Dalam banyak² perkara yang kita inginkan,
Tak semuanya kita bakal dapat on the spot,
Doa lah agar apa yang kita ada ni mencukupi,
Cukup mendamaikan hati dan melengkapkan hari.
Doa lah yang baik-baik,
Dalam kita belum jumpa lagi peneman hidup untuk kita jadikan jodoh dunia dan akhirat,
Kita ada masa untuk perbaiki diri dan iman,
Mencintai Allah dahulu, dan Rasulullah s.a.w,
Biarlah kedatangan ajal itu merupakan detik terindah untuk bertemu Allah Azza Wa Jala,
Insan yang saling mencintai dan mengharapkan pertemuan dengan tuhannya.
SubahanaAllah
Doa lah yang baik-baik,
Dalam ramai yang membenci kita dan macam-macam alasan lagi yang kita nampak pada pandangan,pendengaran, dan perasaan ini,
Maafkan lah kesalahan mereka semua sekali,
Doalah agar diri terus menerus menjadi seorang yang pemaaf lagi memaafkan, kerana Allah sendiri Maha Pemaaf kepada hamba²nya,
Apatah lagi kita yang tak ada daya ini,
Biarlah yang tinggal di hati ini adalah sebuah kedamaian,terus tunjukkan contoh yang baik
Doalah yang baik-baik,
Menjaga agama dengan sebenar² penjagaan ini macam gengam bara api,
Terasa banyak ujian yang datang bertubi-tubi,
Pada pandangan kita macam tu,
Tapi pernah ke kita fikir pandangan Allah tu macam mana?
Allah suka bila kita buat " amal makruf nahi mungkar"
Buat amalan yang baik dan halang diri dari buat benda jahat,
Lepas tu kita kena ajak org lain buat dan cegah benda yang sama,
Walaupun hanyak mempamerkan akhlak yang baik
Ingatkan tentang keindahan hidup seperti gaya hidup Rasulullah s.a.w.
Kita buat kerana Allah,
Jadi buatlah kerana Allah.
Doalah yang baik-baik,
Kita insan yang banyak sekali buat dosa,
Kadang sengaja, kadang² tak sengaja,
Tak pernah terlepas dari sebarang maksiat,
Doalah agar diri ini terhalang daripada melakukannya lagi,
Cukuplah smpai disitu,
Aku takut Allah tak suka,
Dan carilah apa yang Allah suka.
Doalah yang baik-baik,
Kita terima diri ini dengan baik,
Kita melihat kehidupan kita dengan baik,
Kita berdepan dengan situasi yang ada sekarang ini dengan baik,
Kita rasa dan lontarkan pandangan dengan satu kata yang baik,
Dan tiap kali kita doa yang baik-baik ,
InsyaAllah moga yang terbaik itu yg datang pada diri kita.
Bersangka baiklah pada Allah,
Kerana "Allah itu Baik"
No comments:
Post a Comment