Assalamualaikum w.b.t
Untuk skop kerja pula bagi yang perempuan, menurut informasi yang saya dapat setakat ni. Skop pengurusan ladang adalah yang meluas untuk jangka masa yang panjang. Kita boleh pergi kemana saja lepas diploma ni, nak kerja under kerajaan, swasta dan business sendiri pon boleh (sebab ada subjek entrepeneurship dalam ni) Dan paling popular biasa senior perempuan yang dah habis belajar diorang memang minat nak ambil bahagian pendidikan.
1)Maksudnya jadi lecturer. Dan benda ni memang diperlukan untuk bekalan tenaga pengajar di masa hadapan sebab kita dah ada ilmu, yang kita dah sedia ada faham, jadi kena sebarkan kat generasi yang seterusnya untuk junior-junior yang lain. Lecturer yang mengajar ni sebenaranya adalah senior saya juga yang sekarang tengah cuba habiskan master dia. Dia jadi lecturer untuk subjek account kat universiti masa saya diploma dulu dan memang expert bahagian kira mengira ni. Boleh juga ajar dalam subjek yang ada kaitan dengan plantation contohnya, subjek disease dan weed. Ada juga lecturer yang paling senior dah dapat jawatan tinggi-tinggi sebagai pensyarah dan penasihat.
2) Boleh jadi penyelidik (researcher). Bagi pelajar perempuan yang dah habis belajar samada diploma ataupun degree atau master PHD semua, korang ada peluang yang besar untuk jadi pegawai penyelidik. Contohnya dekat agensi Plantation di Malaysia under kerajaan, Lembaga Koko Malaysia, MARDI, Lembaga getah Malaysia. Mereka memang berbesar hati nak terima kehadiran pelajar yang ada basic ladang ni sebab kita dah belajar dan kaji kat makmal pasal penyakit pokok dan apa langkah pencegahan untuk kurangkan masalah pokok tu. Ala-ala saintis gitu. Dan mungkin juga kita akan jumpa penyakit baru yang memang satu dunia baru tahu kewujudan dia. Dan masa ni lah kita sebagai researcher sangat diperlukan untuk sumbangkan tenaga cari idea baru dan alternatif untuk menjaga kualiti pokok kat Malaysia dan luar negara.Bukan tu je, boleh juga kita cipta alat baru yang membantu para petani dan pekebun luar sana. Kiranya perempuan boleh tolong dari bahagian atas (Reseacher officer) dan nak masuk ladang untuk tengok keberkesanan research yang kita dah buat pun bukan satu masalah. Sebab ada tanggungjawab juga jadi penyelidik ni untuk kita pantau keadaan ladang. Tapi saya ada juga tanya pegawai2 wanita yang pernah saya praktikal dulu, dorang kata seronok jadi penyelidik dan juga pemantau ladang sebab tak bosan. Yang penting hati kena kental sebab kita jaga hak orang-orang kampung juga. Itu tanah mereka dan kita cuma nasihatkan apa yang terbaik. Pendek citer.. jadi reseacher ni (kita bnyk menasihati disamping mengkaji).
Dan ada perbezaan juga kalau kita ada sijil spm dengan master, biasannya pangkat pun akan berbeza walaupun kerja kat tempat yang sama.
3) Jadi penyelidik untuk bidang yang lain, contohnya bahagian patogenetic(bahagian2 penyakit pokok yang kita kena duduk kat makmal, pakai baju lab, guna miroskope semua) ada biotech juga (yang ni memang kena betul2 datang dari pelajar matrik dan memang pure pandai biologi).
4) Yang perempuan biasanya ada peluang besar untuk dapat bahagian administration (pentadbiran). Yang ni dia sebenarnya lebih dari sekadar admin yang biasa2 sambut2 tetamu tu, dia admin yang paling penting untuk keseluruhan organisasi dalam pejabat dan ladang. sebab diorang akan kawal bahagian jumlah kemasukan hasil ladang melalui data-data yang kita dapat. contohnyakan, yang penyelidik tadi point yang ke-2 dah check situasi ladang n selidik semua. Kita akan teruskan dengan kutip hasil dari para pekebun yang datang ke plantation untuk dapat kan pembayaran. jadi kat situ kita yang admin ni akan berperanan untuk simpan data tu untuk bulan ni punyer. dan susun betul2 dalam database kita. jadi kalau kita memang pandai bahagian database komputer. ni adalah skop kerja yang bagus untuk cuba.
Setakat ni itu sahaja yang saya tahu dan boleh kongsi dengan korang, maaf jika ada sebarang kekurangan atau kelemahan dari segi informasi yang saya bagi. Kalau ada yang saya salah minta tolong betulkan ya. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk semua yang nak tahu pasal course 'Diploma Planting Industry and Management' ni. Moga apa yang bermanfaat itu adalah untuk kebaikan kita semua. Dan tak kira apapun kerja, yang penting kita betulkan niat, kita kerja untuk dapat rezeki yang halal dan ingat tak semua orang dapat peluang macam ni. Dan setiap usaha susah payah kita itu bukan lah sia-sia pasti akan berbalas satu hari nanti.InsyaALLAH.
Sebenarnya saya dapat ilham untuk jawab persoalan ni daripada seorang pembaca yang bernama Sora. Dalam article saya sebelum ni ada terkandung mesej dari beliau. Bakal peneraju mahasiswa Malaysia. KLIK SINI
Sebenarnya saya dapat ilham untuk jawab persoalan ni daripada seorang pembaca yang bernama Sora. Dalam article saya sebelum ni ada terkandung mesej dari beliau. Bakal peneraju mahasiswa Malaysia. KLIK SINI
Untuk sora, saya baru perasan tulisan ni rupanya panjang sangat pula. tak boleh nak send kat bahagian komen. Jadi saya tulisnya di sini. Terima kasih kerana bertanya ye. Dan kepada yang lain yang nak bertanya, jangan malu-malu untuk mengajukan soalan anda.
Sekian
Sambungan boleh klik link ini ya "Kepada yang bertanya....pasal kerja ya? (episod 2) "
No comments:
Post a Comment