Tuesday 2 April 2024

PART 2 - Pengalaman Mengandung (Buka Buku Pink)

Assalamualaikum w.b.t semua 

Pengalaman buka buku pink aku masa minggu yang ke-9 dekat klinik kerajaan berdekatan dengan tempat tinggal. Rasa best sebab tak ada ramai orang tapi adalah memakan masa selama 4 jam untuk siapkan semua ni.

Sebelum nak ke sana aku dah sediakan semua dokumen yang diperlukandan  letak dalam 1 fail. Contohnya:-

1) Kad Pengenalan
2) Slip bil elektrik/bil air (untuk tengok alamat rumah)
3) Sijil Nikah yang original
4) Gambar Scan Baby Week ke-6 (buat dekat klinik swasta kena charge RM50-RM60)

Dokumen ni akan diperlukan sebagai rujukan nurse dekat klinik tu. Memandangkan waktu aku datang pun awal pagi pukul 8 pagi macam tu, aku terus jadi orang pertama yang dipanggil untuk masuk bilik Doctor (DR)

Dia tanya macam-macam pasal kesihatan aku, ketinggian, berat, alamat rumah terkini, tarikh pertama dalam tempoh terakhir period, sejarah penyakit diri/keluarga, pekerjaan suami isteri, alahan, emosi dan lain-lain.

Alhamdulillah semua dah siap lepas tu, Dr bagi ubat tambahan dekat aku yang WAJIB dimakan satu kali sehari. Makan sebelum 2 jam waktu makan ataupun selepas 2 jam waktu makan. Macam aku aku lebih prefer makan waktu malam sebelum nak tidur.

Elakkan minuman berkafein seperti air teh, kopi dan kurang-kurangkan coklat. Kena patuh arahan ni supaya ubat yang nurse bagi tu berkesan dan diserap baik oleh tubuh badan. Biasanya ubat tu tujuan dia untuk menambahkan nutrisi badan dan juga mengawal alahan/loya muntah semua tu.

Nama ubat tu macam bawah ni:-
1) Asid Folik
2) Vitamin B12
3) Tingkatkan bacaan HB darah ( hemoglobin/darah merah)
4) Vitamin C

Seboleh-bolehnya dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti sebab janin kita masih memerlukan kita untuk kekal sihat dan membesar dengan baik dalam rahim. Happykan diri jangan stress-stress okay.

Seterusnya, aku kena ambil darah dekat lengan untuk check bacaan HB darah. Adalah dapat dalam1 tabung uji kecik tu. Terus kena pergi ke makmal untuk dapatkan keputusan. Kalau lebih daripada >11 itu tandanya sihat. Kalau kurang daripada < 10 itu tak sihat. Alhamdulillah aku sihat dan normal 12. Rahsia dia kena banyak-banyakkan makan ikan ataupun ikan siakap masak 3 rasa sebelum pergi buat checkup dekat DR. Ikan tu tujuan dia untuk tambahkan darah. First time masak sendiri guna resepi dekat youtube. Boleh try search nama Che Nom. Memang serius menjadiii bahan pun senang nak dapat dan menjimatkan daripada makan dekat luar.. :D

Akan ada ujian air kencing untuk tengok kita ni ada kencing manis ataupun tidak. Kuantiti dia adalah dalam 1 cawan kecil tu. Dulu ada DR pesan kalau nak elakkan kencing kotor kena banyak minum air masak dan masa kencing tu ambil air kencing yang pertengahan. Jangan ambil yang first keluar sebab tu biasanya banyak kotoran ataupun backteria. Untuk ibu hamil yang ada sejarah keluarga yang ada kencing manis dia kena minum air gula untuk temu janji yang akan datang. Tujuan dia sebab nak tahu adakah insulin kita dapat dihasilkan bila setiap kali kita makan/minum benda yang manis. Sebab kebiasaanya ibu hamil ni pun senang dapat kencing manis sepanjang tempoh kehamilan tanpa dia sedari.

Encik suami pula kena ambil test HIV lagi sekali untuk langkah berjaga-jaga kepada kesihatan janin nanti. Dia punya jari kena cucuk.

Selepas je dapat sesi bimbingan dan kaunseling daripada nurse, diminta untu berbaring sebab nak periksa bahgian perut (ditekan perlahan) untuk tahu kedudukan janin, diperiksa samaada ada penyakit beguk ataupun tidak (sesuatu benjolan yang tumbuh dekat leher kita).

Akhir sekali, dekat bilik yang lain pun sama kena baring sebab nak check saiz janin dalam rahim dengan menggunakan alat scanner ultrasound. DR akan letak jel warna biru dekat perut kita dan akan golek² untuk tengok keadaan sebenar rahim kita. Bahagian sini kena tahan kencing untuk dapatkan gambaran janin yang lebih jelas. DR akan kesan kalau dalam rahim kita sihat, janin tu akan nampak degupan jantung (seakan-akan berkelip), dan saiz janin juga membesar sikit). Nanti dalam screen akan nampak kantung dan janin. Week ke -9 ni perut tak delah nampak bulat besar ke depan tapi boleh la kita rasa macam ada benda tarik-tarik dalam rahim. Kita tahu ada 'nyawa' yang hidup dalam tu.

Habis je sesi temujanji ini, dah boleh balik rumah dengan selamat. Proses ni memang menuntut kesabaran yang tinggi sebab kena tunggu lama. Boleh juga kalau nak bawa buku ke ataupun nak healing-healing dalam klinik kerajaan tu selama menunggu. Buku pink tu pun kena jaga baik-baik dan bawa kemana sahja kita pergi. Buku pink tu kira macam IC kita yang kedua. Gituu.

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...