Assalamualaikum w.b.t
Siapa yang baca ni mesti tengah study online juga kan? Adakah korang menatap laptop 24 jam untuk siapkan assignment? Habiskan bateri fon untuk video call, google meet and semua yang video dalam tu?
Jika jawapannya ya, teruskan membaca.. okey
Setakat ni, alhamdulillah online study ni dah okey sikit berbanding minggu lepas.Sebab yang lepasnya rasanya tak biasa dengan masa belajar even ikut jadual yang sama. Kadang tu ada apps yang belum download. Jadi macam nak pilih sama ada guna laptop atau fon? Last2 guna fon je sebab lebih laju. Dan cabaran bila guna media sosial ni adalah rangkaian internet.. dia best cuma kadang ada certain part tu terputus-putus dan tak dapat dengar sangat suara dalam kelas online.
Siapa yang setuju? Ke semua okey je
Tapi part kelakarnya bila dengar kawan-kawan gelak dalam tu mungkin sebab nak memeriahkan lagi kelas dan kita pon dah lama tak jumpa kan. Yang ni aku terpaksa tutup mic sebab nak gelak je..haha.
Harap semuanya sihat kat luar sana tu.
Sekarang ni pun ada test, presentation pon online..Tolong doakan kami berjaya dunia akhirat..amin.
Dan akhir sekali, cuba kita sama2 merenung sedalam-dalamnya..
Walaupun ianya cuma online,
Tiada siapa tahu adakah kamu menghadirinya kerana rasa pentingnya menuntut ilmu,
Adakah kamu sedang berada di dalam kelas tersebut atau sekadar hadir namun enggan memaksa diri mendengar pengajaran dari seorang yang berilmu?
Tiada siapa tahu adakah kamu yang berada disebalik skrin itu kerana kamu 'hide video'
Jujurlah sahabatku,
Walaupun ianya cuma online,
Hadirlah seawal yang kamu mampu ke sana,
Bayangi diri kamu ketika kuliah yang sebenar..kamu lah yg paling terawal,
Walaupun hanya sekadar 'sign in' atau pun 'join meeting'.
Didik hati agar melibatkan jasad ini kehadapan si pendidik yang dipilih oleh Allah,
Bagaimana perasaan kamu ketika kamu membuat temujanji pada jam sekian-sekian,
Ataupun kamu telah berjanji untuk menolong seseorang pada saat ini,
Namun dirinya menolak pertolonganmu
atau dirinya langsung tidak datang,
Orang yang ditunggu itu langsung tidak mahu hadir,
Dan bila ditanya alasanya, jawapannya bagaikan acuh tak acuh,
Langsung tidak berusaha...
Walhal kamu dah tunggu begitu lama.. 30minit, 1 jam..
Masa kamu........dipersia-siakan
Sedih bukan?
Sedih sahabatku,
Jadi jangan sesekali kita buat guru kita macam tu,
Hakikat,
Hakikat,
Sebenarnya dia sangat gembira ketika kamu hadir di dalam kelas,
Dialah yang paling bahagia melihat kamu mencatat setiap yang diajarnya,
Dan dialah yang paling kagum seandainya kamu cuba menanyakan persoalan yang diajarnya,
Itu petanda kamu tekun dan berminat dengan ilmu..niat kerana Allah
Hormati pendidik kita sahabatku,
Dialah guru, pensyarah, ustaz/ah dan insan yang digerakkan hatinya untuk memberi kita pengetahuan,
Hakikatnya dia ingin mengeluarkan kita daripada kegelapan,
jadi kenapa kamu melarikan diri daripadanya?
Kenapa kamu pergi apabila dia sudi menyambut kedatangan mu dengan penuh belas kasihan,
Hormatilah ketika sesi belajar,
Jangan kamu sakitkan hati mereka ketika dia sedang mengajar,
kerana keredaan seorang guru itu yang membuatkan Allah juga turut reda untuk membantu kita faham,
Jagalah lidahmu ketika berkata-kata,
Jaga lah adab dan akhlak (perbuatan) mu ketika belajar,
Akhir sekali,
Jangan lupa untuk berterima kasih kepada guru kita,
Bukan mudah untuk kita mengajar dengan menggunakan kaedah seperti ini,
Merakam video, menyusun jadual silibuss, mengkaji pemahaman pelajar dan mengejar due date test, quiz dan sebagainya,
Untuk kita..
Student,
Untuk kita..
Student,
Semua ini terlalu baru untuk kita,
Tapi kita tak boleh mengalah,
Biarlah internet itu putus-putus pon,
Ataupun asyik kena kick keluar dalam meeting group,
Menyebabkan kita terblurr dan tak faham sebab tak dengar betul2..
Tak pe,
Asakan kamu ada didalam kelas online itu.
Dan Allah itu MAHA MELIHAT perbuatan-MU.
Dan Allah itu MAHA MELIHAT perbuatan-MU.
Wahai guruku & pensyarahku, aku teramat menyayangimu. Kerana kamu membuatkan aku sedar rupanya terlalu banyak yang aku tidak tahu selama ini. Kamu bagaikan cahaya yang sangat terang datang mengagihkan cahaya-cahaya itu kepada kami semua agar kamu menjumpai jalan untuk pulang. Terima kasih diatas segala pembelajaran dan perjuangan yang tidak pernah berakhir. Aku bersyukur kerana dikurniakan dengan guru-guru yang sangat hebat pada usiaku yang sebegini. Aku kagum dengan semangat mu membekalkan kami ilmu kedalam diri kami. Sungguh tinggi darjat orang-orang yang diberikan kefahaman oleh Allah s.w.t. Allah memberikan kemulian kepada mereka. Mereka lah pendidik yang terpilih. Benar orang yang berilmu itu sangat merendah diri, penyabar dan rajin mencari teknik agar kami berjaya faham akan semuanya. Namun, aku memohon maaf andai aku masih lagi tidak faham akan sesetngah perkara.. wahai guruku doakan kami berjaya dunia dan akhirat.
Study online...tanpa disedari sebenarnya menyerlahkan sikap penyayang yang ada pada setiap pendidik yang kita kenali. Semakin hari semakin mencintai mereka. Cubalah renung-renungkan...masa yang dikongsi bersama guru kita sepanjang kite beronline. Itu adalah satu pengorbanan yang besar... (sama ada video, edit, comment, upload lama2 semua bahan pengajaran, cipta soalan, tanya khabar, dan menunggu kehadiran kita) Tiada siapa boleh lakukan semua itu, kecuali Allah S.W.T yang mengkehendaki akan sesuatu.
Semoga semua nya berada dalam keadaan yang sihat dan sesi ini dipermudahkan. Amin.
Sekian