(SURAH-AL-BAQARAH 2:30)
Monday, 16 March 2020
Penciptaan manusia bukan satu kebetulan tetapi ianya satu ketetapan yang terancang dengan bijaksana
"Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata,'Adakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan merosakkan dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami sentiasa bertasbih dan mensucikan-Mu? Allah berfirman, " Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
Wednesday, 11 March 2020
Tanpa dia , aku tak akan pelajari hari ini
Tak, aku tak nak berhenti,
Disini,
Ia tercipta,
Seperti yg baru,
Kena lalui,
Dalam menuju ke arah pencipta ku,
Segala urusan ku serahkan padamu,
Bersama kudrat yg masih berbaki,
InsyaAllah,
AKU BOLEH
AYUH ISLAM BANGKIT
Tuesday, 10 March 2020
Letak pada hati
Letak saja tidak cukup,
Sesuatu itu perlu dirasai dengan hati,
Ikhlas yang dimaksud kan itu adalah kita memaksa diri,
Paksa hingga tiada yang mampu mematah kan jeritan paksaan itu,
Titik lemah itu akan pudar bersama2 dengan tiap percubaan yang dilakukan,
Hinggakan diri sudah terbiasa.
Ya Allah,
Makin dicuba untuk mencari dimanakah cinta mu berada,
Ujian itu semakin besar dan makin menyempitkan waktu hidup ku,
Aku rasa seperti tiada waktu untuk membuat perkara yang aku sukai,
Adakah ini yg dimaksudkan boleh jadi sesuatu yg aku sukai itu mungkin tidak baik untuk aku,
Aku berharap dengan sepenuh pengharapan agak dikurniakan keredhaan yg Engkau janjikan,
Usia ini,
Tidak akan dimakan usia,
Namun generasi islam akan berterusan smpai ke hari yg tiada waktu untuk diminta pertolongan,
Kerna itu pertolongan yg berbaki ini,
Yg akan ku salurkan kepada sesiapa sahaja yg engkau kehendaki,
Maafkan aku ya Allah,
Dia atas dosa2 ku yg lalu,
Maafkan kerana aku baru menyedari akan sesuatu,
Sesuatu yg telah lama engkau katakan.
Moga dengan segala rahmat mu,
Bulan rejab yg semakin mendekati Ramadhan,kami sempat menyimpan bekalan yang banyak untuk ke sana
Biarlah lah air mata ini di tinggalkan di dimensi ini,
Aku harap dipertemukan dengan apa2 sahaja yang baik.
Wednesday, 4 March 2020
Apabila yg tinggal cuma kamu
Aku tidak meminta semua ini,
Tanpa pengetahuan ku,
Ia dah pun terjadi,
Apabila satu persatu hilang ,
Baru ia mengerti yg hidup selepas mati itu wujud,
Walaupun aku rasa macam2,
Sungguh aku rasa macam2!
Mungkin aku patut cuba satu persatu,
Dan tengok hasilnya,
Kehidupan sebenar yg aku rindu,
Ada pada tahun 2022 nnti,
Masanya insyaAllah akan tiba
Apa yg aku harapkan,
Aku harap aku dapat capai impian aku
Sunday, 16 February 2020
No tajuk
Terlalu sibuk dengan benda lain,
Akan membuatkan kita lupa akan benda yang terpenting di hadapan kita,
Yaitu amanah kita,
Amanah yg Allah suruh kita pegang sampai bila2,
Jaga agama ni baik2,
Dan mulakan dengan diri yg kerdil ini dahulu.
Semoga semuanya jadi yg terbaik dalam hidup ini.. amin
Wednesday, 5 February 2020
Temu janji
Di waktu usia yang muda,
Jangan sibuk bertanyakan siapa jodoh kita,
Namun bertanyalah siapa diri kita,
Adakah kita mampu membina institusi keluarga islam yang sebenar,
Dengan sebuah cinta yang bersandarkan Ya Rabb,
Cukupkah dengan lafaz dan ikatan,
Hubungan ini,
Harusnya kerana ingin meningkatkan lagi ketakwaan kita pada Dia,
Bersama2 memperbaiki hubungan dengan Allah,
Tapi kenapa sebelum ni diajak couple?
Bukan kah itu tetap haram.
Jadi sahabatku,
Jangan terlalu ikutkan jiwa mudamu dalam membuat pilihan,
Jangan kerana rakan membuat perkara itu,
Perkara itu boleh dan dibenarkan,
Salah,
Jika Allah dah kata tak boleh maka ianya tetap tak boleh,
Jagalah dirimu teman,
Jgn terikut dengan budaya barat yang menyesatkan,
Kamu ada keluarga dan si dia pun sama,
Andai kamu masih tidak mampu memiliki si dia,
Jangan mengajak dia keluar untuk berdating,
Kamu tak kan boleh menjaga mata ini daripada melihat,
Kamu tak boleh menghalang diri dari sengaja menyentuhnya,
Kamu tak boleh berhenti dari bercakap dan menegurnya dengan kata2 yang melalaikan,
Kerana suka itu fitrah,
Kamu yg perlu mengawalnya,
Biarlah kamu menunggu hingga tiba saat itu,
Jadikan jangka waktu yg lama itu untuk kamu merancang,
Hadirian dirimu untuk temu janji yang dibenarkan,
Jangan risau tentang rezeki,
Percayalah jika niat mu baik kerana Dia,
Jika kamu mengikut cara temujanji islam yang sebenar,
InsyaAllah semuanya akan dihadihakan buatmu,
Buat para sahabat yang masih single,
Yang masih jomblo,
Kamu patut bersyukur kerana Allah memerliharamu dari perbuatan yang keji,
Kamu tak didedahkan dengan 7 jalan penzinaan,
Kamu terjaga dari tipu daya dunia ini,
Dan kamu selamat dari apa yang menghasut rakan2 mu dari perkara ini,
Moga kamu yang single ini, akan dipertemukan dengan insan yang berstandard high class,
Suri dan raja hati yang bakal mengajakmu dengan temu janji yang hebat,
Kamu mengaut rasa untumg dan bahagianya di sini juga mengimpunkan gunungan pahala di akhirat nnti.
Percayalah kamh insan yang lebih bahagia kerana memilih jalan cinta Allah,
Temu janji kamu yang bercampur tangan dengan Allah pasti ada barakahnya,
InsyaAllah.amin
Tuesday, 4 February 2020
Kecantikan yang sebenar
Bersyukurlah jika kita tidak secantik dia,
Kerana itu adalah ujian yang berat buat dia,
Bilamana si pemerhati sendiri menganggungkan apa yang dilihatnya,
Kecantikan itu tetap bukan milik mu.
Duhai sahabat,
Letaklah cemburu mu itu di dlm hati,
Tahan agar ia diperhitung oleh tuhanmu,
Dia lebih cemburu andai kau masih lagi mengganggap ciptaan itu yg paling cantik,
Walhal kecantikan Allah itu lebih hebat,
Tidak mampu kau membayanginya,
Malah kau tak pernah terfikir,
Bagaimana kah kecantikan itu membawa kamu ke arah-Nya?
Ya Allah, kami masih kurang bersyukur,
Hakikatnya Allah menyembunyikan keindahan rupamu yang sebenar di Luh mahfuz,
Sungguh penduduk dunia tidak akan sesekali melihat kecantikan mu disini,
Kerana yang memiliki hati yang Allah izinkan untuk melihatnya yang akan berasa terpesona,
Bukan semua, biarlah yang satu,
Andai itu masih lagi tidak memuaskan hatimu dengan takrifan kecantikan,
Satu hari nanti kau akan faham,
Bukan dengan wajah yang cantik yang kau inginkan,
Tetapi rasa indahnya bila hanya Sang Pencipta sendiri yang meletakkan kamu bersama dengan peneman mu yang sebenar,
Namun sebelum kau berjumpa dengannya,
Bersiap-siap lah dirimu agar kau menjadi yang terbaik di dunia ini.
Wahai soleh dan solehah.
Hidup kerana tuhan mu, apa sahaja yang diberikan pasti kau akan terima
Kerana sebentar lagi kita semua akan merasai sakitnya meninggalkan tubuh dan jasad ini,
Tiada lagi peduli akan indahnya kamu,
Hanya apa yang merisaukan adalah apa jawapan yang ingin kita jawab andai ditanya
"Untuk apa kita menjadi cantik waktu kita hidup?"
Sedangkan diri masih lagi lemah dalam mempercantikan ibadah kita.. nasihat ini buat penulis yang masih lagi belajar lagi erti kehidupan. Sama2 kita muhasabah diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perumpamaan Dunia
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...
-
Assalamualaikum w.b.t, Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti ...
-
Assalamualaikum w.b.t Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat! Klik "saya TERI...
-
Assalamualaikum w.b.t Dulu aku pernah cerita pasal Seronok ke praktikal ladang sem 4 , yang mana time tu aku cuba remind balik pengalama...