Saturday 9 May 2020

Kesibukan

Aku rasa macam terlalu sibuk dengan dunia,
Buka whatsapp, scroll baca satu² group, tiap² status, balas mesej semua,
Pastu dah habis sambung pula tengok ig,
Scroll lagi tengok tiap² followed yg baru update, 
Buka itu ini share like update lagi kat story,
Dah bosan buka pula youtube,
Layan lagi youtuber, music dan subsribes like,
Comment,
Pastu smbung tengok tv,
Try masak macam² ikut resepi tapi tak kebanyakannya tak jadi,
Membazir buang,
Jadi pun tak siapa yang sudi makan
Huuu,
Pastu baru sedar kerja banyak tak siap lagi,
Malam baru nak buat, dengan rasa mengatuk,
Last² tak jadi buat terus masuk tidur,
Sungguh banyak kelalaian yang dibuat oleh tangan ini, 
Kadang tu rasa macam aku disibukkan dengan semua benda ni,
Semua ni kadang ada macam² perasaan gembira, sedih, sakit hati, marah, benci, iri hati,
Semuanya membunuh jiwa dan emosi,
Apa yang dah terjadi pada diri ini yang sepatutnya dihabiskan untuk menuntut ilmu,
Mengguna nikmat masa kesenangan ini untuk Dia  tetapi masih lagi gagal untuk berbakti,
Malu nak cakap,
Tapi itulah yang terjadi, tak kira la bulan ramadhan ataupun tak,
Nafsu diri takkan pernah mati sepanjang hidup ni,
Semua yang kita rasa sebenrnya adalah mainan otak kita...
Kita yang memilih untuk bergerak seperti itu,
Terdetik dihati rasa risau bila tiba saatnya nnti,
Aku pun akan mati dan meninggal semua gelutan ini,
Tentu perjalanannya sangat panjang,
Seorang diri melalui alam abadi,
Nasib masih dirahsiakan,
Aku takut sekiranya persoalan didunia ini tak mampu aku jawab di akhirat,
Apa yang aku tinggalkan untuk umat,
Apa usaha aku untuk mencapai cinta Allah
Tak mungkin aku nak jawab 'Tiada'
Tapi perbuatan aku macam menjerumus kepada tidak buat apa²,
Ya Allah ampun kan segala dosa ku ya Allah,
Selamatkamlah kami semua dari azab api neraka mu,
Kadang aku turut sama rasa ramai yang membenci aku,
Ramai tak suka siapa aku,
Tapi sepanjang aku hidup aku pelajari banyak perkara,
Kepada yang membenci aku, biarlah mereka buat suka hati mereka,
Aku tak mampu mengubah perspektif itu,
Yang boleh mengubah hati seseorang itu hanyalah Allah,
Teruskan menunjukkan kebaikan sepanjang ranjau kehidupan ini,
Mungkin ramai yang menyampah bila aku selalu bercerita tentang islam,
Tentang apa yang aku jumpa dalam Al- Quran,
Tentang apa yang aku dengar dari pelbagai pembelajaran dari ustaz dan ustazah,
Tentang apa yang aku dapat dalam buku-buku hasil penulisam pendakwah,
Tak ape,aku terima semuanya,
Semoga yang berkesempatan mendengarnya juga dapat memahaminya melebihi diri ku sendiri,
Aku rasa sangat cemburu melihat mereka yang ada peluang seperti ini,
Biar pun ianya menyentap sanubari,
Sekurangnya ada yang sudi memperingatkan tentang Allah kepada kamu,
Kamu sangat bertuah teman ku,
Waktu ku dulu peluang seperti ini sangat tipis,
Mereka yang baik wujud, tapi kehadiran mereka tetap tidak diambil iktibar,
Dengan pelbagai benda yang menghanyutkan mudah sekali membawa diri yang tak kuat iman itu lemas sekali bersama² dengan maksiat dan kelalaian yang tersembunyi,
Yang kadang kita juga tak tahu dan ragu²,
Sebab utamanya kita tak mencari langsung ilmu agama itu,
Hukum² yang kita baru nak tahu sekarang,
Belum terlambat,
Ramai yang anggap usia muda ni ilmu tak banyak dan tak layak untuk menyampai  perkara macam ni
Salah tanggapan tu,
Cuba fikir balik,takkan semuanya nak serahkan kat alim ulama'
Kalau kita sedar benda tu salah,takkan kita nak biarkan,
Takkan kita sorang je nak lepas diri dari semua tu,
Kasihan saudara kita yang lain,
Sekurangnya kalau bukan satu separuh pun jadilah kesan itu,
Semoga keturunan kita semua menyedari betapa pentingnya agama ini,
Aku rasa bersalah bila tengok benda yang salah tu masih lagi wujud kat sekeliling aku,
Aku tahu dalam usia yang muda ni macam tak layak nak bagi hujah dan komen pasal urusan orang lain,
Tapi selagi aku hidup aku akan cuba untuk menegur ikut kemampuan aku,
Diri ini juga masih melakukan kesalahan, namun aku ingin kita sama² bangun membetulkannya,
Memperbaikinya semula,
Bila kita yang berubah,
Berubah mencari cinta Allah,
Pasti kita akan diuji dengan ujian,
Ujian sahabat, ujian perasaan, ujian kemiskinan, ujian kesibukan
Tak kan ada yang terkecuali
Sedarlah hidup ni bukan tempat untuk main-main.
-sekian-

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...