Sedih sebenarnya tapi apakah daya. Banyak sangat benda penting dalam tu yang tak boleh kalau tak hantar Last-last aku rasa cara share google drive ni lebih mudah. Lagi-lagi siapa yang yang tengah kerja dan belajar tu...banyak benda nak kena save. Tak cukup dengan pendrive yang ada boleh lah start guna Google drive ye. InsyaAllah terjaga rapi sebagai backup ke-3 lepas laptop, pendrive yang kita selalu guna tu.
Okey jom belajar sama-sama cara dia.
Pertama sekali boleh rujuk pada tuan empunya blog yang asal FAIZ-TUTORIAL sebab bagi aku, idea untuk selesaikan pertanyaan aku selama ini. Alhamdulillah. Siap ada gambar cuma yg tu dulu2 punya google drive design. Jadi aku nak bagi nafas baru untuk blog dia. .
3. Pergi dekat atas sekali ada tulis My Drive. Klik! dan akan keluar senarai panjang2. Pilih New Folder.
4. Tuliskan nama tajuk dokumen yang kita nakkan. Contohnya:- Untitled Folder
5. Kalau guna mouse klik kanan pada tajuk atas tadi dan akan keluar list panjang2. Pilih UPLOAD. Upload dokumen-dokumen yang kita nak. Upload ni maksudnya kita boleh masukkan apa2 yang kita nak save dalam tu. Macam slide presentation ke, ataupun Microsoft word dan lain-lain.
6. Lepastu tekan lagi sekali mouse kanan pilih SHARE
7. Akan keluar "Share with people and group" lepastu edit dekat "ADD PEOPLE AND GROUP" masukkan email mereka. Dan viewer tu kita boleh settingkan.
viewer- tengok tengok je
editor- boleh edit edit, download dan boleh tengok file kita tu
8. Perasan tak bawah tu ada tulis "Get Link"
Ye link yang nilah kita boleh sharekan pada orang ramai. Lagi-lagi bila dia tulis "Anyone". Tekan je pada COPY LINK. Copy link kita tu paste pada email ataupun WhatsApp or Telegram.
5. Kalau guna mouse klik kanan pada tajuk atas tadi dan akan keluar list panjang2. Pilih UPLOAD. Upload dokumen-dokumen yang kita nak. Upload ni maksudnya kita boleh masukkan apa2 yang kita nak save dalam tu. Macam slide presentation ke, ataupun Microsoft word dan lain-lain.
6. Lepastu tekan lagi sekali mouse kanan pilih SHARE
7. Akan keluar "Share with people and group" lepastu edit dekat "ADD PEOPLE AND GROUP" masukkan email mereka. Dan viewer tu kita boleh settingkan.
viewer- tengok tengok je
editor- boleh edit edit, download dan boleh tengok file kita tu
8. Perasan tak bawah tu ada tulis "Get Link"
Siap! Harap membantu kepada siapa yang nak cuba tu.
Sekian
p/s: Maaf jika ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian informasi. Bagi yang lebih tahu tentang toturial ni boleh lah ajukan pendapat anda ya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment