Firman-Nya, "Sisa (yang halal) daripada Allah adalah lebih baik bagimu...." (Surah Hud, 11:86). Ibnu Abbas r.a berkata, yang bermaksud "Rezeki yang diberikan Allah SWR (yang halal) itu lebih baik buat kamu" Menurut Al-Hasan,"Rezeku yang diberikan Allah SWT leboh baik daripada kamu menipu orang lain". Menurut Ar-Rabi' bin Anas, "Perintah daripada Allah SWT itu lebih baik bagi kamu".
Abu Jaafar Bin Jarir mengatakan, "Sisa (yang halal) daripada Allah lebih baik bagi kamu...."(Surah Hud, 11: 86) iaitu, kelebihan yang kamu dapatkan berupa keuntungan setelah kamu melakukan sukatan dan timbangan yang jujur, itu lebih baik bagi kamu daripada mengambip harta orang (dengan menipu). Dia berkata, "Hal ini diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a"
Menurutku, makna ayat ini seperti firman Allah, "......Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak daripada keburukan itu menarik hatimu....." sehingga akhir ayat (Surah al-Ma'idah, 5: 100).
Dan firman-Nya, "...Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu." (Surah Hud, 11: 86) iaitu tidak memgawasi dan tidak menjaga. Maksudnya lakukanlah semuanya semata-mata kerana Allah SWT. Janganlah kamu melakukanya hanya kerana ingin dilihat oleh orang lain, tetapi lakukanlah semata-mata kerana Allah.
(Ibnu Kasir, Tafsiru'l Qur'ani Azmi, Jilid 7, 1421 H/2000 M: 460-461)
No comments:
Post a Comment