Kerana itu adalah ujian yang berat buat dia,
Bilamana si pemerhati sendiri menganggungkan apa yang dilihatnya,
Kecantikan itu tetap bukan milik mu.
Duhai sahabat,
Letaklah cemburu mu itu di dlm hati,
Tahan agar ia diperhitung oleh tuhanmu,
Dia lebih cemburu andai kau masih lagi mengganggap ciptaan itu yg paling cantik,
Walhal kecantikan Allah itu lebih hebat,
Tidak mampu kau membayanginya,
Malah kau tak pernah terfikir,
Bagaimana kah kecantikan itu membawa kamu ke arah-Nya?
Ya Allah, kami masih kurang bersyukur,
Hakikatnya Allah menyembunyikan keindahan rupamu yang sebenar di Luh mahfuz,
Sungguh penduduk dunia tidak akan sesekali melihat kecantikan mu disini,
Kerana yang memiliki hati yang Allah izinkan untuk melihatnya yang akan berasa terpesona,
Bukan semua, biarlah yang satu,
Andai itu masih lagi tidak memuaskan hatimu dengan takrifan kecantikan,
Satu hari nanti kau akan faham,
Bukan dengan wajah yang cantik yang kau inginkan,
Tetapi rasa indahnya bila hanya Sang Pencipta sendiri yang meletakkan kamu bersama dengan peneman mu yang sebenar,
Namun sebelum kau berjumpa dengannya,
Bersiap-siap lah dirimu agar kau menjadi yang terbaik di dunia ini.
Wahai soleh dan solehah.
Hidup kerana tuhan mu, apa sahaja yang diberikan pasti kau akan terima
Kerana sebentar lagi kita semua akan merasai sakitnya meninggalkan tubuh dan jasad ini,
Tiada lagi peduli akan indahnya kamu,
Hanya apa yang merisaukan adalah apa jawapan yang ingin kita jawab andai ditanya
"Untuk apa kita menjadi cantik waktu kita hidup?"
Sedangkan diri masih lagi lemah dalam mempercantikan ibadah kita.. nasihat ini buat penulis yang masih lagi belajar lagi erti kehidupan. Sama2 kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment