Tuesday 2 April 2024

PART 3 - Pengalaman Mengandung (Minum Air Gula)

Assalamualaikum w.b.t semua.

Week-10 kena minum air gula sebab ada sejarah penyakit keluarga iaitu kencing manis. Aku tak ada kencing manis setakat ni. Tapi siapa tahu kan... mungkin dalam diam ada. 

Jadi lebih baik kita ikut je prosedure yang pihak Kesihatan Malaysia tetapkan. Mana-mana ibu hamil yang berumur 25 tahun ke atas ataupun yang masih 25 tahun kena periksa dia punya tahap kencing manis. Sebelum ambil ujian minum air gula ni Dr suruh kita puasa dulu bermula pukul 10 malam hingga lah keesokan hari ujian tu. Tak boleh makan apa-apa kecuali minum sikit-sikit air masak. 

Aku kena waktu puasa Ramadham, terpaksalah buka puasa untuk ujian pagi tu dan tak boleh sahur. Kena ganti puasa tu nanti selepas ni sebab dikira darurat perubatan yang melibatkan ibu hamil.

Kena menepati masa pula datang pukul 8 pagi. Better datang awal sebab perut pun dah start lapar dan minta untuk diisi. Pagi tu kena bagi buku pink dekat nurse dan terus ambil darah dekat lengan kiri sebanyak 1 tabung uji saiz kecil. 

Nurse akan minta kita pergi ke satu bilik untuk minum air gula 1 cawan. Kena minum sampai habis. Aku dengar tips ni dari akak-akak youtuber.

1) Dorang kata lebih baik ambil test ni awal pagi sebab time tu air gula tu masih suam-suam panas lagi untuk diminum. Kalau dah sejuk rasa dia lagi tak de selera. 

2) Minum dalam 1-2 teguk dalam 1 nafas. Jangan stop minum.

3) Jangan hidu bau air tu. (Tutup je hidung atau tahan nafas).

4) Jangan lupa baca bismillah sebelum minum

5) Berkumur dengan air untuk buang sisa gula yg melekat dekat dalam mulut.

6) Cuba bertenang walaupun rasa pening kepala, loya dan nak termuntah. (Tahan diri dan nampak cool)

7) Bawa minyak angin dan cari tempat duduk yang selesa untuk berehat.

Aku pun duduk dan try la minum air tu ikut tips atas ni. Mula-mula minum tu rasa dia macam okay sedap. Ada rasa masam manis sikit. Macam air tenaga yg orang selalu bancuh dengan air tapi ni versi manis sangat-sangat tahap potong kaki. Lama kelamaan aku tak tahu kenapa rasa dia sangat tak sedap sampai aku rasa sakit tekak sebab manis sangat. Untuk tegukan yang kedua terakhir tu aku paksa diri minum sambil tahan segala perasaan yang terasa saat tu. Nak minum air masak tak boleh. Jadi terpaksalah hadap.

Lepas habis minum aku pun letaklah cawan kosong tu balik. Rasa terhuyung hayang masa nak kembali semula dekat tempat duduk menunggu (rehat) untuk 2 jam. Aku punya kepala start pening sangat-sangat sampai tak boleh nak main fon ataupun baca apa-apa. Rasa nak muntah tapi aku tahan je semahu-mahunya. Dalam hati doa supaya aku tak de kencing manis dan tak sabar nya nak balik rumah nak tamatkan semua ni. -.-'

Serius manis betul!

Ibu-ibu hamil yang ambil ujian sama macam aku ada yang menghilang satu persatu. Mungkin dorang dah habis dan berjaya tamatkan semua ni. Aku pula dah tak tahan menunggu nak pergi ke tandas klinik. Nak kumur-kumur. Dah sampai dekat singki tandas tu.. nampak ada banyak sangat semut hitam hurung air yang ada dekat situ. Aku pelik. Ada air gula ke kat situ?

Rupanya-rupanya semut tu bukan hurung sebab air gula pun, tapi sebab ada sisa orang kencing manis yang buang dekat sinki tu tapi tak bilas bersih. Kan klinik selalunya lepas ujian air kencing dalam cawan kena buang air kencing tu balik. Aku rasa macam geli. Sepatutnya air kencing tu buang la dekat dalam jamban. Baru lah terjaga kebersihan sikit.

Aku masih tak sanggup nak duduk lama-lama dekat toilet. Takut teruji keimanan untuk muntah.

Bila tamat je 2 jam, terus aku kena panggil dengan nurse untuk ambil darah kali yang ke-2 dekat lengan aku yang sebelah kanan. Dapatlah kuantiti dalam 1 tabung uji saiz kecil tu. Nurse kata dah boleh balik rumah. Aku pun ambil semula buku pink tu dan terus balik. Nurse kata result tu akan keluar selepas 1-2 minggu.

Sejurus aku melangkah masuk ke dalam rumah, terus kaki aku laju pergi toilet sebab nak muntah. Aku muntah sepuas-puasnya. Sampai air gula tadi dah bertukar jadi warna kuning masam dalam perut keluar dari mulut. Mungkin dah bercampur dengan asid perut. Serius banyakkk. Rasa puas hati bila dah keluar. Taksanggup nak biarkan air manis tu lama-lama dalam badan.

Lepas dah rasa lega, aku pun minum air masak dan makan roti untuk alas perut. Dalam tekak masih terasa lagi trauma minum air gula..huhu. mungkin ada hikmahnya. Takut nak makan atau minum benda manis-manis. 

Moga kita semua diperlihara oleh Allah untuk nikmat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah amin.

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...