Friday 29 May 2020

Lebihan Assignment


At the end of 2019, Central Bank of Malaysia said that Campur tangan dasar yang signifikan diperlukan untuk memberikan sokongan kepada individu, isi rumah dan perniagaan bagi mengelakkan gangguan yang sepatutnya bersifat sementara menjadi kekal. Sokongan sedemikian bertujuan mengelakkan kegagalan perniagaan secara meluas yang boleh menyebabkan kesan yang lebih berpanjangan kepada ekonomi, biarpun krisis kesihatan ini sudah reda.
Berdasarkan perkara inilah Kerajaan dan Bank telah bertindak balas dengan pantas menerusi gabungan langkah monetari, kewangan dan fiskal. Bagi pihak Kerajaan, dua pakej rangsangan ekonomi yang besar telah diperkenalkan. Inisiatif ini bertujuan menyokong pendapatan isi rumah dan melindungi pekerjaan, khususnya melalui program seperti pemberian tunai Bantuan Prihatin Nasional dan skim subsidi upah bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengekalkan pekerja. Bagi komuniti perniagaan, langkah-langkah seperti kemudahan jaminan pinjaman yang khusus, kos utiliti yang lebih rendah dan penangguhan pembayaran cukai pendapatan akan membantu mengurangkan perbelanjaan perniagaan dan meringankan beban aliran tunai PKS dan syarikat korporat yang terjejas.
Beberapa langkah untuk membantu pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas juga disediakan, manakala iTEKAD diperkenalkan sebagai inisiatif kewangan sosial untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dalam kalangan usahawan mikro B40.

 Hindarkan mengambil kesempatan perniagaan ke atas kelemahan sistem perlaksanaan pakej rangsangan. Dana bantuan kerajaan adalah terhad. Jika syarikat-syarikat masih boleh bertahan dan mempunyai aliran tunai yang kukuh, maka berilah peluang kepada syarikat-syarikat lain yang lebih memerlukan. Contoh lain adalah pemilik-pemilik rumah sewa, kedai sewa dan tanah sewa perlulah menangguhkan bayaran sewaan (atau berikan kadar diskaun) seperti mana manfaat moratorium yang mereka perolehi.


Save money on shopping
-       ekonomi dapat berjalan buat masa ini. Guna scheme kerajaan bagi.
-       Jangan beli secara panic berpada-pada
-       Blajar untuk membuat jadual duit keluar masuk agar tak miskin
-       Menabung dari sekarang
-       Elak kemiskinan dimasa hadapat, beringat sebelum terkena.
-       Kena buat senarai panjang sebelum keluar rumah untuk membeli
-       Survive keluaga dari covid-19
-       Kita tak boleh bergantung sepeuhnya dengan duit kerjaan dan simopanan semata-mata tanpa buaty apa-apa sebab ianya bakal habis untuk jangka masa yang panjang,
-   Jangan lakukan pembelian panik. Lakukan perbelanjaan seperti kebiasaan dan kurang berbelanja kepada barang bukan bersifat keperluan. Pembelian panik boleh menyebabkan herotan pasaran yang akan memberi impak negatif kepada ekonomi. Bekalan barangan akan kekurangan yang menyebabkan harga cenderung untuk meningkat.(Astro Awani, 31 March 2020)
-       Penilaian semula gelagat perbelanjaan bulanan isirumah. Dalam tempoh PKP ini, isirumah tertumpu kepada perbelanjaan berbentuk keperluan sahaja selain komitmen pembayaran hutang bulanan. Kemungkinan bebanan kewangan isirumah sebelum ini dipengaruhi sebahagian besarnya oleh perbelanjaan kepada bukan keperluan yang terarah kepada gaya hidup. Sepatutnya tempoh pasca PKP akan lebih mendidik isirumah lebih rasional di dalam berbelanja.


No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...