Sunday 28 July 2019

Pengalaman Diploma Pengurusan ladang (ep.3)


Assalamualaikum w.b.t

Hai, planters dan bakal-bakal planters sekalian, tengah stalk blog aku ke ni?? Okey, kali ni aku nak cerita waktu aku Semester 2 dulu, dah lama dah tahun 2017 berlalu. Ini memang sem yang critical juga lah bagi aku sebab ada subjek yang aku tak berapa mahir tapi mungkin korang boleh buat lebih baik dari aku. Subjek ape tu? nanti aku ceritakan.

 Tapi kalau tengok kitorang time tu, muka masing memang tegang la sebab kita dah tak boleh main-main macam sem 1 dulu. Kali ni memang kitorang kena alert dengan suara lectural masing-masing. Sebab apa aku cakap camni, kadang-kadangkan time kita duk berangan dalam 2, 3, 4 saat pun tiba-tiba muncul assignment! Hahaha….tahu terkejut. Dah tak akan ada dah sistem macam sekolah dulu tulis homework kat whiteboard. Yang ada cuma arahan dan kalau bernasib baik lect akan tulis submission date kat depan. Tu kalau dia baik la and ada maker pen sekali. Kalau tak memang kita tak tahu pun ada kerja kena buat. Percaya lah aku dah pernah kena..huhu. Nasib baik ada kawan mention pasal benda ni sebelum due date. Alhamdulillah.

Tu satu, dalam pahitnya kehidupan ni mesti ada manisnya. Antara benda yang bagi aku paling best dan sweetnya adalah Sem 2 ni kita akan ada field visit. Oh yeay! Detik untuk bebas dan keluar kejap dari kancah dunia universiti ni walaupun untuk sehari je.. terasa sangat heaven. Serius cakap, aku rasa macam nak stop kan masa time tu, biar lupa semua masalah yang akan datang ni. Untuk Field visit ni dia di bawah course (AGR 182 Plantation Crop 1) aku nyer group ada dalam 5 orang dalam satu group. Nak tak nak memang kena campur juga lelaki dengan perempuan. Kitorang buat dekat Johor time tu, lawat Nursery Kelapa Sawit. Nursery ini tempat kita tanam biji kelapa sawit dalam tray pastu bila dah bercambah, kita akan pindahkan dekat polybag kecil dan polybag besar. Kenapa kena pindah? Kena lah pindah sebab pokok oil palm ni kan nak membesauu. Polybag tadi tu akan disusun ikut jarak yang ditetapkan bagi dia tak bersaing sangat dengan pokok lain. Kalau rapat sangat dia senang kena serang dengan penyakit (disease) dan perosak (pest). Semua tu akan indirect (attack to the non-product) serang kat bahagian daun oil palm dengan kejamnya..huhuhu. Tu sebab nanti ada teknik culling masa dalam polybag kecil. Teknik culling ni lah kita akan buat pemilihan pokok mana yang sihat dan boleh di jaga dengan baik. Yang mana tak okey tu dia kan buang (removed) terus dari muka bumi ni.

 Tempat dia tak la besar sangat sebab owner tempat ni pun orang-orang kampung kat situ juga. Tapi entah nape aku excited sangat nak pergi buat interview, mungkin sebab aku jadi cameraman je kot..haha. Tujuan sebenar field visit ni sebernarnya untuk kita buat sesi temu ramah dengan owner yang mahir tentang selok belok nursery ni. Tak kira mana-mana tempat pun sekitar Malaysia ni asalkan dia cerita pasal oil palm nusery. Jadi sebelum kedatangan kitorang ni pun kena buat surat kebenaran buat aktiviti luar dan dapatkan cop HEA. Biar ada bukti yang kita ni datang bukan sebagai penjenayah bersiri ke apa tapi sebagai pelajar Universiti yang nak buat research. Part yang aku kena jadi cameraman tu pun sebahagian dari arahan lect juga minta kitorang video field visit dan kena buat presentation sekali pasal video tu. Aku belajar banyak perkara juga dalam ni walaupun still amatur lagi bab-bab buat video. Ni la pengalaman pertama aku jadi tukang editor video. Ahli aku yang lain ni tukang jadi interviewer dan artis yang bertanyakan soalan sebab idea dorang tanya tu memang bertubi-tubi banyaknya. Tapi syukur lah aku dapat ketua yang baik hati dan bijak merancang strategi kitorang sebelum hari kejadian. Malam sebelum pergi tu juga dia suruh kitorang buat soalan dan senarainya semua benda yang nak ditanya esok. Thanks ketua! <3


Group kawan-kawan aku yang lain ada yang dapat buat kerja ladang atau ikut aktiviti kat nusery tu sikit. Itu memang peluang keemasan juga nak try buat benda tu kan dan rasa sendiri betapa beratnya nak angkat polybag tu. Kagum jap tengok pekerja bangla dengan indon boleh angkat benda tu ke lori. Tapi kebanyakan banyak yang soal jawab jela sebab kita datang pun sehari je ada rezeki mungkin boleh deal dengan owner tu minta buat 2 kali. Ikut idea masing-masing.Korang boleh tanya mana-mana tajuk berdasarkan note contohnya macam berapa luas nursery ni, spacing antara polybag berapa, guna sistem sprinkler ke tak, guna baja jenis apa, berapa hari nak jaga dalam polybag, hantar kemana semua oil palm ni, berapa harga semasa biji kelapa sawit dia beli, berapa banyak dia guna biji tu, dari mana dia beli biji tu dan sebagainya. Jangan lupa tanya juga nama panjang owner ni. Biar mesra alam sikit..dia pun suka kita banyak bertanya benda yang dia expert. Untuk group aku sehari je sebab tempat ni pun jauh terpelosok dalam hutan Johor dan kitorang tak ada banyak masa nak berfoya-foya kat sana. Semua serius je muka masa buat kerja ni. Maklum la aku pun baru kenal ahli group aku sendiri. Pastu esok tu pula memang dah start hari kuliah untuk week seterusnya. Memang laju betul berpackingkan barang nak balik universiti..haha. Aku memang tak kan lupakan ni…seronok dan berharga bagi aku.

Bila dah balik kolej, maka berperang lah nak siapkan video pula. Aku tak pernah mimpi aku akan jadi editor video. Tak pernah okey! Aku ingat lagi aku rakam sampai memori kamera tu full (kamera canon lama je pun), then aku sambung guna fon aku pula. Pastu sambung pula kat fon kawan aku..hahaha. seronok bila bekerjasama. Tapi sebab kamera semua aku yang pegang, jadi macam leceh sikit nak pass-pass kat member yang jauh nun di sana. Bagi aku dorang dah buat kerja dengan baik dah mungkin dah tiba masa aku pula berjasa dalam hal ni. Maaf la time tu aku masih amatur. Aku pun try la download Filmora Wondershare sebab aku pernah nampak group aku untuk subjek CTU tu guna apps tu. Bayangkan edit sampai pukul 3 pagi sebab berlakon nya kitorg time pagi ke petang dalam masa sehari sebelum edit dan sehari sebelum hantar dan burnkan ke CD. Ya ampun mengantukss, rasa mcam nak cekik je sorang-sorang time tu. (Hantuk kepala kat dinding.. nanti aku cerita yang CTU ni). Okey kembali pada aku yang nak edit ni, di sebabkan tak nak pisang berbuah dua kali and tak nak buat kerja last minit. Aku pun try la tekan-tekan mana button dalam app tu. Sambil dibimbing oleh ketua aku yang asyik meyakin kan aku yang aku boleh buat. Dan dia  bagi aku  beberapa lagu untuk background music dalam tu. Banyak juga nak kena cut bagi pendek dan pastikan semuanya gempak bila music tu muncul kat bahagian korus. Contohnya lagu yang hot time aku ialah Chainsmokers-Don’t Let Me Down. Aku suka giler tau lagu ni lagi-lagi bila ada orang buat lagu ni untuk senamrobik atau Zumba..haha. Semangat!

Yang paling susah nak buat video ni adalah bila kita kena pendekkan dia jadi 20 minit. Bayangkan betapa berjamnya interview dan kena ambil dan susun ayat yang lebih penting je dalam tu. Aku rasa banyak kali juga group aku ubah benda ni sebab ada yang suara dalam video tu tak dengar dan bertarabur jalan cerita dia. Tapi syukur ketua aku tolong aku buatkan yang opener video tu. Memang gempak sangat sebab dia edit guna iphone kot tak silap aku. Macam ada music seram-seram sikit dan ala-ala panggung wayang. Memang best bila ada gmbar kita dan nama kita keluar dalam tu untuk dijadikan introduction. Pastu nasib baik ketua aku ada siapkan satu video tu panjang dia dalm 30 minit. So aku jadikan benda tu rujukan. Pastu yang editing aku ni just cut sikit mana yang tak okey dan ulang-ulang kali dengar video tu. Benda ni lagi syok la dari assignment yang bertulis tu sampai aku tak sedar yang aku demam sebab tak cukup rehat. Mata ni asyik tengok laptop je. Dari battery full terus jadi zero. Cas pun still edit lagi smpai dia jadi full. Aku sedar yang aku sakit bila dah pening masa berjalan cari kupon haritu, ada event kat luar kampus iaitu di padang, dan nak ke tempat tu kena la redah hutan orang kampung. Kejap je sampai tapi sebab orang kalau dah sakit dengan rasa panasnya so semua benda nmpak jauh..haha. (alasan tak nak datang) Aku datang juga  sebab nak kupon dan aku tengok asrama aku semua senyap je tak de orang rasa macam serba salah pula kalau aku ponteng.

Dan bila ko paksa diri ko buat benda yang ko tak nak macam tadi tu lebih mementingkan kupon dari kesihatan sendiri, demam aku tu tak sembuh sampai ke hari presentation. Aku gi juga Unit Kesihatan (UK), dan dapat detect factor demam tu ialah aku kena keracunan makanan dari ayam  dalam Nasi Goreng Kampung yang member aku belikan kan kat luar kampus. Serius aku tak tahu pun benda cam tu boleh terjadi kat aku. Mungkin ayam tu dah lama kot. Dan yang paling tak percaya member aku yang makan sekali ayam tu pun kena benda yang sama. Habis kulit dia jadi merah and ada macam ada tompok orang kena chicken pop. 3 hari juga nak sembuhkan dia. Aku nasib baik sebab aku cuma demam dan ada tompok camtu kat tangan je. Tapikan, benda tu gatal tahap gaban and lubang tompokan tu sangat2 dalam. Syukur lah aku dapat satu ubat krim doktor dan benda tu amik masa juga nak hilang.

Sebelum present kitorang ada tunjuk lah video tu kat semua ahli group nak tengok reaction dorang mcam mana. Aku segan plus takut juga nak bagi tengok sebab yela cam merepek je cara aku edit ni.  Bila semua thumbs up, aku pun okey jela. Alhamdulillah. Then, aku bagi member aku edit sama video ni kot-kot ada benda yang dia nak tambah. Biasanya benda yang best kena ada 2,3 kepala yang menolong. Jadi kawan aku edit sampai siap dengan jangka masa 15 minit untuk keseluruhan video tu. Aku sebenarnya nak gelak tau sebab bila dah last2 punyer touch up dia akan jadi makin superb merepek..haha. Aku ingat lagi aku tambah lagu Aishiteru dalam tu. Tapi rentak jelah sampai budak kelas aku tegur pasal tu masa buat perbentangan. Ingat kan dorang tak tahu. Dan member aku pun satu hal dia pegi tambah lagu jepun kat belakang video. So dalam vid tu makin menimbun lagu pelik..hahaha. Rasa terhibur!

Lepas je habis semua ni, akhirnya badan aku totally dapat rehat secukupnya. Rasa macam lamanya tak dapat duduk kat tilam katil yang empuk ni. Lega bila semuanya dah selesai dan mood aku pun dah makin baik lepas tu. Aku cuma nak cakap, “Thank you very much” kepada semua ahli members aku yang sporting. Lebih-lebih lagi kepada ketua group, aku akan cuba tiru strategi dan gaya dia memerintah lepas ni. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar selama ni. Aku dah dapat sikit confident dari ketua yang aku kagumi. Aku tak pernah lupa pengalaman ni dan inilah kenangan yang takkan terpadam dari memori kecuali dengan izin-Nya. Tak tahu lah kalau member aku terbaca blog entry ni sebab aku tak nyatakan pun nama. Kalau ada sebarang persamaan dari cerita dalam ni mungkin hanya kebetulan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati cuma ini adalah kisah benar. Maaf andai ada salah dan silap dari aku.

Saturday 20 July 2019

Sedih Assignment Kena Reject

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak korang rasa macam mana perasaan bila assignment korang buat tu kena reject? Mestilah sedihkan. Down. Rasa macam nak koyak, buang je kertas tu.

Sabar-sabar meh, submit kat sini je. At least ada juga yang baca..

* WARNING!!!!Sediakan popcorn dan tisu


CONTOH SOALAN

KES 3
Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakannya, Samad, Ani dan Gusdar. Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis, Fatihah, anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu.
Keluarga isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah dengan pemandu lori.
Akhirnya Dollah melepaskan isterinya dan Fatihah yang ketika itu masih bayi kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Dollah tekejut apabila Fatihah memberitahu ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya.
Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Dollah berasa segan untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehidupan menjadi ceria dengan kehadiran Fatihah namun saat-saat bahagia tidak berpanjangan kerana Dollah akan menemui ajalnya.
Sebagai PRS anda dikehendaki membantu Fatihah untuk membuka ruang menyelesaikan masalahnya. Nyatakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebagai seorang PRS. Anda dikehendaki menganalisis kes ini dan menulis laporan kepada ketua anda. Laporan anda hendaklah merangkumi Penceritaan semula, pandangan  dan pendapat anda, jenis kaunseling yang diperlukan oleh Fatihah.






Penceritaan Semula
Fatihah merupakan gadis remaja yang berusia 17 tahun telah berjaya tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Maka bermula percutiannya yang panjang selama beberapa bulan sambil menunggu keputusan SPM nya diumumkan. Saat itu pasti mendebarkan para pelajar sehingga ada yang menitiskan air mata kegembiraan atau penyesalan terhadap keputusan masing-masing. Namun usaha dan tawakal pasti akan berbuah hasil kerana ketentuan yang Maha Pencipta tidak pernah salah terhadap setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Ditambahi pula dengan doa oleh kedua ibu bapa yang mengingin anaknya berjaya di dunia dan diakhirat pasti dimakbul oleh Allah s.w.t. Walaubagaimana pun, Fatihah tahu detik-detik seperti itu pasti akan diraikan bersama orang tua masing-masing  dan semua itu membuatkan dirinya rasa cemburu terhadap rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sudah lama Fatihah meninggalkan hasrat untuk bertanya soalan siapakah bapa kandungannya kepada datuknya, Tok Mak.Tidak pernah dia berjumpa dengan seseorang yang layak dipanggil “ayah” itu dalam seumur hidupnya.  Terbit rasa rindu dihati ingin melihat raut wajah bapanya yang pasti kini telah menelan usia tua itu membuak-buak dalam dirinya. Namun setiap kali dia ingin berbuat demikian pasti datuk kesayangan itu akan mengubah topik perbincangan. Fatihah tidak mampu membantah kata-kata datuknya kerana perasaan hormat seorang cucu kepada datuknya yang tua. Dikuatiri andai dipaksa sesuatu yang dibencinya akan membawa padah kerana datuknya itu penghidap penyakit darah tinggi.


             Ibu Fatihah telah lama meninggal dunia 12 tahun yang lepas disebabkan oleh kemalangan maut yang berlaku akibat kecuaian pemandu lain yang tidak bertanggungjawab. Pada ketika itu, ibu Fatihah baru pulang dari Tanah Suci Mekah kerana telah usai menunaikan ibadah Haji di Tanah Haram. Kereta yang dipandu oleh bapa saudaranya terbabas dengan teruk sewaktu keluar dari Lapangan Antarabangsa (KLIA) itu ke jalan besar. Pada hari itulah, Fatihah kehilangan 3 orang yang amat disayanginya, ibu, nenek dan bapa saudaranya. Tok Mak tidak ikut menunaikan rukun islam yang kelima itu kerana kesibukan dengan urusan syarikatnya yang seakan-akan tiada penghujung. Tidak terfikirkah dia bahawa dunia ini hanya sementara? Kadang-kadang Fatihah berharap jika ibunya diberi kesempatan untuk bernafas sesaat pasti dia akan menjawab persoalan itu. Selama 17 tahun Fatihah tinggal dengan penuh kemewahan di rumah agam yang sebesar padang bola sepak itu bersama Tok Mak. Mintalah apa sahaja pasti akan ditunaikan oleh datuknya itu. Walaupun ditemani oleh orang-orang gaji yang berkhidmat menyediakan keperluan di situ termasuklah makanan dan kebersihan, rumah itu masih kelihatan sunyi.
Suatu hari ketika Fatihah ingin mencari buku di bilik bacaan milik keluarganya, dia tidak sengaja menolak buku yang paling atas sekali di rak yang setinggi 3 meter itu. Kedengaran bunyinya menghentam karpet lantai merah yang hanya bergema di dalam bilik tersebut. Mata Fatihah terpejam rapat kerana lain yang hendak diambil lain pula yang keluar. Habis terjatuh segala jenis buku yang agak lama itu. Nasib baik benda itu tidak menimpa dirinya, kalau tidak pasti kepalanya sudah lama lebam dek bucu buku yang tajam dan tebal itu. Fatihah mengurut dadanya akibat terkejut dan cuba menenangkan dirinya. Perhatiannya mula beralih kepada buku-buku yang malang tadi. Dia mula mencangkung dan perlahan-lahan dia mengutip kertas-kertas yang terkeluar dari isi kandungan buku yang terkoyak. Sedang dia cuba berusaha memasukkan semula kertas itu kedalam buku yang asal, tiba-tiba matanya menangkap satu keping foto yang agak lapuk terselit pada halaman pertama. Terdapat dua orang muda yang sedang berdiri berlatar belakangkan rumah kampung. Seorang wanita yang berpakaian baju kurung melayu dan seorang lelaki yang lebih tinggi berpakaian baju melayu. Mereka berdua kelihatan sedang tersenyum manis memandang ke arah kamera. Sehinggakan sesiapa yang melihat pasti merasai apa itu erti kebahagiaan. Baru Fatihah sedari bahawa terdapat tulisan berangkai dibelakang foto tersebut. Dia tatapi nama dan alamat tersebut dengan penuh minat.



Ikhlas,
Dolah Bin Kamaruddin & Sarimah Binti Kazim

Alamat:
Plot 5, Jalan Sergam 11, Kampung Seri Buloh, Simpang Renggam, Johor Bahru.



              Sarimah? Itu memang nama ibunya. Tetapi siapakah gerangan lelaki yang bernama Dollah itu? Fatihah begitu tertarik ingin mengetahui lebih lanjut tentang lelaki tersebut kerana mereka nampak mesra dalam gambar itu. Wajah ibunya sewaktu muda sangat ayu seindah budi bahasanya cocok dengan lelaki yang berdiri disebelah ibunya kelihatan segak. Adakah itu bapa kandungnya? Buku lama yang dipegang oleh Fatihah tadi juga rupanya ialah diari lama ibunya. Terus dilupakan tujuan asal untuk mencari buku yang tadi kerana perkara ini lebih penting dan kemungkinan besar, Fatihah berpeluang berjumpa dengan bapanya berpandukan kepada gambar ini.


          Ingin sahaja Fatihah memberitahu Tok Mak tentang hal ini namun bila difikirkan semula, Tok Mak pasti akan menghalang niatnya yang satu ini kerana ibunya ada menulis tentang perpisahan mereka berdua disebabkan oleh hubungan yang tidak direstui oleh keluarga. Tok Mak begitu benci sekali dengan bapanya yang miskin dan hanya bekerja sebagai pemandu lori. Baginya, semua itu tidak boleh memberikan kebahagian kepada ibunya yang sememangnya datang dari keluarga berada. Orang bandar dengan orang kampung tidak layak untuk bersatu. Tetapi atas dasar kasih sayang, ayahnya terpaksa memilih jalan yang sukar iaitu menuruti perintah Tok Mak. Dengan membawa sekali Fatihah yang masih bayi tinggal dengan keluarganya, rindu ibunya terhadap suami begitu mendalam. Dari tahun ke tahun, perasaan itu bercambah dengan kerelaan hatinya. Namun terpaksa dibiarkan kerana status seorang isteri sudah tiada lagi kerana telah terpisah lama dari sisi suami, kini dia hanya perlu berbakti kepada kedua orang tuanya. Bukan tidak pernah cuba untuk mencari semula suaminya, tetapi setiap kali dia berbuat demikian Tok Mak pasti akan mengugut untuk membunuh suaminya andai perintahnya dilanggar. Neneklah yang selalu menyokong pendirian anak perempuannya dan memujuk perasaannya  supaya banyak bersabar.Cinta Puan Sarimah terhadap suaminya tidak pernah terpadam sehinggu membawa dirinya ke Kota Suci Mekah. Dia berharap dapat berdoa dihadapan Kaabah untuk dipertemukan kembali.



              Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya, mungkin takdir mereka untuk bertemu bukanlah di dunia tetapi di tempat yang abadi  bernama Syurga. Tanpa disedari telah habis buku itu dibaca oleh Fatihah, dan dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa dalam hal ini kecuali seorang, pemandu peribadi Fatihah yang boleh dipercayai, Pak Rahman. Fatihah memintanya untuk menghantar ke alamat yang tertulis dibelakang foto tersebut. Kereta mewah berwarna hitam itu terus meluncur laju kearah destinasi yang ditetapkan. Tibanya di tempat tersebut, Fatihah tidak dapat menjumpai rumah seperti di dalam gambar. Pasti rumah itu sudah diubah suai ataupun penghuni yang asal telah berpindah ke tempat lain dan dirobohkan untuk pembinaan infastruktur yang baru. Pak Rahman yang sudah keletihan meronda satu kampung meminta izin kepada Fatihah untuk singgah ke kedai warung yang berdekatan di situ. Fatihah bersetuju kerana perutnya yang tidak terisi sejak dari pagi tadi mula berbunyi.



             Fatihah dan Pak Rahman duduk dikerusi bersebelahan dengan dua orang lelaki yang berumur, mereka sedang asyik berborak sambal menghirup secawan kopi panas. Sambil menunggu makanan dan minuman yang mereka pesan itu tiba, Pak Rahman bertanya kepada Fatihah jika dia ingin terus mencari lagi lelaki bernama Dolah itu. Fatihah mengangguk lemah walaupun peluangnya kelihatan tipis dengan hanya satu bukti didalam tangan. Dia reda. Tiba-tiba pakcik disebelah Fatihah menyampuk perbualan mereka.


“Anak cari siapa tadi? Dollah ke?”

“Ya, pakcik kenal dia ke?”

“Apa pula tak kenal Pak Cik berdua ini kawan baik dia. Ini Pak Samad jiran Dollah. Pak cik pula Pak Gustar rakan sekerja dia. Dan itu, yang ambil pesanan kamu tadi itu, pemilik warung ini, Mak Cik Ani. Dia lagi kenal Si Dollah itu sebab selalu singgah warung sini.”, Sampuk pak cik yang berbangsa india itu dengan nada mesra dan bersemangat

“Siapa yang sebut nama aku tadi?”, pelayan yang bernama Mak Cik Ani muncul sambil meletakkan makanan yang dipesan oleh Fatihah dan Pak Rahman. Bau keenakan Roti Canai dan Tea Tarik mula menusuk ke dalam hidung pelanggan baru itu.


             Fatihah menunjuk kearah pak cik berdua itu. Ingatkan peperangan bakal meletus tapi rupanya ia sebaliknya, terus bersepah gelak dan tawa mereka. Usai habis menjamah makanan. Fatihah bertanya kepada dua orang pakcik yang masih belum beredar dari tadi. Dia inginkan kepastian adakah Dollah yang dimaksudkan itu ayahnya. Fatihah pun menunjukkan gambar tersebut dan mereka berdua terus berbalas pandangan.


             Fatihah berasa tidak sedap hati melihat reaksi pak cik itu. Adakah itu berita baik atau berita buruk? Yang pasti mereka berdua bersetuju untuk membawa dirinya ke alamat yang masih tidak dijumpai sehingga kini. Mereka menunggu motosikal. Kereta mewah milik keluarga Fatihah sekali lagi bergerak perlahan kerana kawasan kampung agak sempit dan kadang-kadang roda kereta terpaksa mengelak beberapa kawasan yang terdapat taik lembu atau kerbau yang tidak segan muncul dia atas jalan.


           Akhirnya tibalah di rumah yang agak pendalaman. Rumah yang sederhana besar dan diperbuat daripada kayu jadi yang usang. Pak Cik berdua itu meminta izin untuk mengundur diri kerana ada urusan lain. Fatihah pun keluar dari perut kereta dan melihat sekeliling sementara Pak Rahman menunggu dengan setia di dalam kereta. Gambar tadi cuba dibandingkan dengan yang berada di bebola matanya. Sama. Dia melangkah perlahan ke arah tangga kayu itu dan dengan sekali nafas mengucapkan salam. Lama Fatihah tunggu dan hampir tiga kali salamnya tidak disahut oleh sesiapa, Fatihah mula berasa sedih. mungkin pakcik-pakcik tadi tidak sampai hati ingin mengatakan yang ayahnya sudah tiada. Baru sahaja Fatihah pusing ke belakang, tiba-tiba ada seorang lelaki menegur dan kelibatnya betul-betul dihadapannya. Fatihah memandangnya tanpa berkelip.


“Waalaikumsalam, maaf anak Pak Cik baru balik dari kebun tak dengar pula ada orang bagi salam tadi.” kata pak cik itu sambil mengelap tangannya yang penuh dengan tanah ke baju lusuhnya.

“Ayah”

Air mata Fatihah meluncur laju.

Dollah terkejut dan terus mengangkat wajahnya apabila seorang gadis itu memanggil dirinya Ayah.

“F..fa..fatihah ke ini?”, tanya Dollah dengan teragak-agak.


           Anggukan di kepala menjadikan jawapan kepada pertanyaan ayahnya itu. Rasa sebak dalam diri Fatihah tak dapat dibendung lagi kerana tidak menyangka ayahnya masih dapat ingat akan namanya.

           Dollah terus terduduk ke atas tanah mengangkat tangan tanda bersyukur dipertemukan dengan anak kandungnya semula. Fatihah menyambut tangan ayahnya dengan penuh kasih dan salam. Fatihah mengajaknya untuk berbual dengan lebih lanjut di dalam rumah namun Dollah seakan-akan mengelak pula permintaan anaknya itu. Dia malu dengan keadaan rumahnya yang serba kekurangan. Fatihah pasti tak kan berasa selesa. Fatihah terus menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa.

           Dollah akhirnya mengalah dan menjemput anaknya masuk. Di dalamnya tiada kerusi, hanya tikar mengkuang yang menjadi alas kepada lantai kayu itu. Sedang Fatihah ingin mencari tempat duduk, Dollah meminta izin untuk menyediakan air namun dihalang oleh Fatihah. Bapanya tidak perlu bersusah demi dirinya. Dollah bertanyakan khabar berita kehidupan Fatihah selama ini. Fatihah mengucapkan syukur meskipun dia dilimpahi dengan kesenangan namun dirinya tidak pernah melupakan tuhan. Didikan daripada ustazah sekolah agamanya tentang islam tidak akan dilupakan kerana disitulah dia berubah menjadi seorang perempuan solehah. Tentang aurat dan batas pergaulan tetap dijaga dengan teguh meskipun ramai rakan-rakannya yang kadang-kala kecundang dari aspek ini. Semua itu hanyalah permainan dunia yang menentukan siapa pemenangnya ialah akhirat. Fatihah tidak pernah lengkang berdoa ke atas kesejahteraan kedua ibubapanya di dalam solatnya.

             Dollah bertanyakan soal keadaan isterinya, Sarimah. Dollah tekejut apabila Fatihah memberitahu ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Tidak sampai hati untuk menolak satu-satunya permintaan anak kesayangannya itu, Dollah membenarkan Fatihah untuk datang melawat dirinya bila-bila masa yang dia inginkan.

             Setelah 4 bulan berlalu, kehidupan menjadi ceria dengan kehadiran Fatihah namun saat-saat bahagia tidak berpanjangan kerana Dollah tiba-tiba dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan di subuh hari atas bantuan Pak Samad. Nasib baik jirannya Pak Samad datang melawat dan tersedar akan ketiadaan Dollah di rumahnya. Akhirnya janji untuk berjumpa terpaksa dibatalkan. Ada sesuatu yang penting yang ingin dibicarakan olehnya. Doktor memberitahu penyakit yang dialami oleh Dollah selama ini iaitu Hepatitis B. Penyakit yang disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik akibat dari tabiat yang suka makan begitu banyak kerang. Dollah tahu akan risiko itu dan sengaja melambat-lambatkan rawatan selanjutnya kerana kekurangan wang untuk membeli ubat doktor. Jangka hayatnya sudah hendak sampai ke penghujungnya. Dollah meminta Pak Samad untuk merahsiakan hal ini dari pengatahuan Fatihah.

           Fatihah berhajat ingin ke rumah ayahnya itu untuk memasang langsir yang baru ditempah di butik terkenal. Di samping itu, banyak lagi barang-barang keperluan yang diperlukan oleh ayahnya itu turut diangkutnya sama. Harapannya agar ayahnya bakal gembira melihat perubahan rumah yang akan dinaiktaraf sebentar lagi. Baru sahaja dia ingin keluar dari pintu rumah agamnya, Tok Mak tiba-tiba memanggilnya supaya ke ruang tamu. Fatihah akur dengan arahan Tok mak.

“Tok Mak tak izinkan kamu keluar dari rumah ini hari ini”, tegas Tok Mak.

“Kenapa pula Tok Mak?”, Tanya Fatihah hairan.

“Kau jangan jumpa orang miskin itu lagi, faham!”, tengking Tok Mak.

             Rupanya-rupanya rahsia Fatihah telah terbongkar dari pengetahuan datuknya itu. Bukan angkara Pak Rahman yang baik hati itu tetapi disebabkan oleh pembantu peribadi Tok Mak yang mengekorinya secara rahsia sejak akhir-akhir ini. Ingin sahaja Fatimah lari dari rumah itu kerana kehendaknya dihalang. Bukankah selama ini Tok Mak sibuk dengan urusan pekerjaan dan tidak hirau akan dirinya? Adakah perasaan ini sama seperti apa yang dialami oleh ibunya suatu ketika dahulu? Jika ayahnya ada berbuat dosa tidak bolehkah dia ampunkan sahaja?

             Kedaan menjadi lebih keruh apabila Fatihah mendapat berita dari orang kampung dan lebih-lebih lagi Pak Samad, bahawa ayahnya menghidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh. Pak Samad berasa tidak wajar jika anak rakannya itu tidak mengetahui masalah Dollah yang sebenar. Dunianya seakan-akan terdiam. Fatihah ingin sekali berhajat menjemput Dollah ke sekolahnya bagi meraikan keputusan SPM yang bakal diumumkan minggu depan. Itulah hari yang bakal menjadi kenangan buat dirinya kerana pertama kali seorang “ayah” datang menemaninya ke sekolah.



********************************************* TAMAT *******************************************












Pandangan dan pendapat

Pada pandangan saya, sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) saya tidak seharusnya terpengaruh dengan kisah sedihnya. Meskipun ianya adalah perkara benar yang diluahkan oleh klien saya sendiri, kita mestilah lebih tabah dan menunjukkan kekuatan untuk mendengarkan kisahnya lebih lanjut. Emosi yang terganggu akan mengakibatkan kegagalan kita untuk berfikir dengan idea yang lebih bernas. Saya juga tidak boleh menghalang Fatihah jika dia ingin menangis ketika sesi kaunseling kerana perasaan itu sudah lama terbuku di dalam hatinya. Saya perlu bersabar dan memberi sepenuh minat dan perhatian terhadap masalah yang dialami dan tidak sesekali beremosi bersama klien. Saya percaya yang Fatihah telah melakukan keputusan yang betul tetapi mungkin boleh diperbaiki lagi. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang saya pelajari, pengalaman itu mendewasakan diri seseorang. Seperti diri Fatihah, dia tidak mudah dipengaruhi dengan kegiatan negatif dan masalah sosial walau sedikit pun kerana nilai agama dan penghayatan tentang islam itu telah meresap masuk terus kedalam dirinya. Jiwa yang memiliki iman tidak mudah goyah kecuali jika dia melihat maksiat. Itulah sebabnya seseorang yang dulu menghafal al-quran hendaklah dia meneruskan bacaan agar dia tidak lupa.


Abdullah bin Umar melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan, “Orang yang menghafal al-Quran umpama seekor unta yang sedang ditambat. Sekiranya terus ditambat, ia tidak lari. Sekiranya tali penambat dilepaskan, unta itu pun lari”.- Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

              Itu adalah perbuatan yang terpuji. Ramai remaja perlu menjadikan Fatihah modal dan contoh untuk menempuhi dunia yang semakin mencabar ini. Lebih-lebih lagi penggunaan gajet moden seakan-akan disalahgunakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Fatihah diuji oleh Allah dengan dugaan kekayaan yang banyak namun sedikit pun tidak terkesan dihati untuk riak dan takbur. Dia masih berpakaian sopan dan menutup aurat. Tudung dikepala labuh menutupi bahagian dadanya, penggunaan sarung tangan dan stokin untuk melindungi kulit bukan setakat panas daripada UV matahari tetapi juga daripada panas azab api neraka Allah yang kekal itu. Tiada siapa mampu menahan walaupun dengan hanya api dunia yang kecil ini. Wang ringgit digunakan untuk bersedekah antara saudara dan lebih elok jika ianya adalah saudara terdekat kita iaitu ibu, bapa, adik –beradik, nenek dan datuk. Kemunculan Fatihah telah membawa erti kehidupan yang gembira kepada diri Dollah. Fatihah telah banyak menolong orang tuanya itu walaupun hanya seketika.

Abdullah bin Umar melaporkan, Rasulullah menerangkan, “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh membuat zalim terhadapnya dan tidak boleh pula membiarkannya dizalimi orang. Sesiapa yang memenuhi hajat keperluan saudaranya, Allah memenuhi hajat keperluannya pula. Sesiapa yang membebaskannya dari satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan yang ada pada hari akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah menutup keburukannya pula pada hari kiamat.”- Direkod oleh Bukhari dan Muslim

             Pada pendapat saya tentang kisah Fatihah tadi itu, perkara yang perlu klien lakukan ialah dia boleh bawa Tok Mak berunding. Cari hari dimana datuknya itu terpisah dari hal pekerjaannya yang mungkin membebankan dirinya sendiri. Cuba berbincang dari hati ke hati kenapa datuknya itu suka membezakan antara orang kaya dengan orang miskin. Pada hakikatnya, kita semua adalah manusia yang sama. Semuanya akan meninggal dunia dan dikembalikan di tanah untuk dihadapkan kehadapan Pencipta. Meskipun harta melimpah- ruah namun semua itu tidak dapat menolong kita terlepas dari azab seksaan Allah. Sedangkan dalam islam tiada yang mengajar kita akan perbezaan kedudukan dan pangkat. Kita tidak ditanya siapa kita ketika di dunia? Sebab kita ini cumalah hambaNya yang tidak berdaya. Selain itu, klien boleh mengajak Tok Mak ke masjid atau pun melaksanakan solat berjemaah bersama-sama. Berusaha mendekatkan diri Tok Mak dengan tuhanNya dengan membaca Al-Quran. Mungkin dengan cara ini, hati Tok Mak dapat dilembutkan dengan ayat-ayat yang baik dan suci. Tidak lupa untuk membuat solat sunat Taubat kerana tuhan itu Maha Pengampun lagi maha Penyayang. Jika Tok Mak masih bekeras juga dengan keputusannya, klien mungkin akan menggugut datuknya supaya dapat berjumpa dengan Dollah. Klien mengatakan yang dia bakal lari daripada rumah dan tinggal dengan bapanya. Namun idea ini agak berisiko sebab hayat Dollah telah hampir ke penghujungnya. Kemungkinan besar Tok Mak pun turut tidak akan memaafkan diri Fatihah sebagai cucu kesayangannya itu. Jangan jadi seperti peribahasa ini ‘apa yang dikejar tidak dapat, apa yang dikendong berciciran’. Maka seandainya Tok Mak berubah fikiran setelah Fatihah menceritakan segalanya, Tok Mak memberi kebenaran kepada klien untuk berjumpa dengan bapanya untuk kali terakhir. Kita perlu ingat bahawa itu adalah kekuasaan yang Maha Esa, bukan kita yang mengubah hati sesorang.  Fatihah boleh membawa Tok Mak dan ayahnya keluar berjalan-jalan ataupun melakukan hobi yang segelintir masyarakat kita gemar lakukan iaitu memancing. Ikatan silatuturrahim juga dapat terjalin tanpa disedari kerana wujudnya persefahaman diantara manusia.



Jenis Kaunseling
Jenis kaunseling yang diperlukan oleh Fatihah ialah Kaunseling berkeluarga kerana masalah ini perlu diselesaikan diantara Tok Mak dengan Dollah.














Sunday 14 July 2019

Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (ep2)

Assalamualaikum w.b.t

Kepada korang yang sedang baca ni. terima kasih sebab sudi lawat blog aku yang biasye-biasye ni. Lepas berperang dengan dunia assignment, group, study dan cari mood untuk diri sendiri, akhirnya aku cuti juga untuk final semestar pertama degree. Alhamdulillah. (aku siap tampal sticky note kat dinding tu haa cakap yg "HARI KEMERDEKAAN AKU 13/7/2019 (SABTU).. JADI BERSABAR LAH NAK ") Tak nak mengalah sebelum mencuba.. hahaha.

Baiklah memandang ianya dah di sambut semalam dengan air teh tarik melayu dan cool blog chocolate oreo harga RM6.50 dengan jayanya. Yelah mood relax2 chill2 aku dah sampai.. tutup semua note tu elok2. Tetibe* Tu yang dapat aku menaip hari ni. Apa yang dapat aku perhatikan lepas aku menyepi jap dari dunia blog ni, nampak ramai juga yang search pasal pengalaman jadi budak pengurusan ladang ni. Aku pula pergi tulis sikit  je tentang benda-benda yang orang lain dah cerita dulu or memang korang dah tahu dari awal. Aku dapat menghidu bau tak puas hati korang tu.

Dah la nak daftar masuk dah minggu depan, ada MDS lagi, ucapkan selamat tinggal kepada cuti-cuti kalian..... nak dapat sumber inspirasi tak semua orang ada kesempatan nak menulis benda ni kat alam maya. Tak pe aku faham. Tapi apa yang korang nak tahu sebenarnya? Pengalaman ke atau apa yang korang kan belajar kat dalam kos ni? Kalau tanya aku dulu aku nak tahu apa ada kat dalam kos ni. DUA-DUA la kot

Okey junior-junior ku,ini adalah sambungannya...... ep2

Jangka hayat masa aku belajar dalam DPIM dulu tu tak lama pun dalam 2 tahun setengah (5 sem). Kalau masuk masa umur 17 tahun lepas habis SPM tu habis je dip korang dah umur 20 tahun. Kenapa aku cakap tak lama sebab kita akan busy dengan macam-macam benda. Even ada juga yang kata homesick apa semua sebab dah jauh dari parents tapi yela, lama kelamaan pengalaman akan mendewasakan korang. Biasanya budak sem 1 @ Part 1 yang banyak masa free. Balik kelas boleh tidur jap, malam bleh main game..sbb jadual korang lebih tersusun dari senior2 budak PART 2 keatas. Kelas budak2 PART 1 ni biasanya sesi pagi.Sebab mungkin nak mudah kan korang yang baru ni cari kelas yang jauh tu. Kelas lain2 eh tak stik kat satu tempat. Ada yang dekat makmal, ada yang dekat blok lain, dewan seminar dan bilik kuliah. Rasanya tak jauh pon cuma kena jalan sikit la. Macam jogging camtu. tapi apa2 pun....Kitorang yang tua ni diletak pula waktu petang yang sungguh mengantuk tu -.-' haih.

Sedar lahh yang Free2 pon tu tak bermakna korang bleh rehat2 eh.haha. Mu tunggu la nanti bila dah jadi senior.

Masa aku duduk kolej dulu kitorang memang dalam dilema mencari kupon kolej. Sampai satu tahap boleh panggil " KUPON HUNTER". Misi mencari kupon walaupun esok tu ada test or kuiz.  Kupon kolej tu memng kena kumpul banyak-banyak kalau bleh dalam 1 sem tu penuh tertampal kat dalam kad koku tu untuk dapatkan kolej sem seterusnya. Kalau tak cukup tak boleh duduk asrama tu lagi.  Nak cari rumah sewa memang memakan kos yang tinggiiii. T.T. Kat mana nak dapat? haaaa... cari kat event yang dijanjikan kupon. Biasa ada banyak aktiviti under club yang pelajar sendiri handle kan. Time aku dulu aku paling suka kalau ada larian2 yang ala2 merentas desa sbb aku bleh keluar jap dari dunia asrama tu ke dunia luar yang lebih tenang. Ada juga yang mcam marathon sukan, movie, ujibakat cari talent korang, nyanyian, motivasi, tips hidup, ceramah yang dia jemput artis luar atau ustaz yang duk diviralkan sekarang ni. banyak jugalah yang best... nak senaraikan kat sini memang banyak.

See..tak semestinya jadi budak ladang kena duduk ladang je. Kita belajar bukan setakat mengenal indahnya ciptaan tuhan ni dengan kehijauan dunia tapi kita belajar juga tentang erti hidup yang sebenar. Ada pahit manis kat situ bila dikelilingi orang baru.

Untuk COURSE pula, aku akan selitkan idea kat tepi tu supaya korang bleh rancang awal-awal apa perlu dibaca sepanjang kat sana nanti. Lebih-lebih lagi dia ada bersangkut paut dengan sains again and again

SEM 1
AGR 122 -PLANT SCIENCE 
( Mcam subjek biologi dulu, fokus kat struktur tumbuhan proses mitosis n meiosis, yang double fertilization)

AGR 142 -PRINCUPLE OF AGRICULTURE
(Yang ni ada aku ceritakan at DPIM ep1 aku dulu tu. Dia pasal jenis n ada 4 corak tanaman yang dikomersialkan di Malaysia. Pastu kena tahu apa peranan agensi-sgensi ladang kat Malaysia)

CTU 101 FUNDAMENALS OF ISLAM
( Macam subjek agama dulu tapi yang ni banyak citer pasal syumuliah dan apa itu Din, nnti kena hafal separuh Surah Yassin )

ELC 121 INTEGRATED LANGUAGE 
 ( Ada speaking test, essay, ada latihan mendengar, kena dengar dialog dari dalam speaking then jawab soalan dia, dan akhir sekali ada test reading)

FPA 100 FIELDWORK
(Ayuh turun ladang, kalau tempat aku turun rollcall tiap hari jumaat pagi lepas Subuh tu mungkin pukul 6 pagi, ada senaman sikit2. pastu jengok2 la anak2 pokok sayur korang kat sana setiap hari. Dan korang kena settle sendiri kot2 batas korang musnah sbb hujan malam tadi ke atau pun banyak sgt pest kat situ.. semua kena buat sendiri ikut kretiviti korang. Tapi kalau baik hati tolong la member2 korang. Kata unity kan!) Pastu cam biasa sila wajibkan diri bawa buku nota kecik okengg.

HBU 111 NATIONAL KESATRIA 1
(Ni kos untuk aktiviti kokurikulum waktu petang tapi sekali je dalam seminggu. First sekali masuk sini aku nak sangat masuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Nak la nampak cam doktor sikit pakai baju putih melepak gitu. So aku pun letak la benda tu kat senarai teratas dengan konfidennya dalam borang.Tapi last2 tak dapat sbb ramai sgt insan terpilih..haha. Tak pelah. Jadi aku dapat la Persatuan KESAT yakni KESATRIA yang sama mcam Kadet Remaja Sekolah dulu tu. ada kawad-kawad semua, pastu guna bahasa comand. Those yang ada ciri jiwa ketenteraan bleh masuk benda ni. Tapi nak lagi ketat n badan fit  masuk "Komander" la. (yang ni x termasuk dlm subjek tapi bebas bleh pilih ikut pilihan sendiri..kot2 banyak sgt masa lapang kan tapi korang terpaksa lah korbankan Sabtu n Ahad untuk berlatih lari kawad semua). Then ada juga persatuan bomba dengan yg lagi satu tu aku lupa nama dia tapi dia mcam penjawat awam juga tak silap)

MAT 112 BUSINESS MATHEMATICS
Hai math, kita berjumpa lagi nampaknya Ingat tak subjek ADD MATH masa sekolah menengah dulu. ye, dia ada selitkan sikit kat dalam ni tajuk Arimetik. Satu tu je yg sama. Pastu mmg ada formula yang sgt banyak tapi InsyaAllah korang bleh ingat sbb kita buat benda tu ulang2.  Mesti boleh ingat punyer. Jangan skip walau sehelai pun buku latihan math tu. Pastu dia ada masuk juga account yang tajuk pasal income keluarga. Aku mula2 pening gak macam mana nak kira tapi nasib baik kawan aku tolong. ..yelah budak Account kan. Kita pure sains, sejauh mana kah ke pure an kita ituss.

Okey itulah subjek yang aku belajar masa sem 1 dulu.. nnti ada masa aku citer lagi. Betapa banyak nya kenangan yang tersimpan. Harap dapat membantulah sedikit sebanyak kat adik-adik junior aku. Yang dulu aku pun seperti korang, jenis spesis yang tak tahu pape n nak mintak pandangan.Aku pun search kat mana-mana blog pasal ni. N rata2 nya tak citer banyak sgt. bleh dikatakan 0.01% je yang bersuara. Mungkin dah busy kot. Bagi aku ladang ni best tahap tak bleh nak cakap sbb best. Sebab kita tak duk memanjang dalam kelas dengan note dengan air cond dengan slide semua. Tapi kita akan keluar kat dunia luar. Jalan2 dalam ladang yang tak kira la besar atau kecik asalkan bebas untuk berjalan. Korang dapat tengok betapa dekatnya alam yang Allah cipta ni dengan kita yang hanya tak habis2 dengan handphone, laptop n tv.

Jadi jangan pandang rendah dengan kos ni..korang patut bangga. bukan calang2 orang yang bleh terima diri ini jejak dengan tanah yang bercampur dengan segala chicken dung. Hakikat sebenar, tanah yang kita nampak tak bererti tu penuh dengan rahsia yang kita blom tahu lagi. Jadi dengan kos ni kita akan pandang sesuatu kejadian tu dengan ilmu. Bukan hanya luaran je yang orang selalu kata ladang  ini kerja dengan bangladesh la indon la apa lah. Kulit hitam apa semua.

Takpon jawapan yang aku selalu dapat bila makcik makcik bawang or pakcik-pakcik kentang  kat luar sana tu sibuk beria-ria tanya....

Semasa hari raya berjumpa sanak saudara... ikuti kisahnya

"NAK, LAMA TAK NAMPAK. AMBOI DAH BESAR DAH. KO DAPAT SAMBUNG BELAJAR KAT MANA?" -tanya makcik dengan excited

"SAYA KAT U.......KAT NEGERI.... JE MAKCIK..hehe" -jawab dengan malu2 tapi  bangga

"OH BAGUSNYA, KOS APA TU?"- tanya lagi dalam fikiran mesti kos doktor-doktor gitu tak pun engenierr, atau akaun kee..teka n teka lagi.

"SAYA BIASA-BIASA JE, AMIK KOS PERLADANGAN,..." - Jawab dengan jujur tapi nada slow sbb dah tahu apa bakal berlaku.

*Suasana tiba2 jadi krik2...KRIK KRIK KRIK KREEEEIIIIIIKK

Oh makcik tu terdiam seribu bahasa. Plis la makcik cakap lah something.

Jadi itulah yang aku selalu kena bila mana aku bagitau aku ni budak ladang masa mula2 tu..yela, aku memang terasa la bila orang bagi reaksi camtu. mcam hina sngt je jadi peladang. Aku diam jela sebab aku pun masih amatur lagi dengan dunia universiti.Tapi ada juga yang bagi respon lain yang jadikan aku lagi kuat bila dia cakap

"ALHAMDULILAH, BAGUSNYA DAPAT LADANG NI. ADA PELUANG NI, BELAJAR SUNGUH-SUNGGUH. NANTI BOLEH KERJA KAT RISDA, FELDA, TEMPAT-TEMPAT BESAR KAT MALAYSIA NI. ADA TANAH KOSONG NANTI BOLEH USAHAKAN PULA. LAGIPUN LADANG  LA PALING PENTING. APA YANG KITA MAKAN N MINUM NI SEMUA DATANG DARI LADANG"

Dan kata-kata itu la yang aku pegang hingga kini. Tahu-tahu je Allah bagi aku rezeki untuk sambung degree dalam kos yang sama pula. Alhamdulillah. Boleh lah aku korek lagi rahsia-rahsia terbesar ladang ni..sepanjang aku hidup ni aku tertanya-tanya, macam...apa yang berlaku kat makanan kita sebenarya..dorang buat apa kat benda tu smpai boleh eksport atau import kat negara lain....populasi dunia bertambah dari hari ke hari tapi kenapa dia boleh letak harga mahal-mahal weyhh...pokai duit...ataupun aku nak juga tanam-tanam mana tahu aku berjaya jadi jutawan juga kee..hehe. Hebatkan!

Jadi apa yang dah kita ada ni, adalah hadiah yang terbaik. InsyaAllah kita sama-sama pon bleh buat.

"Kalau kita tak disibuk kan dengan penatnya mengejar ilmu  jadi kesibukan apa lagi yang kita nak?"

Now, korang yang baca ni lah yang boleh ubah pemikiran dunia....jadikan ia lebih baik seperti agama kita sendiri nak kan. EVERYTHING is based on Him.




P/s: Esok2 kalau ada orang tanya lagi ko amik kos apa jawab macam ni... "SAYA AMIK KOS DIPLOMA PLANTING INDUSTRY AND MANAGEMANT' atau "SAYA DARI  FAKULTI PLANTATION AND AGROTECNOLOGY MOKCIKK" haaaa.. baru gempakkan biar bagi kau kau punyer english..haha. Sekian~

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...