Monday 23 March 2020

apa yg aku buat ni?

Aku tertanya-tanya betul ke apa yg aku buat? Kadang aku rasa mcam aku kena tutup mulut ni bagi diam. Tak perlu la nak bagi semua benda yang remeh-temeh. Ye, memang aku nak buat orang mcam "okey ko dah besar,jadi selesaikan la sendiri" Tapi entah lah aku tak boleh. Aku mesti kena bagitau dari A sampai Z. Tak sampai hati nak tengok orang tertanya-tanya dan terkapai-kapai tak tahu apa benda. Bagi aku selagi aku boleh tolong, terangkan segala-galanya aku akan tolong sampai ke akhir. Sebab selagi Allah izinkan  kemampuan aku untuk memberi selagi tu lah aku akan bagi. Walaupun ikutkan macam tadi "Ko carilah sendirikkk"(sombong betul bunyinya -.-'). BOLEH JE..HAHAHA

ISHX3.. tapi tak baiklah kita sembunyikan satu kebenaran pada orang yg hati dia tulus mulus nak tahu. Biarlah ilmu yg kita faham tu bernak pinak dan berganda-ganda kat orang lain pula. Jangan kedekut dan biarkan kefahaman tu sampai kat kita je. Jangan biarkan ia berhenti kat situ ok..mereput kat sini tak kemana. Hilang tanpa berita.Mati begitu aja?. Rugi woo..

Bagi aku, ini adalah satu kepuasan apabila ada juga insan yg faham dan boleh brain apa yg kita cakap. Nampak dia bahagia gembira pun dah cukup dah bagi aku. Seakan-akan itu satu aura positif dan ubat untuk aku pun berjangkit sama.. (tapi bukan Corrono virus tu eh). 

Cakap pasal COVID-19, aku pun sama dah hari ke-8 tak keluar langsung dari rumah. Sedang semua dilanda dengan pelbagai perasaan dan emosi...kat youtube,kat status whatsapp yang menimbun² cerita pasal 'jgn degil, duduk je rumah, taatlah pada arahan pemimpin pastu kaitkan dengan hadis Rasulullah s.a.w pasal wabak kat satu negeri kita yg dilanda ni jangan keluar atau pun pindah ke tempat lain ataupun kita pergi masuk pula kat tempat yang ada wabak...huhuhu. jangan cari penyakit awok² sekalian. Dan jangan kita pula jadi faktor penyakit tersebar..kesian kat generasi kita yang akan datang nnti. Mudahkan lah saudara kita yang lain. InsyaAllah allah akan permudahkan urusan kita pula. Amin.

Setakat ni aku tak jumpa lagi mask tu kat kedai.. aku harap ada la nnti bila stok dia datang.

harap korang bertahan ye. Kita pasti boleh jayakan 14 hari ni. Bersama-sama. INSYAALLAH. Harap pembaca aku pun sihat time baca ni.. selagi penulis ini masih ada mood nak menulis.. aku akan tulis dan biar kan jari jemari ini menari-nari diatas pentas keyboard ini.. nnti jangan lupa baca entry² aku yg lepas dan komen je mana² yg nak dikomen.

Alhamdulillah, walaupun aku dikuaraintinkan sebegini, aku rasa ni ada ujian yang berhikmah, sebab aku boleh siapkan semua latihan praktikal aku punyer kerja. Bayangkan lah aku dah la praktikal x de cuti dan sekarang aku ada bnyk masa untuk siapkan semuanya dalan masa sebulan sebab universiti aku bagi aku cuti lagi 2 mingggu pula.termasuk cuti mid sem break. Doakan aku dapat siapkan.. bnyak godaan la..

Stok makanan pula,aku guna apa yg ada je sebab memang dah tak keluar langsung. Time ni la maggie nmpk sedap dan lazat walhal bnyk ajinamoto.
 Bila perut dah lapar, orang pon nmpk sedap. (Gurau²) n makanan bukan hal milik sendiri pun nampak sedap juga.. hehe

Tapi apa pun aku harp semua sihat dan teruskan semangat rehat kat rumah
Tambahkan dan pelbaiki amal ibadah. Amin ya rabbal alamin...

Sekian

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...