Thursday 15 July 2021

Bukan "Kalau"

Usah mengatakan "Kalau" lagi,
Kerana pasti ada bahagian untuk diri mu,
Yang hanya engkau miliki,
Jadi mengapa membandingkan takdir itu?
Sedangkan engkau juga punyai kebahagiaan yang tersendiri,
Engkau telah melalui pelbagai kisah dalam detik di masa lalu,
Tiada yang mungkin boleh memadamkan sejarah itu mahupun memahaminya,
Yang mengenali hanya memandang dan yang tidak mengenali akan menghiraukan,

Biarlah semuanya beralih ke arah yang lain,
Tetapi engkau tetap terus kehadapan,
Kerana hanya engkau yang tahu bait dan hikmahnya,
Diri ini  tak mungkin mampu digantikan dengan yang lain,

Maka hari ini adalah hari untuk membina sebuah kebangkitan buat diri,
Maka bangkit lah berdiri membina impian baru,
Engkau pasti punya cita² bukan?
Meskipun ia sering berubah dan tidak sama seperti waktu kecil,
Biar cita itu bukanlah seperti sangkaan,
Namun jika engkau gembira melakukannya,
Maka lakukanlah, 
Lakukan dengan dengan sepenuh hati mu,
Bukan kerana jumlah habuannya yg membuat mu cekal,
Namun setiap perkara dan kepenatan yang engkau luahkan disepanjang pekerjaan itu,
Mendapat kebaikan dari sisi Allah,
Indahnya hidup ini jika..
Apa yg kita dapat itu adalah lebih daripada si perlaku yg lain,
Dua perkara yang indah disepanjang pengembaran bergelar manusia,
Satu,  Allah redha,
Dua, pahala yang melimpah ruah dan keampuanan-Nya,
Dan yg lain² itu adalah bonus buat diri sendiri,

Wahai teman,
Jagalah diri mu,
Daripada hari demi hari yang mampu membuatkan kita sering berubah fikiran,
Usahlah engkau menghiraukan akan kritikan tentang kamu,
Pandanglah dari sudut positif akan dirimu,
Kerana setiap perkara yang gentir itu akan ada kemudahannya di kemudian hari,
Ianya bakal tamat,
Akan ada tarikh luputnya,
Engkau akan menitipkan sebuah kata² kebebasan,
Yang dihiasai senyuman kegembiraan,
Saat itu pasti tiada yang mengubah apa yg engkau telah dapat,
Kerana engkau layak untuk menerimanya diatas segala kesabaran,
Kata syukur yang tiada penamatnya,

Engkau pasti akan menemui hari itu,
Bangkitlah,
Engkau adalah insan yang berguna untuk anak dan cucu mu,
Pasti engkau akan menemui 'sesuatu' yang dicari.

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...