Pernah terfikir tak?
Dalam bising dan penatnya kita bekerja dalam dunia ni,
Sebenarnya kita memang hidup sorang²
walaupun nampak macam kita di kelilingi oleh manusia, keluarga, kawan² dan dengar bunyi,
Sebenarnya apa yang kita buat ni ,
kita bergerak secara kesorangan,
Kita buat semua perkara ni untuk diri kita sendiri,
Cuba bayangkan dalam peti minda dan daripada sudut pandangan hati,
Dalam kita mengejar kebahagiaan,
Kalau kita bagi hadiah, sebenarnya hadiah tu untuk diri kita sendiri,
Kalau kita buat baik, sebenarnya kebaikan itu untuk diri kita sendiri,
Kalau kita tolong orang, sebenarnya kita sedang tolong diri kita sendiri,
Kalau kita sabar, sebarnya kita sedang menabahkan dan kuatkan diri sendiri
Kalau kita bersyukur, sebenrnya rasa kecukupan itu untuk diri kita sendiri,
Hidup,
Seperti melihat pantulan cermin di sisi,
Jadi amatlah besarnya peluang untuk berbuat baik pada diri sendiri.
Lantas dalam percubaan kita untuk lari daripada keraguan,
Bukan ke buat yang sebaliknya itu tak mendatangkan apa² buat kita?
Cukuplah dengan membalas paku dengan pahat,
Kerugian bukan pilihan.
Kita sebenarnya tak banyak masa di sini,
Mungkin kita rasa hidup terlalu lama,
Tapi hakikatnya ia sekejap sahaja,
Sementara,
Usia yang muda ini,
Isi lah dengan ilmu yang bermanfaat dan berguna,
Belajar lah perkara yang boleh membantu generasi kita di masa akan datang,
Jika bukan anak dari darah daging kota sendiri,
Yang terkesan dan merasai pengorbanan itu mungkin adik beradik, saudara mara dan anak buah kita,
Jadi pandangan tentang satu kebaikan yang kecil itu,
Hakikatnya adalah titik permulaan untuk kebaikan yang lebih besar,
Maka teruskanlah melalui hari dan semnagat yang baru,
Perbaiki diri di samping kita sama² melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.
"Buatlah kerana Allah, bukan kerana manusia"
-yang membaca ini, insan yang terpilih-
No comments:
Post a Comment