Tuesday 28 February 2023

Solat Qasar Dalam Perjalanan

Firman Allah (Dan apabila kamu bermusafir di bumi...) Maknanya, apabila kamu mengembara jauh ke sebuah negeri, (... maka tidak berdosa kamu mengqasarkan solat...) iaitu kamu diberi keringanan untuk melaksanakan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat, sebagaimana yang telah difahami oleh jumhur ulama daripada ayat ini. Walaupun mereka berbeza pendapat tentang perjalanan yang bagaimana yang dibenarkan untuk memendekkan solat. Firman Allah (... jika kamu takut diserang oleh orang kafir.. ) Keadaan ini hanya menggambarkan keadaan yang biasa terjadi sewaktu ayat ini diturunkan. Kerana pada permulaan islam setelah hijrah biasanya perjalanan kaun muslimin dipenuhi dengan ketakutan terhadap serangan musuh, bahkan mereka tidak mengadakan perjalanan kecuali untuk menghadapi peperangan atau di dalam rangka misi  pengintipan. Sehingga sebahagian waktu dihabiskan di dalam peperangan.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ya'la bin Umayyah dia berkata, " Aku bertanya kepada Umar Bin Al-Khattab r.a. tentang firman Allah (... maka tidak berdosa kamu mengqasarkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir...) 

Padahal sekarang orang-orang islam sudah di dalam keadaan yang selamat. Maka Umar r.a. berkata kepadaku, "Aku pun pernah berasa hairan sebagaimana engkau harirankan, lalu aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang perkara tersebut. Tetapi baginda bersabda, "Itulah sedekah yang Allah berikan kepada kamu, maka terimalah sedakah-Nya."

Abu Bakar Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata, "Kami solat bersama Rasulullah S.A.W di antara Mekah dan Madinah dua rakaat, padahal ketika itu kami di dalam keadaan selamat." Imam Bukhari meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a. dia berkata, "Kami pernah bermusafir bersama Nabi S.A.W dari kota Madinah menuju kota Mekah. Sepanjang di dalam perjalanan itu baginda melaksanakan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat, dua rakaat sehingga kami kembali ke Madinah. " Aku (perawi) bertanya, " Berapa lama kamu semua menetap di Mekah?" Dia menjawab: "Kami menetap di sana selama sepuluh hari." 

[ Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'ani 'Azimi, Jilid 4, 1421 H/2000 M:236- 239 ]

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...