Jangan kita lupa yang 'sabar' itu pun merupakan jihad,
Sabarlah dalam mencari ilmu dikala sedang menuntutnya,
Kita tempuhinya bersama²,
Siapakah 'kita'?
Roh dan jasad yang dipinjamkan oleh Allah buat kita,
Amanah yg tidak semua berpeluang,
Nikmat yang tidak mampu dihitung,
Sedangkan dalam diri kita,
Allah telah membeli jiwa dan harta dalam hidup kita,
Maka laluinya dengan jihad & sabar yang kuat dan teruskan mara kehadapan,
Kerana syurga itu untuk orang² yg sabar dan berjihad di jalan Allah,
Jihad?
Jihad itu bukan hanya menghunuskan pedang dan bersenjata,
Tetapi jihad yg dimaksudkan adalah...
Jihad melawan hawa nafsu sendiri,
Hawa nafasu la yg banyak mengarahkan hati ini kearah keburukan,
Suka melihat kita semakin menjauhi agama Allah dengan sifat² yang lalai.. dan tidak baik,
Mengumpat, melihat perkara yang haram, meninggalkan solat dengan sengaja, malas, sombong, tidak menghormati guru²,ibubapa, riak, menipu, tidak membantu anak², isteri, suami dan banyak lagi,
Tapi satu je kita kena ingat,
Jika hawa nafsu mengingatkan kita tentang keindahan dosa² lalu,
Jangan kita teruskan,
Pejamkan mata dan cuba melakukan perkara yang lain,
Banyak kan mencari ilmu tentang agama,
Kerana tidak semua benda kita tahu,
Ilmu asas kita perkukuhkan,
Ilmu yang baru diperjalari kita menelaah dan menghadirinya dengan sabar,
Jika ada peluang belajar bersama guru,
Dan lihat sifat² guru itu begitu menenangkan hati,
Melihatnya sahaja membuatkan kita teringatkan akan Allah dan Rasullullah,
Terasa ingin menguatkan ajaran islam dalam diri,
Maka rebutlah peluang itu,
Kerana guru² seperti itu sebenarnya Allah hantar buat kita,
Agar kita dapat mengambil hikmah daripada dia,
Moga dengan sebab kita yang memulakan langkah ini,
Nanti Allah akan bagi balasan pahala yang lebih besar yanh dirahsiakan selama ini,
Masa itulah kita akan rasa betapa beruntungnya dulu masa di dunia kita dapat buat itu dan ini,
Penat kita pasti Allah akan balas,
Nanti juga moga ada amal jariah buat sahabat²kita, anak² dan zuriat keturunan kita,
Dengan izin Allah akan ada generasi yang ingin mencontohi jejak langkah kita,
Yang berusaha mencari Cinta Allah,
Meskipun sikit je kita buat perubahan,
Tapi dengan perubahan yang sedikit itulah ianya akan menjadi satu titik yang tersebar luas,
Berusahalah supaya kita berjaya menggapai akhirat Allah yang lebih baik.
Menuntutlah ilmu dan mempelajari untuk kita amalkan.
Ilmu akhirat.
No comments:
Post a Comment