Sunday, 7 February 2021

Bangga

Tidak mengapa jika kamu tidak dapat membanggakan manusia,
Kerana yang melalui jalan itu adalah diri kamu,
Kamu yang tempuhinya dan bukannya orang lain,
Percayalah sejauh mana pun perjalanan kita yang sedang kita berdiri ini,
Kita yang nampak bahawa kita dah cuba,
Wujudkan rasa bangga terhadap percapaian diri kita, 
Walaupun sekelumit cuma,
Bukan untuk riak tetapi sebagai hadiah buat diri dan tubuh yang dipinjamkan oleh Allah, 
Kejujuran dan perjuangan pasti membawa kemenangan. 

InsyaAllah.

Doakan semua berjaya dunia dan akhirat.

Aku bukanlah sesiapa.

Wednesday, 3 February 2021

Kesudahan yang terindah

Sesedih apa pun kita hari ini, 
Sudahilah ia dengan kesudahan yang indah.
Iaitu,
Sebelum tidur.. selesaikan solat isyak, Surah al-mulk, baca 3 Qul, ambil wudhuk.
Dan lelapkan lah mata,
Moga dengan kematian yang sementara ini menjadi rangkaian yang berterusan untuk kematian kita yang kekal selamanya.

Sunday, 31 January 2021

Wanita Bijak Alaf 2021

Dalam dunia ni, kita tak akan lari daripada menghadapi masalah,
Masalah yang datang tu memang diakui menjadi sebab kepada tekanan atau omputih kata depression/anxiety,
Tapi yang selalu kita sebut adalah 'stress',
Betul tak?

Wanita yang bijak adalah wanita yang yang bijak menguruskan emosi,
Statement atas ni membuatkan kita terfikir yang sebenarnya benda ni bermain dalam otak kita, 
Ya hanya kita yang membiarkan ia terperangkap dalam minda dan hati kita rasa berat memikirkannya,
Mungkin kita tak sama pengalaman hidup yang kita lalui ni,
Kita juga tak sama usia untuk membantu memahami insan² yang lain,
Tapi satu sahaja yang mampu saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan juga sahabat² yang sedang membaca,
Bila kita dah melepasi remaja kita bagaikan tersedar daripada mimpi yang rupa² kita ada tanggungjwab yang lebih besar,
Baru tahu dunia sambung belajar ni macam mana,
Baru tahu dunia alam perkahwinan ni macam mana,
Baru tahu alam pekerjaan ni macam mana,
Jadi, selalu kita dengar orang ingatkan kita supaya sabar,
Sabar sabar sabar sabar sabar,
Dalam hati memang dah sabar cuma kadang kita lebih suka mengadu dan inginkan seseorang mendengar,
Tapi bila dah selalu dengar tu mesti ada yang lari dari kita sebab semua yang kita sampaikan tu banyak yang me'negative'kan suasana,
Semua ni buat saya teringat yang memang betul yang mampu dengar setiap inchi itu hanyalah Allah,
Jadi sahabat ku, luahkan pada Dia dahulu,
Ceritalah segala²nya yang terbuku,
Dan bangunlah daripada tempat mu,
Gunakan kudrat hati ni, 
Hati yang diganti oleh Allah untuk terus istiqamah dan sabar,
Kadang mata ini perlu dipejam seketika untul memikirkan statergi kebangkitan,
Maka pejamlah,
Binalah hari dan waktu untuk dirimu berfikir sejenak,
Pasti ada jalan keluarnya. InsyaAllah.
Niat mu itu gengaman nya disimpan oleh Dia dengan kemas.

-Bangkit dan teruskan perjalanan-

Wednesday, 20 January 2021

Sumbangan guru yang sangat diingati

Hari ini nampak air mata mereka

Jihad dalam menyampaikan ilmu kepada kami ini.
Begitu menyentuh hati.

Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rahmat kepada para guru, pensyarah dan tenaga pengajar diluar sana. 

Musim pkp mengajar kita banyak perkara sebenarnya.

InsyaAllah sama² doakan kita semua berjaya

Sabar dalam taat
Sabar dalam menyempurnakan amanah

Saturday, 16 January 2021

Tersentuh

Rasa tersentuh melihat akhlak yang baik

Yang Allah tunjukkan pada diri ini

Bagaikan pesanan buat diri

Tuesday, 12 January 2021

Saturday, 9 January 2021

Daripada enggan menjadi sangat jatuh cinta

Allah sentiasa memberikan kecintaanNya,
Malah apabila kita cuba untuk berpaling pun,
Masih lagi dicurahkan kasih sayangNya,
Dengan sangat banyak,
Wahai hamba-hamba yg taat,
Yang bersama² berada di sini,
Allah menarik mu untuk jatuh cinta,
Entah yang keberapa kali,
Tutup lah mata dan diam sejenak,
Macam mana agaknya jatuh cinta dengan Allah yang menjaga kerajaan langit dan bumi?
Rasanya seperti cinta yang sangat dalam,
Yang membenih dan terus membawa hati ini mengingatNya,
Tak mampu diungkapkan dengan kata²,
Kerana rasa itu berada di dalam hati kita,
Yang tiada siapa yang tahu kecuali Allah.

Sahabat, sebenarnya Allah mencintai kita,
Maka macam mana nak cari rasa perasaan itu,
Kita perlu paksa diri untuk mengikuti jejak langkah orang-orang yang turut sama mengasihiNya,
Tiru mereka,
Dalam diam.
Kita mungkin tak mampu untuk ikut semuanya,
Tapi kita boleh ikut setakat yang kita mampu,
Kalau tak boleh buat semua jangan tinggalkan semua,
Kenapa kena buat semua ni?
Kerana engkau juga adalah hambanya yang soleh solehah,
Yang sentiasa di bawah jagaan tuhan kita yang satu Allah,
Tak kira walau macam mana pun kisah lalu kita,
Tak kira walau macam mana pun latar belakang kita malah hidup kita,
Kita tetap insan yang Allah jaga sampai bila²,
Jadi carilah Dia seberapa bnyk cinta yang kita cari untuk manusia,
Cinta Allah itu lebih indah, lebih tenang,dan lebih mempesona, 
Sahabatku,
Aku yakin engkau akan menjumpai apa yang engkau cari selama ini,
Segenap hati mu,
Sebenarnya engkau ingin diisi oleh Dia.

Maka teruskan langkah.
Biar apa pun yang terjadi.

InsyaAllah.

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...